|
Kesedaran keduniaan adalah tangga ke dunia. Kesedaran keagamaan adalah tangga ke syurga. Carilah kesihatan kesedaran ini dari tabib. Pohonlah kesihatan kesedaran ketuhanan dari Orang-orang Ketuhanan.
Jalan ruhaniah itu menghapuskan kehendak badan. Setelah menghancurkan kehendak badan (nafsu), dibinanya semula badan yang lebih elok.
Robohkan rumah untuk mendapatkan harta karun di bawahnya. Dengan harta itu rumah yang lebih cantik dibina. Emponglah sungai itu dan bersihkan ia. Kemudian alirkan air minuman melaluinya. Serang kota kafir itu dan tawan orang-orangnya kemudian bina seratus menara dan benteng di situ.
Kadang-kadang lakuan Allah seperti ini dan kadang-kadang seperti itu. Sesungguhnya agama itu menghairankan dan menakjubkan. Bukan kehairanan yang menyebabkan orang membelakangi Allah, tetapi takjub tenggelam dan mabuk dengan Yang Dicintai.
Satu muka menghadap kepada Yang Dicintai. Yang satu lagi menghadap ke diri sendiri. Perhatikan muka orang dengan teliti, mungkin dengan khidmatmu kepada Si-Sufi anda akan kenal muka Aulia Allah.
Anda jangan berguru kepada orang yang tidak menentu kerana syaitan banyak bertopengkan manusia. Nanti kelak termasuk ke dalam perangkapnya.
Begitu juga orang penipu menggunakan bahasa Sufi untuk mempengaruhi dan menipu orang banyak. Karya Aulia Allah itu ibarat cahaya dan sinaran. Karya orang-orang munafik ibarat gelap gelita dan menyesatkan.
Allah memberkati anda dengan Kemanisan KasihNya.