Komuniti Maya Yang Dibina oleh Anda untuk Anda | Enjin Cari eMas |
Ekonomi Beaufort Kegiatan ekonomi penduduk yang utama di daerah ini meliputi 70% dalam sektor pertanian. 20% bergiat dalam bidang perniagaan dan perindustrian. Sementara baki adalah mereka yang terlibat dalam sektor perikanan dan perusahaan ternak. Daerah Beaufort kaya dengan sumber-sumber alam terutamanya tanah pertanian. Oleh kerana itu kegiatan ekonomi penduduk di daerah ini meliputi 80% di sektor pertanian. Tanah Berpotensi Untuk Pertanian Kajian sumber-sumber tanah menunjukkan bahawa 64,342 hektar (sekitar 37%) daripada 173,600 hektar (37%) daripada tanah-tanah tersebut telah diusahakan dan dimajukan. Oleh kerana kegiatan ekonomi penduduk luar bandar sangat bergantung kepada sektor pertanian adalah dijangkakan perusahaan tanah-tanah pertanian terutamanya untuk tanaman kelapa sawit, buah-buahan dan tanaman kontan akan bertambah.- Dipetik dari:Buku Cenderamata Beaufort 100 Tahun dan Tamu Besar 21-23 November, 1998 - Pencetak Kerajaan. 1998 ms19 Pada 14 Ogos 1993, Pesta buah-buahan telah diadakan buat pertama kalinya di Daerah Beaufort selama 3 hari. "Mengikut kajian sumber-sumber tanah menunjukkan bahawa 64,342 hektar tanah daripada keluasan daerah berkenaan sesuai untuk pertanian dan sehingga sekarang hanya 24,0440 hektar yang sudah dimajukan. Bagaimanapun, disebabkan kegiatan ekonomi penduduk luar bandar sangat bergantung kepada sektor pertanian adalah dijangkakan perusahaan tanah pertanian terutama untuk tanaman kelapa sawit, buah-buahan dan tanaman kontan akan bertambah. Tanam-tanaman utama daerah Beaufort ialah getah, kelapa sawit, padi, buah-buahan, tanaman jangka panjang seperti kelapa dan tanaman kontan seperti jagung, ubi, keladi dan sayuran. Bagi penanaman buah-buahan, ia merupakan tanaman yang diminati dan diusahakan oleh petani sejak dahulu lagi sehingga menjadi pengeluar buah-buahan tempatan yang utama di Pantai Barat Pedalaman. Tanaman limau manis amat diminati oleh ramai pekebun kerana kesesuaiannya ditanam di beberapa kawasan terutama di sepanjang Sungai Ptanaman itu. Disebabkan kualiti buah itu, Beaufort sehingga sekarang terkenal sebagai pengeluar buah limau manis terbaik di negeri ini. Selain itu, buah durian dan rambutan yang juga tanaman buah-buahan bermusim, biasanya menghasilkan buah pada Julai hingga September manakala buah-buahan yang lain termasuk manggis, cempedak, langsat, terap, pisang, kelapa, belimbing, jambu batu, betik, limau kasturi, limau balim, limau kapas, mangga, belunu, bambangan, tembikai, ciku dan nenas." - Dipetik dari Daily Express, 22/8/93
|