Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Jalaluddin Rumi
SAHABAT YANG BERKATA 'AKU'


Seorang hamba Allah pergi ke rumah sahabat lalu mengetuk pintu.
Rakannya berkata;  "Siapa di luar sana?"
Dia menjawab;          "Aku".

Lalu berkatalah sahabatnya,  "Pergi kau dari sini!!!!!!!.  Di tempatku ini tidak ada ruang bagi mereka yang masih mentah(dalam bidang Tauhid,  Mengenal Diri dan Mengenal Allah).

Hamba Allah itu pun pergi dari situ dengan hati yang duka.  Setahun kemudian dia datang lagi.  Beliau mengetuk pintu rumah sahabatnya dengan hati yang berdebar-debar.

"Siapa itu?"  kata sahabatnya.

Dia menjawab dengan berhati-hati sekali.  "Engkau,  wahai tuan yang mengenal diri!"  kata hamba Allah itu.

Sahut rakannya,

"Oleh kerana engkau sekarang aku,  masuklah;  tidak ada tempat bagi dua "AKU" di rumah ini.  Hujung dua benang tidak dapat masuk dalam satu lubang jarum.  Oleh kerana engkau SATU,  masuklah ke lubang jarum itu".

Intaha Jalaluddin Rumi


Di rumah ini hanya ada Aku.  Hanya Aku sahaja yang boleh dimasuki.  Cuma Aku sahaja yang diktibarkan;  cuma Aku sahaja yang dimaklumkan.  Tidak ada Aku melainkan Aku.  Demikian jua,  Tidak ada Engkau Melainkan Engkau.  Di dalam rumah Keesaan ini tidak ada ruang untuk berbilang-bilang sebagaimana yang anda sangkakan.  Di sini Aku hanya sedar akan wujudnya Aku sahaja.  Aku hanya sembah Yang Esa itu.  Aku bukannya penyembah bentuk kerana kepada penyembah bentuk,  mereka sentiasa nampak dua.

Keluarlah dari bidang kesedaran bentuk kerana apabila anda keluar dari bidang kesedaran bentuk, anda akan nampak Satu.  Sementara anda lihat bentuk sahaja,  anda nampak dua.  Janganlah tengok mata,  tengoklah sinaran dari mata itu.

Fahamilah.........dalam bidang keruhanian,  tidak ada pemisahan,  tidak ada bilangan,  tidak ada individu.  Alangkah seronoknya kesatuan sahabat dengan SahabatNya.  Tangkaplah keruhanian itu dan peluklah ia.  Hancurkan segala bentuk hingga binasa.  Galilah harta yang bernama Keesaan itu.

Bagaimanakah yang sedang bermain-main bisa memahami ini?
Bagaimanakah penyembah-penyembah bentuk akan menyedari ini?

"Ana Ahmad bilal Mim"; di mana "mim" dalam Ahmad adalah punca pertentangan atau Manifestasi yang bertentangan dalam alam;  iaitu;

Dalam ketenangan laut Ahdiyah satu buih(Wahdah) timbul dan daripadanya banyak terzhohir (Wahdiyah),  yang menjadi punca sifat-sifat yang bertentangan.

Berkenaan buih ini,  seorang Aulia pernah berpesan;

Apabila laut telah melemparkan buih itu ke pantai,  katakanlah kepadanya;

"Di manakah kekuatan anda sekarang?" 

Dengarkanlah mereka menjawab;

"Tanyalah pada laut,  jangan tanya pada kami!"
 
 

11.30 pm 13.03.2001 / 17 Zulhijjah 1421

 
Sebarang kesamaran dan kemusykilan sebaiknya dirujuk kepada mereka yang ahli dalam ilmu ini
LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH