Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KEFAHAMAN MODEN

1. Jawab soalan anda dengan menggunakan ayat yang lengkap dan sesuai.

Mengapakah Ah Lek dimarahi ibunya?
Ah Lek dimarahi ibunya kerana dia ponteng sekolah pada hari itu.

2. Jawab soalan dengan lengkap sekiranya terdapat pembahagian dalam soalan tersebut.

Siapakah Ah Lek? Mengapakah dia dimarahi ibunya?

Ah Lek  ialah anak Nyonya Wong. Dia merupakan seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Paya. Dia selalu ditegur oleh gurunya kerana terlalu kerap ponteng sekolah. Ah Lek sebenarnya seorang pelajar yang pintar tetapi dia malas belajar.
 
3. Masukkan ayat fakta serta penerangan atau huraian yang berkaitan.

Apakah arahan Mak Som kepada Angah?
Mak Som menyuruh Angah mencari ikan sembilang di sungai yang berhampiran dengan rumah mereka.

Apakah usaha yang dilakukannya Oleh Samad untuk menyelamatkan dirinya?

Samad membuat sebuah perahu (yang kecil) untuk menyeberangi sungai itu.

4. Beri perhatian pada jumlah markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan untuk dijadikan garis panduan bagi jumlah fakta yang akan dikemukakan.

5. Gunakan perkataan anda sendiri dengan menggantikan perkataan-perkataan tertentu dengan perkataan lain yang sama erti.

* dia bimbang….dia risau….dia khuatir…

6. Jawab soalan bagi makna rangkai kata dengan menggunakan bahasa biasa bagi perkataan bersifat metafora, peribahasa, atau kiasan.

* Dia berasa jauh hati mendengar jawapan daripada anaknya.
Jauh hati = sedih (betul)
Jauh hati = terentak hati (salah)

7. Tukar setiap patah perkataan yang dikemukakan (sekiranya boleh dan sesuai).
* diselubungi kesedihan = penuh dengan perasaan sugul

8. Tumpukan perhatian yang lebih bagi soalan jenis aras tinggi.
*Pada pendapat anda mengapakah……? Berikan alasan yang munasabah.
Jawapan bagi soalan tersebut hendaklah yang berkaitan dengan petikan. Elakkan memberikan bukti-bukti yang tidak ada dalam petikan.

9. Elakkan penggunaan ayat-ayat yang panjang.
* Dia dihukum oleh guru disiplin itu kerana dia didapati melanggar peraturan sekolah kerana merokok di dalam tandas dengan kawannya, dan dia juga ponteng kelas serta tidak membuat kerja yang diarahkan oleh gurunya sehari sebelum itu.

Gunakan beberapa ayat pendek seperti berikut:
*Dia dihukum oleh guru disiplin itu kerana dia didapati melanggar peraturan sekolahnya. Dia telah ditangkap oleh pengawas ketika sedang menghisap rokok di dalam tandas. Dia juga menerima hukuman itu kerana ponteng sekolah dan tidak menyiapkan kerja sekolahnya.

10. Semak jawapan anda untuk memastikan tiada kesalahan ejaan atau tatabahasa.

11. Secara umumnya anda perlu ingat bahawa anda perlu memasukkan data yang berkenaan dengan isi jawapan itu sebanyak mungkin.
 

Sl/2/99