Saudaraku,
Telah pun saudara maklum bahawa makna tafakur itu ialah menghadirkan dua makrifat/maklumat untuk menghasilkan maklumat yang ketiga. Telah juga saudara faham tentang kelebihannya yang terlebih baik daripada ibadat seumur hidup kita. Ini menunjukkan keistimewaan dan barakahnya potensi diri saudara untuk menemui apa yang dikatakan sebagai "Lailatul Qadr" pada sisi Ahli-ahli Musyhadah yang sentiasa cerah matahari makrifatnya.
Matahari dunia akan tenggelam bila tiba waktunya,tetapi matahari makrifat tidak pernah hilang cahayanya.
Suluk ingin mengajak saudara untuk bertafakur barang sejenak pada dua maklumat/makrifat yang sama-sama kita ada iaitu tentang sabar dan tawakal.
Kelebihan sabar adalah sebagaimana yang pernah saudara utarakan dalam email saudara seperti berikut:
Allah Swt menyebutkan sabar dalam Al-Quran: Terjemahannya:
Wah!!! hebat sekali kelebihannya sampai tiada terhitung. Samalah seperti martabat yang ada pada tafakur. Namun bukanlah satu perkara yang mudah untuk memakai pakaian sabar ini. Tidak semudah seperti yang kita lafazkan atau bayangkan. Tanda orang yang memiliki sifat-sifat warisan ambiya dan aulia ini ialah mereka tidak pernah mengeluh atau melafazkan kata 'sabar' walaupun untuk tujuan memujuk dirinya. Jika ia masih mengeluh atau memujuk kesabarannya adalah seumpama kesabaran seekor kucing yang tidak dapat makan ikan yang sedang ditunggui. Air liurnya masih melilih dan berada dalam keadaan yang payah. Dia bukan bersabar tetapi menggunakan kudrat dan keupayaannya untuk menahan dirinya dalam keadaan payah dan menyakitkan.
Sebenarnya wajah atau rupa Sabar ini pernah menjelma pada diri Rasulullah semasa dilontar dengan batu dalam peristiwa di Thoif. Turun dua malaikat utusan Allah menawarkan khidmat untuk menghempapkan bukit ke atas penduduk Thoif. Baginda menolaknya sebaliknya baginda berdoa untuk keselematan mereka. Beliau tidak mengeluh dan mengadu tentang kesakitannya. Beliau pula tidak memohonkan sesuatu untuk balasan pada dirinya. Zhohirnya nampak seperti menahan kesakitan dan keaiban. Tetapi baginda bukan menahan kesakitan tidak juga menahan keaiban malah baginda Rasulullah berada dalam keadaan nikmat Redho dengan ketentuan Allah. Demikian wajah pakaian sabar yang dipakaikan oleh Allah kepada hamba pilihannya.
Seorang wali Allah Ibrahim bin Adham semasa beliau dipukul oleh seorang tentera raja hingga berdarah kepalanya mengangkat tangan lalu berdoa agar diberikan syurga kepada tentera tersebut. Ini menimbulkan keajaiban pada tentera itu. Beliau bertanya akan hal itu. Ibrahim Adham menjawab "bagaimana aku tidak mendoakan kepada orang yang menyebabkan aku masuk ke syurga"
Beliau bukan cuba melakukan sesuatu usaha untuk menahann kesakitannya malah kesakitan itu tidak terasa padanya kerana dengan pukulan itu beliau melihat dalam pandangannya Allah membalasi musibah itu dengan syurga.
Benarlah kata-kata golongan wali-wali Allah seperti di bawah;
Antara hak-hak hukum waktu yang perlu dilaksanakan ialah:
Keadaan orang yang bertawakkal samalah seperti yang pesalah yang menyerahkan urusan pembelaannya kepada seorang peguam yang amat pintar lagi dipercayai. Beliau tidak bersusah payah ke sana ke mari. Beliau hanya duduk berdiam diri menghadapi tuduhan dan beliau yakin yang beliau akan menang dalam perbicaraan ini melalui peguam yang pintar ini. Beliau menyerahkan segala urusannya dengan penuh keyakinan.
Orang yang redho sebenarnya melihat setiap kejadian yang berlaku adalah sebagai pendhohiran kuasa dan kehendak Allah yang Esa. Senang, susah, nikmat, sakit adalah sama pada pandangan beliau. Puncanya satu iaitu Allah. Pandangan pada dahan, ranting, bunga daun, adalah satu iaiitu benih pokok itu.
Bila pandangan atau "syuhud" ini terarah kepada Wahdatul Afaal {Satu dalam perbuatan) maka lenyaplah perbuatan manusia Tiada beza antara penampar atau belaian. Penampar yang singgah ke muka disyuhud sebagai perhatian yang Allah berikan kepadanya. Belaian yang mengelusi dilihat sebagai gurauan dari Allah.
Inilah sebahagian kecil dari sifat-sifat orang yang bertawakal. Orang yang bertawakal biasanya dengan sendirinya memakai pakaian sabar dan redho.
Sabar dan redho adalah tabiatnya bukan ilmunya.
Semoga peristiwa yang berlaku pada Suluk dalam usaha untuk chat dengan saudara dapat memperihalkan akan kebodohan dan kerendahan orang yang tidak bersabar.
Fahamilah apa itu sabar yang sebenarnya.
Inilah salah satu approach pengajian yang ditetaskan oleh tafakur.
Allahu A'lam
|
|