Dimasukkan oleh: |
Topik: Bukan Hanya Sealas KARYA |
sue_marie
Pengendali | |
dimasukkan pada: 2 Okt 2000 22:15:18
Salam sayang & Kopivosian..
Mohon menyambung bicara KARYA..terima kasih..
~~~~~~~~~~~~
*Malam Yang Tercipta..*
Andai kau lihat mentari senja redup cahaya
seperti ia sengaja mengabdikan diri
melenyapkan segala keresahan
gantikan kepiluan yang mencengkam sepi
angin pantai yang lembut
memintas kesyaduan sukma
mendayu sepoi mengusap pepohon
gemersikan dedaun dibelai rajuk
deru ombak umpama mengundang rindu bercanda
senja warna mu yang menawan
terhidu aku haruman anggerik dari rimba
embun lewat malam berkilauan di hujung daun
memberi kesegaran di hati
terutus bisikan kalbu
yang seringkali mengajak aku
bersendirian berteman impian rindu
dan ketika ku tatap bulan mengambang
dalam lenggok cahaya yang menari
ada yang terhempas di dada ku
aduhai... terpana biasan jatuh ke atas air
ku hayati detik pemergian senja dilamar malam
berkejar aku menyambut daun yang luruh
mencecah kaki di riak ombak...
ku pohonkan limpahan nur-Mu
menyirami gersang yang kian membakar
di sedut nafas dalam ku
renjiskan hujan jernih seharum syurga-Mu
salam rindu tercipta buat sebuah malam
Gadis menanti di pinggiran...
-sue- Gadis Dusun...
IP: 202.188.106.201 |
CikMekMolek
Ahli |
dimasukkan pada: 2 Okt 2000 22:40:40
salam untuk sue
sudah lama tidak ke bendang
tinggilah rumput disepanjang batasan
sudahlah lama CikMek tak datang
sudahkah luput dari ingatan.
pergi ke Judah waktu petang
panglima Jawa mengiring Ratu
bermusim sudah tidak bertandang
namun di jiwa tetap bersatu.
pakai selendang berbintik-bintik
bawa lilin turun ke laut
mata terpandang hati berdetik
mesra terjalin kasih berpaut. IP: 203.106.169.142 |
sue_marie
Pengendali | |
dimasukkan pada: 2 Okt 2000 23:33:44
Salam Buat CekMek
Alahai.. lamanya tak mendengar kabar yer.. harap semuanya sihat belaka..
hmmmm....
Hujan ribut melanda rasa,
Awan jauh melarat-larat,
Manakan luput ditelan masa,
Ingatan kukuh tercantum erat.
Tiadalah sama si buluh betung,
Bertandang dendam buluh perindu,
Tiada purnama buat penghitung,
Siang malam duduk merindu.
Mentari siang memancar cahaya,
Dari pagi keliling benua,
Hati bimbang berkirim tanya,
Kenapa menyepi terlalu lama?
-sue- Gadis Dusun.. IP: 202.188.106.201 |
putera
Ahli Setia | |
dimasukkan pada: 3 Okt 2000 09:01:15
salam buat sue:
Hujan ribut di Tanjung Jati,
Biduk menuju ke Pulau Kayangan,
ingatan tersemat sampai ke mati,
sepanjang lautan dalam bayangan.
rindu bertandang ke Pulau Tamu,
pancang sauh ke tidak berkuasa,
purnama menyiseh malu bertemu,
hanya seduan mencuri masa.
salam buat Cikmekmolek:
indah sekali burung kenari,
burung puyuh banyak dihutan,
meski lama tidak kemari
canda dan madah dalam ingatan.
hebat sekali suara si sapi,
makan dipadang sampai ke petang,
bermusim menghilang dimamah sepi,
melepas rindu keseberang lautan.
harum sungguh bunga melati,
harum bau nya ke ujung desa,
berderai masa mengapai hati,
diam terpaku memburu masa.
salam buat sue dan cikmekmolek:
IP: 203.106.59.83 |
sue_marie
Pengendali | |
dimasukkan pada: 3 Okt 2000 15:00:35
Salam sayang & kopivosian..
buat tuanku putera..
pe kabar gerangannya kat Melaka tu..
mekasih kerana sudi meluangkan masa jenguk ke mari..
Berkata bintang kepada bulan,
Kenapa dara asyik gelisah,
Begitu panjang ingatan tuan,
Kelu bicara ku tidak terluah.
Hendak menampi di tepi huma,
Angin sayu datang berlengguk,
Sudah menjadi resam purnama,
Terasa malu direnung pungguk.
-sue- Gadis Dusun...
IP: 202.188.73.34 |
polong
Ahli Setia | |
dimasukkan pada: 4 Okt 2000 00:30:46
Assalamualaikum...
hmm....izinkan polong menumpang barang selarik bicara...
bicara di pantai purnama.
bukan hanya sealas bicara karya..
purnama,
biasan indah,
padadada laut malam,
bintang pun berkerdipan,
nyayian mesra ombak membelai pantai,
lembutnya bayu bersapa merdu,
hadirlah sekeping hati,
bersama selaut rindu,
melihat keindahan alam malam,
hati yang rindu,
tiada mampu menanggung sendu,
berbicaralah semahu,
pada larik-larik bicara,
lagu rindu nyanyian kalbu,
runtunan rasa bisikan sukma
bukan hanya sealas bicara karya.
...................
bicaramu musik dihati ku....hmmmmm...
bicaraku musik dihatimu?....
polong-hanya melukut ditepi gantang-
*mesej ini telah dikemaskini oleh polong pada 3 Okt 2000 23:32:57* IP: 202.188.106.26 |
putera
Ahli Setia | |
dimasukkan pada: 4 Okt 2000 09:15:20
Sue, ada urusan yang terpaksa kena hadhir sendiri
sejak menjawat jawatan dibidang Komputer
makan khenduri rumah cik Besah,,
duduk ditangga tiada yang kisah,
teman bercanda ilangkan resah,
duduk ditaman rindu tak sudah..
ramai orang ke tepi muara,
duduk sendiri buangkan masa,
purnama termanggu mendengar suara,
bayangan lalu punca angkara.
sue: kemana lak si cikmekmolek nih
salam buat sue IP: 203.106.59.188 |
semutmerah
Ahli Setia | |
dimasukkan pada: 4 Okt 2000 12:18:29
Malam Yang Tercipta
dan Pagi yang Menjelma...
Sepanjang malam
aku diberikan masa
bersendirian bermeditasi
menilai hidup
antara manusia dengan segala isi hatinya
antara dunia dengan segala isi budinya
Sepanjang malam juga
aku diberikan masa
menilai erti kasih sayang
yang lewat setiap detik mengunjungi diri
bertali tanpa henti
baru sedetik ini jua aku sedari
betapa beertinya hidup
dilimpahi kasih dan cinta yang suci
Pagi yang menjelma
membawa bersama haruman kasih dari Nya
sujud aku pada Mu
bahagia dengan kurniaan ini
bungaan wangi penyeri hati
semoga kebahagiaan tak pudar lagi... aku - semutmerah yang comel... IP: 161.142.78.82 |
CikMekMolek
Ahli |
dimasukkan pada: 4 Okt 2000 15:42:59
salam untuk sue
alhamdulilah CikMek sihat cuma sibuk sikit
Puan Bedah ke Singapura
singgah di pekan waktunya petang
salam sudah disambut mesra
hamba akan menyusul datang.
naik pedati ke kampung hulu
beli sekati gula perang
hajat hati nak bertandang selalu
bimbang nanti dibenci orang.
ke pulau pandan mencari berangan
terjumpa mengkudu juga selasih
bercerai badan jauh pandangan
gelora rindu tandanya kasih.
assalamualaikum putera
terimakasih kerana masih sudi menyapa kita
sibuk ler...tak dan nak jenguk selalu
asyik menghidu bunga cengkih
buah kepayang bercampur madu
lagu merdu simfoni kasih
cinta sayang irama rindu
memburu badak di kampung seberang
jatuh terhumban di hujung titi
ingat tidak berselang
beratnya beban rindu dihati.
buah pauh jatuh berselerak
jatuh disentap dibuluh perindu
walau jauh rinduku semarak
gambar ditatap pengubat rindu.
berapa lama kat melaka tu putera??
*mesej ini telah dikemaskini oleh CikMekMolek pada 4 Okt 2000 14:45:19* IP: 203.121.16.68 |
putera
Ahli Setia | |
dimasukkan pada: 4 Okt 2000 17:44:04
Salam buat cikmekmolek apa kabar?
masih sebuk
anak cina menanam pauh,
pauh di tanam jauh ke hulu,
tidur terkenang orang yang jauh,
cuma berita mengubat rindu.
pucuk pauh delima batu,
bawa keseberang waktu pagi,
sudah lumrah dunia begitu,
rindu tertanggung seorang diri..
harum bau nya bunga melati,
petik sekuntum letak dipara,
semarak rindu mengoncang hati,
waktu tidur pasti terjaga..
Mungkin hari sabtu akan kembali
putera IP: 203.106.59.249 |
sue_marie
Pengendali | |
dimasukkan pada: 4 Okt 2000 18:53:50
Salam sayang & Kopivosian..
Bicara nurani segenap rasa tanpa pamitan senja kerana gerimis sore cemburukan belaian..
~~~~~~~~~~
*Bicara Mu Rindu Di Hati Ku..*
Melintasi puncak KINABALU...
kau bisikkan kata hati mu
angin senja masih terus berlagu
tercegat rinduku di kejauhan
debar jiwa bisa saja bergetaran
wahai malam...
kau tetap jelita
mengalun musik meraih kasih
dari laut, pantai dan senja
datang menghiasi mimpi ku ke malam purnama
bisa cair sejuta rindu yang lama membeku
aduhai bicara mu...
indah sungguh bisikannya
sejuk seluruh jiwa raga ku
lena terbuai rentak kesyahduan
rendanglah pohon-pohon yang lampai
nyalalah api yang hampir malap
kerana baranya tetap menghangatkan...
-sue- Gadis Dusun ..
~~~~~~~
polong... walau selarik bicara mu.. tetap berlagu di hati...
semutmerah.. hai, salam kenalan..mekasih atas kesudian menitipkan karya di sini.. jika kesempatan ada, sue bisakan menumpang teduh di laman karya mu..
buat CMM dan tengku putera.. pantun anda berdua akan sue susuli kemudian yer..
Terima kasih..
*mesej ini telah dikemaskini oleh sue_marie pada 4 Okt 2000 22:43:08* IP: 203.106.177.121 |
sue_marie
Pengendali | |
dimasukkan pada: 4 Okt 2000 22:30:50
Salam sayang & Kopivosian..
buat Cek Mek Molek... semoga ceria-ceria dan kalau merindu biarlah berpada agar hati abang di seberang tu tidak gelisah..
begini pantun dari sue ..
Berenang jauh ke kuala Deli,
Tiada sampan untuk ku kolek,
Senang sungguh rasa di hati,
Mendengar kabar cek mek nan molek.
Bila bintang hadir bertandang,
Hujan tak turun di malam hari,
Usahlah bimbang dijadikan halangan,
Benci tak pernah pun lekat di hati.
Badai melanda pohonan rendang,
Bisikan bayu bersahutan indah,
Andai tiada titian ke seberang,
Demi rindu lautan ku redah.
mekasih..jumpa lagi..
-sue- si gadis dusun..
IP: 202.188.14.172 |
apambest
Ahli Setia | |
dimasukkan pada: 4 Okt 2000 22:59:16
bilaku pandang kanan...
aku tidak tahu...
bilaku pandang kiri...
aku bingung...
mengapakah??
kenapakah??
oohh tidak...
aku tidak tahu...
siapa tahu?
akukah??
engkaukah???
diakah???
aku tidak tahu....
siapa bagitahu?
buat apa bagitahu?
bila aku tahu?
tiada orang bagitahu....
entah laah
aku masih tidak tahu... IP: 202.188.87.143 |
sue_marie
Pengendali | |
dimasukkan pada: 4 Okt 2000 23:06:14
Salam sayang & kopivosian..
putera... hmmm.. dah tukar seksyen ke bidang komputer yer..patutlah sibuk amat..
eloklah juga tu.. banyak masa nak menghadap pc..
Rama-rama di tepi huma,
Makan sireh bersama pinang,
Sudah lama bercanda sama,
Serasa tersiseh masa menghilang.
Bila terdengar bisikan bayu,
Berlari hujan di hujung hari,
Kenapa di kejar bayangan lalu,
Biar tersimpan di pentas memori.
salam kembali.. IP: 202.188.14.172 |
CikMekMolek
Ahli |
dimasukkan pada: 4 Okt 2000 23:07:20
a/kum putera..
sibuk memanjang....
tangkul dijemur pukat disirat
jatuh dibata putus retus
seorang di timur seorang di barat
jauh dimata berita diutus.
mencari umbut di tengah padang
riuh menampi diwaktu malam
mulut menyebut mata terpandang
termimpi-mimpi siang dan malam.
bulan diatap cerahnya satu
asyik berangan jadi kempunan
berdua menatap bulan yang satu
cuma kenangan yang berlainan.
buluh perindu bawa bertapa
biji selasih bercampur permata
ribut rindu datang menyapa
hujan kasih banjir airmata.
IP: 203.121.16.68 |
CikMekMolek
Ahli |
dimasukkan pada: 4 Okt 2000 23:42:15
salam kemesraan untuk sue
cantik gambar tu tu...
barangkali empunya diri pun secantik lukisan itu
anak gajah di tengah huma
belalai direndam di dalam air
seri wajah bagai purnama
membawa ilham pada penyair.
emmm lapang rasa melihat sambutan puan
paduka ratu mencari umbut
kumbuh di paya rumpun selari
kalaulah begitu layanan disambut
rasa gembira tidak terperi.
kolek baldu rekaanya indah
layarnya raya kayu beringin
lautan rindu cuba diredah
apakah daya kematian angin.
pergi ke medan membawa guni
penuh muatan susu sapi
tiada sempadan rinduku ini
bagaikan lautan tidak bertepi.
IP: 203.121.16.68 |
putera
Ahli Setia | |
dimasukkan pada: 5 Okt 2000 00:03:51
Sue...Salam sayang & kopivosian..
sue: terpaksa dihadapi setelah dilantik Penyelaras Homepage Jabatan
Rama-rama di tasik Chini,
terlepas saekor dimuara hulu,
canda menyapa di persada ini,
terhibur jua kemarau rindu.
bisikan bayu ke hujung desa,
hujan turun hingga ke senja,
bayangan menjelma tanpa dipinta,
Berlalu sepi mencuit rasa.
salam buat sue
Cikmekmolek dah dapat berita dari jauh ?
Walaikumuslam cmm:
pohon dedalu tumbuh melata,
hanyut kiambang arah ketepi,
terpisah cuma hanya dimata,
namun dihati tersimpul mati.
bunga sena lebat diperdu,
jatuh berderai ditampi tampi,
hati bergayut memukau rindu,
senyum terukir di bayang mimpi.
derap derap jatuh terlantar
rebah ke bumi diwaktu pagi
bayangan menjelma cuma sebentar
kenangan muncul sayu kan hati..
salam IP: 203.106.60.70 |
sue_marie
Pengendali | |
dimasukkan pada: 5 Okt 2000 01:18:34
salam sayang & kopivosian..
mekasih pada kenkawan semua yang sudi berkarya bersama..
maafkan sue kerana belum sempat nak balas pantun/ puisi kalian.. esok malam kalau sempat baru sue dapat balas .. siangnya sue tak sempat nak log in sebab keje kat luar....
-sue- si Gadis Dusun.. IP: 202.188.14.172 |
sue_marie
Pengendali | |
dimasukkan pada: 5 Okt 2000 18:54:18
Salam sayang & kopivosian..
apambest.. hai, salam kenalan & salam karya
di alam siber..
hmmm..sesungguhnya terlalu banyak persoalan yang kita lemparkan pada diri kita ini.. manakala jawapannya kita sendiri tidak tahu .. tanda-tanda soal yang berfungsi pada perkataan kita itu, sepatutnya memmgajak kita merenung sejenak..sejauh manakah kepastian yang hendak kita gapai dalam mendapatkan jawapan pasti..kerana tidak tahu itu akan menjadi tahu juga nanti..
~~~~~~~~~~
cekmekmolek... hmm... mekasih, lukisan tu, takdelah cantik ape..sekadar sebuah lakaran jemari .... alahai.. empunya diri..lagilah tak cantik... yerlah.. siapalah hamba..?
Buah peria di atas meja,
Putik bercambah di pohon bambu,
Puan ceria hamba pun suka,
Bertambahlah pula adanya rindu.
Jalan diturap ke kampung Jati,
Berputar tayar melanggar batu,
Angin diharap sudahlah mati,
Kapal layar gantikan bot laju.
Lemang bambu masak di api,
Susun di pinggir tanah yang landai,
Memang rindu tiada bertepi,
sekali membanjir menghempas pantai.
Terima kasih dan jumpa lagi..
-sue- si gadis dusun..
*mesej ini telah dikemaskini oleh sue_marie pada 5 Okt 2000 17:54:49* IP: 202.188.14.175 |
sue_marie
Pengendali | |
dimasukkan pada: 5 Okt 2000 20:09:24
Salam sayang & Kopivosian..
buat putera...oo jadi penyelaras ompej jabatan.. eloklah..tentu dapat menambah ilmu diri..tak gitu.. .. ni, masih kat Melaka yer..
Bulan purnama berganti senja,
Mentari menghilang tinggalkan kemilau,
Tentu dah lama rindu bercanda,
sehingga mengersang menjadi kemarau.
Apalah ada pada berangan,
Enak di mata rasanya tiada,
Apalah ada pada bayangan,
Celik mata lenyaplah ia.
salam dari sue.. si gadis dusun.. IP: 202.188.14.175 |
putera
Ahli Setia | |
dimasukkan pada: 5 Okt 2000 22:10:24
yup sue....
mungkin esok abis dan lusa mungkin kembali
waktu pagi turun ke kali,
berbekal cuma sebuah timba,
dalam biasan meniti hari,
madah seloka senang bicara..
duduk dianjung menampi padi,
padi ditampi diwaktu petang,,
bayangan sepi meredah hati,
namun berkesan bila ditinggalkan.
kopivosian sue IP: 203.106.60.2 |
kerzah
Ahli Setia | |
dimasukkan pada: 6 Okt 2000 01:09:18
hai..sue.. IP: 161.142.3.18 |
CikMekMolek
Ahli |
dimasukkan pada: 6 Okt 2000 12:58:12
berjumpa lagi semua
putera masih di melaka iyer..kota bharu sepanjang hari hujan, sesekali lebat..dingin terasa
padi ria dalam cangkir
padi huma terbang berselerak
sumpah setia janji tak mungkir
jauh cuma pemisah jarak.
indah mahligai di pinggir kota
berkumpul budak dari Tapanuli
rindukku bagai lalang melata
ditebas dipijak tumbuh kembali
dari Kangar menuju ke Selayang
banyak berudu dalam taman
masih terdengar bisikan sayang
hangatnya rindu ke akhir zaman
salam untuk sue..tak boleh jenguk selalu, banyak kerja dan kadangkala idea ada mood tak ada,mood ada idea pula tak ada sue...lainlah macam sue idea sentiasa melimpah ruah.
pahit terasa buah peria
manis kurma bercampur madu
betapa suka betapa ria
kemesraan lama bertambah padu
pisau raut berulus emas
sepanjang jalan bimbang di dada
ombak laut bot lajuku tak cemas
sampai pangkalan 'pr' yang tiada.
tebang penak tebang meranti
tebang pulai condong ke jalan
di mana semak di situ menanti
bagai punai rindu sekawan.
asyik gurindam tidak tertahan
bersama rakan nyanyi berdesir
rindu dendam tidak tertahan
nasi dimakan terasa pasir
salam hotmat.
IP: 203.121.16.68 |
syamputra
Ahli Setia | |
dimasukkan pada: 6 Okt 2000 16:15:16
hai...
sue..
lama tak masuk ke tetak sue..
takut roboh jer sejak dah naik berat badan nie..
segan nak naik pondok orang..
nasib pondok batu..
ok...
ini syam nak berpantun...
******************************
berliku harungi jalan ketiti
reput titinya dek timpa dahan
kasihku ini terlalu sejati
mengapa akhirnya menikam tuan
satu lagi..
harap...kalian seantero pengkarya..
jawab..
kemumu mulur beralas trendak
ibarat alun tidak berubah
kasihmu subur bertunas tidak
ibarat pohon tidak berbuah
oklah...
untuk sue...
sepuluh jari kususun rapat
ampun maaf empunya orang
moga benar telah diikat
sempurna jiwa niat sembarang
kira cincai jer...
oklah..
lain ketika syam datang lagi..
ok.....
by..
wassalam
n ^^ ** aku gabass ** ^^ IP: 161.142.78.82 |
sue_marie
Pengendali | |
dimasukkan pada: 6 Okt 2000 18:36:48
Lewat hujan turun membasahi alam, bicara senja kembali beralun dalam karya yang hanya sekadar bisikan hati...
~~~~~~~
*Senja - Hati Ku Jatuh Pada Mu..*
Senja....
Setiap kali hadir mu ku nanti...
saban hari kunjung mu ku damba
indah pesona menggoda kasih ku
wahai senja...
tak teguhkah perasaan ku
tak utuhkah nurani ku
bisa saja kau runtuhkan dinding hati
sehingga hati ini jatuh kepada mu...
dan bila angin mulai kembara
ku dengar bisikan halus genta hati mu
segenap rindu menghambat kalbu
ku pejam mata..
menahan sendu jiwa
ingin ku genggam larik-larik bicara itu
namun telus dari genggaman ku
daya ku di mana untuk menggapai
jalinan rindu dari benang bersulam kasih
yang meniti di hujung jari mu..
-sue- si gadis dusun..
~~~~~~~~~~~~
Salam sayang & kopivosian kepada rakan-rakan sekarya..
putera, cekmekmolek dan syamputra..
pantun kalian akan sue balas kemudian yer..
kerzah..hai..lama tak nampak nick anda.. kemana ni? ompejnya dah siap ker..? IP: 202.188.65.131 |
sue_marie
Pengendali | |
dimasukkan pada: 6 Okt 2000 20:15:28
Salam sayang & kopivosian..
buat putera..yang asyik sibuk tuu..
Kayuh biduk seorang diri,
Ikan siakap jangan dituba,
Walau pun sibuk urusan rasmi,
Pantun berangkap tercetus juga.
Doa ku bekal buat sidia,
Agar segar tiada sengsara,
Bila ditinggal tersedulah ia,
Barulah sedar rindu melara.
kopivosian miaga nopo..
-sue- sigadis dusun
IP: 202.188.106.131 |
sue_marie
Pengendali | |
dimasukkan pada: 6 Okt 2000 20:16:15
Salam sayang & kopivosian..
Aalahai CMM ni... sue manada idea sampai gitu.. payah juga kalau takde idea yer.. anyway..buat jer setakat yang mampu..
yerlah..kalau sibuk nak buat camnakan..kita pun sembang kerana suka juga..
begini kak yan..
Pucuk pauh ditapak tangan,
Sedikit gula tambah perisa,
Yang jauh sudah kita dekatkan,
yang dekat pula bertambahlah mesranya.
Buah pear enak rasanya,
Pelengkap selera selepas makan,
Kalau 'pr' yang tiada,
pohonlah segera masalah selesaikan.
Berakit ke hulu bersaing perahu,
Pelan-pelan dayung ke tepi,
Sakit sungguh hati merindu,
Hendak ditelan memakan hati.
-sue- salam karya..
IP: 202.188.106.131 |
CikMekMolek
Ahli |
dimasukkan pada: 6 Okt 2000 22:44:38
salam untuk syamputra
cuba cuba menjawab pantun adik syam kita nie
orang Cina menjual kayu
diukir cantik jemuran kain
bagaimana kasih tidak layu
embun menitik ke tempak lain.
biji selasih bawa berjaja
hendak jeram di hujung bendul
bertanam kasih tiada berbaja
makin disiram bertambah tumpul.
bulan mengambang cahaya berdetik
hati sayu tidak berpunya
sedang kembang tuan tak petik
sudah layu apa gunanya.
sayang kenanga kembang dilopak
harum cempaka dibawa bayu
umpama bunga dalam kelopak
kalau dibuka baru berbau.
maaf andai tersilap...... IP: 203.121.16.68 |
putera
Ahli Setia | |
dimasukkan pada: 7 Okt 2000 04:29:06
Salam buat Cikmekmolek
mungkin tahun ni banjir nya agak besar di kelantan
dah buat persediaan ke untuk banjir tu cmm ?
bulan madu ke Tanjung Ara,
pandu kereta cuma berdua,
berkat janji sumpah setia,
sehidup semati ceria ada nya. .
layang layang bersarang di gua,
bunyi nya bising berderap derap,
bagitu terpisah antara benua,
cinta disemai kasih di erat.
anak raja dari Bintulu,
singgah bermalam didalam gua,
bisikan sayang beralun merdu,
sirih di kapur makan berdua.
Juga salam buat Sue
hati hati dijalanraya Sue
kiambang bertaut di sg.santan,
biduk dikayuh sampai ke Deli,
bertajak perahu gelombang dilautan,
sekali melangkah tiada berhenti..
renda berwarna indah di cipta,
buat hiasan puteri di Lembah ,
mengulit rindu jauh dimata,
duduk di anjung merapat sembah.
salam buat sue, cmm dan Syam ....syam apa kabar? IP: 203.106.170.60 |
CikMekMolek
Ahli |
dimasukkan pada: 7 Okt 2000 10:14:14
salam untuk sue
riuh rendah bunyi lesung
waktu malam menampi padi
bukan mudah PR terlangsung
siang malam resah menanti.
terbang pagi mencari makan
punai tanggal atas kundur
yang pergi tak kenyang makan
yang tinggal tak lelap tidur.
hendak ditebang tidak tertebang
tanam keladi dimakan kambing
hendak dibuang tidak terbuang
sudah menjadi darah daging.
a/kum putera..dah di kb ke nie..
harap harap tak banjir ler...
enak juadah berbau pandan
manis halwa gula batu
bermusim sudah berpisah badan
namun di jiwa tetap bersatu
durian daun jatuh tercampak
jatuh tertimpa batang selasih
biar bertahun dilambung ombak
tidak kulupa hati yang kasih.
asyik mengoreh hingga terhimpit
bercampur lelah jadi risau
makan sireh pinang digigit
hendak belah tidak berpisau.
IP: 203.121.16.68 |
sue_marie
Pengendali | |
dimasukkan pada: 7 Okt 2000 11:15:28
Salam & Kopivosian..
Alahaii syamputra..semalam tak sempat nak balas pantun syam... hehe..jangan marah yer..
begini pantun disantun..
Tidak bunga tersepit batu,
Eloknya rapat berbunga kembang,
Tidak gundah berselit ragu,
Eloknya hajat sempurna tandang.
terima kasih syam...
IP: 202.188.43.175 |
putera
Ahli Setia | |
dimasukkan pada: 7 Okt 2000 12:45:05
salam cmm
cmm: hujan disepanjang perjalanan
nasib baik tak banjir
hanyut rakit ke Pulau Pandang,
tersasar arah ke tepi gunung,
walau pun berat mata memandang,
berat lagi badan menanggung.
singgah bermalam di Tanjung Bidup
Tanjung terletak di hujung Desa,
cekal dan tabah mengharung hidup,
pasti ceria sepanjang masa.
Pura Cendana berukir suasa,
tempat orang memuju hantu,
hasrat terpaku antara masa,
kenangan di imbas saban waktu.
salam cmm
Sue: di Sabah tak ujan ke ? IP: 203.106.169.251 |
sue_marie
Pengendali | |
dimasukkan pada: 7 Okt 2000 23:43:25
Salam sayang & Kopivosian..
putera... baru ni dapat balas pantunnya..
hmmm....kat Sabah ni. hujan dengan ribut kencang dan guruh/petir.. samalah kat situ yer..
Diam-diam siasam pauh,
Buah semangka gugur bertaut,
Duduk diam dalam perahu,
Tersilap langkah jatuh ke laut.
Hajat bukan menebang bambu,
Tapi lembah sudah berbalam,
Hajat bukan berdendang rindu,
Tersaji sembah bersambut salam.
-sue- sigadis dusun.. IP: 202.188.43.231 |
sue_marie
Pengendali | |
dimasukkan pada: 8 Okt 2000 00:08:24
Salam & KOpivosian..
cekmekmolek... salam juga buat cmm..
hmmm... ginilah pantun dari sue yer..
Jangan dilurut batangnya padi,
Biarkan saja tunduk tersipu,
Jangan diturut kehendak hati,
Sampai masa dapatlah PR tu,
Kapal berubah kerana sauh,
Melabuh diri di laut biru,
Bila sudah duduk berjauh,
Baru teruji derita rindu,
p/s..tabahkan hati yer..
-sue- gadis dusun..
IP: 202.188.43.231 |
putera
Ahli Setia | |
dimasukkan pada: 8 Okt 2000 01:11:05
Sue...masa ada guruh dan petir jangan online
nanti melayang modem tu.
awas sue
waktu petang petik kelapa,
air nya manis di campur kurma,
"Life Saver" jangan di lupa,
nanti hilang entah kemana.
cantek bunga di Sri Kembangan,
harum bau nya menjelang pagi,
rindu rinduan menjadi kenangan,
Titisan jernih menganggu memori.
jangan suka main hujan sue
nanti deman/selsema kan susah tu IP: 203.106.170.50 |
sue_marie
Pengendali | |
dimasukkan pada: 9 Okt 2000 10:46:08
Salam pada putera...
yerlah ..hujan jer kat sini ni... banjir pun dah bermula...
nak main hujan, tak berani pula... hujan masakini tak sama hujan dulu.. gitu kata umi..
oklah.. sue santun pantun tuanku..gini yer..
Burung bergelar si raja ikan,
Terbang di pantai berteman wanita,
Ingatkan terdampar di pulau impian,
Rupanya tersadai di lembah derita.
Biar hujan ribut melanda,
Takkan goyah pohon di pantai,
Biar berhujan meratap jiwa,
Rindu gelora tetap melambai.
*kat sini pun selalu jer black-out..
hmmm...kalau gini selalu, rosaklah pc yer..
-sue- sigadis dusun..
IP: 202.188.73.34 |
S_ana
Ahli Setia | |
dimasukkan pada: 9 Okt 2000 12:55:37
salam sayang buat yang masih mengingati..
sue
harap masih ada diri ana dalam ingatan sue..
kerana diri sue..sudah sebati dalam warna hidup ana..
putera
begitu juga dengan anda..agaknya sibuk kini dengan kerja.. tak gitu?
cmm
rindu ana nak membaca pantun pantun dari anda..selamat bertemu kembali
semut
dah lama jugak tak menjengok cikgu nih..harap faham yer..anak murid nak mengadap meja peperiksaan
polong
teman yang tak pernah luput dalam ingatan..
sajak hari ini
katakan senja
engkau merindui bahasa angin yang aku bawakan
sejak kelmarin api kemarahan yang tiba
mulai itu engkau tidak lagi kubersua
apatah lagi mimpi yang kita sama sama cipta
di dada malam
bintang bintang jadi rantai perkahwinan kita
dan kelipnya jadi selimut malam pertama
serinya pula bantal keindahan hidup berumahtangga
dan gugur penjuru bintang itu
pada bumi yang menjadi saksi
kita tidak berpisah
itu mimpi kita bukan?
katakan senja
yang engkau masih menyimpan rindu untuk anak anak ini
perginya engkau dalam kamus hari begini
buat aku bertambah sayu
malam kan tiba
dan aku masih di sini
mengira rintik rintik hujan yang turun
yang menyudahkan siang hari ini
sepertimana air mata anak anak yang rindu
akan pelukan senja yang berlabuh terlalu awal
dan aku
jadi larik larik warna yang menghubungkan
anak anak aku dengan impian yang tidak kesampaian
bukankah itu milik kita?
katakan senja
aku masih di sini menanti perkabaranmu
dengan jari jemari mengalas sepi malam tadi
yang tidurku tidak lena
dibuai angin di pepasir putih
yang makanku tidak kenyang
dan perutku yang makin besar ini
yang mandiku tidak basah
sudah tamat riwayat Laut Cina Selatan
begitu kisah air mata kita,bukan? sekadar berbicara IP: 161.142.78.81 |
polong
Ahli Setia | |
dimasukkan pada: 9 Okt 2000 15:18:37
Assalamualaikum...
S_ana: alahaiii..seronoknya baca ucapan "teman yang tak pernah luput dalam ingatan" tu...hehehe..ada juga orang yang ingat kat polong ni yer.... terimakasih ana..
Sue: hmm....ingatkan jatuh hati kat saper...rupanya jatuh hati kat senja....alahaiii..
polong: jatuh tergolek kat sembang karya...hehheh
hmm..
daun keladi dilipat-lipat,
daun mengkudu dibuat ulam,
didalam hati sentiasa diingat,
didalam kalbu rindu terpendam,
hmm..
pucuk putat daun mengkudu,
gulai keca sidaun kadok,
duduk dekat pastinya malu,
jauh dimata taksenang duduk,
.................
polong-hanya melukut ditepi gantang- IP: 202.188.14.105 |
sweetcakcibo
Ahli Setia | |
dimasukkan pada: 9 Okt 2000 22:25:20
assalammualaikum,
hanya sebentar yek..
malam???
memang setiap malam aku di sini...
menaksir kehendak diri..
menghitung kekurangan diri
mencari kesilapan diri...
malam!!!!
ia tetap menjelma bersama hari baru...
memberi harapan baru...
namun, bagai mana dengan harapan semalam????
malam!!!!
detik waktu yang berlalu mengajarku erti keinsafan..
tidak sedetik pun ia terhenti dari tugas yang telah diberi oleh Illahi...
begitu juga dengan diri ini...
telah diberi tugas yang sepatutnya...
tetapi kadangkala aku lena..
bersama impian yang tidak berkesudahan...
tawa dalam tangisan
tiada yang perasan IP: 161.142.2.11 |
sue_marie
Pengendali | |
dimasukkan pada: 9 Okt 2000 22:33:58
Salam sayang ..
polong...Hmmm..jatuh hati kat senja tu.. sebab ianya telah berjaya menelusi ruang hati ini.. yang polong jatuh tergolek kat sembang karya tu.. siapa yang tolak..?
Kalau merpati terbang lari,
Tentu kecewa pipit seribu,
Rindu di hati tiada peduli,
merintih jiwa menabur sendu.
hmmm...
Burung tempua hinggap di perdu,
Terpijak semalu dia melata,
Belum tersua bermain rindu,
Kenapa malu bertatap mata?
-sue- perawan berjiwa sendu.. IP: 203.106.180.142 |
sue_marie
Pengendali | |
dimasukkan pada: 9 Okt 2000 22:46:03
Salam sayang & Kopivosian..
Hmmm..bicara malam ku penuh getar rasa .. keresahan bergema di mana2.. aduhai malam..!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~
*Kerana Mu Yang Berbicara..*
Yang mengharum di hati ini
adalah wangian kuntuman anggerik dari rimba
resap ke seluruh jiwa raga
dan ketika aku menghala pandang ke luar tingkap
di langit, sebaris nama mu meniti
sukar ku hindarkan
bisikan suara dari hujung jemari mu
menjadi penantian ku ..seringkali..
gitu jalinan awan yang bergumpal
angin masih mampu menyulam buat persembahan kasih
pabila bicaranya bergema..
dinding hati diusap belaian indah
tiada yang dapat menandingi
kesyaduan yang menusuk ke kalbu
lembut..menyentuh hati seorang perawan
tak mampu ku tepis seribu gelora
sedang bahtera ku teroleng-oleng di samudera rindu
ahh..rindukah itu yang berbisik
rindukah itu yang meresahkan..
gapailah tangkai hatiku
dalam senandung senja yang menawan..
-sue- perawan berjiwa sendu..
~~~~~~~~~~~~
S_ana..
rasa yang sudah terjalin walau hanya di alam ini.. sudah nyata sering bermain dalam rona hati sehingga sayang yang terjalin mengalir ingatan mesra.. sue tak lupa mengenang ana.. kehilangan ana selama ini membuatkan sue tertanya2, rindu ..
sweetcakcibo...
salam sayang .. terima kasih kerana sudi datang berkarya bersama kenkawan kat sini..walaupun hanya seketika cuma.. kehadiran anda cukup membanggakan..
IP: 203.106.180.142 |
putera
Ahli Setia | |
dimasukkan pada: 9 Okt 2000 23:53:46
Salam buat sue, juga buat S_ana
Bila Final Exam ana …
Polong….kabare ?
cmm: masih bertugas lagi ke?
Rajuna Tapa dari Senggora,
Turun ke bumi hanya sendiri,
DiLembah derita banyak angkara,
Menyiseh rindu ditepian hati.
Daun pandan daun selasih,
Buat azimat untuk pendeta,
Lambaian rindu ke muara kasih,
Rupa nya terdampar di gua duka.
Harap harap hujan akan segera reda ….emmmm
IP: 203.106.170.99 |
q-L-p
Ahli Setia |
dimasukkan pada: 10 Okt 2000 01:59:58
Salam dan kopivosian...
meriah kat sini yer
hmmm... tumpang kemeriahan.
Þæì...Þæì...Þæì
Malam
Malam
sinonim dengan gelap
malam
antonim dengan terang
Digelap malam,
banyak bintang-bintang
yang di siangnya
tak kelihatan...
Di malam gelap
banyak bintang-bintang
berkelip-kelipan
menyinarkan cahayanya
malam
tetap gelap
walau bintang-bintang
menghias banyak-banyak.
malam
sinomin dengan tidur.
Tidur zzzZZZZZZZ
.
selamat malam
bye... IP: 203.106.171.126 |
Bob
Ahli | |
dimasukkan pada: 10 Okt 2000 14:39:49
a'kum,,,
hai sue apa khabar?
jua kabaran buat senua teman bekarya disini...
pekhabar long,ana,putera,cikmm,jua yang lain lain
meniti pelangi satu igauan,
malam hari cuma bermimpi,
ingatkah lagi gerangannya teman,
senantiasa tersimpan dalam hati....
gadis dusun masih anggun,
tetap cergas seperti dulu,
datangku tidak sekerap kalian,
hanya terluang dan tak tertahannya rindu...
maaf sue lama tak singgah,
sue apa khabar?
bila nak turun kl?
pc masih belum di perbaiki lagi niiii IP: 202.32.86.150 |
maznizan
Ahli Setia | |
dimasukkan pada: 10 Okt 2000 18:10:51
Salam Papema
Pekabar Sue... Rindu pula untuk bertandang ke sini...
Tali tiada rapia diganti
Untuk membawa petai berikat
Rindu datang menyinggah dihati
Datang menyinggah penuh beradat
Anak murid sibuk bertapa
Untuk memenuh ilmu didada
Jauh dihati ingin menyapa
Apa nak buat masa tiada
Anak itik datang menyudu
Itik menudu bersepah melata
Sesekali datang pengubat rindu
Buat di sana jauh di mata
Kata terlajak tunggulah padah
Jangan pula bermulut bisu
Jika masa terbuang sudah
Bertandang dirumah bukaan Sue
... Sue dah sihat? Be yourself! Just Be! IP: 161.142.112.8 |
sue_marie
Pengendali | |
dimasukkan pada: 10 Okt 2000 19:43:32
Salam & Kopivosian..
Buat putera.. ceria dah sihat yer..
hujan tak reda lagilah..
Hari petang makan sireh,
Hari pagi dia ke bandar,
Rindu yang datang jangan di siseh,
Cuma menagih sedikit penawar.
Layang-layang selayang pandang,
Merenung senja dalam khayalan,
Tidak ku undang duka yang datang,
Agar ku tabah selangkah ke depan.
-sue-
IP: 203.106.120.75 |
sue_marie
Pengendali | |
dimasukkan pada: 10 Okt 2000 20:48:47
Salam sayang & kopivosian..
Bicara langit senja yang lama memendam rindu..
malam menjeling berganti diri..
*Senja dan Malam..*
Senja ...
sekian lama ku nanti kehadiran mu..
rasa sunyi sepi bermain di lubuk hati
bagaikan terleka aku meneka keingkaran janji
rawan jiwa ku luput sedetik
kembali ku menyambung cerita puisi kasih
malam..
jangan dulu hampiri aku
setulus hati ku ingin bermanja
biar bersemi putih kasih di relung hati
di pagi, sebening embun
rinduku terlena dalam dakapan sayang
hanya satu kau di hatiku..
-sue- perawan berkiwa sendu..
~~~~~~~~~~
q-L-p..hai.. naper menumpang jer ni.. duklah sama sekali.. walau pun tak semeriah mana pun, cerialah seriangnya ..
Bob dan maznizam... hai salam buat anda berdua.. kejap lagi sue balas mesej kalian yer.. jangan merajuk..
IP: 203.106.120.132 |
sue_marie
Pengendali | |
dimasukkan pada: 10 Okt 2000 20:49:09
Salam sayang & kopivosian..
Bob... hai bob..yerlah lama tak berkunjung kabar..
pekabar agaknya kat situ tu..
sue..biasa2 jer..mekasih kerana masih mengingati lagi..
hmmm... bila yer sue nak turun KL..? kalau diizinkan taklama lagilah kot..
Sudah lama menampi padi,
Padi tuaian sedari mula,
Sudah lama lekat di hati,
Hilangnya tuan nak cari di mana?
Berarak awan di hari senja,
Mengusir angan mentari suria,
Hati rawan ku pendam saja,
Datang gerangan menghulur ceria.
mekasih kerana sudi mengingati kenkawan kat sini bob..
~~~~~~~~~
maznizam...hai salam sayang maz...
hmm.. sudah terasa rindu baru bertandang yer..hehe.
begini kiranya pantun sue..
Hujan lebat di pantai sendu,
Arah mana sinar cahaya,
Datang beradat membelai rindu,
Tandang bersama sealas karya.
Gelang suasa permata biru,
Gilapkan dulu sebelum di beli,
Sedangkan masa begitu cemburu,
Kunjungan rindu mampu digari.
Asam pauh gugur merata,
Bersama dahan patah sendiri,
Walau jauh pandangan mata,
Harap dekatkan di sanubari.
Suara bukan berdendang merdu,
Lagu membuai lara yang tiba,
Datang tuan kerana rindu,
Dapatkah terlerai gelora melanda.
*hmm.. sue dah lama sihat maz.. syukurlah..
mekasih kerana prihatin..
-sue- perawan berjiwa sendu.. IP: 203.106.120.132 |
q-L-p
Ahli Setia |
dimasukkan pada: 11 Okt 2000 02:11:03
salam dan kopivosian...
selamat berkarya kepada semua..
sue : kotohuadan au gigina...
... IP: 202.188.94.27 |
sweetcakcibo
Ahli Setia | |
dimasukkan pada: 11 Okt 2000 11:40:38
assalammualaikum,
sue_marie
thanks atas sokongan tu...
sebenonye sweet malu nak berkarya..tapi bila dah tengok ramai orang anto sweet pun rajin la... tapi karya sweet tak sebagus orang lain..
dah lama berkarya... tapi tak pandai2 susun ayat bagus2 pun lagik..
okler..
kali nie tak sempat nak bagi sajak ..
lain kali sweet masuk lagik..
tawa dalam tangisan
tiada yang perasan IP: 161.142.2.11 |
maznizan
Ahli Setia | |
dimasukkan pada: 11 Okt 2000 15:44:34
Salam Papema
Datang lagi saya, kerana rindu sudah bertaup untuk berkarya di teratak ini...
Tanah dijual harta diwarta
Sudah terjual hati merana
Salam diberi pembawa berita
Bagaimana pula Sue di sana?
Angin tersepoi bayu perlahan
Membawa pergi hati yang duka
Hati terlara sedu ditahan
Bagaimana cara untuk bersuka?
Cerah hari panahan suria
Kering sudah jemuran disana
Kulihat dirimu sungguh ceria
Adakah petua memeriahkan suasana
Pahlawan Melayu gagah perkasa
Jatuh darahnya sebagai perwira
Hatiku sedih walang sentiasa
Melihat karya Sue terubat lara
Bagaimana caranya???
Be yourself! Just Be! IP: 203.106.172.190 |
|