“ walaupun parlimen mempunyai kuasa menggubal undang-undang, namun sebahagian besar undang-undang negara itu digubal oleh badan eksekutif, seperti menteri di kementerian tertentu. ..... Sebagai sebuah negara persekutuan, kuasa dibahagi-bahagikan kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri . Ini dilihat bilamana parlimen mempunyai kuasa untuk mengubal undang-undang persekutuan, manakala Dewan undangan Negeri pula mempunyai peruntukan dari segi mengubal undang-undang bagi negeri berkenaan. Walau bagaimanapun, sekiranya percanggahan antara undang-undang bagi negeri dan undang-undang persekutuan, maka undang-undang persekutuan adalah dipakai dan undang-undang negeri itu akan terbatal setakat yang bercanggah dengan undang-undang persekutuan .”
Tetapi di Amerika Syarikat teori pengasingan kuasa diterima sepenuhnya kerana perlembagaan negara itu jelas mengatakan badan penggubal undang-udang (kongres) tidak menjalankan pemerintahan atau mempunyai kuasa kehakiman . Yang menjalankan kuasa pemerintahan ialah Presiden dan badan kehakiman boleh membatalkan sesuatu rang undang-undang yang dibentuk oleh Kongres apabila badan kehakiman mendapati ianya tidak sesuai untuk dilaksanakan. Ini berdasarkan perlembagaan Massachusettes yang menyatakan;
“dalam pemerintahan negeri ini (Amerika Syarikat), badan penggubal
undang-undang tidak akan menjalankan kuasa memerintah dan kuasa kehakiman
atau salah satu daripadanya. Badan kehakiman tidak menjalankan kuasa pemggubal
undang-undang kuasa memerintah atau salah satu daripadanya, dan ini ialah
supaya terdapat pemerintahan secara undang-undang dan bukannya secara manusia”
.
Kongres yang meluluskan undang-undang
tidak berdasarkan parti. Ini kerana kongres adalah badan yang berasingan
daripada institusi presiden . Institusi berpresiden yang terasing daripada
Kongres juga menghalang ketua negara (Presiden) daripada menggunakan Kongres
demi kepentingan diri sendiri . Oleh kerana itu, di Amerika terdapat satu
sistem yang dipanggil juga sistem’ Check and balance’ antara Presiden dan
Kongres untuk memestikan tidak ada salah guna kuasa. Boleh dikatakan
bahawa disamping Kongres bekerjasama dengan Presiden dalam hal-hal penggubalan
dasar luar dan dalam negeri, Kongres juga mmepunyai fungsi
lain. Antaranya Kongres mempunyai kuasa penuh dalam menentukan bentuk kewangan
dan jumlah perbelanjaan negara .
PENGGANTUNGAN KUASA
Di Malaysia penggantungan kuasa hanya boleh dilakukan apabila terdapat
bukti apabula seorang pemerintah atau rakyat bersalah. Kebanyakan pengantungan
kuasa menteri yang berlaku adalah atas nasihat Perdana Menteri. Oleh kerana
sehingga sekarang hanya terdapat empat orang Perdana Menteri dan tidak
ada Perdana Menteri yang didapati menyeleweng maka tidak jelas sesuatu
penggantungan kuasa oleh Yang Dipertuan Agong kerana Yang Dipertuan Agong
sendiri tidak boleh sewenang-wenangnya melucutkan jawatan orang lain tanpa
nasihat Jemaah Menteri. Sehingga sekarang, hanya seorang Perdana Menteri
yang Melepaskan jawatan iaitu Tunku Abdul Rahman dan seorang meninggal
iaitu Tun Abdul Razak.
Bagi negara Amerika pula, sistem penggantungan
kuasanya adalah atas arahan Kongres dan ahli kongres sesama ahli kongres
boleh melucutkan jawatan yang lain termasuklah Presiden dengan hanya mendapat
dua pertiga undi sahaja seperti mana yang dinayatakan oleh Ahmad Atory
Hussain.
“Kongres juga memmpunyai kuasa untuk menyingkirkan ahli Kongres jika tindakan ahli itu kurang berdisiplin dan meragukan. Ini boleh dilakukan dengan mendapat undi majoriti dua pertiga daripada Kongres ”.
Seperti mana Skandal ‘Watergate’ menyebabkan kongres telah menyiasat Presiden Richard Nixon dan Presiden Nixon telah meletakkan jawatan sebelum tamat tempohnya atas desakan Kongres. Penggantungan kuasa ini boleh juga ditakrifkan sebagai satu sistem untuk menukarkan pemerintahan. Seperti yang diterangkan di atas iaitu Presiden hanya ada dua term sahaja dan senator hanya boleh bertahan selama enam dan ahli Dewan perwakilan pula selama 2 tahun sahaja.
SISTEM PARTI DAN DWIPARTI
Di Malaysia sebuah negara yang mengamalkan sistem yang diambil dari
Britain mengamalkan sistem parti politik yang pelbagai. Politik partisan
bererti suatu perjalana politik adalah berpihak kepada parti yang menang
atau memerintah . Sejak Merdeka terdapat sebuah Parti yang memegang tampuk
pemerintahan iaiatu Parti perikatan dan sekarang Parti Barisan Nasional
yang mempunyai pelbagai parti didalamnya dan parti-parti lain ialah Parti
Islam SeMalaysia (PAS), DAP, MCA, MIC, PBS, dan beberapa buah lagi parti
lain. Selama 40 tahun merdeka hanya Parti Perikatan (Parti Barisan Nasional)
yang memegang tampuk pemerintahan dan Perdana Menteri malaysia ialah seramai
4 orang sahaja iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak,
Tun Hussein Onn dan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad.
Bagi negara Amerika pula, mereka
lebih suka mengamalkan sistem dua parti dan sistem dwipartisan ditakrifkan
sebagai satu ideologi. Bagi negara yang mengamalkan demokrasi, parti politik
digunakan sebagai alat untuk mempengaruhi perkhidmatan awam . Oleh kerana
itu, Sistem politik yang diamalkan di Amerika Syarikat tidak berpihak kepada
parti yang menang, sebaliknya ahli-ahli kongres yang terdiri daripada dua
buah parti (Republikan dan demokrat) saling kerjasama memerintah demi kepentingan
negara dan rakyat, dan bukannya demi kepentingan parti masing-masing .
Dan berdasarkan ini rakyat Amerika tetap hanya mengundi kedua-dua parti
sahaja dan parti-parti lain tidak wujud kerana di Amerika Syarikat terdapat
tiga faktor kenapa rakyat Amerika Syarikat lebih meminati sistem dua parti
iaitu ;
Perlembagaan; Amerika Syarikat mengamalkan pemilihan seorang wakil daripada sebuah daerah memang menimbulkan persaingan tetapi tidaklah hebat. Kemudiannya ia akan dipilih berdasarkan peringkat-peringkat yang telah diterangkan di atas dan inilah yang menyebabkan hanya terdapat dua sistem sahaja di Amerika Syarikat.
Psikiologi; rakyat Amerika Syarikat dikatakan telah biasa dengan sistem dua parti seperti yang dinyatakan oleh Frank J. Sorauf . Rakyat Amerika Syarikat hanya mempunyai dua pilihan sahaja ia cukup meyakinkan bahawa sistem tersebut adalah terbaik untuk diamalkan.
Kemasyarakatan; rakyat Amerika Syarikat diaktakan sebagai masyarakat konsesus dan ini bermakna bahawa mereka mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap hak-hak sebagai warganegara. Mereke sedar parti-parti lain tidak berupaya mewakili mereka kerana Republikan dan Demokrat ternyata terlalu berpengaruh.
Melalui ini kita
maklum bahawa terdapat perbezaan antara kedua-dua sistem dan ini adalah
sebagai satu langkah negara dan parti masing-masing untuk terus memerintah
dan perubahan dasar adalah tidak besar. Bagi Malaysia sistem pelbagai parti
adalah untuk membolehkan rakyatnya mempunyai peluang untuk mentadbir walaupun
hanya satu parti sahaja yang mendominasikan negara tetapi dengan kewujudan
parti lain ini bermakna parti yang menang tidak boleh suka-suka membuat
pelbagai perubahan yang menyusahkan rakyat dan menyeleweng kerana dengan
ini mereka boleh jatuh dengan mudah, kesemuanya bergantung kepada rakyat
yang mengundi. Tetapi di Amerika mereka hanya terdapat dua parti yang dominan,
ini adalah untuk memudahkan pentadbiran dengan tidak terdapat perubahan
dasar yang drastik dan membolehkan kongres mengawal sistem pentadbiran
dan bukannya pada presiden semata.
GOLONGAN BERKEPENTINGAN
golongan ini adalah golongan
yang “a group of people who organize to influence public policy ” golongan
ini telah mendominasikan rakyat Amerika Syarikat dan mereka ini adalah
golongan yang amat berkepentingan kerana mereka ini membolehkan sebuah
negara seperti Amerika Syarikat bertambah maju. Manakala di Malaysia golongan
ini dilantik menjadi Ahli Dewan Negara dan dilantik oleh Yang Dipertuan
Agong. Malaysia juga memiliki organisasi yang menguruskan kepentingan awam
sebagaimana Amerika Syarikat.
AKTA DAN KEBEBASAN
di Amerika Syarikat kebebasan
rakyatnya boleh dilihat apabila terbentuknya atau pindaan perlembagaan
yang dipanggil sebagai “Bill of Rights” (lihat lampiran L) iaitu menerangkan
kebebasan rakyat Amerika Syarikat terutama memiliki senjata sebagai keselamatan
diri mereka dan mereka juga bebas menyuarakan pendapat serta pandangan
mereka sama ada di media atau Surat khabar kerana media dberi kebebasan
untuk menulis aapa sahaja selagimana ia tidak mengancam keselamatan negara.
Untk melihat akta ini lihhat lampiran yang disediakan. Di Malaysia media
dipegang oleh kerajaan dan media tidak bleh menyiarkan sebarang berita
yang boleh dianggap meruntuhkan kerajaan atau menyebabkan kekacauan berlaku
antara rakyat ini berdasarkan apabila rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 yang
berlaku sebaran medialah yang menyebabkan hampir seluruh negara dilanda
permasalahan ini apablia media tidak dikawal dan bebas menyatakan pandangan
mereka ini kerana Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan sistem
tulisan yang pelbagai dan dengan ini apabila media tidak dikawal maka mereka
boleh menyebarkan dakyah mengikut cita rasa mereka sendiri oleh itu Malaysia
telah mengambil inisiatif untuk mengawal kebebasan media.
Berdasarkan ini jugalah dikatakan
bahawa Amerika Syarikat mempunyai demokrasi yang lebih baik kerana kebebasan
yang diamalkan oleh negara itu. Namun ini bukan bermakna negara lain tidak
berdemokrasi tetapi semua ini adalah dilakukan untuk menjamin pentadbiran
dan keselamatan negara terjamin.
KESIMPULAN
Berdasarkan huraian yang dinyatakan
tadi bolehlah dinyatakan bahawa Amerika Syarikat dan Malaysia mempunyai
beberapa perbezaan dan beberapa persamaan dari segi pemerintahan. Perbezaan
dan persamaan ini hanyalah sebagai satu proses untuk mentadbir dan memerintah
negara dengan lebih berkesan dan ini membolehkan sesuatu negara itu aman
dan selamat mengikut sistem pemerintahan yang dijalankan.
Amerika Syarikat yang mempunyai
50 buah negeri berbanding Malaysia yang mempunyai 13
buah negeri dan Wilayah Persekutuan menjadikan Pemerintahan dan pentadbiran
Malaysia dan Amerika Syarikat adalah berbeza. Sistem demokrasi Berparlimen
Malaysia adalah berbeza dengan sistem Demokrasi Berpresiden Amerika Syarikat yang yang berbeda walaupun kedua-dua negara ini sama
mengamalkan sistem berdemokrasi.
Jadi nyatalah persamaan
dan perbezaan antara Malaysia dan Amerika Syarikat adalah semata-mata untuk
melicinkan pentadbiran yang dijalankan di negara masing-masing dan rakyat
kedua-dua negara juga telah boleh menerima keadaan ini tanpa membandingkan
dengan negara lain atas sebab kelicinan negara masing-masing.