Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
PANDUAN
1. Jawap soalan-soalan yang berikut setelah berbincang dengan guru atau rakan-rakan anda.
2. Hantarkan jawapan anda melalui email kepada gurubm@hotmail.com
 

Latihan SPM 1
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi dua ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

 Kejohanan bola sepak Piala Dunia 1990 dilangsungkan di Itali. Kejohanan itu mendapat sambutan yang meriah. Semua pemain yang menyertainya bermain sungguh-sungguh. Setiap pemain mahu mencapai kemenangan bagi pasukannya. Para penyokong begitu bersemangat menyokong pasukan mereka. Mereka mengharapkan pasukan mereka mencapai kemenangan . Mereka mengharapkan pasukan mereka memasuki pertandingan akhir. Pertandingan akhir diadakan di Rome pada 8 Julai 1990.

Latihan SPM 2
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi dua ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Keruntuhan moral di kalangan remaja kian meruncing. Mereka kini lebih suka berfoya-foya. Golongan ini lebih mementingkan hiburan. Banyak masa yang dihabiskan untuk mencari hiburan. Gejala ini tidak boleh dibiarkan berlarutan. Mereka perlu dibimbing. Mereka perlu dibawa ke pangkal jalan kembali. Hal ini penting agar golongan remaja tidak menjadi rakyat yang rosak moralnya.

Latihan SPM 3
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi dua ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

 Pulau Perhentian ialah sebuah pulau. Pulau ini terletak di negeri Terengganu. Pulau ini mempunyai pemandangan yang indah. Pulau ini telah dimajukan oleh kerajaan Terengganu. Kerajaan Terengganu menyediakan pelbagai kemudahan asas. Pulau Perhentian akan dijadikan pusat pelancongan.

Latihan SPM 4
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

 Bekalan tenaga elektrik dan oksigen tersekat. Jemaah haji yang berada dalam terowong al - Muaissem itu pun panik. Semua jemaah berusaha menyelamatkan diri. Semua jemaah bertempiaran lari. Jumlah jemaah di dalam terowong al - Muaissem yang begitu besar pada waktu itu menjadikan keadaan kelam kabut. Sebilangan jemaah telah menjadi mangsa. Mereka dipijak oleh para jemaah yang lain. Banyak jemaah haji yang terkorban dalam kejadian itu. Sebilangan besar negara menghulurkan bantuan. Negara-negara itu melahirkan rasa simpati. Mereka berharap agar keadaan seperti itu tidak berulang lagi.

Latihan SPM 5
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

 Askar Republik Rakyat Cina gagal menyuraikan perhimpunan pelajar. Perhimpunan itu diadakan di Medan Tiananmen. Askar-askar itu kemudian beredar ke kedutaan-kedutaan asing. Mereka hendak mencari dan membunuh penembak-penembak curi. Penembak-penembak curi tersebut berjaya membunuh sebilangan askar-askar tersebut. Askar-askar itu bertindak secara membabi buta. Mereka membunuh mangsa mereka. Perpecahan telah berlaku di kalangan askar-askar itu. Terdapat askar-askar yang bersimpati terhadap perjuangan suci rakyat. Mereka membantah tindakan buruk rakan-rakan mereka juga.
 

Latihan SPM 6
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

 Matlamat kerajaan ialah menambah jumlah penduduk negara ini menjadi 70 juta. Matlamat ini menarik perhatian rakyat. Jumlah ini diperlukan untuk memperluas pasaran dalam negeri. Penduduk yang besar jumlahnya memerlukan pelbagai keperluan. Kerajaan mesti menyediakan segala kemudahan asas. Ekonomi keluarga di luar bandar patut dititikberatkan juga. Ekonomi mereka perlu ditingkatkan. Mereka akan dapat menikmati kehidupan yang sempurna. Sekiranya tiada perancangan yang teliti, negara akan menghadapi masalah yang serius. Daya beli masyarakat akan terjejas akibat kemiskinan. Hal ini menyebabkan terbantutnya perkembangan ekonomi negara.

Latihan SPM 7
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

 Pembesar-pembesar negara memasuki bangunan baru itu. Satu letupan yang kuat kedengaran di situ. Letupan itu menyebabkan keadaan di situ kelam kabut. Banyak orang yang menjadi mangsa. Bangunan baru itu terbakar. Asap tebal memenuhi bangunan baru itu. Bangunan baru itu baru musnah sama sekali. Bangunan-bangunan di sekitarnya tidak mengalami kerosakan apa-apa. Bangunan-bangunan tersebut mengalami gegaran ketika letupan berlaku. Pihak bomba telah dihubungi secepatnya letupan itu berlaku. Pihak bomba lewat tiba. Kesesakan lalu lintas berlaku di bandar raya Kuala Lumpur.

Latihan SPM 8
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

 Amalan buruk dalam bidang perniagaan ini dikatakan kian berleluasa. Kebanyakan peniaga memberikan kepuasan kepada pengguna hanya semasa menerima wang. Selepas perkhidmatan atau produk diberikan, urusniaga tersebut terus dilupakan. Kesedaran pengguna tentang perkara ini kini mula meningkat. Pengguna-pengguna menuntut supaya mereka dianggap sebagai pelanggan yang mempunyai hubungan yang baik dan berterusan. Mereka ingin mendapat perkhidmatan selepas jualan. Kesedaran tentang hak-hak mereka ini terbukti dengan pertumbuhan pesat beberapa pertubuhan dan pergerakan sosial. Kegiatan badan-badan tersebut ialah memperjuangkan hak-hak pengguna.

Latihan SPM 9
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

 Penangkapan ikan di laut dalam merupakan satu bidang baru di negara kita. Perusahaan ini belum mendapat sambutan yang menggalakkan daripada nelayan. Perkembangan perusahaan ini agak lembap. Pencapaian Malaysia dalam bidang ini belum dapat dibanggakan. Keadaan ini memberikan kesempatan kepada nelayan asing untuk menceroboh perairan kita. Nelayan asing meraih keuntungan. Kerajaan kehilangan pendapatan yang banyak. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk memajukan perusahaan ini. Kerajaan menambahkan pinjaman kepada pengusaha bidang ini. Sistem pemasaran dibaiki. Kemudahan asas seperti kompleks pendaratan ikan yang lebih moden disediakan. Kerajaan berharap agar lebih banyak nelayan tempatan bergiat dalam perusahaan ini. Penghasilan laut dalam akan dapat dilipatgandakan. Penghasilan tersebut akan memberikan sumbangan yang lebih bermakna kepada ekonomi negara.
 

MEMBINA AYAT C/AJUK-C/PINDAH KESALAHAN BAHASA MENGGABUNG AYAT


Muka Depan Kefahaman Merumus Tatabahasa Karangan