PENGENALAN
Pada awalnya kebanyakkan penduduk koloni merasa bangga menjadi sebahagian daripada empayer British tetapi selepas perang mereka merasakan perlu hidup bebas dari penguasaan British apatah lagi tekanan dari faktor ekonomi dan rangsangan dari perubahan dalam politik dan keadaan sosial penduduk ketika itu . Ini meyebabkan mereka bangkit secara revolusi menentang British.
REVOLUSI bermaksud perubahan sesebuah kerajaan dalam sistem
politik, sistem sosial yang dilakukan secara radikal dan kekerasan seperti
rusuhan dan sebagainya atau perubahan menyeluruh dan mendadak terutamanya
dari segi berfikir, bertindak. .Sebenarnya tidak terdapat maksud
yang tetap mengenai revolusi ini Berdasarkan Revolusi Perancis dan Rusia
pada tahun 1789 dan 1917 didapati bahawa Revolusi itu
adalah satu cara untuk menggantikan pemerintah yang bersifat menindas
samaada dalam aspek ekonomi dan politik dan merubah kepada pemerintahan
yang lebih bersesuaian dengan keadaan,kemantapan kerajaan dalam sistem
politik baru. Menurut David revolusi adalah,
"replacement of an out of date, repressive regime with social and
political order which is generally more open,flexible and adaptable. in
effect in the interest of "progress" stability of the poitical system replaced
by instability until some new form of government is set up".
Namun begitu yang pastinya revolusi ini sememangnya dirangsangkan oleh
faktor ekonomi dan digerakakn oleh faktor-faktor yang lain antaranya faktor
sosial dan politik negara ini sendiri.
MASALAH EKONOMI PENCETUS UTAMA REVOLUSI
Masalah kewangan yang dihadapi oleh pemerintah British yang menanggung
perbelanjaan yang besar dalam perang tujuh tahun telah mengalih pandangan
mereka kepada Amerika bagi menyelesaikan masalah ini.Penduduk Amerika telah
dipaksa membayar satu pertiga daripada 360 ribu paun hutang British melalui
pembayaran dari pengenalan beberapa akta diantaranya 45 ribu dari akta
Gula dan 75 ribu dari akta Setem. Begitu juga pada akta Townshend
dan lain-lain tekanan pada faktor ekonomi ini.
Bagi menampung masalah kewangan ini pihak British telah meluluskan
Akta Perdagangan dan Pengeluaran pada akhir abad ke 17. Akta perdagangan
melarang jajahan menjual kepada negara lain tembakau, kapas dan kulit kecuali
kepada dengan harga yang rendah.selain itu jajahan juga dipaksa membeli
barangan siap dari britain yang membolehkan peniaga britain mengaut
keuntungan yang besar. Manakala Akta Pengeluaran pula mengharamkan jajahan
mengeluarkan barangan yang sama dengan Britain. Akta ini dikuatkuasakan
pada tahun 1760 .selepas perang tujuh tahun timbul ketidakpuasanhati
penduduk terhadap akta ini. Apatah lagi dengan adanya akta-akta yang
diperkenalkan oleh George Grenville telah menambahkan lagi ketidakpuasan
hati koloni kepada pemerintahan Britain .
AKTA GRENVILLE
“He was a man of great obstinacy, but little talent, who made a
fetish efficiency.”
Pada tahun 1763, George 111 melantik penasihat baru iaitu dibawah kepimpinan
George Grenville.Beliau telah memperkenalkan polisi baru dalam pemerintahan
Britain.Polisi ini berkaitan masalah kewangan negara Britain menanggung
perbelanjaan yang besar dalam peperangan tujuh tahun dengan perancis. Britain
berpendapat koloni seharusnya membantu membayar sebahagian hutang tersebut
,ini kerana perang tersebut adalah bertujuan melindungi negara Amerika
daripada Perancis . Antara lewat 1660 kenalkan akta pelayaran yang menghadkan
perdagangan koloni hanya kepada Britain.Akta lain iaitu Akta Gula dan Akta
Setem. Kedua-dua akta ini benar-benar menimbulkan reaksi amarah penduduk
koloni terhadap pemerintah.
AKTA GULA 1764
Akta gula telah diperkenalkan pada tahun 1764 . Akta ini bertujuan
untuk memperolehi lebih benyak kewangan daripada perdagangan koloni iaitu
dengan mengenakan cukai keatas gula, arak dan kopi . Cukai ini menyebabkan
banyak kapal melakukan penyeludupan.
AKTA SETEM
Akta ini dianggap sesuatu yang baru bagi penduduk koloni dan mereka
menentang dengan hebat terhadap cukai-cukai yang dikenakan yang tidak mendapat
persetujuan dan pengesahan mereka dalam parlimen .
Ini dianggap sebagai “Taxation without representation” iaitu
percukaian tanpa perwakilan dari wakil penduduk koloni. Tokoh
dari Virginia iaitu Patrick Henry mengecam akta ini dengan menyatakan
ianya tidak adil dan haram diluluskan kerana perhimpunan tersebut tidak
disertai oleh wakil mereka dan segala hal ehwal dikoloni hanya dapat ditentukan
oleh pihak koloni sendiri tanpa campurtangan dari pihak British Akta
Setem telah diluluskan pada tahun 1765. Akta ini menghendaki penduduk koloni
membeli setem rasmi dari kerajaan dan dilekatkan pada semua jenis kertas
seperti suratkhabar, pamplet, dan sebagainya. hasil dari pendapatan ini
digunakan untuk membayar gaji askar British yang menetap di koloni.
Contohnya bayaran bagi setem di sekolah dan kolej dikehendaki membayar
setem dengan harga 480 pence manakala untuk setem tanah sebanyak 60 pence.
Keadaan yang menekan ini meyebabkan masalah diperbincangkan oleh
penduduk koloni dan dikenali sebagai Stamp Acts Congress.
Kongress ini telah diadakan di New york pada Oktober tahun 1765
yang telah menemukan sembilan buah negeri koloni yang masing-masing menghantar
wakil untuk membantah akta setem tersebut. Ini secara tidak langsung
telah mewujudkan perpaduan di antara koloni-koloni ini.bantahan mereka
telah turut sama menyebabkan pedagang-pedagang British di Amerika memboikot
barang dagangan British dengan tidak mengimport nya selagi British
tidak membatalkan akta tersebut kerana pengenalan akta setem dan
Gula menyebabkan aktiviti perdagangan mereka di Amerika terjejas...Bantahan
dari pedagang ini akhirnya menyebabkan akta ini telah dibatalkan pada tahun
1776 tetapi parlimen British masih berhak keatas cukai di Amerika.
Melalui kongress ini lahirlah beberapa tokoh penting iaitu Patrick Henry,Samuel
Adams dan James Otis. Pengenalan Akta Townshend yang telah meneruskan akta
cukai pengeluaran kepada penduduk koloni ini telah sama menjadi penggerak
penduduk untu mencetuskan revolusi terutama dalam ekonomi negara mereka.
AKTA TOWNSHEND
Penasihat baru selepas Rockingham iaitu Charles townshend telah meneruskan
akta pengeluaran yang selama ini menimbulkan ketidakpuasan hati koloni.Akta
ini bertujuan memperoleh pendapatan daripada koloni dengan mengenakan cukai
kertas,cat, kaca dan teh. Cukai ini adalah untuk menampung kewangan britain
bagi membayar gaji pegawai British diantaranya ialah hakim,gabenor di koloni.penduduk
telah bertindak dengan memboikot akta ini dengan memboikot barangan british
iaitu tidak mengimport barangan british.Mereka menyuarakan ketidakpuasan
hati ini melalui surat petani atau farmer’s letters yang dikarang oleh
John Dickson dari Pennsylvania. Beliau mengutuk Britain yang melarang
koloni membawa keluar barangan yang diperlukan oleh penduduk dan memaksa
mereka membeli barangan hanya dari Britain tetapi menenakan cukai kastam.
Tulisan ini ditulis pada tahun 1767 di Pennsylvania yang membolehkan
beliau dikenali sebagai ,”Penman of Revolution”. Mereka juga
menyatakan bahawa bahaya membayar gaji pegawai dengan menggunakan hasil
cukai ..
Konflik ini menyebabkan munculnya golongan patriots yang mahukan pembebasan
dari Britain,mereka juga dikenali sebagai ‘sons of Liberty’ .Golongan ini
telah bertindak dengan memboikot barangan Britain dan mengganggu pegawai-pegawai
Britain di Amerika.
Pada malam 5 Mac tahun 1770 orang ramai yang terdiri daripada golongan
‘ Sons of Liberty’ berada di sepanjang jalan Boston dan telah melemparkan
snowball kepada pengawal-britain manakala tentera bantuan pula telah dilempar
dengan ketul-ketul ais dan kayu . Keadaan ini meyebabkan askar tersebut
telah menembak ke arah orangramai dan telah mengorbankan tiga orang dan
mencederakan beberapa yang lain atas alasan untuk mempertahan diri mereka
dari tindakan orangramai. . Peristiwa ini menambahkan lagi kebencian penduduk
koloni terhadap pemerintah dan terhadap akta-akta cukai yang menekan .
Menurut Samuel Adams salah seorang ketua patriot tersebut dari Massachusetts
menyatakan bahawa :
“Boston Massacre to increase dislike of the British"
Dalam masa yang sama ketua baru di parlimen telah memaksa membatalkan
akta Townshend ini kecuali ke atas cukai teh.Akta ini dibatalkan tiga tahun
kemudiannya. Pada tahun 1773 parlimen telah memperkenalkan Akta Tea bagi
melindungi Syarikat Hindia Timur dari mengalami bankrup kerana syarikat
ini banyak memberi keuntungan kepada empayar British.Tanpanya memberi kesan
yang merbahaya kepada ekonomi British. Oleh itu Akta ini telah diluluskan.
Akta ini menyebabkan pedagang-pedagang koloni memperoleh hasil pendapatan
melalui penyeludupan
Di dapati 17 million paun tea telahdijual dengan harga yang murah kepada
pedagang luar dengan tujuan memonopoli perdagangan di amerika. Kepada
pengimport tea dikenakan cukai yang tinggi ini menyebabkan kemarhan
penduduk koloni. Ini membawa kepada peristiwa pada 16 Desember
1773 dimana sekumpulan Boston Sons Of Liberty yang berpakaian Mohawk
Indians telah membuang beberapa kargo tea daripada tiga buah kapal
di pelabuhan Boston . Jelas disini penduduk telah bertindak terhadap
British walau dalam bentuk protes sebegini menyebabkan British telah bertindakbalas
dengan mengenakan undang-undang serius kepada penduduk di Boston yang lebih
dikenali sebagai intolerable acts
INTOLERABLE ACTS
Peristiwa di pelabuhan Boston telah menimbulkan kemarahan kepada pihak
British dimana telah membawa kepada pengenalan Akta Pelabuhan Boston yang
juga dikenali sebagai INTOLERABLE ACTS .Undang-undang
ini adalah tindakbalas serius British terhadap penduduk di Boston.
Akta ini telah meyebabkan pelabuhan di Boston ditutup dan perdagangan di
sini digantung sehinggalah penduduk disini membayar ganti rugi sebanyak
60 ribu iaitu kerugian diatas kemusnahan tea di Boston. Selain itu ia juga
telah meletakkan Massachusetts di bawah kawalan gabenor . Ini menyebabkan
kebebasan penduduk koloni bertambah terhad dan akta ini juga terlalu menekan.
Di samping itu keadaan politik yang liberal menyebabkan penduduk
koloni mula merasakan kebebasan mereka telah disekat Akta -akta,
cukai-cukai yang diperkenalkan menimbulkan amarah kepada rakyat yang
menghadkan kebebasan mereka di negara sendiri apatah lagi dengan berkembangnya
idealogi liberalisme di Eropah telah banyak mempengaruhi penduduk
koloni terutama tokoh-tokoh yang menggerakkan revolusi di amerika ini.
Penduduk koloni banyak dipengaruhi oleh idea liberal seorang ahli falsafah English iaitu John locke pada abad ke 17. Terdapat enam ciri yang terkandung dalam idea liberalisme ini iaitu:
Idea-idea ini meyebabkan penduduk koloni yang sebelum ini terdiri daripada
golongan imigran yang selama ini mencari kebebasan dalam segala aspek ini
mula membuka minda mereka untuk hidup bebas di negara sendiri dan
memiliki sepenuhnya hak keatas Amerika . Oleh itu pengenalan akta yang
membebankan dan kebebasan yang terhad serta monopoli pihak British dalam
segala aspek kehidupan mereka menyebabkan mereka bangun menentang untuk
memperoleh kebebasan dan sebagainya ini. Apatahlagi mereka merasakan
mereka perlu berdikari dari aspek perdagangan dan ketenteraan.Dari aspek
ketenteraaan, mereka merasakan kejayaan dalam perang 7 tahun dendan mengalah
kan perancis perolehi sebahagian Canada menunjukkan mereka mampu
dari segi ketenteraan tanpa pemerintahan Britain yang lemah dari
aspek ini contonya kekalahn tentera Britain di kunbu louisburg Nova Sodia
menunjukkan mereka boleh menjaga keselamatan negeri mereka sendiri.
keaddan bertambah kritikal apabila Britain yang terpaksa berbelanja besar
iaitu 20 ribu , bagi perbelanjaan tentera di amerika sebayak 320 ribu paun
setahun hutang pula sebanyak 130 juta dan faedahnya menjangkau 5 juta kesan
dari perang tujuh tahun tersebut telah meletakkan hutang ini
kepada Amerika . Ini menimbulkan ketidakpuasan hati semua penduduk dengan
pembayaran tersebut telah menyekat kebebasan mereka dalam ekonomi. Kegagalan
pihak Britain meminta penduduk amerika membayar hutang tersebut menunnjukkan
pemerintahan britain mengalami masaal yang kritikal.
Pemerintahan George 111 yang tidak bijak memilih penasihat dalam pemerintahanhay
iaitu George Grenville yang telah memperkenalkan beberapa akta yang menekan
hidup penduduk koloni semuanya yang mana membawa kepada revolusi Amerika
ini Penduduk Amerika yang terdiri dari imigran dari pendatang
dari Eropah Barat,Asia timur seperti Inngeris,Belanda, Jerman, itali dan
sebagainya ini adalah penduduk yang datang mencari kebebasan beragama,
pemerintahan dan kebebasan ekonomi.Dengan timbulnya akta-akta yang menekan
dan menghadkan pergerakan khususnya dalam bidang ekonomi menyebabakan mereka
yang selama ini mempunyai cara hidup ,bahasa dan budaya yang berbeza telah
bersatu untuk memperoleh kebebsan yang selama ini mereka cari dengan membuat
revolusi .
Selain itu jarak diantara Britain dan Amerika yang jauh ini menyebakan
Britain kurang terhadap keaan di Amerilk menyebabkan penduduk merasakan
mereka adalah sebuah negara yang merdeka bukannya di bawah pemerintahan
Britain.Oleh itu mereka mencari jalan untuk mendapatkan kemerdekaan mrlalaui
gerakan revolusi ini.Bermula dengan gerakan di Boston. Keadaan ini
membawa kepada bantahan penduduk melalui mesyuarat sulit yang dkenali sebagai
Continental congress Pertama dan Kedua.
CONTINENTAL CONGRESS
Persidangan yang pertama telah diadakan di Philadelphia pada September
1774. Setiap koloni iaitu 13 jajahan telah menghantar seramai
50 wakil kecuali Georgia ,kongress ini secara tidak langsung telah menunjukkan
perpaduan yang pertama diantara 13 jajahan ini. Tokoh penting dalam persidangan
ini ialah John Adams,Patrick Henry, George Washington , Samuel Adams dan
Roger Sheeman. John Adams dari Massachusetts ,Patrick Henry dari Virginia
telah memberi pendapat bahawa pihak parlimen tiada hak ke atas pemerintahan
koloni. Pada aawlnya mereka telah bertindak secara aman iaitu
dengan membentuk satu jawatankuasa perhubungan iaitu wakil
membawa surat kepada raja bahawa menerima pegawai British dalam perdagangan
koloni tetapi mestilah membatalkan undang-undang yang telah diluluskan
sejak tahun 1763 lagi yang tidak diterima oleh penduduk koloni sebelum
ini. Selain itu mereka juga mengisytiharkan penentangan terhadap British
iaitu dengan memboikot barangan British dan memutuskan semua
bentuk perdagangan dengan British di Boston. Manakala sesetengah
patriot telah membakar barabgan British dan baragan mereka yang tidak sama
turut serta dalam pemboikotan tersebut. Tindakan dari penduduk ini telah
menyebabkan barangan import dari England jatuh merosot . Keadaan
ini menyebabkan George 111 telah menghantar tentera ke Amerika bagi
memaksa penduduk koloni mematuhi akta yang telah diperkenalkan
Rentetan ini telah membawa tindakan penduduk kepada bantahan secara
bersenjata . General British di Boston iaitu Thomas Gaye menyatakan penduduk
memperoleh senjata seperti ubat peledak dari Concord, Massachusetts
dan lain-lain tempat.Ini menyebabkan beliau telah meminta supaya menhantar
tentera seramai800 orang untuk menghentikan bantahan ini .Namun begitu
tindakan penduduk disebabkan akta yang terlalu menekan ini meyebabkan British
kalah kemudianya. Usaha-usaha ini rupanya tidak dapat mengubah dasar British
,
Kongress kedua telah diadakan pada 10 May 1775 di Philadelphia. Diantara
tokoh penting adalah Benjamin franklin dan Thomas Jefferson. kongress ini
telah menyusun satu angkatan tentera yang diketuai oleh George Washington
dari Virginia ,angkatan ini dikenali sebagi Continental Army.Ia disusun
pada 14 Jun 1775 yang bertanggungjawab terhadap 13 jajahan .Namun begitu
kongress ini masih mengharapkan keamanan dengan menghantar wakil kepada
George 111 tetapi telah ditolak.
Berdasarkan “Articles of Confederation” menyebabkan wakil-wakil
persidanagn ini bertindak sebagai kerajaan ke atas 13 jajahan di Amerika
diperintah dibawah bentuk Konfederasi di antara tahun 1776 hingga 1781
yang telah disokong oleh perancis .abertujuan untuk memperoleh kebebasan
dan kemerdekaan bagi setiap negara ,melengapi struktur pemrintahan ,kongress
ada kah menentukan perang dan keamanan,menggerakkan perkhidmatan
pos, duit syiling dan menyelesaikan masalh dengan orang-orang Indian.
sepertimana yang dinyatakn oleh David,
” ....set up limited national court,conduct war, coin money, regulate
Indian affair and appropriate funds.”
. Namun begitu kerajaan yang mengamalkan bentuk pemerintahn ini mengalami
masalah serius terutama dalam masalah perselisihan diantara 13 jajahan
tadi dalam hal sempadan dan perdagangan. . Dalam tempoh ini tiada perkembangan
yang berkesan berlaku dan merupakan tempoh kritikal bagi Amerika. Ini kerana
Organisasi pusat yang mempunyai kuasa terhad bukan saja dalam pemerintahan
bahkan dalam perdagangan di mana pemerintah pusat tiada hak untuk mengawal
perdagangna di semua negara dimana setiap negara mempunyai undang-undang
sendiri boleh meletakkan cukai yang tinggi keatas barangan diantara 13
jajahan tadi. Ini menyebabkan pemerintah pusat menjadi lemah kerana
tidak dapat memperoleh pendapatan dari negara-negara tersebut hanya
peroleh pendapatan dari cuaki perkhidmatan mail . Oleh kerana itu
tiada pembaharuan yang dapat dibuat apatahlagi memberi modal kepada
bidang ketenteraan dan segala program yang dijalankan oleh negeri jajahan
tersebut. Kerajaan ini juga menghadapi masalah membayar hutang
dari peperangan termasuk gaji tentera dan masalah orang asing.
Walaupun perjanjian perdamaian di Paris pada tahun 1783 telah terlaksana
yang mengemukakan syarat-syarat bagi mendamaikan British dan Amerika
. Dalam perjanjian ini British mengesahkan kemerdekaan 13 jajahan, menyerahkan
wilayah-wilayah di Barat, mengarahkan supaya angkatan tentera darat dan
laut British meninggalkan Amerika dan memulangkan Florida kepada Sepanyol
. Manakala Amerika bersetuju membayar gantirugi kepada pihak yang setia
kepda pemerintah British. Selain iti kedua-kedua negara ini boleh berdagang
di lautan Mississppi dan di kawasan New FoundLand dan Nova Scotia. Didapati
Amerika masih menghadapai masalah yang kritikal yang melibatkan hal-hal
ekonomi .Oleh itu beberapa perubahan telah dilakukan yang akhirnya mereka
telah bersama-sama membentuk satu pengisytiharan kemerdekaan.
DEKLARASI KEMERDEKAAN 1787
Ekoran dari masalah-masalah yang timbul ini meyebabkan beberapa tokoh
seperti Alexander Hamilton, James Madison, Benjamin Franklin,John Adams
dan Thomas Jefferson cuba menyelesaikan masalah ini dengan membuat satu
pengisytiharan kemerdekaan atau Deklarasi Kemerdekaan pada 4 Julai 1776.
Deklarasi ini telah dibentuk oleh Jefferson yang mengambil idea dari pada
sorang ahli falsafah Inggeris iaitu John Locke yang mempunyai dasar
liberal dalam hak-hak individu. Beliau ada menyatakan bahawa:
"…all people are created equal and that all people have certain
basic rights which no government can take away…..if government did not
protect the rights of the people ,then the people could overthrow that
government and make new one…"
melalui idea inilah Thomas Jefferson menyatakan bahawa
hak -hak kebebasan dan bahagia yang harus dinikmati oleh rakyat
mesti dilindungi oleh kerajaan .Sekiranya kerajaan gagal melindungi
hak ini rakyat berhak memberontak dan menggantikan pemerintahan yang baru.
Beliau juga menyenaraikan 27 tuduhan kepada pihak raja diantaranya
pemerintah telah memutuskan perdagangan negara mereka dengan negara
luar , tidak bersetuju dengan undang-undang di negara Amerika dan sebagainya.
Selain itu beliau telah mengisytiharkan Amerika berhak menjadi sebuah
jajahan yang bebas dan merdeka.Deklarasi ini terus dugunakan hingga hari
ini sejak ia diutarakan pada 4 Julai 1776.
KESAN REVOLUSI
Revolusi membolehkan Amerika merdeka daripada British dan telah
mengubah beberapa keadaan kehidupan penduduk di Amerika. Dari aspek politik
dilihat tidak terdapat pegawai british di Amerika lagi seramai seratus
ribu orang yang setia kepada Britain telah berpindah keluar menuju ke Canada
dan India Barat .Sistem pentadbiran masih menggunakan sistem Britain
tetapi telah menghadkan kuasa kepada kerajan pusat sebaliknya memberi
hak sepenuhnya kepada negeri masing-masing di bawah kuasa perundangan masing-masing.Sesetengah
negeri meletakkan kuasa dibawah kumpulan kecil terdiri daripada orang-orang
kaya. Namun begitu wanita dan hamba abdi masih tidak berpeluang dalam hal-hal
politik terutama dalam hak mengundi .
Dari aspek sosial pula melalui deklarasi kemerdekaan yang banyak mengutarakan
mengenai hak-hak kemanusiaan telah memberi kesan yang nyata terutama dalam
kebajikan para penjenayah dimana keadaan penjara teah dibaikpulih dan membatalkan
undang-undang hukuman mati ke ataskesalahan kecil.manakala hamba abdi dibenarkan
melibatkan diri dalam perkhidmatan ketenteraan seperti seramai 5 ribu orang
kulit hitam telah turut serta dalam continental army dan dilatih oleh ketua-ketua
koloni antaranya ialah George Washington. Dalam 10 tahun selepas kemerdekaan
setiap negeri kecuali Georgia telah mengurangkan dan memberhentikan mengimport
hamba abdi .Namun begitu di Amerika masih terdapat perhambaan. Dari aspek
ekonomi pula melalui perjanjian perdamain di Paris ameika telah menjadi
satu bangsa terbesar dari timur lautan atlantik hingga ke barat sungai
mississippi hingga ke sempadan great lakes dan di utara kanada dan sepanyol
.Amerika juga telah berperanan aktif dalam dunia perdagangan dan telah
berkembang ke negara luar yang sebelum ini terhad dengan Britain dan dikawal
sepenuhnya oleh Britain. .Industry perkilangan telah mendapat pelaburan
baru di Eropah .Namun begitu ini timbul masalah kewangan yang terpaksa
ditanggung oleh kerajaan baru di amerika .
KESIMPULAN
Menurut David ,”A Revolution must be accompanied by a variety
of farvorable social, economic, cultural and political circumstances which
firm basic for unity”
Dari pengkajian saya didapati faktor ekonomi adalah faktor yang paling
mendominasikan kepada pembentukan revolusi di Amerika. Dimana ia banyak
menghadkan kebebasan kehidupan penduduk di Amerika . Ketidakpuasanhati
ini membawa kepada penyatuan 13 jajahn di Amerika yang sebelum ini terpisah
dari segala aspek pemerintahannya bagi memperoleh satu kebebasan hidup
dari terus di belenggu oleh pemerintahan British.Revolusi ini telah
membawa kejayaan yang telah digerakkan oleh tokoh-tokoh yang berwibawa
seperti George Washington, Thomas Jefferson dan lain-lain. Melalui berbagai
persidangan ,pendapat , perjumpaan , pemboikotan dan sebagainya akhirnya
British terpaksa memberi kemerdekaan kepada Amerika. Dengan ini 13 jajahan
di Amerika telah berubah kepda beberapa buah wilayah yang lain .pemerintahan
berdasarkan demokrasi di bawah seorang presiden ..Namun begitu terdapat
persoalan adakah 13 jajahan yang bersatu ini dapat bekerjasama sebagai
satu bangsa sehingga hari ini?