Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Sembang2 >> Sembang-Karya >> Bicara KARYA..! (Page 1)


Emel topik | topik baru | jawab mesej Topik ini 2 halaman:   1  2 

<<naik   pergi   turun>>
Dimasukkan oleh Tajuk topik:   Bicara KARYA..!
sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 01 Apr 2000 22:38     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayang kepada semua teman-teman sekarya..

Atas penyertaan teman-teman sekarya semua.. Cuba BerKARYA Terus dah masuk ke episod 7..
Hmmm.. sue cadang ubah tajuk topik walau pun tujuannya tetap sama iaitu untuk terus berkarya bersama.. Terima kasih dan syabas pada semuanya.. untuk itu..izinkan sue mulakan mesej pembukaan..
Selamat berkarya...

quote:

Nostalgia Rindu Ku..

Ku hadir lagi ..
di penghujung senja ini
mengutip jejak rindu yang tersisa
meniti jalur pelangi kasih..

dulu...
langit berduka sepanjang musim
terguris pedih luka...
yang tidak berdarah merah
tertitis hujan...
yang tidak seharum air mata

di sini..
rindu itu mengepung hati
dalam setia malam padamu
desir angin dari perbukitan
beriring irama seruling senja
menyisir rindu di kalbu sendu

di sebalik tirai nostalgia
ada kisah silam
yang mencengkam pasir pantai hati
ingin membenam kisah itu
biarlah jari-jari angin
merindu sepi sendirinya..


S_ana : Pe kabar ana?..hari nih baru sue sempat jenguk ke sini... mekasih ana kerana masih sudi berkarya bersama sue... alahai sue pula yang takde idea nak berkarya nih...

invisible dan CikMekMolek : Pantunnya nanti sue akan balas kemudiannya... oh ya harap kalian semuanya ceria hendaknya.. jangan terlau rindu yer CMM..

IP: 202.188.86.104

polong
Ahli setia
dimasukkan pada 01 Apr 2000 23:02     Lihat biodata polong   Hantar emel kepada polong     Edit/Delete Message
assalamualaikum..

Pada bicara mesra,
Senyum menguntum manja,
Pada bicara rindu,
Puisi berdendang sayu,

Berbicaralah kita,
Tentang pantai, laut dan senja,
Tentang indahnya purnama,
Berkandung makna-makna,
Meranum disukma,

Ada tika-tikanya,
Bicara sepi, bicara sunyi,
Melahirkan lukisan hati,
Ada tika-tikanya,
Bicara manja, bicara mesra,
Mencorak titisan rasa,
Dan bicara rindu meresap kekalbu,

IP: 161.142.232.12

CikMekMolek
Ahli setia
dimasukkan pada 02 Apr 2000 14:37     Lihat biodata CikMekMolek     Edit/Delete Message
salam sue

macamana tak merindu sue...dah lama tak jumpa

quote:
'copyright'
Tanjung Pamah airnya biru
tempat orang bermandi manda
duduk serumah lagikan rindu
inikah pula jauh dimata

Dari Pancur ke Kampung Hulu
pergi dengan Dato' Penghulu
airmata cucur bertalu-talu
disamarkan dengan rindu nan ngilu.

Angin kencang tumbang meranti
terbang nanar anak merpati
Rindu menggoncang tiada berhenti
habislah sinar kelam berganti.

IP: 203.106.111.58

ten-in
Ahli setia
dimasukkan pada 02 Apr 2000 16:24     Lihat biodata ten-in     Edit/Delete Message
sue
salamz
tumpang seketika disini
setelah lama tak menjenguk

mereka sangka aku bodoh
kerna tiada fikiran

mereka sangka aku buta
kerna tiada apa yang kulihat

mereka sangka aku pekak
kerna tiada apa yang aku dengar

mereka sangka aku bisu
kerna tiada apa yang diluahkan

bodoh
mungkin aku tak sepandai dirimu
buta
mungkin sebab aku jelak denganmu
pekak
mungkin aku malas mendengar alasanmu
bisu
mungkin kerna aku lebih senang berdiam diri

IP: 192.169.41.35

camar
Ahli setia
dimasukkan pada 02 Apr 2000 20:27     Lihat biodata camar   Hantar emel kepada camar     Edit/Delete Message
Salam buat sue dan teman teman yang lain

desir desir ombak

desir desir ombak yang datang
ada lah sebuah kenangan
menyapu kening ku
imbasan yang datang
ada lah duka di mamah sepi
antara ruang waktu begini
kepasrahan terjadi
tiada pernah ku minta
tapi terjadi ...

Lamunan yang tragis

semalam ada mimpi buruk
dalam sebuah memori
dihujung sebuah kerinduan
yang semakin sepi dan bisu
pada rasa sebuah cemburu
yang tiada berhujung
memamah sebuah harapan
dalam impian...
ke puncak mahligai syahdu
ada lah sebuah mimpi ngeri
dalam mimpi
pada riak nada suara mu
yang bergema
dari rasa amarah
adalah sebuah letupan
yang mengugurkan
sebuah iman kekesalan
dari sifat manusia sejati
dan doa ku agar
allah masih bersama mu


Putaran alam berbeda

dipersada ini....
ada sebuah lukisan
yang terukir
pada sebuah kedamaian
yang cukup syahdu
dalam berbagai irama
dan berbagai paluan
namun....
dalam satu hasrat
kedamaian
dan diputaran ini
masih ada lelagu sumbang
dalam sebuah rintihan
air mata kepiluan
yang hanyut
bersama perasaan
yang menjerut
dalam kalimah syahdu

aku terdampar
pada rongga rongga kaca
yang tajam dan menghiris
sembilu luka yang dalam
dan pedih

aku masih jua terlena
dipinggiran..
dan tiupan bayu semalam
ada lah sebuah………
nostalgia usang

Sekadar sebuah ilusi, tiada hubungkait dengan sesiapa

[This message has been edited by camar (edited 02 Apr 2000).]

IP: 203.106.111.24

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 02 Apr 2000 21:42     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayang ...

CMM: Hmmm... yerlah CMM... sedangkan dekat lagi merindu.. inikan pula lama tak jumpa.,.jauh di sanaaa!... aper2 pun tabahkan hati..orang kata..berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. sabar yer kak..

Hujan di hulu ribut bertalu,
Sedari pagi gugurnya lebat,
Relakan dulu rindu berlalu,
Cekalkan hati kuatkan semangat.

Lautan biru membelah benua,
Bunga dicari di taman larangan,
Sisihkan rindu di hujung rimba,
Pujuklah hati bersama kenangan.

Jangan dipetik teratai desa,
Kembang seroja di air biru,
Setiap detik menghitung masa,
Kasih tercurah berbalas rindu.

~~~~~~~~~~~

invisible: Sue nak balas pantun tuan hamba dulu yer.. banyak maaf sebab tak sempat nak balas awal..

Dara teruna asyik bercanda,
Dari dusun datang berkelana,
Bicara ramah pantun bermadah,
Seri tersusun bersembang sama.

Lidah tergigit sakit terasa,
Bagaikan racun tertanam dalam,
Sedangkan langit tercalar luka,
Hujan turun membasuh dendam.

[This message has been edited by sue_marie (edited 02 Apr 2000).]

IP: 202.188.106.94

S_ana
Ahli setia
dimasukkan pada 03 Apr 2000 10:53     Lihat biodata S_ana   Hantar emel kepada S_ana     Edit/Delete Message
sue..
apa khabar sue..
ana pon makin hari makin merindu sue.. heheh


rindu bermain kata
dalam siang aku berbahasa
dalam kelam aku mengulit bicara

rindu pada suara
dalam terang aku dahaga
dalam malam aku merana

rindu pada empunya
dalam terjaga aku merindu
dalam tidur asyik termimpi

rindu sungguh aku padamu!!!

IP: 192.228.143.164

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 03 Apr 2000 11:14     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
salam buat sue ...
sue nak tanya sikit..

dara mandi arah ke tepian
sambil mandi asyik mengeluh
apa kah maksud apa kah impian
dalam air badan berpeluh?

ramai orang ke Kuala Langat
beli cepati buat santapan
dendam semalam usah di ingat
jadi kan ia sebagai pedoman

S_ana

sedap sekali rasa nya pengat
waktu makan di tepi terminal
sudah kah memakai tangkal/azimat
buat berperang dengan final ?

Cikmekmolek

tinggi sekali sibatang pauh
buah nya lebat siladang ijuk
masih merindu orang yang jauh?
badan tak deman terasa sejuk ?

IP: 161.142.2.10

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 03 Apr 2000 17:41     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayang kembali bersua...

quote:

Seorang Gadis Itu...

Seorang gadis itu ...
pada pepasir pantai
diremang cahaya sebutir
bintang memagar bulan
rambutnya menyimpul cinta
mekarlah bebunga di taman hati
berkocak bayanganmu di kolam matanya

Seorang gadis itu.....
pada dusun sepi
di perbukitan menghijau
diremang cahaya sebutir
sinar dililit mentari
alisnya menjeling rindu
terdamparlah kekata manis di kebun hati
berkocak bayanganmu di tasik kalbunya

Seorang gadis itu...
pada buih-buih ombak senja
diremang cahaya
putih kapas bulan mengawan
bibirnya menguntum kasih sayang
terselit bicara manja penuh syadu
berkocak bayanganmu diarus sungai nadinya

Gadis pantai, gadis dusun, gadis senja...
adalah tiga gadis dalam satu
yang hatinya telah berbunga cinta
jiwanya berdaun sayang
akarnya menjalar rindu
namun subuh nan segar
melenyapkan titisan rindu semalam...


Terima kasih buat temann, ten-in dan camar : sajak puisi kalian sungguh hebat menyentuuuhh...Hmmmmm...
Ten-in nih..udikaaa yer?
buat S_ana: Rindu itu semakin hebat ana...!!!


IP: 202.188.83.27

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 03 Apr 2000 22:57     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam buat invisible...
Hmmm... nak tanya yer...ntahlah... nih jawapan sue..kalau tak betul.. terima jerlah..
beginilah kot..

Pelita cahaya datang menggetar,
Berhembus angin di waktu senja,
Itu tandanya rasa gementar,
Di dalam dingin hangat terasa.

Menyulam benang di waktu malam,
Hujan renyai di pagi syadu,
Bukan mengenang dendam semalam,
Dendam terlerai di hujung waktu.

IP: 202.188.14.55

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 04 Apr 2000 08:21     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
Sue kata orang …
Kalau deman makan obat
Kalau sakit masuk hospital …betul kan?
Dengar yer :

Seludang mayang lagu merdu
Dinyanyi oleh putera mahkota
Adat muda menanggung rindu
Sejuk panas kian terasa

Pucuk pauh di hujung Pekan
Ditanam orang selepas menjirus
Dendam semalam jangan dibiarkan
Kelak badan tiada terurus

salam sue
dan juga buat S_ana serta Cikmekmolek


[This message has been edited by invisible (edited 04 Apr 2000).]

IP: 161.142.2.10

JinAir
Ahli setia
dimasukkan pada 04 Apr 2000 08:22     Lihat biodata JinAir   Hantar emel kepada JinAir     Edit/Delete Message
kekekekkekekeeekekkkkeeee eerrrr assalammualaikum....eerrrr tumpang lalu

eerrr tepuk amai amai
belalang kupu kupu
dok JinAir berkarya tak pandai
nak mengarang terasa malu

eerrrr sekadar tumpang lalu kekekekekkee

IP: 202.184.34.76

S_ana
Ahli setia
dimasukkan pada 04 Apr 2000 11:45     Lihat biodata S_ana   Hantar emel kepada S_ana     Edit/Delete Message

salam ceria untuk semua!!!

sue..
rindu tak kenal masa dan waktu kan??


kekasihku
selimutku dengan rasa kasihmu
aku rindu

temanku
panaskanku dengan bara persahabatan
aku rindu

bondaku
lenyapkan kedukaan dalam jiwa
aku rindu

ayahandaku
maniskan bicaraku dengan senyumanmu
aku rindu

tuhanku
lembarkanlah sayap rahmatMu
aku teramat rindu!!

inv..
kita berusaha..Dia menentukan

paku pajam sudah berkarat
terluka jari menanggung hiba
tangkal azimat tak bawa berkat
usaha dan doa pasti berjaya

IP: 192.228.143.164

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 04 Apr 2000 13:25     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Inv..
itu kata orang...kata diri sendiri gimana yer..??
begini ...

Ribut-ribut di Tanjung batu,
Kail panjang menjerat gelama,
Rebut-rebut hati yang satu,
Kasih sayang tidaklah sama,

Naik kuda ke gunung Kinabalu,
Berhenti berkhemah di puncak cahaya,
Adatnya muda menanggung rindu,
Orang lama bagaimana ceritanya?

salam juga buat inv..

~~~~~~~~~

JinAir : Hai...hai...hai... alahaiii..
lamanya tak bersua dengan teman seorang nih..
pekabar JinAir..? Tumpang lalu jer ker?

Nona kecil janganlah malu,
Menampi padi bersama mama,
Datang JinAir saje nak tumpang lalu,
Tak sudi ker berkarya bersama-sama?

IP: 202.188.113.97

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 04 Apr 2000 16:11     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
gini sue ....

ramai orang ke Pulau Hantu
sambil mendengar bunyi paluan
tak kan ku paksa hati yang satu,
mengundur diri beri laluan

sayang Mustafa yatim piatu
isteri nya manis berbadan dua
adat muda memang begitu
orang lama memendam rasa

salam buat sue..

IP: 161.142.2.10

sdrzai
Ahli
dimasukkan pada 05 Apr 2000 12:02     Lihat biodata sdrzai   Hantar emel kepada sdrzai     Edit/Delete Message
Apa kabe sue,ana,inv,CMM dan teteman semu..
Lama benar tak menyumbangkan coretanku.Teruk juga ya kalo dah kemarau idea...nampak ana dah kekeringan lagi...ini adalah setitis dua untuk menghilangkan dahaga dari kemarau yg panjang ini...selamat menghayatinya...

Ana..
Kekeringan berlalu sudah
Ilham datang mencurah-curah
Tersentuh hati karya dibaca
Kehebatanmu ternyata sudah

aaaa.............

Lama sudah tidak menari
Masihkah ingat lenggang dan lenggok
Lama tidak berkarya kemari
Datang hanya sekadar menjengok

aaaa............

quote:

Kata orang itu begitu
Kata orang ini begini
Kata dia ……… itu tak bagus
Katanya ……… ini lebih baik
Kata mereka begini caranya
Kata mereka……… begitu yang benar
Kata kawanku inilah syurga dunia
Kata teman itu jalan ke neraka
Kata guru ikut jalanku jika kau mau selamat
Kata mereka……………
Untuk apa lakukan itu....
Tinggalkan cara begitu.....
Pedulikan, kita bebas melakukan………

Tiap detik terdengar kata
Ucapan lidah yang tak bertulang
Berbagai perintah berbagai arahan
Berbagai pendapat berbagai pandangan
Telinga terus mendengarkan

Ikut…………..
Kata hati - mati
Kata rasa - binasa
Kata nafsu - lesu
Kata mana harus dituju

Dengar …………………… boleh
Setuju ………………………… mungkin
Turuti ………………………… fikirkan dahulu
Yang benar jadikan panduan
Yang salah ………… tinggalkan
Yang dusta ………… lemparkan

Dengarkan kata Tuhan
FirmanNya dalam Al Quran
Jadikan ia pegangan

Dengarkan kata Rasul
Sunnahnya jadi pimpinan
Ajarannya jadi panduan

Dengarkan kata hati
Bisikan rohani yang suci
Bukan bisikan nafsu yang keji



selamat dan jumpa lagi dilain ketika.

IP: 192.169.41.43

JinAir
Ahli setia
dimasukkan pada 05 Apr 2000 08:52     Lihat biodata JinAir   Hantar emel kepada JinAir     Edit/Delete Message
eerrrrr nona kecil eerrrr kurang malu
menampi padi eerrrr sikit tak tumpah
eerrrr JinAir ni kecil bab mengarang begitu
tapi hari-hari baca karya kengkawan tak sikit ....bah!

kekekekekekeee

IP: 202.184.34.76

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 05 Apr 2000 10:57     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayangg pada semua...
Sekadar sebuah Bicara hati....

quote:

Teman...
Ingin ku lagukan senandung resah yang berdendang di hati... ingin ku bisikkan sendu yang gemersik di jiwa.. bak mega yang membayangi hidup..

Teman..
ingin ku lagukan syair rindu yang berkelana di sudut nurani.. syair rindu yang pernah ku sayang dan masih tetap ku sayang...
aku tidak pernah terfikir untuk menjadi perindu yang hebat.. sebagaimana pun akhirnya aku pasrah jua dengan keputusan - menelan hakikat yang tersurat. Ternyata aku tewas dalam menyusun manik-manik syadu... terlerai jua di pipi menyirami jiwa nan gersang.

Teman..
Usah gulana menatap coretan ini.. kerana masih mampu ku ubati rindu yang melara.. telah ku cuba melontar jauh diri ini namun sayangku kian subur mewangi.. terlalu halus cara mu itu sehingga tak mampu ku bina dinding penghalang perasaan ini. Terlalu sempurna kau di hati ku..!!!

Teman....
Kasih sayang yang kau gubah..teramatlah harum.. tiada daya ku menanti tujuh musim yang berganti.. walaupun kelak aku tersingkir.. ku pasti kau terlalu setia dan aku akan selalu menemani mu di setiap lena untuk menyambung irama rasa yang tergendala...

Teman...
Sekiranya mawar ini layu di lautan madu..ingatlah selalu.. telah lahir seorang gadis yang sentiasa menyayangi dirimu dan akan tetap terus menyayangimu. Tak perlu kau halang penantian suci ini.
Andai langit di senja merah itu tergores luka.... akan ku baluti lukanya dengan kuntum kasih nan putih suci...
Akhirnya... izinkan sepotong nama itu terus meniti di bibir ini kerana aku yang ingin menyebut dan memanggil nama mu itu...

Rindu Ku Pada Teman-teman semua...


S_ana : Rindu kiter tiada penghujungnya..

Kepada teman-teman yang lain... sue akan balas pantun anda kemudiannya..

IP: 202.188.113.97

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 05 Apr 2000 11:03     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
S_ana : salam yer

berakit rakit ke hulu
berenang renang ke tepian
bersakit sakit dahulu
bersenang senang dikemudian

sedap sungguh satay Pak Leman
mari dimakan diwaktu redup
cekalkan hati teguhkan iman
semoga selamat sepanjang hidup

S_ana ...camno email anda?
bole tau tak ?

IP: 161.142.2.10

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 05 Apr 2000 11:05     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam buat invisible...
Pe kabar...? harap masih tetap ceria..
Dah minum?

Dari Besut ke Gunung Jerai,
Ingin bersua gadis tersayang,
Benang yang kusut hendak dilerai,
Sayang semua habis terbuang.

Jika padi mana antahnya,
Antan dan alu datang bertalu,
Gelisah hati bercampur resah,
Hati nan satu dirisik pilu.

IP: 202.188.113.97

Decinna19
Ahli setia
dimasukkan pada 05 Apr 2000 14:53     Lihat biodata Decinna19     Edit/Delete Message

melihatmu dengan sekala bertunjang
bagai terikat rasa di dalam
yang berkocak dengan nafas lembutmu
yang bergetar dengan rahsia dirimu
tika itu
ufuk di timur kian terserlah
namun langkahmu
masih terhenti di antar dua persimpangan
akukah yang berkata
atau lintasan ini menujah??

bicara ini kian terhimpit
oleh permainan dunia
yang kita ciptakan sendiri

sedangkan telah kulihat;
kuperhati lukisanmu,
bait-baitmu..
bersoal tentang hidupmu
seolah dunia ini cuma bergerak
seketika, sebelum melangkau
ke arah yang belum pasti

bicaramu bicara kasih
bicaramu bicara hati
bicaramu bicara mati

dan sekian masa berlalu
aku masih memerhati
biarpun lewat kini
telah jauh kutinggalkan
jejak-jejak semalam
namun riak atmu
kuat berbisik di sini

untuk seorang teman
bicaralah selagi waktu mengizinkan

sue_marie : sebuah puisi tanda ingatan..

IP: 202.186.123.141

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 05 Apr 2000 15:26     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
Gitu gak buat sue .... ok

ramai orang ke Gunung Keli
bawa bekal si buah peria
kenapa sampai begitu sekali?
semua berkecai dilanda derita?

lebat sunggug buah dedalu
dipetik orang waktu senja
renung purnama mengapai rindu
hati yang satu pasti ceria

ok sue ...salam yer

Decinna apa kabar?
sempat bersajak yer

IP: 161.142.2.10

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 05 Apr 2000 19:35     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayangg..
Hmmm... mekasih buat semua..

quote:

Sekuntum Bunga Itu..

Sekuntum bunga itu...
harum mewangi
mekar bersemi
dipagar onak dan duri
mencari dahan sejati
buat penenggek diri..

sekuntum bunga itu....
ada di hujung jari
mimpinya tidak sampai ke pagi
kelopak terburai gugur ke bumi
pagar berduri mencucuk dirinya

sekuntum bunga itu...
akhirnya menyepi
melihat kelopak berkecai
tetes-tetes air turut berderai...
aduhai....!


srdzai: hmmmm...lama benar rakan berkarya seorang nih menyepi... agaknya nak kumpul idea yer..terima kasih kerana masih sempat berkarya bersama..harap kabar anda bebaik juga..

Decinna19: Hmmmmm... kadangkala sesuatu puisi itu lahir sekadar tanda ingatan untuk sebuah nostalgia... tak gitu..?

pada JinAir ..inv..dan teman lelain.. pantunnya akan dibalas kemudian..terima kasih...

IP: 202.188.86.137

Bob
Ahli
dimasukkan pada 06 Apr 2000 11:33     Lihat biodata Bob     Edit/Delete Message
hai sue,,,,maaf andai lama tak kemari
hai kenkawan semua...
lamanya tidak menghantarkan karya...

bukan sibuk bukannya lupa,
idea tiada kekeringan illusi,
namun yang pasti setiap masa kubaca,
cuma kesempatan dan kekurangan pada diri..

salam teman dekat dan jauh,
bicara rindu tak habis lagi,
namun ruangan ini berkembang riuh,
sumbangan teman teman cantik sekali...

kalau rindu datang lagi,
cari jalan untuk mengubati,
rindu sudah jadi resam diri,
tiada ia alamat cacatlah rohani...

sekadar berbahasa..

=============================================

RINDU BERTANDANG LAGI (HATTAN)

Rindu bertandang lagi, kekasih
hatiku merintih keranamu
kesunyian mencengkam
dilautan kenangan ajaibnya perasaan

rindu membawa daku, kekasih
pada musim musim bersamamu
rasa kasih dan rindu
yang tertanam buatmu dijambangan usiaku

waktu memisahkan aku dengan mu
kemanisan bersatu dalam sebuah rindu
kini saat indah menjadi sejarah
dan musim pun berlalu,, bersama waktu
kini bertemankan sebuah perasaan
rasa kasih rasa rindu padamu

rindu bertandang lagi di hati
rindu menhampiri kala sunyi
di halaman hidupku
yang kosong tak terisi
sungguh lama dikau pergi

m.nasir dan amran omar

IP: 202.75.168.21

CikMekMolek
Ahli setia
dimasukkan pada 06 Apr 2000 20:49     Lihat biodata CikMekMolek     Edit/Delete Message
salam sue
a/kum semua
lama sungguh tak singgah di rumah sue nie

Nampak berbalam di hujung sana
pohon mengkudu lebat pucuknya
hati di dalam bimbang gulana
duduk merindu tiada semena.

Di pohon pauh sarang tempua
permata nilam pemberian kawan
terpisah jauh antara benua
siang dan malam igau-igauan.

Bunyi serdam di luar kota
ramalah rama di pohon mengkudu
Hati dendam kasih tercinta
samalah sama menahani rindu.

Rakitnya itu berbatang-batang
marilah dirakit gedangan buluh
rindunya itu datang mendatang
bagaikan penyakit akan membunuh.


IP: 202.188.13.206

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 06 Apr 2000 21:09     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayangg....

JinAir: Hai teman si air...

Hang Jebat dituduh derhaka,
Menjadi misteri suatu lagenda,
Hujan lebat di tengah kota,
Kenapa pelangi muncul di desa?

Hehe..
~~~~~~~~~~~

invisible: salam inv...

Kalau bukan kerana malam,
Tidak purnama nampak berseri,
Menadah tangan menghulur salam,
Agar ceria rasa di hati.

Padi bukit padi di bendang,
Orang menuai beramai-ramai,
Hati sakit bila mengenang,
Kenangan terkulai jiwa tak damai.

IP: 202.188.83.202

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 07 Apr 2000 12:44     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
Salam buat sue

tenang tenang air dilaut
sampan kolek mudik ke Daik
hati terkenang mulut menyebut
tak kan ku lupa setiap detik

enak sekali memakan jeruk
jeruk dimakan bersama dadu
jangan dikenang perkara buruk
agar hati dibasahi rindu

maaf sue ..agak sebuk gak hari nih

IP: 202.188.82.3

S_ana
Ahli setia
dimasukkan pada 07 Apr 2000 11:28     Lihat biodata S_ana   Hantar emel kepada S_ana     Edit/Delete Message
sue..
ana makin merindu nih..maklumlah dah lama tak jengok di sini..
betul tu sue.. rindu kita tak de penghujung

ku petik irama syahdu dalam terang yang membawa aku kepadamu
sejak aku temui tali tali halus yang sukar dilihat mata kasarmu
yang mengikat hati aku dengan hatimu sekian lalu
yang membangkitkan rasa rindu yang amat amat rindu
tali takkan putus dengan dendangan irama dan melodi hati
kuat terjalin walau sepi itu ada dalam diri
tidak ketemu lagi antara kita
wajah sesama

kudendangkan lagu kasih yang pernah kau ciptakan
puisi bermain kata rindu dan dahaga cinta
tak luput dalam ingatan hari hari yang dilalui kita
lagu jadi perantaraan kasih setia

teman
terlalu payah ku utarakan
bicara yang tak nampak dari zahir perbuatan
biar terang dalam hati aku merinduimu
takkan faham orang lain dengan kita
rindu kita yang jauh

IP: 161.142.2.10

S_ana
Ahli setia
dimasukkan pada 07 Apr 2000 11:35     Lihat biodata S_ana   Hantar emel kepada S_ana     Edit/Delete Message
sdrzai
nanti lama lama tu adalah idea..

datang dariku
hanyalah cebisan cebisan kata yang tak punya penyambung
tak tersusun mana madah mana penghujung
sumbing langkahku dalam menari pena dan bicara
tak layak berdepan wira laksamana

inv..

lokah dalam paya
air keruh warna hitam
kenalah pecah ruyungnya
kalau mahu sagu di dalam

duduk berselang bertingkah bahu
berbual mesra bertambah berkat
kalau sudah dapat apa yang mahu
bersuyukur pada Pemberi nikmat

nak email?

adizee@eudoramail.com

IP: 192.228.143.164

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 07 Apr 2000 12:00     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam Buat CikMekMolek:..
Kahdiran CMM akan selalu sue nantikan...

Antara onak di dalam rimba,
Jangan dipikat semalu desa,
Terasa sebak di dalam dada,
Terlalu sarat rindu membelasah.

Hendak gugur gugurlah nangka,
Burung tempua terbang sendiri,
Hendak tidur tidurlah lena,
Rindu bersua di dalam mimpi.

Sebutir permata di tatah indah,
Hantaran jejaka masa merisik,
Diutup mata terbayang wajah,
ditutup telinga suara berbisik.

IP: 202.188.83.203

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 07 Apr 2000 14:08     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam Invisible...
dengarkan pantun sue..

Terbang juga si burung helang,
Terbang jauh diiring bayu,
Terbangkanlah kelopak yang gersang,
Terbang jauh dari mimpiku.

Asyik bermanja menghilang resah,
Terhentikah nanti bicara hati,
Langit senja biarlah merah,
Janji pelangi lenyapkah nanti?

IP: 202.188.14.18

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 07 Apr 2000 23:04     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
sue dengarkan

sisehkan duka waktu melamun
dikala tidur pejamkan mata
ubatkan duka waktu termenung
agar ilang sepi melanda

perang melanda begitu kejam
kezaliman terbayang membuat resah
pelangi muncul selepas hujan
air mata berlinang selepas berpisah

salam buat sue ...

IP: 203.106.110.234

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 08 Apr 2000 12:20     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
Salam buat S_ana
apa kabar ana?

waktu hujan elok berpayung
untuk mengelak deman nanti
terlalu sukar memecah ruyung
ruyung dijaga kebal sekali

ramai orang ke Pekan Raya
cuma mencari sekilo gula
begitu adat kita manusia
agar selamat sepanjang masa

S_ana ...makasih

IP: 202.188.81.209

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 08 Apr 2000 01:02     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayangg kembali bersua...
Hmmmmmmm...

quote:

Rindu Di Pantai Berpayung Senja

Aku merenung detik masa yang berlalu
sejenak hati tersentuh
melihat malam pergi meninggalkan daku
terpaku dalam memori kerinduan
sewaktu-waktu dulu kita sering berbicara
menyorot lembaran suka dan duka bersama
dalam puisi pantun...hati kita terus berbicara
alunan irama yang serentak

dan tika kenangan itu mengusik rinduku
ada kehangatan mengenangi kelopak mata
tidak ku seka akan hadirnya
titisan rindu biar mengalir deras

bicara ku hanya ibarat sepohon mawar senja
berkembang di pantai rindu
sedangkan kau telah ada
sepohon rendang yang bisa memayungi mu
di kala panas dan hujan
dan mawar senja itu
hanya hidup damai di alam ilusi mu

esok-esok yang akan tiba
mawar senja akan layu di genggaman
hilang rayuan bersama kegersangan alam
lalu di pantai berpayung senja
apakah alunan seruling senja
akan terhenti sayu mendayu
menghembus rayu hiba irama hati
dan mawar senja akan lenyap
dibenam mentari di ufuk barat

tinggallah langit sutera ungu merah terluka
menanti kembali malam sepi gelita
untuk menggapai bintang di angkasa
sedangkan kejora tak pasti berkerdipan

teman....
di manakah keindahan sebuah nostalgia
tidak kita temui jawapannya
namun aku tidak terdaya...
dan begitu juga kau yang tidak terdaya
dari segala kemungkinan itu
adakah semua itu atas ketentuanNya jua
andai manis kita kecapi.. itulah madu
andai pahit kita perolehi.. itulah hempedu
berserah kita... aku redha...


S_ana : Ada masa rindu membelasah diri dan rindu mendera diri... gitulah nasibnya...

Bob: apa kabar.. best lagu yang baru bob titipkan itu...
hmmm...sue minat sekali tapi tak pernah dengar lagunya...

[This message has been edited by sue_marie (edited 08 Apr 2000).]

IP: 202.188.65.190

CikMekMolek
Ahli setia
dimasukkan pada 08 Apr 2000 09:19     Lihat biodata CikMekMolek     Edit/Delete Message
salam untuk sue
Singgah sekejap untuk berpantun

Gadis ayu leka menampi
padi ria di pinggir kota
kalau bertemu di dalam mimpi
bila terjaga tentu derita.

Anak dara di dalam kota
memakai kebaya menjemur ikan
bila terjaga akan derita
bagaimanakah saya hendak hiburkan.

Kain disulam buat celana
celana sendap dibawa berkelana
hati di dalam gundah gulana
makan tak sedap tidur tak lena.

IP: 202.188.42.56

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 08 Apr 2000 09:48     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Begini inv.....

quote:

Semalam berpantun di pertemuan pertama,
Kisah silam mengusik hati,
Salam tersusun menyambut bicara,
Terselit di dalam sejuta erti.

Belumlah teduh hujan di hulu,
Habislah lebur embun jalanan,
Kenangan dulu sudah berlalu,
Telah berkubur bersama impian.


Salam dan terima kasih...

IP: 202.188.106.237

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 08 Apr 2000 16:07     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
sue dengarkan :

harum bau nya bunga melati
dipetik orang simpan di raga
madah dan canda pengubat hati
sekadar penawar mengulit rasa

ramai orang ke anjung kota
tempat melepas hati nan rindu
biarkan kenangan dikubur puaka
cambahkan kembali putik yang baru

dah masak ke tuh ?

IP: 202.188.81.209

Decinna19
Ahli setia
dimasukkan pada 08 Apr 2000 18:16     Lihat biodata Decinna19     Edit/Delete Message

dan sememangnya aku sendiri
melihat tiap arca
diri mu yang berkeluh
di balik lukisan atma mu
yang mengisi kekosongan
di dada mu

sedangkan engkau mudah berbilah
menangkis tiap bicara dibicarakan
hingga kewalangan terhimpit
di celah kemurungan wajah mu
menghunjam tingkahan diri mu
cuma bergema di dalam
getarnya hanya engkau merasa
bukan aku
bukan mereka
bukan sesiapa

sungguh benar malam ini
laut faham dengan resah angin
namun belum mampu memukau hati mu

mungkin aku ini seorang teman
mungkin aku ini seorang perindu
mungkin aku ini seorang penyair
hanya menulis bait
dengan nostalgia lalu
mungkin benar
mungkin tidak

kerana malam masih terdapat cahaya
kecil di tepi pantai rumah mu..

Sue_marie : lahir puisi adalah dari luahan dalam diri.. sama ada nostalgia atau masa depan sendiri.. puisi lahir ada tikanya spontan dengan bicara bersama.. sue setuju..?

IP: 161.142.2.10

polong
Ahli setia
dimasukkan pada 08 Apr 2000 18:19     Lihat biodata polong   Hantar emel kepada polong     Edit/Delete Message
assalamualaikum..

hmmm...

bicara terus berbicara

semalam semalam menulusuri kenangan,
disaat bicara pertama disulam,
semalam semalam pantun bicara sahut bercanda,
mendesah desah gema atma,
dan..
nostalgia silam menari-nari dingatan,
semalam semalam adalah bicara resah, kisah sebuah pertemuan,

semalam ketika sujud mengadap tuhan,
memanjat doa padaNya,
kesejahteraan, hidayah dan petunjuk dariNya,
untuk teman seperbicara,
semalam dalam lena yang gelisah,
pantai, laut, purnama dan senja merah,
silih berganti bermain dialam mimpi,
semalam didini subuh,
memanjat doa pada Allah,
kebahgiaan dan limpahan rahmah dan hidayah,
untuk seorang teman..
teman yang sangat ku sayang..

senja ini,
hadir disini,
melirik bait-bait puisi,
tersentuh rasa merusuh jiwa,
teman seperbicara kasih didamba,
senja ini,
bicara tetap berbicara,
walau seruling ini rentaknya sumbang,
tetap bergema disenja yang remang,
membisik bicara hati yang rawan,

hmmm..
salam rindu..

IP: 202.188.43.222

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 09 Apr 2000 09:38     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam buat CikMekMolek..
Apa kabarnya..Kira-kira beginilah pantun sue..

quote:

Jasad sudah terpisah jauh,
Kembara rindu di alam mimpi,
Takkan berubah kasih tertangguh,
Tiada jemu berbesan benci.

Sekuntum bunga di tepi kali,
Telah disunting oleh jejaka,
Terputus tiada simpulan tali,
Walau gunting telah diguna.

Silau-silau di kaki gunung,
Silau menyilau hujan tiada,
Risau-risau duduk termenung,
Kenangan terimbau waktu bercanda.


IP: 202.188.86.167

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 09 Apr 2000 09:45     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
salam di hujung minggu buat invisible
Dengar yer pantun sue..

quote:

Antara kiambang dengan kelapa,
Buah berangan ambil dahulu,
Kisah malang sering menimpa,
Hidupku segan mati tak mahu.

Tenung-tenung di celah perdu,
Bunga cempaka rindu ketika,
Duduk merenung purnama syadu,
Hati duka bertambah luka.


IP: 202.188.86.167

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 09 Apr 2000 10:15     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
Sue ..begitu lah sebuah kehidupan
tabahkan hati jika terjejak onak dan duri
ceria²kan diri

lebat sungguh buah bidara
pohon nya tinggi ditepi tubir
hidup umpama seorang pengembara,
di gurun sahara mengharapkan air

waktu pagi makan cepati,
enak sekali tiada terperi
jangan diturut kata nya hati,
kelak diri dilanda sepi

sue: kita cuma mampu merancang tetapi Tuhan yang menentu kan
adiossss

IP: 161.142.2.10

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 09 Apr 2000 17:27     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Masih ingin berbicara lagi...
Hmmmmmmm...

quote:

Bicara Semalam...

Semalam-semalam itu...
NOSTALGIA terlalu kuat merantai diri
tatkala menelusuri perjalanan hidup
lalu tiba di pangkal senja
seluruh jiwa menjadi lemah
tidak mampu ku tangkis ribut resah

membiarkan alam yang mula bersatu warna
aku hanya terdaya merenung lesu
langit dan laut menyatu biru mencorak merah
dan sewaktu menyaksikan perjanjian senja
ombak laut kejar-mengejar dibias cahaya
nyanyian suara ombak bercanda
memecah kesepian pantai

di penghujung senja akirnya aku yang tertewas
laut surut dengan tiba-tiba
kontang hatiku di samudera kasih
sukma ku diheret ke jagat gelita
sejalur pelangi kasih
yang tertinggal buat meniti ke anjung malam
merentangi tebing gelisah
gerimis malam pun turun
membasuh rindu yang gersang

semalam semalam itu...
masih ada kesudian yang menoleh di pantai ini
adakah sekelumit rindu lalu
masih berkelana di sudut hati mu
kiranya antara sayang masih bertagihan kasih

di dini subuh..
apakah rindu ini akan tenang
dipukul gelombang masa
sedang ombak jiwa
membuat aku tersadai di pantai rindu
nyanyian bayu tentang bicara laut semusim
pepasir pantai turut berduka
beratapan menangis hiba
adakah kesyaduan itu tetap manis
sedang di pantai berpayung senja
ada jejak-jejak rindu semalam
yang masih tetap berbisa..

salam rindu...


Decinna19: puisi lahir dari suara hati yang ingin memperbicarakan tentang cerita ilusi... bicara spontan adalah kerana penghayatan di sudut rasa yang tersentuh... tak gitu M74..?
Hmmm.. bicara pada bait-bait puisi mu sungguh bermakna...Terima kasih..

Buat seorang Temannnnn : Hari ini senja merah masih bisa ku tawan pesonanya untuk di bawa ke malam hari....

IP: 202.188.65.88

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 09 Apr 2000 21:25     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam ceria inv...Kehidupan masa lalu mengajar kita untuk menjadi matang dengan kealpaan duniawi..

Alangkah rendah kayu belian,
dibuat tiang memagar laman,
Alangkah indah hidup kalian,
Hamba seorang tak tentu cerianya.

Padi huma nampak di seberang,
Mekar selasih di hujung perdu,
Ku renung purnama sinar tak terang,
Hati sedih diruntun sendu.

IP: 202.188.14.108

S_ana
Ahli setia
dimasukkan pada 10 Apr 2000 10:56     Lihat biodata S_ana   Hantar emel kepada S_ana     Edit/Delete Message
hmm..
apa khabar suma?

sue..
pengucapan rindu yang luhur takkan mampu dibicarakan setelah kita bertemu mata.. hanya hati yang boleh menyatakan rindu..

biarkan aku menangis
melihat si luncai terjun dengan labu labunya
tak tentu lagi masa depan
dia telah menafsir yang bukan bukan
tak terlintas oleh kita
yang berlaku bukan kehendak kita
cuma peluang untuk menjadikan ilusi sebagai realiti
dia tetap terjun dengan labu labunya

biarkan aku kecewa
melihat pak kaduk dengan ayam jantannya
tewas dengan maruah kampung tergadai
jangan disangka diam tak berisi
bisa menawan apa yang kita janji
cakap mulut berjaga jaga
takut ada yang tak sampai usia

biarkan aku memandang
mat jenin tinggi angan angannya
takut jatuh tak sempat mengaduh
tamat usia yang begitu muda
bukankah lebih mudah
berusaha dari berangan kosong
hasilnya kosong juga

inv..
hari nih ana sihat.. inv macam mane?

hujan petang di bawa payung
takut basah nasi di bekal
bukan salah kebalnya ruyung
tapi otak yang pendek akal

IP: 161.142.2.10

sdrzai
Ahli
dimasukkan pada 10 Apr 2000 14:45     Lihat biodata sdrzai   Hantar emel kepada sdrzai     Edit/Delete Message
salam buat suma...semoga dlm ceria...

Ku tenung-tenung, ku renung-renung
Bait kata tersusun indah
Bicara hati bicara rasa
Berbagai susunan, rentak dan gaya

Indah tarian pena mereka
Terpegun daku seketika
Dari mana ilham tercipta
Mengalir terus henti tiada
Sedangkan daku merenung terus
Kemarau panjang membeku fikiran
Kalaupun datang setitis dua
Menghilang dahaga untuk berkarya

Ruang ini sering dikunjungi
Walau sumbangan kurang sekali
Sudilah hayati coretanku ini
Buat menambah warisan seni

quote:

tersentuh hati ini
manik suci membasahi hati
seorang gadis dalam kerinduan
seorang gadis dalam kerunsingan

walau tujuh musim berlalu
rindu kasih setia menunggu
dipinggiran pantai gadis menanti
ditemani gelombang menghempas diri
ditemani bulan dipagari bintang
dalam dakapan dingin malam

mata merenung lautan luas
luas terbentang tiada bertepi
renungan gadis dalam kesayuan
fikiran mengawan dimalam sepi

tersusun kata bicara hati
bicara sepi hati merintih
rindu gadis dalam sekali
luka terguris tak dirasai
luka dijari darah mengalir
luka dihati meracun diri

wahai dewi bayu yang lalu
wahai dewa awan berarak
kirimkan pesan teman yang jauh
janganlah rindu merobek kalbu
teguhkan hati kuatkan jiwa
kukuhkan iman ingat padaNya

seruling sakti akan kembali
memdendang lagu tarian seri
agar gadis tersenyum lagi
menambah seri persada ini



hingga bertemu kembali...

IP: 203.124.1.187

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 10 Apr 2000 16:15     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
Salam kembali sue

awan bergerak di pupuk bayu
mega mendung dari utara
bisikan lagu kumamdang sayu
mengintai duka dicelah ceria

semak semun lalang bercambah
putaran hidup ditepi anjung
hati nan satu dilanda resah
lamunan mengimbau membawa mendung

S_ana
bagus ler kalau begitu

kemas sekali ikatan belati
dibawa ke Hulu ke Tanah Seberang
suasana ceria menusuk hati
pantang menyerah sebelum berjuang

salam buat S_ana


IP: 161.142.2.10

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 10 Apr 2000 23:42     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
salam inv...
maaf sebab lewat gini baru sempat balas pantun.. tak sihat sangat..pening skit..

Sudah dipetik bunga cempaka,
Banyak melata kiambang di air,
Ceria sedetik diintai duka,
Kelopak mata digenang air.

Ukirlah ukir tanah Betawi,
Gunung ganang bukan penghalang
Senyum di bibir luka di hati,
Untung dikenang selalu malang.

IP: 202.188.14.179

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 11 Apr 2000 12:43     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
sue ...dengarkan

merdu sekali bunyi kecapi
diiring gendang dengan paluan
linang di pipi mengandungi erti
penuh pesona dalam kesyahduan

pergi mengail waktu senja
dapat saekor beri kan opah
senyum dibibir rengankan duka,
tangis berderai mendungkan wajah

selamat berehat
jangan lupa makan ubat nya

IP: 203.106.110.216

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 11 Apr 2000 09:41     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayangg selalu sayang...
Bicara terus berbicara....

quote:

Alunan Seruling Senja..

Indahnya senja di sore itu
ada hati diruntun sendu
dalam menungan yang panjang
memujuk hati di tengah ketenangan bayu senja
rajuk jiwa akhirnya dipendam sendiri

seruling sakti bukan dambaan hati
irama mendayu beralun sayu
di celah gemersik buluh bambu
menyentuh sekali

suatu ketika...
sering mendamaikan jiwa
ada ketenangan membisik canda di ombak jiwa
kiranya seruling beralih rentak
kala itu sepilah senja merah
lalu menyapa hati pada bayu
kenapa masih menghembus angin rindu padanya
tetapi bayu tetap membisu
merenung sejuta pilu
lalu pergi memintal awan...


S_ana : Ana bila nak tamat pengajian..? sue tetap rindukan ana..

sdrzai : Terima kasih kerana rajin juga menjenguk ke mari..dah semakin memukau puisi anda yer!.. Hmmm...idea itu pasti datang tanpa dipaksa sekiranya hati masih ingin berbicara..

salam ceria dan terima kasih pada semuanya...

IP: 202.188.113.97

Pengendali sahaja: Tutup topik | Padam topik
*Sekiranya anda ingin mesej ini ditutup, sila hubungi pengendali.
Jalan pintas masuk ke:

Melayu.com dan Melayu.net diasaskan oleh hulks dan selemann.
© Melayu.com 1998-2000.