Ramalan Cuaca Kota Kinabalu |
Laman lain -> |
Komuniti Maya Yang Dibina oleh Anda untuk Anda | Enjin Cari eMas |
Secara Umum Beaufort merupakan nama peninggalan seorang gabenor Inggeris di waktu penjajahan dahulu yang bernama Sir L.P.Beaufort. Menurut sumber yang dipercayai, keluarga Sir L.P. Beaufort merupakan sebuah keluarga DiRaja England yang terhasil melalui perkahwinan campur diantara England dengan Italy. Daripada segi bahasanya, 'Beau' dalam perkataan Italy bermakna 'Pahlawan yang Kacak', manakala 'Fort' bermakna kubu pertahanan yang kuat dan gagah. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kesamaan nama Beaufort, sila lawati laman berikut; Beaufort.com. Nama Beaufort kekal hingga ke hari ini dengan wujudnya sebuah daerah dan pekan sejak awal abad ke 19 lagi. Beaufort adalah sebuah daerah yang terletak di selatan bandar Kota Kinablu kira-kira 96 kilometer dari ibu negeri Sabah ini dengan perjalanan kenderaan melalui sebatang lebuh raya. Ia diapit oleh daerah-daerah berdekatan, iaitu daerah Sipitang di Teluk Brunei iaitu bahagian selatan, Kuala Penyu di Teluk Kimanis di bahagian tenggara dan daerah Tenom di bahagian barat laut iaitu di antara Banjaran Croker. Berdasarkan kedudukan geografi, Beaufort terletak diantara Lembah Padas dan sebatang sungai yang keempat terpanjang di negeri ini iaitu Sungai Padas. Sebagai sebuah pekan dan daerah yang unik dengan deretan kedai-kedai kayu yang terbina sebelum zaman penjajahan British, ia merupakan tinggalan sejarah yang amat bernilai. Sungai Padas biasanya akan melimpah apabila berlaku kenaikan paras air sungai yang mendakak. Ini disebabkan oleh empangan Tenom, Pangi yang terpaksa membuka empangannya dengan seluas-luasnya kerana dikhuatiri empangan akan pecah. Selain itu juga faktor kedudukan sungai yang berliku-liku dan tidak dalam juga menyumbang kepada banjir. Tapi sehingga sekarang keadaan banjir di Beaufort amat jarang berlaku. Jolokan yang pernah diberi untuk pekan Beaufort dalam bahasa Inggerisnya ialah 'The Small Venice of the East'." - dipetik dari: Nama B'Fort peninggalan penjajah. Borneo Maill, 1 Januari 1990, ms 6.
Beaufort dapat dihubungi dengan kenderaan menerusi lebuhraya dari Kota Kinabalu, perjalanannya adalah lebih kurang satu jam bergantung kepada jenis kenderaan. Keluasan / Topografi Daerah Daerah Beaufort mempunyai keluasan 1,735km persegi atau 173,600 hektar dan mengandungi Daerah Kecil Membakut yang mempunyai keluasan 388km persegi. Daerah ini meliputi kira-kira 48.7% ataupun 846km persegi kawasan tinggi pada paras 15.2km atau 1,000° - 2,500° dan kawasan rendah kira-kira 51.5% atau 889km persegi. Ciri-ciri semulajadi yang menjadi kebanggaan bagi daerah ini adalah sebatang sungai yang melintasi daerah ini yang dekenali sebagai Sungai Padas yang mengalir terus ke kawasan perairan Teluk Brunei. Daerah ini juga mempunyai catatan hujan yang paling tinggi pada tiap-tiap tahun jika dibandingkan dengan daerah-daerah lain di Negeri Sabah.- Dipetik dari:Buku Cenderamata Beaufort 100 Tahun dan Tamu Besar 21-23 November, 1998 - Pencetak Kerajaan. 1998 ms19
Pautan
|
|
Homepej
direkabentuk oleh Perpustakaan
Negeri Sabah |