Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Sila tekan untuk ke laman web Maktab Sabah

 

Apakah komputer?

Definisi 1

Komputer adalah alat atau mesin automatik yang boleh menerima arahan dari kita, memprosesnya, menyimpan semua maklumat ini untuk kegunaan kemudian dan akhir sekali mengeluarkan satu keputusan untuk tatapan kita. Cara meklumat diterima oleh komputer di panggil input dan maklumat keluar dari komputer di panggil output.

Definisi 2

Komputer adalah sebuah alat elektronik yang cekap dan tepat, hasil dari pemasangan litar elekteronik yang boleh digunakan dalam pelbagai situasi seperti memproses data, menghitung, membuat keputusan logik, mengatur semula data, melukis dan menyanyi. Semua situasi ini boleh dijalankan mengikut kehendak satu set arahan terperinci yang dipanggil aturcara atau program.

Bidang penggunaan:

 

Pendidikan

pentadbiran pendidikan

penyeliaan sains

proses pengajaran dan pembelajaran

 

Perniagaan

pembayaran gaji

penyediaan bil

inventori

penyediaan invois

perakaunan

pengautomatikan pejabat

 

Industri

mengaturacarakan robot contohnya PROTON

mereka model contohnya CAD dan CAM

 

Pentadbiran kerajaan

pengawalan lalulintas

pengurusan cukai

 

Bidang-bidang lain

perubatan

telekomunikasi

muzik

senilukis

hiburan

 

 

Naik Atas^

 

Komponen komputer

 

Sesebuah komputer mengandungi pelbagai komponen perkakasan yang berkerjasama dengan perisian untuk pengiraan dan penyusunan data untuk berhubung dengan komputer lain.

Perkakasan ialah alat-alaat atau peranti-peranti yang digunakan dalam melaksanakan tugas pemprosesan. Peranti-peranti ini mempunyai kebolehan dan fungsi-fungsi tertentu untuk membolehkan data-data dan maklumat disimpan bagi kegunaan semula apabila diperlukan. Peranti-peranti ini bukan sahaja khusus menjalankan satu-satu operasi tetap bergantung antara satu sama lain. Komponen perkakasan termasuklah peranti input, peranti output, unit system, peranti storan dan peranti perhubungan.

Peranti input membenarkan pengguna memasukkan data dan arahan kedalam ingatan komputer. Terdapat 4 jenis peranti input yang biasa digunakan, iaitu, papan kekunci, tetikus, microphone dan PC Kamera. Papan kekunci terdiri daripada berjenis mekanik, iaitu sentuhan elektrik akan terjadi apabila kunci ditekan dan sentuhan akan terputus apabila kunci dilepaskan. Papan kekunci komputer sama dengan mesin taip. Tetikus merupakan sejenis peranti input yang menggerakkan kursor pada skrin. Caranya ialah dengan mengerakkan pada permukaan yang mendatar. Arah pergerakan kursor adalah mengikut arah pergerakan tetikus. Microphone membolehkan individu merakam suara iaitu input kedalam bentuk isyarat elektrik. Apabila kesemua isyarat elektrik suara individu tersebut digabungkan maka individu boleh mendengarnya pada speaker sebagai output. PC kamera adalah kamera digital yang tidak menggunakan filem untuk menyimpan gambar, pada masa kini kamera digital menyimpan gambar yang diambil terus kedalam ingatan atau disket. Selepas itu gambar dari kamera digital akan dipindahkan kedada komptuer sebagai paparan output.

Peranti output digunakan untuk menyampaikan informasi terproses oleh komputer kepada pengguna. Terdapat 3 jenis peranti output yang biasa digunakan iaitu, pencetak, monitor dan speaker. Pencetak terdiri daipada pelbagai jenis, contohnya pencetak hentak, pencetak baris, pencetak daisy wheel, pencetak dot matrix, pencetak tak hentak, pencetak inkjet dan pencetak laser. Pada masa kini, pengguna menggunakan pencetak jenis inkjet dan laser sahaja kerana mempunyai output yang berkualiti dan laju. Monitor pula merupakan sejenis peranti output yang menerima arahan dari pengguna. Pengguna akan menekan papan kekunci sebagai arahan kepada CPU. Pada masa yang sama CPU memproses input dan menghasilkan output di monitor sebagai paparan. Speaker membolehkan pengguna mendengar bunyi dan lagu yang digunakan pada komputer. Semakin besar speaker, maka semakin kuatlah bunyi yang dihasilkan.

         Unit sisitem adalah sebuah benda yang berbentuk seperti kotak yang diperbuat daripada besi dan plastik dimana terdapat litar elektronik didalamnya.

Peranti storan memegang data dan informasi. Selepas itu informasi digunakan untuk masa hadapan apabila diperlukan. Storan berbeza daripada ingatan kerana ia boleh menyimpan informasi secara sementara semasa ia melakukan pemprosesan.

Peranti perhubungan atau komunikasi membenarkan pengguna komputer untuk berhubung dan menukar benda seperti data, arahan dan informasi dengan komputer lain. Peranti perhubungan ini berkomunikasi melalui kebel atau talian telefon. Modem adala satu contoh peranti perhubungan.

Naik Atas^

 

 

Kelebihan komputer

Pada umumnya, komputer melakukan kerja-kerja meluas kerana:-

Laju operasi-Komputer boleh memproses data dengan sangat laju

Kejituan-Berbanding dengan manusia, komputer jauh lebih tepat dan menyakinkan. Komputer jarang melakukan kesilapan. Komputer boleh melakukan apa yang diarahkan denga tepat dan jitu. Walaubagaimanapun kejituan komputer bergantung kepada aturcara dan data yang dimasukkan.

Kos- Dengan menggunakan komputer, perbelanjaan hakiki dapat dikurangkan sementara taraf pemprosesan dapat dikekalkan atau ditingkatkan.

Kapasiti tinggi untuk menyampaikan data-Komputer boleh menyimpan data dalam kuantiti yang besar dan boleh mengenalpasti sebarang maklumat yang tersimpan dalam masa kurang daripada 1 saat.

Kerja rutin-Manusia cepat menjadi bosan jika dikhendaki melakukan kerja yang sama berkali-kali. Komputer boleh bekerja 24 jam sehari tanpa rehat dan tidak mengarapkan pembayaran bonos dan tidak akan meminta kenaikan gaji. Tambahan pula komputer tidak memilih tempat perkerjaan,

Had komputer

Komputer tidak boleh berfikir-Komputer tidak boleh melakukan kerja dengan sendiri. Kita perlu mengarahkan komputer walau sekalipun untuk melakukan pengiraan yang amat ringkas dengan menggunakan bahasa istimewa yang dikenal sebagai bahasa pengaturcaraan.

Kesilapan input-Komputer tidak boleh mengesan kesilapan yang dibuat semasa data dimasukkan. Misalnya pelanggan bank kadangkala mendapati kesilapan dalam baki wang simpanannya kerana kerani yang menguruskan akaun simpanannya telah membuat kesilapan semasa memasukkan data dalam komputer bank itu.

Kesilapan dalam mengarahkan komputer-Komputer memproses data melalui arahan-arahan yang dikenali sebagai aturcara. Kadang kala sesuatu aturcara mengandungi kesilapan yang tidak ketara melainkan timbulnya keadaan yang tertentu. Kesilapannya dalam aturcara komputer boleh menyebabkan masalah yang serius bagi penggunaannya sekiranya tidak dikesan.

Naik Atas^

 


Adakah anda ingin mencari sesuatu?

Cari:

Information
Copyright © 2002 [muhaimeen83@hotmail.com]. All rights reserved.
Revised: September 05, 2002 Maklumat Front Page