|
Di antara cerita yang diriwayatkan mengenai para kekasih Allah atau wali Allah adalah cerita yang diberitakan oleh Zin-Nun rahimahullah, katanya;
Sekali peristiwa, saya berCadang untuk pergi ke seberang laut untuk mencari suatu barang yang saya perlukan dari sana. Saya pun menempah suatu tempat di sebuah kapal. Bila tiba waktu kapal itu berangkat, saya lihat penumpang-penumpang yang menaiki kapal itu terlalu banyak sekali bilanganya, yang kebanyakanya datang dari tempat jauh, sehingga kapal itu penuh sesak dengan penumpang.
Saya terus mengamat-amati wajah-wajah
penumpang itu, dan saya terlihat di antaranya ada seorang pemuda
yang sangat kacak rupanya, wajahnya bersinaR cahaya, dan dia
duduk di tempatnya dalam keadanya tenang sekali, tidak seperti penumpang-penumpang
lain, terus mundar-mandir di atas kapal itu. Udara di atas
kapal agak panas, meskipun angin laut bertiupan, barangkali
panasnya datang dari sebab terlalu banyak penumpang yang berhempit-hempit
di antara satu sama lain.
Pada mulanya kapal belayar dengan
lancar sekali, kerana barangkali lautnya tenang tidak bergelombong,
dan angin pun tidak bertiup kencang , kecuali sekali-sekala saja,
dan kalau ada pun ombak-ombak kecil biasa yang dihadapinya.
Dalam keadaan yang begitu tenang
di atas kapal itu, tiba-tiba kami dikejutkan oleh suatu pemberitaan
umum yang mengatakan bahawa nakhoda kapal itu telah kehilangan suatu barang
yang sangat berharga, dan hendaklah semua penumpang-penumpang duduk
di tempat masing-masing, kerana satu penggeledahan akan dijalankan
tidak lama lagi untuk mencari barang yang hilang itu.
Kini penumpang-penumpang kapal kecoh
berbicara antara satu dengan yang lain mengenai barang yang hilang itu.
Masing-masing cuba mengeluarkan pendapat bagaimana itu boleh hilang.
Saya sendiri merasa hairan bagaimana
barang nakhoda itu boleh hilang? Apakah dicuri orang? Ataupun
barangkali keciciran kerana manusia di atas kapal itu terlalu banyak.
Sebentar lagi nakhoda mengumumkan:
'Semua
penumpang hendaklah berada di tempatnya. Sekarang kami akan memulakan
penggeledahan!"
Penggeledahan pun dimulakan oleh
beberapa orang pegawai kapal itu. Penumpang-penumpang itu semuanya
ribut, baik lelakinya mahupun wanitanya. Mereka digeladah satu
satu dengan cukup rapinya. Begitu pula tempat tidur mereka dibentang
dan diraba, kalau-kalau barang itu disembunyikan di celah-celahnya.
Namun barang itu masih belum diketemuinya lagi.
Akhirnya sampailah giliran si pemuda
tampan untuk digeledah. Pada mulanya pemuda itu duduk di tempatnya
dengan tenang sekali. Tetapi oleh kerana dia adalah orang yang terakhir
yang di periksa, maka muka-muka orang ramai seolah-olah mengancam
memerhatikannya. Mungkin ada orang yang mengatakan di dalam hatinya,
barangkali pemuda inilah yang mencuri barng itu.
Apabila pemuda itu dikasari
oleh pegawai-pegawai kapal itu dalam pemeriksaannya, dia lalu melompat
ke tepi seraya memprotes:
'Saya
bukan pencuri, kenapa saya dilakukan begitu kasar?'
Lantaran pemuda itulah satu-satunya
orang yang membantah, maka disangka oleh pegawai-pegawai kapal itu
dialah pencuri barang itu. Mereka mahu menangkapnya, maka pemuda
itu pun meronta lalu menerjunkan diri ke muka laut. Orang ramai menyerbu
kepinggir kapal hendak melihat pemuda yang terjun ke dalam laut itu.
Yang menghairankan bahwa pemuda itu tidak tenggelam, malah dia duduk
di atas muka laut itu, sebagaimana dia duduk di atas kerusi dan tidak tenggelam.
Pemuda itu lalu berkata dengan suara yang keras:
'Ya
Tuhanku! Mereka sekalian menuduhku sebagai pencuri! Demi ZatMu,
wahai Tuan pembela orang yang teraniaya! Perintahkanlah kiranya semua ikan-ikan
di laut ini timbul dan membawa di mulutnya permata-permata yang berharga?
Saya juga ikut memerhatikan permukaan
air itu.
Memang benar, dengan kuasa
Allah, permintaan pemuda itu dikabulkan Tuhan, timbul di sekitar
kapal itu beribu-ribu ikan dan kelihatan di mulut-mulutnya batu-batu putih
dan merah berkilau-kilauan cahayanya, sehingga membuat mata-mata yang memendangnya
silau kerananya. semua orang di situ bersorak menepukkan tangan kepada
pemuda itu.
Saya terus tercengang, tidak
dapat menggatakan apa-apa pun. Nakhoda kapal dan pegawai-pegawai
kapal itu bingung, seolah-olah dia tidak percaya apa yang dilihatnya.
"Apakah
kamu masih menuduhku mencuri, padahal perbendaharaan Allah ada di tangganku,
jika aku mahu boleh aku ambil?"
Pemuda itu mengarahkan ikan-ikan
itu supaya kembali ke tempatnya, maka tenggelamlah semula semua ikan-ikan
tadi, dan orang-orang di atas kapal itu terus bersorak lagi.
Pemuda itu lalu berdiri di atas
air itu, kemudian berjalan di atasnya secepat kilat semantara lisanya terus
mengucap:
"Hanya kepadaMulah aku menyembah, dan hanya kepadaMu pula aku meminta bantuan." (Al-Fatihah:4)
Dia terus menjauhi kami, sehingga hilang dari pandangan kami. Saya sama sekali tidak menduga, bahwa pemuda ini kemungkinan sekali termasuk ke dalam golongang ahli Allah, yang pernah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. sabdanya yang berbunyi:
'Akan
tetapi ada dalam umatku sebanyak tiga puluh orang leleki, hati hati mereka
sepadan dengan hati nabi Allah Ibrahim a.s. setiap mati seorang di antara
mereka, akan diganti Allah seorang lain di tempatnya.'