Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Pengajian Kitab Hikam pada hari Khamis ( 21. 04. 1999 / 06 Muharram 1420)
Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. [Baqarah: 269]

Bahagian Pertama

Menyambut Seruan Allah Ke HadiratNya


Kata Syeikh Ibni Athoillah As-Kandary yang diterjemahkan oleh Tok Pulau Manis;
 
Keluarlah engkau daripada segala sifat Basyariahmu daripada tiap-tiap sifat yang menyalahi bagi Ubudiyahmu supaya adalah engkau [mudah bagimu] berkenankan [menyambut]bagi seru Haq Taala dan daripada HadiratNya hampir dengan [cara] menyerahkan dirimu bagi sifat QaharNya.

Keterangan Suluk

Bebaskan dirimu daripada semua sifat-sifat kemanusiaanmu yang bertentangan dan yang menyalahi Haq Kehambaanmu supaya mudah bagimu untuk menyahut dan menyambut panggilan Allah Taala dan mendekatkan diri kepadaNya dengan cara menyerahkan diri di bawah kehendak dan kekuasaanNya.

Dibentangkan satu jalan yang mudah untuk para salik menjejaki tempat tujuan hati iaitu hadirat Allah. Jalan yang mudah ini adalah dengan mengeluarkan sifat-sifat kemanusian dengan bersifat dengan sifat-sifat Ruh sebagai gantinya. Tegasnya penghalang yang paling tebal bagi seorang salik untuk mencapai kehampiran dengan Allah ialah dirinya sendiri dalam erti kata diri yang dikurungi oleh keperluan-keperluan yang bangsa jasmaniah seperti makan, minum, tidur, jimak yang berlebihan, ingin kesedapan, keselesaan dan kelazatan dsb.. Sekiranya dibebaskan tuntutan kehendak dan keperluan jasmaniah ini dengan riadah dan mujahadah yang betul, maka akan hidup dan bertenagalah ruh seseorang untuk menyambut sesuatu isyarat dan pertunjuk yang terus dari Allah. Hidupnya ruh dari urusan ketuhanan ini akan membawa mereka ke hadirat Allah di mana akan terbukalah setiap hakikat yang sebelum ini menjadi rahsia yang tersembunyi.

Berkata Pengarang Kitab Hikam;

Bermula segala sifat basyariah yang takluq [kecenderungan dan halatujunya] daripada pekerjaan agama [itu terdiri] atas dua bahagi [iaitu]

Maka adapun yang takluq pada zhohir itu maka terbahagi kepada dua[pula] iaitu; Dan adapun barang[sesuatu] yang takluq ia pada batin itu maka terbahagi kepada dua bahagi pula [iaitu]; Dan nazhor[ditilik akan perkara-perkara] yang takluq[pekerjaan] pada zhohir hamba itu, dinamakan ia pada Istilah akan Fekah

dan Nadzhor yang takluq pada batin itu dinamai ia pada istilah akan Tasauf.

Dan adalah kedua pekerjaan[perkara] ini dinamai pada istilah keduanya itu akan Kulliyatul 'Abdi [umum ke atas semua hamba] dan zhohirnya mengikut yang batinnya dengan Dhoruri(mudah] kerana bahawasanya;

Qalbu itu umpama raja dan anggota itu tentera dan rakyatnya. Dan [adalah setengah] daripada pekerjaan rakyat itu ialah Wajib taat bagi rajanya pada segala yang disuruhannya dan segala tegahannya. Dan kepadanya[lah] isyarat Sayyidina Nabi SAW.;

"Bahawasanya dalam jasad itu segumpal daging. Apabila baik ia, maka baiklah jasadnya dan apabila binasa ia maka binasalah jasad. Itulah Qalbu [hati]".

Dan baik hati itu hanyasanya adalah dengan sucinya[hati] daripada segala sifat mazmumah iaitu segala sifat yang membinasakan bagi Ubdudiyah[Kehambaan] daripada segala sifat Basyariah seperti;

Dan bercabang[berkembang] daripada asal ini[sifat-sifat di atas] dengan [sifat-sifat] yang terlebih jahat pula iaitu daripada; Dan asal yang demikian itu[sifat Mazmumah ialah] Dan hal orang yang ahli sufi itu iaitu membicarakan pada yang menyucikan ia{hati daripada sifat mazmumah] daripada segala cabang[jenis-jenis] dengan Riyadhoh dan mujahadah.

Keterangan Suluk

Dan nazdhor[ditilik akan perkara-perkara] yang takluq[pekerjaan] pada zhohir hamba itu, dinamakan ia pada Istilah akan Fekah

dan Nadzhor yang takluq pada batin itu dinamai pada istilah akan Tasauf.

Dapat difahami dari keterangan di atas bahawa bahawa perhimpunan agama itu secara pokoknya terdiri di atas dua bahagian iaitu;

Adalah perlu bagi seorang hamba memperdalami Ilmu Fekah dan Ilmu Tasauf ini bagi tujuan mengikuti jalan[thoriqat] yang betul agar dengan pengetahuan yang sah dan pegangan/sandaran yang yakin ini hamba itu akan dapat memperkemaskan dan menyempurnakan amal dan ibadat yang bangsa jasmani dan yang bangsa hati.

Ada setengah golongan hamba yang telah terpedaya oleh tipu daya syaitan, tidak mahu memperdalami Ilmu Fekah kerana menganggapnya sebagai bicara kulit-kulit sahaja. Perhatian mereka semata-mata kepada keruhanian sebagai ilmu isi kononnya. Maka mereka pun mengamalkan syariat dengan ala kadar sahaja tanpa memperhitungkan sah, batal, rukun, syarat serta kaifiat-kaifiat setiap amalan. Meraka tidak dapat membezakan dalam setiap amalan itu, manakah yang wajib, manakah yang haram, manakah yang harus, manakah yang makruh dan manakah yang sunat. Kadang-kadang ditinggalkan yang sunat dan dikerjakan yang haram.

Bagaimana akan bercahaya amal zhohir ini dengan Nur Tawajuh kerana mereka masih bertakhlid mengikut rasa dan kadang-kadang terjerumus kepada perkara-perkara yang ditegah dan haram tanpa disedari sedangkan mereka dakwakan amalan mereka menepati syarak kerana hati mereka sudah ikhlas kepada Allah.

Bagaimana pula ilmu isi mereka boleh menjadi perhiasan kepada amalan zhohir yang tidak sah dan tidak diterima oleh syarak. Ini adalah kerana Ilmu Tasauf itu adalah perhiasan untuk disalutkan kepada amalan zhohir yang sah.

Berkata lagi Pengarang Kitab Hikam

Dan kata Sheikh Abu Tholib Al-Makki rahimallahi Taala;

Dan tiadalah jadi orang yang murid itu ganti{Wali Abdal} sehingga

Maka ketika itu jadi ia Wali Abdal yang hampir [iaitu mendapat cara atau jalan yang mudah untuk hampirkan diri dengan Allah]

Maka apabila telah mendirikan[mengerjakan] orang yang murid pada yang demikian itu, maka hendaklah ia menetapkan segala Wazifah[pekerjaan] yang telah disuruhkan dia iaitu dengan dialah menyucikan hatinya dan membaiki dirinya dan bersifatlah ia dengan segala sifat yang terpuji dan diperolehnya dengan dia hampir kepada Tuhan.

Maka zhohirlah pada ketika itu atasnya Asar{bekas/kesan] sifat Hamidah[terpuji] itu daripada

Ulasan Suluk.

Kesucian hati hanya akan dapat dicapai dengan usaha-usaha seorang hamba mengenali dan membebaskan diri dari kurungan sifat-sifat basyariah. Telah dibuktikan oleh mereka yang Ahli Tahqiq bahawa asal kejadian ruh kita adalah bersih dan suci dari sebarang sifat-sifat yang rendah. Ruh dari urusan Ketuhanan ini secara semulajadinya berpotensi untuk mengenal Allah Taala dan mampu untuk menyaksikan Allah dan sampai bila-bila sahaja sentiasa menunggu-nunggu untuk menyambut panggilan dan seruan Allah. Dalam hal ini, Imam Ghazali pernah berkata dalam KitabnyaAl-Risalatulil-Duniyyah;

Jiwa(Ruh} dengan sifat-sifat ini bersama dengan alat-alat ini tidak mengarah kepada peribadi yang tebal ini{basyariah} dan tidak berhubung dengan zatnya{jasmani}, malahan ia mengarah kepada Tuhannya dan Tuhannya memerintahkannya supaya mengambil kesempatan mendapatkan sesuatu yang berguna hingga kepada satu tempoh yang tertentu.

Bersambung pada bahagian kedua.

Allahu A'lam.

[[Kembali ke Index Pengajian Kitab Hikam]]

Semoga Allah memberi taufik dan hidayahnya
Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Besar