Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

                              Selamat Datang Ke Laman    

            

                                                        

        Dalam pencarian "Guru Sebenar Guru"...antara ilmu, amal dan bual; manakah satu yang sebenarnya bekal? 

              Ramai mengaku 'berilmu' tapi kurang  berakal apatah lagi yang sedikit ilmunya tapi langsung tidak berakal;   

                                                                      itulah punca amal  dan  bual tidak menjadi bekal.                     

                               

 

 

Keranamu

Malaysia

 

 

  

 (Hamzah Mohamed)

 

Mengenai Saya

Sila ke laman

Latar Belakang Saya

 

Klik Di Sini

 

 

 "Tidak akan

        kamu

 berperasaan

 gundah walau sekali,

 jika kau tahu apa

 yang dicari."

 

 ~ Umar

 al-Khattab

                        

          Sumbanganku

(Artikel-artikel dalam bahagian Sumbanganku ini merupakan artikel-artikel

  siri Fikir Memikir yang pernah diedarkan dalam program Sekolah Kelompok.)

         KOMITMEN & ANDA

                     MENJADI GURU BESAR YANG KOMITED?

Benarkah dengan berbekalkan 'kelulusan di atas kertas' sahaja sudah menjamin seseorang Guru Besar itu benar-benar 'layak' menjadi pemimpin dan pengurus sesebuah sekolah? Banyak literatur menyarankan para Guru Besar perlu mempunyai kecekapan dalam pelbagai aspek pengurusan, perhubungan manusia, kurikulum dan pengajaran di samping mampu dan perlu melaksanakan "what is right". Soal 'what is right' inilah yang amat perlu diketahui dan difahami secara mendalam agar tidak bertukar menjadi sebaliknya. Kita harus menilai ke dalam diri kita (retrospective) apakah kita mampu, berkeupayaan dan berkebolehan memainkan peranan ini? The Select Committee on Equal Educational Opportunity of the United States, 1979; cited from Rosenblum, et al menyatakan: "In many ways the school principal is the most important and influential individual in any school. He or she is the person responsible for all activities that occur in and around the school building. It is the principal's leadership that sets the tone of the school, the climate for learning, the level of professionalism and morale of teachers and the degree of concern for what students may or may not become."

Di antara begitu banyak aspek dan faktor yang menentukan ketrampilan, kecemerlangan dan kejayaan seseorang Guru Besar, KOMITMEN adalah satu daripada unsur kendiri yang amat perlu dan penting sekali wujud di dalam diri setiap Guru Besar. Dengan perkataan yang mudah komitmen bolehlah dianggap di mana 'hati dan jiwa yang sentiasa berada di sekolah'; hatinya tidak mungkin akan senang selagi ia tidak melihat sendiri apa jua aktiviti dan kerja buat anak didik dan guru-gurunya laksanakan berjaya atau tidak, menepati objektif atau tidak. Betapa pun 'kecilnya status' sesuatu aktiviti itu seorang Guru Besar yang KOMITED tetap akan memberikan perhatian sepenuh jiwa raganya. Ingatlah pemimpin yang berjiwa besar bukan sahaja memandang tinggi kepada hal-hal besar dan hebat sahaja  tetapi juga memandang tinggi kepada hal-hal yang kebanyakan orang lain memandangnya kecil dan remeh. Inilah KOMITMEN namanya.

Hemphill et al (1962) menyatakan Guru Besar yang efektif dijelmakan sebagai..." A decisive, hard-working individual one, who kept close contact with people and who acted as informer center." Komitmen Guru Besar yang ditunjukkan melalui sikap dan amalan sehari-hari akan menjadi satu pendorong dan pencetus minda yang positif di kalangan guru-guru dan kakitangan lain untuk menjadi guru-guru yang juga komited dalam tugas dan tanggungjawab mereka terhadap anak didik dan sekolah. Komitmen juga bererti selaku Guru Besar mestilah sanggup 'berkorban apa sahaja' terutama dalam konteks berkorban masa, tenaga, buah fikiran, keluarga, dan wang ringgit. Untuk menjadi orang yang KOMITED terhadap organisasi dan tugas, seseorang Guru Besar mestilah sanggup berkorban 'menjadi contoh dan teladan' kerana staf dan anak didik tidak akan memberikan penghormatan, pengiktirafan, dan kekaguman mereka kepada kita selaku Guru Besar jika ciri-ciri yang KOMITED tidak dapat dilahirkan dan dibuktikan. Sayugia diingat kepemimpinan yang berjaya bukan terletak pada pangkat dan kedudukan atau status luaran tetapi ianya terletak kepada sifat ketinggian hemah dan kehalusan budi di dalam kerendahan hati dan kecantikan pekerti.  ٱ

TIDAK KOMITED NAMANYA JIKA:

BUKAN PEMIMPIN PROFESIONAL TETAPI  BOSS

TIADA VISI DAN MISI TIADA INTEGRITI DAN WIBAWA

TIDAK BERMINAT MEMAJUKAN DIRI SENDIRI

TIDAK BERTINDAK SEBAGAI PEMUDAHCARA

TIDAK BIJAK MEMBERI KEUTAMAAN

TIDAK TEGAS TIDAK KONSISTEN

TIDAK'SUPPORTIVE' DAN TIDAK 'HELPFUL'

TIDAK EMPATI DAN TIDAK PEDULI

TIDAK ASSERTIVE TIDAK SENSITIF

TIDAK MEMAHAMI MASALAH

STAF DI SEKOLAH

 

 

 

 

 

    

                                                                                                                                          

                                        Copyright ©2002-2003 Hamzah Mohamed