Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
NASIHAT KEPADA ORANG-ORANG SYIAH
Oleh: Abu Bakar Al-Jazairi
Diterjemah oleh: Ustaz Ahmad Hussain


Hakikat yang ketujuh.

Pegangan yang mempercayai bahawa sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. telah murtad dan menjadi kafir selepas wafat Rasulullah s.a.w. kecuali Ahlul Bait dan beberapa orang sahabat sahaja seperti Salman, Ammar dan Bilal.

Pemimpin-pemimpin Syiah terdiri dari ahli feqah dan ulama hampir-hampir ijma’ mengatakan murtad dan kufur para sahabat Rasulullah s.a.w. kecuali Ahlul Bait sahaja. Buku-buku Syiah dan karangan-karangan mereka terang-terang menuturkan hal ini dan biasanya tidak disembunyikan kecuali keran mengamalkan dasar “al-Taqiyyah” yang wajib disisi mereka.

Untuk membukti dan menguatkan hakikat ini, kami bawakan beberapa nas dari kitab-kitab Syiah seperti:

1. Dalam buku “Al-Raudah Al-Kafi” karangan Al-Kailani, pengarang buku “Al-Kafi” halaman 202 mengatakan: Daripada Hannan daripada ayahnya daripada Abi Jaafar, ia berkata: Telah jadi murtad oleh manusia selepas wafat Rasulullah s.a.w. melainkan tiga orang sahabat sahaja iaitu Al-Miqdad, Salman dan Abu  Zar.

2. Dalam kitab tafsir “Al-Safi”, iaitu sebaik-baik tafsir disisi Syiah mengandungi beberapa riwayat mengithbat dan membenarkan pegangan bahawa para sahabat telah menjadi murtad sesudah wafat Baginda s.a.w. kecuali Ahlul Bait dan beberapa orang seperti Salman, Ammar dan Bilal r.a.

3. Mengenai Abu Bakar Al-Siddik dan Omar bin Al-Khattab r.a. didalam buku-buku Syiah banyak nas-nas yang mengkufurkan kedua-duanya, seperti dalam kiatab Al-Kilaini halaman 20, ia berkata: Saya pernah bertanya Abi Jaafar tentang Abu Bakar dan Omar, Abu Jaafar menjawab: Kedua orang itu meninggal sedang mereka tidak bertaubat dan tidak sedar apa yang mereka lakukan terhadap Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib. Maka Allah dan para malaikat-malikatNya juga manusia semuanya melaknatkan mereka.

4. Dalam buku Al-Kailani juga halaman 20, Abu Jaafar berkata: Engkau menanya aku tentang Abu Bakar dan Omar? Sesungguhya kedua orang itu telah menjadi munafik kerana mereka berdua menolak kalam Allah dan bersenda-senda dengan Rasulullah, mereka adalah kafir, dilaknat oleh Allah, malaikat-malaikatNya dan oleh manusia semuanya!
Wahai orang-orang Syiah! Apakah hukuman kufur dan murtad keatas para sahabat itu merupakan hukuman yang wajar dan boleh diterima akal sedang mereka itu adalah:

Wahai orang-orang Syiah! Cuba jawabkan pertanyaan saya ini: Disebalik hukuman kufur dan laknat kepada para sahabat itu tidak ada tujuan? …. Tentu ada tujuan ….. apakah tujuan itu?

Tujuannya ialah:

Menumbangkan Islam, yang menjadi musuh ideologi Yahudi dan Majusi, musuh segala bentuk syirik dan keberhalaan.

Mengembalikan kerajaan Majusi Kisrawi setelah mana tampuk pemerintahannya dihancurkan oleh Islam, singgahsananya diruntuhkan, pengaruh dan keujudannya dihilanglenyapkan dan InsyaAllah dilenyapkan selama-lamanya. Kerana peristiwa yang berlaku dalam sejarah Islam lebih jelas dari ungkapan kata, iaitu pembunuhan yang dilakukan keatas khalifah yang kedua, Omar bin Al-Khattab….

Fahaman Syiah yang kotor dan lahirlah kanak-kanak itu membawa panji bid’ah iaitu dasar “Al-Wilayah” dan “Al-Imamah” sebagai dua bilah pedang yang terhunus diatas kepala Islam dan Muslimin. Diatas asas dan tujuan inilah diada-adakan akidah Syiah dan mazhabnya sehingga ianya dijadikan sabagai suatu ugama yang terpisah dari Islam, dimana ia menpunyai beberapa asas dan dasar, mempunyai kitab (Al-Quran?) dan sunnah, ilmu dan pengetahuan yang tersendiri, berlainan dengan ugama pegangan umum orang Islam.

Wahai orang-orang Syiah! Jika kamu masih syak dan ragu-ragu dalam hal ini, cubalah ruju’ dan perhati beberapa hakikat dan bukti yang telah kami jelaskan, kerana sekiranya dasar Al-Wilayah itu tudak bertujuan jahat tentu sekali ia tidak berperanan memecahbelahkan orang-orang Islam dalam ertikata menaburkan bibit-bibit fitnah dan permusuhan diakalangan mereka, kerana orang-orang Islam dari kalangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah sahaja berhak dipanggil muslimin. Sebab tidak ada seorangpun dari kalangan mereka yang benci kepada Ahlul Bait.

Kalau begitu mengapa orang-orang Syiah mengaku adanya keistimewaan Al-Wilayah?

Demikain pula dasar Al-Wilayah, apakah tidak termasuk dalam ertikata berpura-pura dan sia-sia apabila apabila orang-orang Syiah tidak bersetuju dengan dasar Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang memberi kebebasan kepada orang-orang Islam memilih orang yang akan memerintah mereka dengan syariat Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w., mereka berhak memilih dan siapa sahaja dari kalangan orang-orang Islam yang mereka pandang sesuai untuk dijadikan Imam (pemimpin) berdasarkan keahlian dan kemampuan yang ada padanya. Tetapi orang-orang Syiah mensyaratkan Imam itu pasti orang yang diwasiat, dinaskan sebagai Imam, maksum dan dari wahyu. Dengan itu, nyatalah wahai orang-orang Syiah bahawa akidah “Al-Wilayah” dan “Al-Imamah” adalah alat untuk menyesat dan menipu, yang bertujuan meruntuh Islam dan menghancurkan perpaduan ummah.

Cara untuk menuju keselamatan ialah:

  1. Iman yang sahih
  2. Amal yang salih
Kedua-dua ini tidak akan ditemui kecuali didalam kitab Allah dan sunnan RasulNya s.a.w. Kamu tidak akan merasai iman yang sahih dan amal yang salih selama mana kamu terkurung didalam penjara mazhab Syiah kecuali apabila kamu lari keluar daripadanya menuju kepangkuan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Wahai orang-orang Syiah! Berhijrahlah kamu kepada pangkuan kitab Allah dan sunnah RasulNya s.a.w. nescaya kamu akan dapati tempat hijrah yang luas dan rezki yang banyak.

Dan diakhir ini ingin saya jelaskan bahawa nasihat saya ini bukanlah kerana tamak kepada apa yang ada disisi kamu atau disisi orang lain, atau takut kepadamu atau kepada orang lain. Saya sampaikan nasihat ini kerana kerana berdasarkan persaudaraan dan kewajipan kepada Allah, kepada kitabNya, kepada rasulNya dan nasihat kepada pemimpin-pemimpin muslimin dan umum orang Islam.

Inilah sebab yang saya sampaikan nasihat untuk kamu dengan harapan agar dengan nasihat yang baik ini Allah memperluaskan dada kamu dan taufiqkan kamu kepada kejayaan dunia dan akhirat.

Wassalam.

[ Kembali  Ke Index Bicara Dari Alam Siber ]