Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!


Senarai Perkataan P-U
||| Senarai A-D ||| Senarai G-J ||| Senarai K-N ||| Aktiviti |||
  • Pahit-
    1. berasa tidak sedap
    Ubat batuk itu pahit rasanya.

    2. susah;sulit
    peristiwa pahit itu tidak akan dilupakannya.

  • Pudar-
    1. suram(cahaya)
    Cahaya lampu di bilik itupudar sahaja.

    2. agak kabur(warna)
    Warna pada baju itu sudah pudar.

    3. tidak berseri
    Wajahnya sudah pudar dimakan usia.

  • Pukul-
    1. sebat;hentam
    Azhar dipukul ayahnya kerana mencuri.

    2. waktu
    Salina akan datang pada pukul lima petang.

  • Pusat-
    1. lubang di tengah perut
    Ibu menyapu pusat adik dengan minyak angin.

    2. tengah-tengah(letaknya)
    Manisah pergi membeli belah di pusat bandar.


  • Rendah-
    1. tidak tinggi
    Kawasan yang rendah mudah dinaiki air.

    2. kurang baik
    Dia tidak suka membeli barang yang rendah mutunya

    3. murah
    Harga minyak di kedai Ah seng lebih rendah daripada kedai Muthu.


  • Segar-
    1. sihat
    Badannya berasa segar setelah bersenam.

    2. subur
    Buah-buahan yang baru dibeli itu sangat segar.

    3. masih baru
    Kenangan itu masih segar di dalam ingatannya.

  • Senang-
    1. mudah
    Ujian matematik itu sangat senang.

    2. suka
    Saya tidak senang dengan sikapnya yang suka bercakap besar itu.

    3. bahagia(hidupnya)
    Adnan hidup senang setelah menjadi pengurus.

  • Serong-
    1. tidak lurus
    Garisan itu serong sedikit.

    2. curang
    Kita tidak patut bersikap serong terhadap kawan.

  • Sesak-
    1. sempit
    Dia tidak sanggup tinggal di dalam bilik yang sesak itu.

    2. tersekat
    Jalan raya itu sesak dengan kenderaan akibat satu kemalangan.

    3. susah
    Setelah diberhentikan kerja, hidup Anuar menjadi sesak.

  • Tahan-
    1. tidak mudah rosak
    Dia menjaga perabot itu dengan baik supaya tahan lama.

    2. sanggup
    Nazri tidak tahan mendengar cacian orang tua itu.

    3. cukup
    Makanan ini tahan untuk tempoh dua minggu.

  • Tajam-
    1. dapat memotong
    Ibu memotong daging itu menggunakan pisau yang tajam.

    2. pintar
    Walaupun masih kecil, Azri mempunyai otak yang tajam.

    3. keras;pedas(kata-kata)
    Kata-kata Asmah yang tajam itu menghiris hatinya.

  • Tinggal-
    1. diam;menetap
    Dia tinggal bersama neneknya di Hougang.

    2. terus berada di
    Ibu menyuruh saya tinggal di rumah untuk menjaga adik.

    3. bakinya
    Setelah berbelanja, wang saya tinggal dua dolar sahaja.


  • Usul-
    1. asal mula
    Pihak polis sedang memeriksa asal usul pemuda itu.

    2. cadangan
    Usul itu akan dibentangkan pada mesyuarat akan datang.