Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Mutiara berhikmah Jalaluddin Rumi
DIRI ANDA
Sesuatu yang patut ditafakurkan dengan mata hati yang penuh kesedaran


Anda datang bukan dari dunia ini.  Anda datang dari "Alam Keesaan yang tidak ada bandingan".  Cara anda datang,  anda tidak ingat.

Dunia ini ibarat pokok.  Kita laksana buah yang separuh masak.  Buah yang muda lekat kuat pada dahan kerana ianya tidak layak untuk makanan Raja di istana.  Tetapi apabila buah itu masak,  ianya   manis dan lazat.  Buah itu pun gugur dari dahan.  Begitulah negeri dunia ini hilang lazatnya bagi mereka yang telah menikmati kebahagiaan Cinta Ilahi.

Ada lagi yang tidak diceritakan dalam perkara ini,  tetapi Ruh Qudus akan menceritakan tanpa aku sebagai sebagai pengantara.  Bahkan anda akan mengatakan ke telinga anda sendiri  -  bukan aku (Jalaluddin Rumi) bukan siapa.  Anda dan aku sama satu.

Seperti anda tidur,  anda keluar dari diri anda sendiri dan masuk ke diri anda,  dan anda dengar dari diri sendiri apa yang anda sangka didatangi secara tersembunyi dari orang lain.

Wahai sahabatku,  anda bukan satu "anda".  Andalah langit dan lautan dalam.  "Anda" kau yang tidak terhad itu ibarat lautan di mana banyak "anda"  berada.  Diamlah,  agar anda mendengar dari Yang Berkata-kata apa yang tidak terkatakan.  Jangan berkata supaya Yang Berkata itu dapat berkata untuk anda.

Di dalam bahtera Nabi Nuh,  anda tidak perlu berenang.
 
 

10.30 pm 04.03.2000 / 28 Zulka'edah 1420

 
Sebarang kesamaran dan kemusykilan sebaiknya dirujuk kepada mereka yang ahli dalam ilmu ini
LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH