PKPMS HOMEPAGE
Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

BAHAGIAN MAJALAH PKPMS


Keluaran November 1996
PEMBINAAN UMMAH

oleh; ABU BAKAR YANG
(PEGAWAI PENYELIDIK IKIM)

Satu cabaran yang perlu disahut oleh para intelektual Islam pada abad ini ialah menawarkan tamadun Islam sebagai alternatif kepada zaman yang serba canggih ini. Umat Islam sememangnya pernah menguasai dan membangunkan tiga per empat dunia ini, namun penampilan model serta kemampuan baru dalam persaingan tamadun hari ini amatlah diperlukan. Apatah lagi setelah tamatnya perang dingin, banyak kalangan cerdik pandai berpendapat akan berlaku pertembungan tamadun. Dalam dekad 90-an ini, perbahasan mengenai tamadun tambah menarik dengan munculnya pelbagai tulisan mengenainya seperti yang ditulis oleh Samuel P. Huntington dalam The Clash of Civilization, dan juga oleh penulis dan ahli fikir yang lain seperti Fouad Ajami, Koshore Mahbubani, Robert L. Bartley, Liu Bingan, Jean J. Kirpatrik dan lain-lain. Islam sebagaimana yang dimaklumi sememangnya merupakan agama dan cara hidup yang sentiasa mendorong ke arah ketamadunan. Al Faruqi dalam tulisannya Islam; The Civilizing Force, menyebut "Islam mengisnpirasikan dan menggerakkan seorang Muslim untuk menukar dirinya yang lain, alam sekitar dan dunia seluruhnya". Oleh yang demikian tidak hairanlah dalam lipatan sejarah Islam, tamadun Islam telah memberikan sentuhan yang mendalam dan harmoni terhadap kematangan rohani dan identiti budaya dan sosial kepada banyak bangsa, bahasa dan ethnik dunia. Dengan kemantapan penyebatian unsur-unsur kerohanian dan material, tamadun Islam pantas berkembang. Adalah menjadi cabaran umat dan intelektual Islam kini untuk menampilkan semula kemampuan tamadun Islam dalam dunia menangani permasalahan dunia hari ini dengan mengenengahkan paradigma tamadun dan pembangunan yang lebih unggul dan universal. Jika sejarah membuktikan kemampuan tamadun Islam, dengan dasar kerohanian yang mantap, maka tidak mustahil umat Islam kini mampu mengembalikan putaran sejarah seperti yang disebutkan oleh Ibn Khaldun dengan prinsip cylical history. Jatuh bangun sesuatu bangsa dan tamadun bergantung kepadanilai-nilai yang dipegang serta akhlak mulia yang dipertahankan. Kebangkitan semula Islam yang didokong oleh umat dan intelektual Islam mestilah berupaya mengembalikan semula kedudukan sebenar umat Islam sebagai khayran Ummah dalam segenap bidang kehiidupan baik dari segi pemikiran, nilai moral dalam masyarakat, pengangkatan wibawa ummah dan seterusnnya membentuk ssatu sistem hidup yang berteraskan ajaran Islam sepenuhnya. Dalam usaha mengembalikan kegemilangan tamadun Islam itu. Intelektual yang mendukung cita-cita tersebut perlulah mempunyai kualiti-kualiti yang tertentu. Ini penting kerana intelektual berkualiti adalah intelektual yang mampu menukarkan cabaran masa kini kepada peluang yang boleh digarap dan bermanfaat kepada masyarakat dimasa hadapan. Realiti hidup yang gawat terbentang di depan mata kita, bukanlah satu gambaran yang perlu dilihat dengan penuh cemas dan panik oleh intelektual yang berkualiti. Malah ia merupakan cabaran yang mengajak setiap para intelektual muda yang lebih berwawasan untuk lebih bekerja keras dan komited. Diantara kualiti asas yang perlu dimiliki oleh para intelektual muda ialah; INTELEKTUAL YANG TERBINA KUALITI ASAS kualiti ini ialah kualiti akidah dan keilmuan mantap yyang perlu dibina sepanjang hayat. Begitu juga kualiti kemantapan rohani sebagai kekuatan dalaman dan kekuatan jasmani untuk bertindak. Dalam konteks mana sekalipun agenda pembinaan intelektual mestilah ketiga-tiga komponen insan yang paling penting iaitu mental, jasmani dan rohani. Diberikan perhatian yang seimbang. INTELEKTUAL YANG BERJIWA BESAR Golongan intelektual ini hendaklah yang tidak mudah menyerah kalah dengan suasana yang melingkarinya, serta mempinyai cita-cita yang tinggi. iA juga bermaksud membina jiwa yang adventurous dalam mencapai kemajuan, seperti Ibn Batutah, Marco Polo, Christopher Columbus yang sanggup menjelajah dunia dan sebagainya. Sudah pasti mereka yang berjiwa besar ini merasa terpanggil untuk mempertahankan apabila agamanya, negaranya ataupun bangsanya dihina atau direndah-rendahkan. INTELEKTUAL YANG MEMPUNYAI KEPAKARAN Golongan intelektual Islam ini mampu menterjemahkan gagasan kepada pelaksanaan dengan maklumat yang terperinci dan terkini. Abad ini dan akan datang, memerlukan intelektual yang benar-benar mempunyai kepakaran dan mampu mengasimilasikan pencapaian Barat dan Timur atau dari mana sekalipun. Ringkasnya ia merupakan kualiti yang memungkinkan golongan intelektual muda mampu menawarkan satu model alternatif pembangunan yang tersendiri yang esuai dengan acuan nilai masyarakat setempat. INTELEKTUAL YANG CELIK SEJARAH Dalam konteks Malaysia, golongan intelektual muda perlu memahami sejarah pembinaan negara, terutamanya kedudukan agama Islam, persefahaman antara kaum, serta lain-lain aspek sejarah negara. Hakikat ini sangat penting untuk difahami oleh golongan intelektual muda yang bakal menerajui negara kerana sebahagian besar mereka mengalami sendiri peristiwa-peristiwa tersebut. INTELEKTUAL YANG MEMILIKI RANGKA PEMIKIRAN UNTUK BERSAING Dekad 90-an dan seterusnya telah memperlihatkan betapa rangka pemikiran bersaing perlu dibina iaitu, daya saing, daya tahan dan kemampuan menghadapi cabaran. Ia juga bermaksud membina budaya saing yang sihat di antara masyarakat berbilang kaum dan agama diMalaysia. Oleh itu komitmen semua pihak dalam pembinaan intelektual muda yang beriman dan bertakwa adalah penghargaan untuk merealisasikan ajaran Islam.



Keluaran November 1996
ANJAKAN PARADIGMA TARBIYAH


Proses tarbiyah dan dakwah begitu penting bagi memastikan kesinambungan perjuangan dalam harakah. Oleh itu, usrah dan tamrin merupakan dimensi penting sebagai tunggak utama dalam harakah khususnya kepada ABIM dan ianya perlu dipertahankan. Tanpa usrah, gerakan ini tidak akna dapat bertahan lama, untuk menghadapi era globalisasi, perlulah memugarkan kembali usrah. Usrah adalah sebagai pencetus semangat dalam harakah Islamiah. Adalah diharapkan agar ahli-ahli dapat meningkatkan pelbagai keilmuan mengikut kepakaran masing-masing. Lima aspek penting yang perlu dibina dalam program tamrin; 1. Membina ahli-ahli supaya terus beriltizam dengan harakah. 2. Peningkatan kualiti dalam semua bidang. 3. Perancangan yang lengkap, bertenaga bagi menghadapi era globalisasi ekonomi dan komunikasi. 4. Mekanisme interaksi antara pemimpin dan ahli-ahli sebagai satu program pendisiplinan gerakan. 5. Kepimpinan yang berkesan memberi manfaat semaksimum kepada ahli dan masyarakat. Disamping itu, ahli-ahli diminta bersedia ditarbiyahkan tanpa dipaksa-paksa dan mengharapkan agar tamrin yang dilaksanakan perlu ada islah dan pemeringkatan dengan mempunyai kurikulum yang berbeza.
dipetik daripada, ucaputama oleh Presiden ABIM Dr. Muhammad Nur Manuty Sempena Konvensyen Tarbiyah dan dakwah Kebangsaan (23 - 25 Jun 1996) Pusat latihan ABIM (PLA)


Keluaran November 1996
PEMIKIRAN IMAM GHAZALI

Kertas kerja "Pemikiran Imam Ghazali dan Cabaran Zaman"
Ustaz Yusof Jasmin 



"apabila aku melihat sekeliling, aku dapati bahawa keimanan masyarakat telah bergoyang akibat pengaruh 
ahli falsafah, kejahilan golongan sufi, kelemahan para ulama dan cara ahli kalam mempertahankan agama. 
Masyarakat semaikn hilang keyakinan mengenai agama. Sesetengah orang melaksanakan sembahyang 
hanya untuk latihan jasmani, setengahnya untuk meniru yang lain manakala yang lain menjadikan amalan-
amalan agama untuk menjadikan keuntungan kebendaan. Mereka ini tidak melihat apa-apa kemudharatan 
untuk meninggalkan amalan-amalan agama. Sebenarnya aku mendapati diriku berupaya untuk 
menunjukkan kelemahan keyakinan falsafah mereka kerana ilmuku mendalam mengenainya"


Keluaran November 1996

TETAMU SENJA



Kita dalam ini
kosong iman kosong kepala
kita datang ini
kossong tangan kosong dada
bila pulang nanti bawa dosa, bawa pahala

Pada tetamu yang datang
dan kenal jalan pulang
bawalah bakti mesra
kepada Tuhan kepada insan

Pada tetamu yang datang
dan lupa jalan pulang
usahlah derhaka
kepada Tuhan Kepada Insan

Bila kita lihat, manusia lupa tempat
atau segera sesat
puja darjat, puja pangkat
segera kita insaf, segera kita ingat
kita ini punya kiblat.



Keluaran November 1996
SIAPA PEDULI

Yatie

Yah…….siapa peduli pada madah pujangga tidak aku, tidak kau, tidak dia nah bermadah sepuas-puuasnya kelak esok tak akan ada peluang lagi sesak, sempit dan mungkin pendek siapa tahu siapa peduli tidak aku, tidak kau, tidak mereka…..


Keluaran Januari 1997
CIRI-CIRI ROLE MODEL

menurut Aidit Ghazali

    Mempunyai pegangan dan amalan kuat terhadap agama Mengamalkan perkara yang diperkatakan Berjaya enimbulkan keyaknan kepada sesuatu serangan yang melanda bidangnya Jelas dengan tasawwur Berjiwa besar Tidak lemas dengan tarikan materialisme Berani mengaku salah kerana dalam kesalahan ada pengajaran bagi semua Kkaya dengan idea, inovasi dan kreativiti Peka dengan perkembangan terkini dan juga yang berkaitan dengan penglibatannya Bersedia untuk bermuhasabah.

Keluaran Januari 1997
'ROLE MODEL'

Istilah role model merujuk kepada contoh mulia dan mithali yang dicerminkan oleh seseorang individu. 
Pencerminan peribadi, tindakan dan natijah pergerakan akliah, jasmani dan rohani individu ini begitu mulia 
dan hampir menepati apa yang disarankan oleh agama Islam serta kehendak profesional, masyarakat yang 
adil dan tuntutan zaman serta tempat.
Disamping itu, bagi mereka yang bersandar hanya pada role model zaman silam Islam mungkin 
benar dari segi pendirian tetapi llemah dari segi tekad untuk menterjemahkan semual contoh itu ke dalam 
peribadi generasi hari ini, maka mereka ini berteduh dibawah sejarah gemilang tanpa bersifat pro aktif 
untuk mewujudkan semula sejarah itu. Sementara bagi mereka yang tidak bersetuju langsung kepada 
perlunya kewujudan role model adalah mereka yang mungkin juga melihat role model sebagai 
menyusahkan sahaja apa yang mereka hendak lakukan dalam urusan hidup. Ini kerana mereka 
menganggap role model itu seolah-olah bercanggah dengan apa yang tersirat dalam hati kecil mereka.
Bagi mereka yang sentiasa mencari-cari role model yang semakin hari semakin tinggi 
pengharapan ' exceptation' mereka, maka mereka dalah dari golongan yang mungkin sedar bahawa 
peredaran zaman dan pembangunan tamadun manusia bersifat llebih mencabar, bukan dengan relaks.
Namun begitu, bagaimana mithali sekalipun individu itu sebagi role model ia tetap tertakluk 
kepada penentuan yang llebih besar iaitu, Al-Quran dan As-Sunnah serta segala prinsip dan nilai sejagat.

"SESUNGGUHNYA ADALAH PADA DIRI RASULULLAH ITU CONTOH TELADAN YANG BAIK" (Al-Ahzab:21)


Keluaran Januari 1997
CABARAN MENUJU KECEMERLANGAN
CABARAN 1 
MEMBENTUK WAWASAN DAN MISI YANG JELAS


Sesebuah negara, pertubuhan mahupun individu perlu mempunyai wawasan dan misi.

Wawasan dan visi adalah satu garis panduan kasar. Atau matlamat jangka panjang yang ingin dicapai.
Manakala misi pula merupakan matlamat jangka pendek yang spesifik dan boleh diukur dalam jangka waktu yang tertentu.
Pembentukan wawasan serta misi yang jelas dan nyata merupakan kunci kejjayaan seseorang. Ia meletakkan asas atau sasaran yang boleh digunakan sebagai ukuran bagi menilai prestasi individu.
Wawasan dan misi yang jelas juga dapat menjuruskan segala tenaga. Usaha masa dan sumber-sumber lain yang ada pada diri seseorang pelajar untuk merancang serta melaksanakan satu pelan tindakan yang jelas serta berkesan.
Ketiadaan kedua-duanya jelas akan mengakibatkan seseorang pelajar itu mudah terpesong atau mudah terbabas daripada matlamat yang ingin dicapainya
pembentukan wawasan serta misi yang jelas merupakan tunggak bangi memastikan kecemerlangan dalam kehidupan. Kaedah membentuk wawasan serta misi akan diterangkaan dalam bab-bab yang selanjutnya..

BALIK KE HALAMAN HADAPAN