<
Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Asalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bertambahlah lagi Laman bidan yang tak seberapa ini. Kali ini bidan ujudkan laman ini untuk diri bidan sendiri supaya dimasa-masa akan datang tak kala terdapatnya masalah pemasangan 'Internet Server" kelak bleh la bidan rujuk kat sini. U All pun bulih jugak.. Tak kena duit. Pengalaman ini bidan perolehi ketika membuat pemasangan komputer berangkaian dan "Internet Ready" di Sebuah Syarikat iaitu RHT yang bertempat di Wangsa Maju Kuala Lumpur. Permasangan ini melibatkan semua perserta kursus Networking siri 1 tahun 2002 dari PERHEBAT iaitu seramai 9 orang termasuk cikgu. Antara peserta kursus adalah `Abah (Zabari), Mus, Milah, Amat, Ibrahim A, Dr Asmadi, Raja Chek (bukan raja gopal weiii... sebut biaq teghangggg.. Ampun patik jer....), Bidan (Ibrahim B) dan cikgu Zainab. Dikala itu barulah tahu bahawa diri ni tidak lah sehebat mana. Banyak lagi yang perlu dicari dan dipelajari. Alhamdulillah.. diri ini dikurniakan tuhan adalah dari jenis insan yang tidak menyombong diri. Maka dengan rendah dirinya bidan memohon bantuan sahabat bidan yang berbangsa cina iaitu Adrian Au Yong (boss bidan semasa berkerja di kedai komputernya). Walaupun dia ni boss.. namun dia tetap seperti biasa, masih ingin membantu bidan walaupun bidan ini adalah bakal pesaingnya kelak. Walaupun agak lewat sedikit dari masa yang dijanjikan.. namun tetap datang. Bidan mengambil iktibar dari peristiwa itu sebagai satu perkara yang perlu diikuti oleh bidan dan rakan-rakan yang ingin menjadi boss kelak.. Apa tidaknya... Walau ia bukan sebangsa dengan bidan dan dah tiada hubung kait lagi dan bekas boss kepada bidan pulak tu.. sanggup dia datang untuk membantu bidan. Apa yang bidan dapat rasakan disini Boss yang baik adalah bukan sahaja pandai mengarah tetapi tetap pandai mengambil hati. "Insaallah... akan bidan teladani komitmen dan kebaikkan yang ditunjukan oleh bekas boss bidan ini". Terima kasih Boss.
----  E N D ----