Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Wahai Tuhanku, berikanlah daku Ilmu Hikmah [pengetahuan ugama] dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang Sholeh[Al-Syura:83]
Racun Berbisa Bagi Murid/Salik

Kepentingan untuk diri sahaja adalah racun yang bisa bagi orang yang masih murid. Nabi Khaidir menerima Nabi Musa sebagai murid beliau dengan syarat Nabi Musa jangan bertanya apa sahaja yang beliau lakukan di hadapan matanya. Untuk cerita ini lihat dalam Al-Qur'an Surah Al-Kahfi. Nabi Khaidir memaafkan Nabi Musa berkenaan perkara menenggelamkan perahu dan membunuh seorang kanak-kanak. Tetapi apabila beliau ditanya tentang perkara tidak mahu menerima bayaran kerana membaiki dinding[tembok], Nabi Khaidir tidak mahu lagi menerima Nabi Musa sebagai muridnya.

Kedua-dua soalan yang pertama itu adalah untuk kepentingan syariat dan yang akhir itu ialah untuk kepentingan diri.

Bagaimana mahu dijunjung syariat sedangkan diri masih jahil dengan hukumnya?. Bagaimana mahu berjalan pada thoriq yang betul sedangkan kaki masih tertambat dengan syahwat kepentingan diri?.

Keistimewaan hasil dari amalan dan ibadat, keuntungan , ketinggian, kepujian, pengiktirafan yang berbentuk kedunian adalah racun yang melemahkan pendirian Salik untuk terus menerobos ke Alam lain.

Abu Yazid Busthomi dan Osman Khaibiri sedang berdoa bersama-sama. Osman Khaibiri menutup doanya dengan berkata; "Ya Allah, kurniakan kepada aku segala apa yang aku mahu". Tetapi Abu Yazid Busthomi berkata; "Ya Allah, hapuskan semua yang aku mahu".

Osman pun bertanya; "Bagaimana pula itu? ".

Abu Yazid menjawab; "Apakah yang dikehendaki oleh orang-orang yang mencari Allah dengan kemahuan-kemahuan diri sendiri?

Dia{Abu Yazid)menghapuskan segala-gala selain Allah dan melupakan wujud dirinya sendiri.


Sebarang kesamaran dan kemusykilan sebaiknya dirujuk kepada mereka yang ahli dalam ilmu ini
LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH