Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KACANG KELO BERSIHKAN DARAH
Bagi kalangan masyarakat India, pokok kacang kelo atau nama saintifiknya Moringa Oleifera, adalah satu satunya pokok yang tidak begitu asing bagi mereka.

Tidak hairanlah pokok ini sering ditemui diperkarangan rumah atau kuil kuil mereka. Malah ada ketikanya mereka campurkan dalam kari dal dan daunnya dijadikan ulam sayuran. Bagaimanapun , keistimewaan pokok ini tidak hanya terhenti disitu saja. Malah sesuai untuk penjagaan kesihatan diri.

Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik, Alam Sekitar dan Sumber Semulajadi MARDI, Serdang, Dr Ahmad Zamzam Mohames, antara keistimewaan pokok ini yang agak ketara adalah pada tenaga batin dan merawat luka.

Malah katanya, daun kacang kelo yang dijadikan sebagai ulam bolih membantu sebagai pembersih darah dan mengurangkan kandungan gula dan seterusnya mengawal tekanan darah.

Jelasnya, dalam aspek keberkesanan rawatan luka, adalah melalui rujukan kajian farmakologi yang telah membuktikan bahawa pokok ini mempunyai aktiviti inflammatory. Aktiviti ini adalah penting dalam merawat luka luka dibadan sesaorang. Menurut beliau bagi tenaga batin caranya adalah mudah sekali. Kita hanya perlu mengambil beberapa helai daun pokok kacang kelo ini. Kemudian jelasnya lagi, rebus daun daun tersebut sehingga air rebusan tersebut tinggal setengah dan selepas itu minumlah perlahan lahan.

Tetapi harus diingat, sebagaimana perubatan herba yang lain, janganlah meminumnya terlalu kerapdan banyak dalam sehari. Jangan begitu ghairah, adalah lebih baik diamalkan sekali sehari. Lihat kesannya terlebih dahulu. Bagi merawat luka pula, adalah cukup mudah dengan mengambil beberapa helai daunnya dan ditumbuk dengan sedikit minyak masak. Tumbuk daun daun tersebut sampai lumat. kemudian sapulah pada luka tersebut.***