Reaksi Isteri
Ada isteri yg apabila suaminya menyatakan hasrat ingin berkahwin seorang lagi, ia terus saja memberikan persetujuannya. Bahkan ia bersedia pula menolong suaminya mencari calon isteri yg sesuai utk suaminya. Tetapi isteri yg berpendirian seperti ini amat jarang dijumpai.
Ada juga isteri yg keberatan membenarkan suaminya berpoligami. Tetapi akhirnya bersetuju juga setelah dipujuk dan dirayu oleh suaminya.
Ada juga isteri apabila suaminya menyatakan hajat utk berpligami terus sahaja melenting dan menyinga. Ia bertindak seperti orang gila yg hilang akal. Tanpa usul periksa dan tanpa bertanya sebab dan alasan kenapa suaminya ingin berkahwin lagi, ia terus mengamuk dan memuntahkan kata-kata kesat dan kasar terhadap suaminya. Isteri seperti ini adalah isteri yg derhaka. Ia tidak menghormati suaminya sebagai ketua keluarga. | Atas |
Pandangan Wanita
Wanita yg dimaksudkan ialah wanita yg suaminya tidak mengamalkan poligami atau belum berpoligami dan juga wanita yg belum bersuami atau kematian suami atau janda yg diceraikan suaminya.
Wanita solehah serta beriman dengan iman yg hakiki pastinya akan bersetuju walaupun persetujuannya dgn syarat lelaki yg ingin berpoligami hendaklah memenuhi kehendak dan tuntutan berpoligami seperti yg dituntut oleh hukum syarak.
Tetapi persoalannya berapa ramai wanita yg seperti ini. Semua ini bergantung kepada tahap iman di dalam diri seseorang wanita.
Wanita yg bersuami dari kalangan kedua pula secara terang-terang menentang poligami. Mereka akan memberikan berbagai alasan dan sebab di sebalik penentangan tersebut. Ada kumpulan wanita yg menentang secara mutlak tanpa hujah dan alasan. Kita bimbang penentangan seperti ini boleh menyebabkan rosaknya akidah dan terkeluar dari Islam kerana menentang ketetapan Allah. Diantara alasan yg diberikan oleh mereka:
- Lelaki kuat nafsu. Perkahwinan mereka lebih didorong oleh nafsu dan bukannya utk keadilan.
- Lelaki yg berpoligami akan menzalimi isteri tua kerana asyik dgn isteri muda.
- Anak-anak daripada isteri tua akan terabai.
- Pendapatan suami tidak mampu menyara lebih drpd seorang isteri.
- Lelaki bermata keranjang. Pantang tengok anak dara cantik atau pantang lihat janda lawa. | Atas |
Pandangan Lelaki
Bagi lelaki yg bersetuju dgn poligami ini dibahagikan kpd dua kumpulan:
- Yakin bahawa disebalik Allah mensyariatkan poligami terdapat hikmah yg tertentu seperti membela kaum wanita yg kurang bernasib baik, mengelak diri darpd melakukan maksiat dan meramaikan umat Nabi Muhammad.
- Lelaki bebas berpoligami kerana itu adalah haknya yg diberikan oleh Allah. Orang perempuan tidak ada hak utk menyekat dan menghalangnya dan keizinan drpd isteri pertama tidak perlu diperolehi.
Manakala golongan lelaki yg tidak bersetuju dgn poligami ini sedikit sahaja. Lelaki seperti ini mungkin DAYUS dan takutkan isteri. Mungkin juga ia pernah melihat kehidupan orang lain berpoligami yg tidak bahagia dan harmoni lalu ia membuat keputusan membenci poligami.
| Atas |
Pandangan Masyarakat
Sesetengah ahli masyarakat ada yg memandang serong terhadap lelaki yg berpoligami. Si fulan lebih berat sebelah terhadap isteri muda. Isteri dibiarkan hidup melarat. Isteri muda "Queen Control." Isteri tua terbiar menderita. Si fulan tidak adil. Si fulan lebih kerap berada di rumah isteri muda. Si fulan lupa daratan. Itulah sebahagian drpd agenda menarik yg sering mereka bincangkan setiap kali ada kesempatan berbuat demikian.
Kadang-kadang apa yg mereka cakapkan mengenai lelaki yg berpoligami ternyata menyimpang jauh dari kebenaran dgn menokok tambah apa yg sebenarnya tidak berlaku terhadap pasangan yg berpoligami itu. Yg sejengkal dipanjangkan menjadi sedepa. Yang ringan diberatkan. Yg remeh diperbesarkan dan yg tiada diada-adakan.
| Atas |
Antara Sebab Berkahwin Di Siam
Menurut Pendaftar Nikah Luar Negara Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat, Thailand, Ishak Mohd, banyak sebab mengapa ramai pasangan Malaysia bernikah di Narathiwat. Antaranya:
- Ingin berpoligami. Tidak dinafikan, ramai lelaki yg ingin berpoligami memilih bernikah di Narathiwat kerana mereka tidak perlu menyertakan keizinan drpd isteri pertama.
- Tentangan keluarga. Ramai juga drpd kalangan pasangan yg bernikah di Narathiwat kerana mendapat halangan drpd keluarga masing-masing. Ada disebabkan kedudukan, fahaman politik kedua-dua keluarga ataupun kerana perbezaan umur.
- Kelulusan lambat dan kos guaman tinggi. Jika pasangan ingin berkahwin di Malaysia (terutama yg ingin berpoligami), mereka terpaksa menunggu agak lama sehingga kelulusan diberikan pejabat agama. Antara kelulusan yg diperlukan supaya pernikahan dapat disegerakan termasuklah keizinan drpd isteri tua. Pasangan terpaksa melalui proses perbicaraan guaman yg remeh dan kos guaman yg tinggi. Rata-rata ada antara pasangan yg terpaksa menunggu lebih setahun utk mendapatkan kelulusan Mahkamah Rendah Syariah. Sekiranya isteri tua membuat rayuan, kes tersebut akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah yg mungkin mengambil masa lebih 2 tahun! Mereka juga terpaksa membelanjakan kos guaman yg tinggi, sekurang-kurangnya RM5500 sehingga RM10,000 utk setiap kes. (Rujukan: Noorafizah Abdul Aziz & Associates, Tel: 03-4251 0711)
- Berkahwin dgn wanita tempatan. Ramai juga lelaki Malaysia berkahwin dgn wanita tempatan (warga Thailand).
- Terlanjur dan hamil. Bagi mengelakkan keluarga mendapat tahu si wanita sudah hamil disebabkan terlanjur dgn teman lelaki, mereka mengambil keputusan berkahwin di Narathiwat. Jika si wanita bersalin dlm tempoh 4 bulan usia pernikahan, barulah anak itu dianggap anak luar nikah.
- Belanja kahwin mahal. Tidak dinafikan, belanja perkahwinan yg semakin meningkat menyebabkan pasangan memilih utk bernikah di sempadan. Kata Ishak, mereka tidak menetapkan kadar bayaran mas kahwin, terpulang kepada kemampuan si lelaki. Yg wajib hanya RM300 sebagai yuran proses pernikahan.
- Sembunyi demi kerjaya. Dikhabarkan juga, ada berkahwin di Narathiwat kerana si lelaki anggota polis atau tentera. Mengikut peraturan, anggota polis atau tentera, tidak dibenarkan berpoligami.
"Tanggungjawab kami menikahkan mereka agar penzinaan mereka tidak berterusan, juga utk melindungi hak bayi yg dikandung." Ishak menjelaskan, sekiranya wanita itu bersalin selepas enam bulan dari tarikh pernikahannya, maka bayi itu bukan dianggap anak luar nikah dan berhak menerima haknya (wasiat dan dibin atau dibintikan kpd bayi itu).
| Atas |
Huraian Sayidina Ali
Diriwayatkan bahawa pd suatu masa sekumpulan wanita muslimat datang menemui Khalifah Ali bin Abi Talib (yg terkenal bijaksana) utk mengemukakan pertanyaan: Mengapa Islam membenarkan lelaki mempunyai lebih drpd seorang isteri, tetapi tidak mengizinkan wanita mempunyai lebih drpd seorang suami? Bukankah ini suatu diskriminasi atau perlakuan tidak adil terhadap wanita?
Mulanya Khalifah Ali tercengang juga mendengar cabaran para wanita muslimat itu. Tetapi kemudian beliau meminta para wanita itu mengambil mangkuk-mangkuk kecil berisi air. Setiap air itu hendaklah berlainan bau dan warnanya. Beliau meminta wanita-wanita itu memasukkan air yg ada di dalam mangkuk-mangkuk kecil itu ke dalam bejana besar.
Sesudah permintaannya dilakukan, beliau meminta pula mereka menuangkan semula air di dalam bejana besar itu ke dalam mangkuk kecil masing-masing, dgn syarat air yg dituang nanti sama warna dan baunya seperti yg asal di dalam mangkuk kecil masing-masing.
Tetapi para wanita itu tidak dapat melakukannya, kerana air masing-masing telah bercampur di dalam bejana besar itu dan tidak dapat dipisahkan lagi warna atau bau asalnya.
Khalifah Ali pun berkata: Apakah seorang wanita mempunyai beberapa orang suami, ia akan mengadakan hubungan seks dgn setiap orang suaminya itu, dan ia akan hamil. Bagaimana nanti wanita itu dapat menentukan anak pada suami manakah yg dikandungnya itu?
| Atas |