
Kerjaya di dalam muzik terapi boleh dibahagikan kepada 3 kategori:
1. perunding klinikal
2. pentadbir/supervisor
3. penyelidik/pensyarah
Seorang ahli klinikal memberi perkhidmatan muzik terapi kepada orang ramai
secara berkumpulan atau individu. Dia bekerja di sektor swasta atau
kerajaan termasuk di hospital, institusi, klinik, rumah orang tua, pusat
serenti, hospis dan lain-lain. Sesetengah ahli klinikal membuka pusat
perkhidmatan persendirian (private practices).
Seorang pentadbir/supervisor mengendalikan agensi perkhidmatan muzik terapi
dengan menyediakan belanjawan, membeli peralatan, memelihara polisi dan
prosedur, melatih pelajar praktikum dan menilai kakitangan.
Setelah menjalani pelajaran pasca-siswazah, seorang ahli muzik terapi layak
memohon untuk menjadi pensyarah. Ada pula yang melibatkan diri dalam
penyelidikan untuk menambah ilmu pengetahuan dalam bidang yang agak baru
ini.
POPULASI/GOLONGAN YANG MENERIMA PERKHIDMATAN MUZIK TERAPI
# Pesakit-pesakit mental & neurosis
# Kanak-kanak Sindrom Down's, terencat akal & cacat anggota
# Juvana delinkuen & anak-anak yatim
# Mangsa-mangsa kebakaran & kemalangan
# Mangsa-mangsa penderaan, kanser, AIDS, strok, Alzheimer, dll.
# Golongan buta dan lemah pendengaran
# Penagih dadah & alkohol
# Golongan orang tua
# Pesakit-pesakit yang menjalankan pembedahan
# Ibu-ibu mengandung
# Kes-kes forensik & penghuni-penghuni penjara
# Golongan yang menghadapi tekanan/konflik
GAJI TAHUNAN MENGIKUT TAHUN BEKERJA DI BIDANG MUZIK TERAPI (DI AMERIKA)
Tahun Bekerja/No. of years in profession Pendapatan setahun/Salary Range
1 - 10 US$10,000 - 35,000
11 - 20 US$14,000 - 60,000
> 20 US$20,000 - 65,000
Sumber: NAMT Member Sourcebook (1994). Silver Spring, MD: NAMT, Inc.
DECEMBER 1997
LINKS
James Yeow's Music Therapy Homepage
Angelfire - Easiest Free Home Pages
Maklumat Pendidikan (Sukatan Pelajaran)
Maklumat Pendidikan (Institusi Pengajian Tinggi)