Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Komuniti Maya Yang Dibina oleh Anda untuk Anda Enjin Cari eMas

Tempat-tempat Menarik Daerah Beaufort

Pekan Beaufort

beau_9.jpg (9905 bytes) Jika anda ingin melihat kesesakan pekan Beaufort, hari yang paling sesuai mengunjunginya adalah pada Hari Sabtu, dimana setiap Sabtu adalah hari tamu bagi pekan Beaufort.  Pada masa itulah, anda akan melihat kesibukan pekan yang selalu dilanda banjir ini.

Pekan Weston

"Jika bertujuan untuk makan angin, Pekan Kecil Weston mungkin tidak menjanjikan sesuatu yang istimewa, selain daripada suasana dan pemandangan sekitarnya yan agak sunyi tetapi menarik.  Di sini cuma terdapat beberapa buah jeti nelayan, satu baris kedai, balairaya, surau, bangunan sekolah menengah dan rendah dan sebuah panggung wayang yang sudah lama tidak berfungsi.  Rumah-rumahnya yang kebanyakan dibina di pinggir laut Teluk Padas, banyak melambangkan kehidupan dan kegigihan orang-orang nelayan, dimana bot-bot kelihatan di bawah rumah dan utas-utas pukat berjuntaian di sana sini." - Dipetik dari Emin Madi. Nelayan Weston jadi 'tauke' udang galah' . Sabah Times. 28 Disember 1985.

Sungai Padas

Aktiviti yang boleh dilakukan di Sungai Padas adalah menyusuri arus deras Sungai Padas menerusi kegiatan yang lebih dikenali sebagai "White Water Rafting".  Ia telah diiktiraf sebagai kawasan aktiviti "white water rafting" gred III di dunia oleh kerana ia mempunyai kelebaran lebih dari 50m dan berbatu-batan merbahaya.  Untuk permandangan Sungai Padas yang menakjubkan, anda boleh menaiki keretapi dari Beaufort ke Tenom.

Selain dari yang di atas, tempat-tempat menarik yang terdapat di Beaufort yang anda boleh kunjungi adalah seperti :

  • Air Terjun Batu 58 Beaufort
  • Air Terjun Lumadan Beaufort
  • Air Terjun Inatul Bangangan Membakut Beaufort
  • Air Terjun Banting Beaufort
  • Bukit Bendera Beaufort
  • Pantai Pimpang Membakut
  • Tugu Peringatan 100 Tahun Beaufort
  • Tugu Peringatan Beaufort - Prebet Thomas Stacevich V.C
b_tugu.jpg (10179 bytes)


Beaufort ::
-Secara Umum
-Sejarah & Personaliti
-Penduduk
-Ekonomi
-Kesenian & -Kebudayaan
-Tempat-tempat menarik
-Direktori
 

 



Bravenet.com

Homepej direkabentuk oleh Perpustakaan Negeri Sabah
Maklumbalas ke Webmaster
Dikemaskini pada:

Notis Pemberitahuan




get this gear!