Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
MARTABAT ORANG YANG BERPUASA
Petikan Dari Kitab Kashful Asror & Kitab Asroru Ddin

Adapun martabat orang yang mengerjakan puasa itu tiga martabat,  iaitu;

1.  Martabat orang Mubtadi(Orang Awam)

Menahani makan dan minum di siang hari dan menahani jimak pada siang hari serta menghadirkan niat pada malamnya.

2.  Martabat orang Mutawassit(Orang Khusus/Khowas)

Menahan segala anggota yang tujuh daripada mengerjakan yang haram;

Mungkin inilah apa yang diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya:

"Bukanlah puasa itu sekadar menahan diri dari makan dan minum sahaja. Tetapi sesungguhnya puasa itu menahan diri daripada berkata-kata yang tidak sopan, perbuatan yang sia-sia dan keji." (Riwayat Ibnu Khuzaimah)

Dan berkata orang-orang Mutawassit kepada orang-orang Mubtadi;

"Hanya payah(penat/lelah) berlapar dan dahaga sahaja;  tiada faedah pada berpuasa(yakni tidak dapat mengasuh dan mendidik jiwanya daripada memelihara anggota zhohirnya)

Menurut kitab Asroru-Ddin puasa ini ialah

3.  Martabat orang-orang Muntahi(Khowasul-khowas/ArifbiLlah)

Memelihara hati daripada mencita-citakan kemuliaan dunia dan menahan hati ingat akan ghairuLlah(sesuatu selain daripada Allah).

Tanbih dari Suluk

Dan jika ditanya manakah yang dikatakan sebenar-benar puasa???

Maka jawapannya ada pada cara berpuasa orang-orang Muntahi ini;  di mana puasa mereka ialah  berpuasa hati mereka daripada  condong atau cenderung dan mengingati sesuatu selaian daripada Allah.

Puasa mereka melengkapi jasad,  hati,  akal dan ruh.

Jadi...... kenapa pula ada yang tersinggung apabila mereka berkata;

Mujahadah ialah permainan kanak-kanak, dan memerhatikan yang Allah ada di mana sahaja adalah perjuangan.

Bukan sahaja sholat mereka yang daim,  malah puasa mereka pun daim,  Syahadah mereka daim,  Zakat mereka daim,  Haji mereka daim,  bahkan apa sahaja yang dinamakan ibadat,  di sisi mereka semua dilakukan dengan daim.  Inilah titisan makna dari lautan maksud firman Allah dari Suratul Baqarah: 115;

"Ke mana sahaja kamu menghadap,  di situ ada wajah Allah".

Wallahua'llam.

SELAMAT BERPUASA