Dimasukkan oleh |
Tajuk topik: Bicara KARYA..!..3 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 25 Apr 2000 11:01
Salam Sayang ketemu lagi di sini...
Sue buka ruangan yang baru .. lanjutan dari ruangan lalu.. kepada
teman-teman sekarya yang masih setia berkarya bersama..sue ucapkan syabas
dan terima kasih ... semoga anda terus berkarya... izinkan sue mulakan
mesej pembukaan seperti biasanya..
quote:
Bisikan Hati Seorang Perempuan
Ketika itu.. ingin ku susur warna alam bersama awan ke ruang
angkasa ingin ku selami warna-warna pelangi di lewat
senja tapi warna-warna itu kian hilang terbelenggu aku dalam duka
nestapa
duhai angin... lepaskan aku terbang tinggi untuk menggapai
bintang di langit namun setinggi mana terbangku kaki tetap
berpijak bumi
wahai bulan... terangilah hati gelap di sanubari untuk ku
tempoh alam cabaran suluhilah segenap jiwa ini agar ku temui
ketenangan dari segala kekalutan yang panjang
semusim yang lalu aku meniti pada jalan yang rapuh bermain
dengan teka-teki dunia mengukir kenangan hidup antara madu dan
hempedu masa berlalu tanpa berulang meninggalkan aku yang masih
terkedu mengapa hati yang hanya satu sering ditagih rindu pilu
ku bisikkan pada mu, sebuah kisah tentang malam yang
kusam kerana serinya yang hilang
ku bisikkan padamu, sebuah kisah tentang kerapuhan dalam
keutuhan kerana cengkamannya yang reput
ku bisikkan pada mu, sebuah kisah tentang senyum di wajah tapi
sinarnya kian rawan
aduhai yang bergelar 'siapa' ku terus berbisik tentang kisah
semalam sketsa bicara yang terluka bila badai ombak datang
melambung lalu tersisih jauh hati seorang perempuan.
ten-in: Terima kasih kerana sudi berbicara bersama... ikaa..apa
citer terkini?
Bob: Weiii ape lama menghilang nie.. anyway sekali sekala tue,
jangan lupa jenguk ke mari.. sue rindu nak dengar lagu bob.. hmmm.. citer
lama berulang lagi bob.. terima kasih atas titipan lagu.. besttlah..!
inv: kejap nanti sue balas pantunnya yer..[/b]
IP:
202.188.113.97 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 25 Apr 2000 11:07
Salam kemaafan inv.. tak sempat nak online lagi..nantilah
yer.. Begini pantun sue..
Kain dilipat buat sidagang, Ditatang mari datuk menteri, Tidak
terniat menjerat kumbang, Kumbang sejati biar datang sendiri.
Masa melangkah dengan bersantun, Sinar suria di pagi
hari, Tiadalah indah bunga sekuntum. Mekar hanya di celah duri.
masa tak mengizinkan sangat..
IP:
202.188.113.97 |
S_ana
Ahli setia
|
dimasukkan pada 25 Apr 2000 11:25
sue.. ana tunggu gak..bila sue nak bukak bicara 3.. tunggu.. punya
tunggu.. inilah dia kemunculannya!!
maaf sebab lewat balas katya teman teman di sini
sue..
luahan dari lautan kata katamu membayangkan terlalu banyak yang
terkandung dalam titipan titipan sayumu bahasa yang dalam dari
hatimu jauh terdasar untuk mengenali bisikan seorang
perempuan karangan karangan hiba di celah bicaramu wahai
perempuan tersangkut telah nampak olehku akan keperitanmu
aku lihat kini karam telah dirimu dari sampan kehidupan yang sama
sama kita layari subuh kelmarin di pelabuhan usang dipimpin cahaya
cahaya keyakinan namun telah basah kita dalam ketakutan
bersoal hati dengan hati dari seorang perempuan kepada
perempuan
IP:
161.142.78.82 |
S_ana
Ahli setia
|
dimasukkan pada 25 Apr 2000 11:43
inv.. apa khabar hari nih?
hmm... susahla nak jawab pantun tu. ehhehe
membilang rindu meliuk lalang berdarah luka hati yang
parah tersalah dayung basah seorang jangan dilibat yang tak
bersalah
IP:
161.142.2.10 |
invisible Ahli
setia
|
dimasukkan pada 25 Apr 2000 11:51
Sue
bukan hanya ka Tasik Cini, ke Tasik Cini mengail bawal, takut
juga si Kumbang Jati, Bunga diTaman penuh Pengawal.
pergi ke kuala mencari belati, belati diukir halus dan
cantik, Bunga mekar di Taman Sari, Menunggu debar untuk dipetik.
Pantun buat S-ana: apa kabar ana ?
lama udah tidak ke ladang tinggi rumput dari padi lama sudah
tidak ku pandang terasa rindu menebar hati.
enak sekali nira kelapa dijual orang arah ke hulu tugas harian
jangan dilupa dengar nasehat ayah dan ibu
salam yer sumer
IP:
161.142.2.10 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 25 Apr 2000 23:04
Invisible.. dengar yer pantun sue..
Air tenang jangan diusik, Talian titi putus berganti, Kalau
datang berhajat baik, Pasti dihormati di sana sini.
Asyik-asyik melihat senja, Senja meniti di arak awan, Baik-baik
memetik bunga, Jangan nanti layu di tangan.
IP:
202.188.14.202 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 25 Apr 2000 23:46
Salam sayangg pada semuanya...
quote:
AirMata Sebuah Perasaan..
Dari dusun sepi.. lambaian desa bergerak lembut angin senja
menangis keluh di jiwa merenung puisi sayu, memori lama
indah irama puisi mu penuh kasih berentak sayang serumpun cinta
dicengkam rindu bagai menanti terbitnya siang
kegembiraan yang di genggam akhirnya tercicir dari
tangan pabila malam yang disapa diam membisu..
mungkinkah gelap tengah berbicara tentang apa yang sedang
diangankan telah berkubur di batas langit lalu air mata itu gugur
juga kerana ia adalah anugerah sebuah perasaan
S_ana: ooh ana tunggu rumah baru lah tue.. ingatkan ana bz
memanjang.. mekasih ana kerana masih lagi sudi menjenguk rumah ini bersama
inv.. hmm.. memang puisi ana semakin dapat memberi makna yang
mendalam.. sue minat sekali.. inv tue pun sekali sekala
bersajak..mengancam jugak.. hmm..
IP:
202.188.14.202 |
invisible Ahli
setia
|
dimasukkan pada 27 Apr 2000 11:15
Sue...salam kembali
apa lah ada kepada padi, Padi dibawa keDaerah Kebayat, hajat
ikhlas tulus dan suci, Tetap bersemi sepanjang hayat.
puteri berempat dari kayangan, turun ke bumi berkuda sakti, andai
bunga layu ditangan, tetap mekar didalam hati.
Buat Sue dan S_ana....
dalam riak air dimuara berhembus bernada sayu memintal buih buih
diair dalam kepayahan memendam rindu terlantar ditepian hati pada
waktu waktu terluang
mengintai randu dalam Samar Bayangan dan hari hari yang
dihitung adalah ..... sebuah memori yang terpinggir terpaut dan
memaut dalam rindu tiada kesampaian
pada gema dan riak air mengalir lesu ke kuala dan melekat pada
kiambang ditepi dan berpaut pada akar akar bakau yang sendiri
mengenang untung
dan pada kebisuan ini dan renjis renjis mawar di pusara yang
tiada bertanda tersedu menahan cemas pada rindu terbuang
sekadar berbahasa ...sue dan s_ana
IP:
161.142.2.10 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 27 Apr 2000 23:15
inv... ape kabar.. hmm..baru nie dapat balas pantun.. dengar yer..
Pohon selasih lebat berbunga, Mengkalnya buah di celah
kabus, Terima kasih atas segalanya, Kan kekal jua ikatan yang tulus.
Duduk menanti sambil berdiri, Jangan berjalan
merata-rata, Didalam hati mekar sendiri, Bunga berhujan si airmata.
inv.. sajak hebat tue..
Hmm..izinkan sue berbicara lagi..
Ku gantungkan sepasang mata pada kerdipan bintang di langit agar
kau tatapi satu lirikan yang ke arahmu ku sangkutkan sebuah
senyuman pada sang purnama di angkasa raya lalu kau
melihat senyuman di bibir itu sebenarnya penuh kepiluan
ku tebarkan lelangit yang hitam sebagai ranjang peraduan
malam buat kita melakar sebuah mimpi indah mimpi itu kerana kita
yang cipta...
cuba kau dengar nyanyian si pungguk di dahan malam alangkah sayu
lagunya menagih rindu rindu yang tidak akan tergapai ..
salam puisi..
IP:
202.188.14.228 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 27 Apr 2000 23:15
salam sayang.. Hmmmm..
Sedih datang mendesah.. Hati jua yang resah.. Jiwa juga yang
gelisah.. Kerana diri jua yang pasrah..
[This message has been edited by sue_marie (edited 27 Apr
2000).]
IP:
202.188.14.228 |
S_ana
Ahli setia
|
dimasukkan pada 28 Apr 2000 00:52
maaf lama rasanya tak lawat di sini
kutetapkan sebuah hamparan perkataan yang dialas dengan permadaini
kesungguhan dari mula penghujung bicara dan sisipan mesra sehingga
di akhirnya di tabur bunga kebahagiaan indah berwarna warni dalam
hujanan kata
kunyanyikan melodi bersama angin angin berbalas suara lembut merdu
di persada pelangi jingga berbalam balam wajah indah di luasnya
angkasa senyum di pagi gembira ke malamnya
setakat ini dulu lunch time..
jumpa lagi kay
IP:
161.142.78.82 |
invisible Ahli
setia
|
dimasukkan pada 28 Apr 2000 20:49
Sue harap2 ceria selalu yer
lebat sekali pala di dahan, dipetik orang jual ke Hulu, Salam
dikirim dari kejauhan, buat mengubat hati nan rindu
penat berkerja gugur keringat, basah didahi sewaktu di
taman hujan yang turun ada lah rahmat, Buat segaran bunga di laman.
S_ana camno dengan pelajaran tu? Atau sedang bercuti nih?
Enak sekali makan kurma, Kurma dimakan bersama dadu Ingin rasa
nya mengenali ana Bagaimana cara nya tiada ku tahu,
Ana …jaga diri yer
IP:
202.188.42.11 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 29 Apr 2000 08:08
Salam di hari Sabtu.. invi.. dengar pantun sue..
Angkat sauh redah lautan, Tebar jala dari perahu, Orang yang jauh
rindu-rinduan, Entahkah bila akan bertemu..
Helain daun gugur sehari, Bunga tercampak di pohon
kiambang, Sesegar embun di pagi hari, menyimbah kelopak bunga yang
gersang.
Cerialah hendaknya rerakan semua..
IP:
202.188.113.97 |
invisible Ahli
setia
|
dimasukkan pada 29 Apr 2000 09:59
Sue...selamat hari sabtu
hebat sekali lakonan Mohan, Dalam Dosti sayu cerita nya, jangan
dikesal atas kejauhan, lambat laun ketemu jua..
cantik sekali si ayam kapan, dijual orang di Pekan
Samarahan, embun menitis membawa harapan, gemerlap sinar dalam
biasan.
salam sue ...
IP:
161.142.2.11 |
S_ana
Ahli setia
|
dimasukkan pada 29 Apr 2000 10:55
sue.. sibuk ke hari nih?
si burung pipit terbang tinggi tak sama helang gagah besar
perkasa dalam hati ku menaruh kata untuk curi hatimu wahai si
burung helang
si camar datang bertandang di sudut hati ku tertarik
bicaramu indah susunan buatku terganggu tak lagi bermimpi si helang
pujaan
apakan daya yang di kejar tak dapat di kendong pula habis
berciciran sudah camar dapat madunya sepahnya dibuang merata
rata teringat kasih pada si helang mahukah diterima kasihku yang
telah dituba?
IP:
161.142.78.82 |
S_ana
Ahli setia
|
dimasukkan pada 29 Apr 2000 11:03
inv.. dengarkan yer..
lempeng panas dicicah gula enak dimakan di hujung taman usahlah
segan hulurkan bicara pasti kusambut salammu teman
awan berarak birunya angkasa merpati putih terbang
gembira telefon kan ada penyambung kata email tak salah untuk
bermula
teratai mekar di kolam istana puteri manja hati tertawan diriku
begini tak ada istimewa apakah gerangan mahu berkawan?
IP:
161.142.2.11 |
Decinna19 Ahli
setia
|
dimasukkan pada 29 Apr 2000 18:44
salam untuk semua...
pada Sue_marie terus berkarya selagi masa ada untuk berbicara..
duduk bersila bersama maya dingin beradab menempa
waktu puas sudah kias berbahasa namun masih tersimpa rindu..
quote:
detik telah hilang bersama kirmizi berarak megah alam
mu.. pergi mencambah rahsia sebelum kabus pagi pulang
perempuan.. manakan mana bayang mu yang hilang di tengah
sinar yang hilang di gusar neon yang hilang di gugah sirna mana
arahnya makin mengulas selain itu kebungkaman ku perhati di
daerah anak mata mu
pagi itu pulang mu dengan senyuman dengan rencah duka
tersembunyi..
ku kira aku masih jauh menghitung diri mu namun bukan hati
mu juga sifat laku mu kerana masa itu telah lama ku selerakkan
dengan longgokkan kepedihan
perempuan yang pernah ku kenali usah menangis di simpang bahagia
mu..
Sue_marie : pada sesiapaun kita katakan .. belum tentu hanya satu
fatamorgana.. semuanya hanyalah menutup satu dari sepuluh pintu rahsia....
bukan bbegitu sue..
IP:
202.188.50.230 |
invisible Ahli
setia
|
dimasukkan pada 29 Apr 2000 21:09
S_ana dengarkan yer
lebat sungguh buah bidara dipetik orang diwaktu pagi terima kasih
madah bicara, rasa senang sikit di hati.
Rendah sungguh sarang
tempua, suka bersarang ditempat sunyi kalau telefon mana
numbernya, bagi lah kat inv senang dihubungi
Lenggang lengguk tuan puteri mandi di kolam di Taman Sari jangan
lah ana merendah diri, sayu sekali rasa di hati.
Sue …kemana nih ?
IP:
203.106.110.150 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 29 Apr 2000 23:19
Salam sayangg pada semuanya.. Maaf..kiranya kelewatan sue menimbulkan
kekeliruan.. Hmmm.. ada hal sikit sebenarnya, tak sempat nak
online..baru nie berkesempatan..
quote:
Kau Dalam Mimpiku
Rintik-rintik si air hujan berguguran dari awan yang berarak
mendung aku duduk merenung di bawah pelangi saat merah mewarnai
langit petang beredar senja senja nan mengusik kalbu
Wahai seruling senja ku mencari di mana gemamu seketika sayup
ku dengar gemersik irama mendayu-dayu gema mu beralih
nada tidak lagi sesayu rentak hatiku
ku tatap garis-garis di tangan membentuk satu bayangan
wajah muncul dari jendela hati ku yang tak pernah ku
kenali ujud mu hanya dalam mimpi seperti sedang mengetuk pintu
hati nadimu mengalirkan suatu rasa membelai aku hingga ke ujung
rambut keharuman segar kau usapi menyentuh jauh ke lubuk jiwa
mata hitamku bertanya kenapakah antara kita terbit rindu yang
membara merah hatiku berkata kerana hati ini telah kau
takluki segenap jiwa ini telah kau miliki maka rindu itu amat
menyiksa tanpa mu akan ku tawan senja nan merah buat hamparan
kasih kita agar dapat kita anyam malam yang bahagia..
S_ana:Maafkan sue ..terlewat menghadirkan diri.. karya kalian
pun baru nie sempat nak hayati .. ana pekabar kebelakangan nie? sihat
lah tue yer..
Dec19..: Hmmmm.. tahlah..terkadang suatu fatamorgana itu sendiri
adalah sebenarnya realiti di alam maya.. samada menyembunyikan rahsia
yang terselindung di balik kiasan atau hanya madahan bicara
impian..terpulanglah kepada yang menghayatinya... tak gitu..
Apalah indah suara perindu, Sayunya gugur menunggu
malam, Bukanlah mudah melerai rindu, Rindu berkubur amat
mendalam.
IP:
202.188.14.133 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 29 Apr 2000 23:30
Salam buat invisible.. maaflah inv..sue masih ader nie..
bukanlah sibuk sangat..saje aderhal skit..
Layang-layang putus talinya, Tersangkut jauh di pohon
mangga, Apalah malang nasib yang ada, Sudahlah jatuh ditimpa tangga.
Hmmmmmm...
Tanjung Jati kuala permai, Orang berburu di hari redup, Hajat di
hati nak cari damai, Kisah yang baru menghancur hidup!
salam ceria yer...
IP:
202.188.14.133 |
polong Ahli
setia
|
dimasukkan pada 30 Apr 2000 14:34
assalamualaikum..
hmmmm..
Sewindu serasa berlalu, Bayu-hayu berhembus sendu, Membelai jiwa
mengusik sukma, Ingin sekali mengalun irama semesra itu, Ingin
sekali berlagu sesyahdu puisimu, Iramaku, Gema
serulingku, Sumbang, Tiada seindah dulu,
punbegitu Sesetianya malam bersama bintang, Semesranya pantai
bersama camar Sesyahdunya bayu dipantai rindu, Sayang dan
kasih, Mesra dan rindu, Masih segar berlagu dihati kalbu,
Semusim berlalu, Dalam diam, Bicara kata bersapa, Bicara puisi
irama sayu, merindu, Tiada pernah bersua, Namun, Mesra
berkata, Rindu bergema, Lalau kasih menyapa. Dan sayang
berkembang, mekar disukma,
Hmmm... hmmmm...
hari ini.. bisik bicara.. sepi...kaku
seketika.. membeku, dik rasa rasa yang terbuku, namun dalam
diam, dalam sepi.. rindu tetap bergema..SAYANG..
...............
temannn... kuatkan semangat... tempohi segala ranjau dan
onak... dengan semangat waja.. biar kita keras sekeras batu dan
lembut selembut air...bersama tekad yang bulat moga
esok-esoknya.. kita bisa senyum...
IP:
202.188.106.137 |
invisible Ahli
setia
|
dimasukkan pada 30 Apr 2000 16:30
Sue ....jangan bersedih plsss
kanan gunung kiri pun gunung, tinggi gunung di daki jua, ubatkan
luka jangan termenung, lambat laung kan sembuh jua.
anak puyuh ditengah bendang, anak kedidi di di Lubuk Pukul, walau
pun berat mata memandang, berat lagi bahu memikul!
tabah kan hati sue ....
Polong apa kabar S_ana ... sebuk yer?
IP:
161.142.2.11 |
Decinna19 Ahli
setia
|
dimasukkan pada 30 Apr 2000 16:49
Assallamualaikum..
emm..
apa khabar teman semua..
Seorang gadis terbaring dengan lesu di katil kaku sambil
memndang ke atas hanya berombak dengan khyalan..
seorang gadis masih lagi kepenatan dengan kucahan di dalam seolah
berkejar dengan bayang-bayang maut..
Seorang gadis yang ku kenal masih lena dengan tidurnya sewaktu ku
lihat kesakitannya..
Sue_marie : memang benar satu fatamorgana adalah realiti darui
kehidupan cuma ia terhalang dari menonjolkan watak sendiri.. kerana belum
kenal dengan dunia yang dia tahu penuh simpang siur.. sue sendiri tahu
bukan..
sayunya gugur menunggu malam pungguk termenung di
dalam rindu kian waktu meramas dendam menunggu kekasih dihujung
sepi
IP:
202.188.53.132 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 30 Apr 2000 21:51
Salam sayangg pada semuanya.. Hmmmmm... hati ini ingin terus
berbicara..
quote:
Jiwa Yang Terluka...
Hari ini ku iring peredaran senja dengan linangan air
mata senja semakin sayu sesayu sesendu jalan yang akan ku
tempuh hangat kelopak mata menyimpan segala kisah duka tak
terbasuh dek linangan air jernih mendadak dada terasa sebak
dalam kemesraan dibuai mimpi terhempap kepala suatu beban di
manakah aku sebenarnya berdiri di lereng puncak seketika kaki
tergelincir dari landasan gugur ke gaung duri, ranjau
menyambut menjulang dengan percikan darah merah
sekilas hati ku bertanya mampukah jiwa memandang sepi pada
perbatasan kasih yang bermandikan darah namun jiwa harus
mengerti ada sendu terusik di kalbu ada duka sedang diusung ke
daerah ini bibir tak pernah kering doa agar hati terus disinari
nur ketaqwaan..
polong : kiranya jiwa itu terluka..akan ku rawati ia dengan iman
kerana hanya iman saja yang akan dapat menyempurnakan jalan hidup ke alam
bahagia..Hmmmm...
Dec19 : Adakah harus bangkit dari tidur yang panjang sedang
mimpi itu mengajar diri mengenali kematangan ... realiti juga perlukan
ilusi... mainan alam maya.. bagaimana ya seharusnya..??
Sudah berminggu jiwa bersedih, Hati yang satu sering
diseksa, Bukan menunggu kasih yang sepi, Kasih sayang ku jangan
dipaksa.
[This message has been edited by sue_marie (edited 30 Apr
2000).]
IP:
202.188.14.211 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 30 Apr 2000 21:58
Salam buat inv Pantun sekadar berbicara...
Bulan diam direnung kejora, Langit terbuka cahaya marak, Terkunci
dendam terpendam bicara, Ada luka berdarah tak nampak.
Hmmmm...
Kalau mengejar ombak bergulung, Hati-hati dibuai gelora, Walau
dibiar masa mengusung, Sakit di hati pedih di jiwa.
IP:
202.188.14.211 |
invisible Ahli
setia
|
dimasukkan pada 01 Mei 2000 10:20
sue....
bulan bintang datang bertemu, awan bergerak tetap
serupa, lembayung hidup memang begitu, tangis sendiri tiada yang
sapa.
emmm...
waktu pagi pergi menuggal, padi menguning ditengah bendang, luka
menghilan parut yang tinggal, Seribu tahun tetap di kenang.
salam sue ....
IP:
202.188.13.79 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 01 Mei 2000 15:49
invisible...
Hujan lebat di bawah bukit, Lurah berliku di depan
gaung, Berdentum hebat guruh di langit, Kerana hati ku meronta
meraung.
Patah kaki menjadi lumpuh, Kayu Jati di buat tongkat, Inikah
nasib harus ku tempoh, Pabila menjadi anak yang taat?
Salam yer..
IP:
202.188.43.195 |
polong Ahli
setia
|
dimasukkan pada 01 Mei 2000 19:12
Assalamualaikum.. hmmm... semoga ketenangan sentiasa bersama kita..
quote:
Suatu daerah rasa
Diruang seluas ini, Tergiang-ngiang gema suara, Suara
gema, Membisik, Memanggil, Mengalir kalimah-kalimah
kerinduan, Lalu hadir diri pada suatu kedaerahan rasa, Seluas
fatamorgana,
Didaerah ini, Resah gelisah juga gundah, Membisik pada setiap
ruang jiwa yang pasrah, Pada setiap sudut memanggil
“TEMANNNNN!!!!” Suarasa hati dan detak atma bagai gema ombak dipantai
sayu, Dumm, Dummm, Dummmmmm.. Dan didaerah rasa ini senja tidak
pernah berlalu, Mega merah kekal kaku, Dan aku terkapai
lesu, Setiap kali dibisik sepoi bayu puisimu, Sungguh sayu sungguh
pilu,
Gema seruling, Senja Merah, Pantai, Ombak juga Purnama, Silih
berganti memenuhi setiap ruang didearah ini, Daerah rasa, milik kita
bersama,
Hmmm...
Takdir jua menentukan segala, Doaku pada setiap solatku, cahaya
keimanan sentiasa bersamamu, semoga kita bersama disana bersatu didalam
cahaya iman...
IP:
202.188.65.142 |
invisible Ahli
setia
|
dimasukkan pada 01 Mei 2000 21:11
Sue ....dengarkan
tanam ubi buat lah batas, kelak senang puyoh berlari, hati
meronta kasih terkandas, termenung sejenak dikamar sepi.
masuk magrib azam bertaqbir, memanggil umat mengadap yang
esa, jangan salahkan nasib taqdir, cari kelemahan dayung lah semula
sue ...ketemu lagi yer
hai Polong ...enak sekali sajak hang tu emmmm
IP:
203.106.110.153 |
S_ana
Ahli setia
|
dimasukkan pada 02 Mei 2000 00:00
terlalu rindu rasanya nak berkarya di sini..di samping teman teman
sue.. ini dari ana
dari sepi kita pernah mengutarakan bahasa kasar yang kita
luahkan dari yang bermulut kental bicara tidak keruan hidup
mereka menabur kaca pedih nampakkan luka
dari hujan kita bermandi gembira yang datang adalah rahmat yang
tidak bernyawa tapi sedar atau tidak dia telah menilai kita
dalam ketakutan menempuh kata kata
final exam next week doakan ana
IP:
161.142.2.11 |
invisible Ahli
setia
|
dimasukkan pada 02 Mei 2000 00:07
S_ana........ Semoga ana akan berjaya dalam exam nanti doa
dan harapan dari invisible selamat berjaya ana .... Good Luck !!!!
sue... apa kabar hari nih ?
IP:
161.142.78.82 |
S_ana
Ahli setia
|
dimasukkan pada 02 Mei 2000 00:10
inv.. maaflah..sebuk skit sehari
dua nih tapi jangan risau,ana takkan lupa jengok di sini
menongkah arus di Kuala Sedili elok memancing di tengah
hari kiranya tuan berbesar hati jawablah mail yang dinda beri
hari ini bertanam pauh esok pula memintal bunga hari ini berkenal
jauh esok pula bertemu sua
IP:
161.142.78.82 |
S_ana
Ahli setia
|
dimasukkan pada 02 Mei 2000 00:13
terima kasih inv.. semoga dengan doa tuh.. ana akan berjaya
dah dapat mail dari ana?
IP:
161.142.78.82 |
syamputra_upm Ahli setia
|
dimasukkan pada 02 Mei 2000 17:50
hai...sue..dan kawan2.. lama tak ..berpuis kat teratak sue.. asyik
sue jer..pergi kat mimbar syam.. nie syam nak berpuisi nie..
*********************************
Segulung Ijazah Cinta
Pusaka rindu lalu Antalogi sebuah kisah Ditanganku Ada
segulung ijazah cinta Yang tidak bernama Selembar imbasan
semalam Masih membalut Rindu lepas
Musibah apakah Yang datang bertandang hampir Merampas gulungan
itu Aku kaku membiarkan Dengan api yang membara Bakar pada warkah
itu Dan tinggal abu..hitam!
Lalu aku mampir hampiri Aku genggam erat dalam tangis Gulungan
satu-satunya ijazah rindu itu Telah terbakar… Musnah… Hanya
tinggal abu yang meletak Silam dihadapan 2/5….1.56
ok n
[This message has been edited by syamputra_upm (edited 02 Mei
2000).]
IP:
161.142.1.6 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 02 Mei 2000 19:27
Salam buat inv ;... hari nie sue demam pulak ..nie pun saje nak
balas karya u all.. rindu pula kalau tak berkarya..
Cantik memutih lalang berbunga, Terbang bunganya ke sana
sini, Hati merintih bersuram duka, Di mana ceria mengundur diri.
hmmmmm...
Tanam peria berpohon-pohon, Lebat berbuah asam gelugur, Sedikit
ceria hanya ku pohon, Adakah sukar untuk dihulur?
IP:
202.188.14.206 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 02 Mei 2000 19:53
Hmmm.. dah pening kot.. tersilap pulak post mesej.. Hmmmmmmm...maaflah!
[This message has been edited by sue_marie (edited 02 Mei
2000).]
IP:
202.188.14.206 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 02 Mei 2000 20:04
Salam sayangg pada semua... Hmmm.. Hati ini masih mampu untuk berbicara
di sini.. izinkan ..
quote:
Sendu Yang Tiada Akhirnya..
Di dada pantai yang memutih air dan pasir saling bertaut dari
bibir mu yang bergetar sendu mengalir bicara hati yang ku
impikan rindu terusik di pinggir senja lambaian nyiur mengejar
bayangmu pelangi senja memintal warna-warna kasih
semuanya bagaikan ilusi saat kau petikkan bebunga di taman
impian kau hulurkan pada ku sekuntum demi sekuntum ku sambut dan
hiasi di sudut hati mekar ia harum mewangi tercetuslah irama
melodi seruling di senja kasih sunyi terhimpun kini
rentak bicara mengusik jiwa tewas dek alunan kepasrahan
hidup kecewa bertenggek di puncak bahagia duka bernaung di lubuk
hati menangislah jiwa yang dilukai merintihlah sukma yang
berduka terharu pada pilu yang menerpa canda berganti suara
keluhan kasih ku hanya mengintai di pagar hati tak sempat
menghalusi rasa sayang kerana di rantai lingkaran duri bersuaralah
hati kecil ini dapatkah dibina mahligai bahagia dari linangan air
mata seorang perempuan..?
wahai malam yang sayu... kau sambutlah irama suara hati ku agar
nyanyian puisi syadu dapat di dengar ke sukmanya wahai angin yang
menderu... hembuslah aroma duka ke ruang angkasa biar gugurnya
menjadi hujan rindu membasah dan menyegar dedaun gersang
mawar di senja ... akan gugurkah kelopak-kelopak mu..? akan
hilangkah aroma wangian mu..? dikau mawar di hati jangan layu
sebelum berkembang mawar merah semusim yang lalu gugur sudah di
pusara abadi..
Temann : Hmmmm...Sebutir cahaya iman tetap akan bersinar di hati
ini.. Ingatlah selalu...!!
S_ana : Pe kabar ana.. semoga ceria dan sihat untuk hadapi final
exam.. sue sentiasa iringi ana dengan doa semoga kejayaan akan berada di
genggaman tangan..Syabass!
Syam.. : Terima kasih atas kehadiran syam di sini.. sue
alu-alukan walau pun kat sini tak seindah kat mimbar syam tue.. bila
nak buka topik rindu yang berdarah siri dua..?
IP:
202.188.14.206 |
invisible Ahli
setia
|
dimasukkan pada 03 Mei 2000 00:48
Sue….jangan lupa makan ubat Nanti melarat lak deman tu
Hujan ribut angin menderu, patah layar ombak memukul, jangan
diikut resah memburu, tabahkan hati melerai simpul.
Daun gugur dibumi melata , dahan bergoyang ditiup bayu, senyum
melirik di ekor mata, mendung kelabu segera berlalu
salam sue
IP:
202.188.42.143 |
syamputra_upm Ahli setia
|
dimasukkan pada 03 Mei 2000 01:38
hai...sue.. kalau senang..masuk kat..budak letrik punya mimbar..boleh
bagi komen...kat dia...kita sama2...tolong kawan kita..
ok... sue nie yang terlalu merendah diri.. syam masih muda dalam
bidang...ini..nak cuba...
*******************************
POTRET TIDAK BERWAJAH
aku terpanggil meletak dihadapan sebuah imbasan semalam walau
lapuk disimbah hujan mataku masih menafikan kenyataan
kisah rindu yang berdarah hayalan bagi kalian saban tika aku
melamun aku dipanggil oleh rindu dengan surat jemputan
pujangga ada mengatakan bila rindu sebut namamu bila kuketip
bibir ini menyebut namamu aku hilang petunjuk rindu kau hilang
ufuk dendam ini tetap tidak berubah namamu sudah
kunisankan wajahmu sudah kucalarkan potretmu masih kusimpan
kini aku menyanyi lagu rindu merindu seorang diri
.................... p/s...aku rindu.....suaramu
IP:
161.142.2.11 |
S_ana
Ahli setia
|
dimasukkan pada 03 Mei 2000 09:43
salam pagi untuk suma..
sue.. terima kasih..semoga sue pon berjaya gak dalam apa jua bidang
yang sue ceburi..
dari seorang perempuan berkata melalui hati bukan mulut yang tak
pernah dikunci tak pernah keluar darinya azimat yang berbatu
permata zahir dari matamu telah kulihat air mata yang berkaca aku
tewas kala itu saat mengalir di pipimu aku terkedu
dari seorang perempuan mata hati sentiasa dibuka jendela bicara
tak pernah ditutup oleh angkara mereka masih lagi ingin berkata
kata walau pada kelahiran ini ingin mengembalikan nostalgia
indah yang tak terukir dulu
dari seorang perempuan bergetar suara naluri ibu kucupan mesra
isteri bicara bernyawa seorang gadis
IP:
161.142.78.82 |
S_ana
Ahli setia
|
dimasukkan pada 03 Mei 2000 09:59
inv.. sibuk ke hari nih??
waktu siang mengait baju untuk kakak bersanding di taman niat di
hati nak kenal dirimu sudikah disambut salam persahabatan?
IP:
161.142.78.82 |
syamputra_upm Ahli setia
|
dimasukkan pada 03 Mei 2000 16:34
shai ada puisi khas untuk..sue.. heheehhehh ni hantaran syam
************************************* Puisi Untuk Sue-Marie
Perantau jauh disana Selusuri makna dari akar Ke pucuk
seertinya Tersurat satu perlambangan Mutlak
Kau mengintai dalam daerah bangsa Aku menumpang ditanah
sendiri Jelajahi makna ini Seluruh kata ibarat aku terpaku Khabar
dari borneo Menekup wajah yang hambar Kerna malu Aku
sepertimu Perjuangan dalam kurungan yang sama Rentak dan tari
sama Cuma alunan dan nada berbeza.. Kerana kita punya jiwa
Aku memanggil namamu Bukan bermakna rindu atau cinta Agung
bagiku Kau menjemah alam Dalam penamu Fajar semalam
menyaksikan Aku memandangmu Kerana aku kerdil Dalam persuratan
alam 3/5……3.54ptg
IP:
161.142.112.8 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 03 Mei 2000 19:00
Salam sayangg semuanya.. Hari ini ada bicara dari seorang
perempuan.. izinkan..
quote:
Hati Seorang Perempuan..
Memutih bebunga lalang berterbangan ditiup angin berhembus bayu
menampar muka air laut memercik, tempias ke wajah gugur daunan
kering burung-burung berkicauan di ranting rintik-rintik si air
hujan mula menyimbah bumi
di pantai itu... ada episod yang tersirat ada jelingan manja
merenung laut ada senyuman menawan di bibir pantai semuanya dari
hati seorang perempuan yang sifatnya penuh kelembutan namun cekal
di sebalik anggun
seorang lelaki telah di hantar olehNya untuk berkongsi kasih
sayang haruskah disisih perasaan itu..? camar pun tau di mana
pulangnya bulan pun tau di malam serinya pabila mentari
merajuk ketika senja melewati petang dan menyembunyikan wajah di
tirai merah
hati seorang perempuan umpama mentari penerang alam menutup
malu di balik senja kicau burung di ranting penghias sunyi
alam adalah bisik keluhan rasa dari Hati Seorang Perempuan..
S_ana : terima kasih ana.. semua orang inginkan kebahagian tapi
kebahagian itu sebenarnya letak di hati kita..
inv dan syam.. : msg kalian akan sue balas selepas ini..
IP:
202.188.83.92 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 03 Mei 2000 19:05
Salam inv.. hari nie sue masih mc tapi petang ok dah..
Bintang segugus bulan bernaung, Dara duduk di bawah cahaya, Di
mana arus hendak ku harung, Kalau biduk patah dayungnya?
Terbang bebas di angin lalu, Unggas malam bersuka ria, Tidak ku
lepas genggaman lalu, Biar dicengkam pilu dan hiba.
IP:
202.188.83.92 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 03 Mei 2000 19:19
Hai Syam.. Hmmmm... terima kasih atas puisi khas tue.. hanya nie yang
sempat sue bicarakan ..
quote:
Bicara Dari Seberang
Dari kepulauan seberang ombak mengganas selautan jelajahi aku
di sini intaian di bumi keterasingan
mata ku pejam biar hati merenung sejenak apa rentak bicara
bermain seketika lidah ku kelu melodi jiwa berombak
kencang gendang dipalu senada tariku dari Bawah
Bayu.. berhembus bicara angin senja menyelinap ke rongga angkasa
ibarat kau terpaku.. terkesima aku alunan jiwa mu sekuat
dentuman guruh di langit nama ku terpanggil cuba ku bermain
bicara tanpa sealas air mata namun siapalah daku.. seorang
gadis dusun mencari damai di lewat senja
kerana hatinya dulu berbunga cinta jiwanya berdaun
sayang nadinya menjalar rindu akhirnya gelap malam datang
meniduri persuratan alam..
[This message has been edited by sue_marie (edited 03 Mei
2000).]
IP:
202.188.83.92 |
invisible Ahli
setia
|
dimasukkan pada 03 Mei 2000 21:30
Sue....berapa hari dapat MC jangan lupa makan ubat dan cepat sembuh
Ramai orang pergi ke baruh, niat dihati mencari keli, patah sayap
bertongkat paruh , asalkan dapat kehendak hati.
suara cengkerik mendayu dayu, menangis hiba di tepi muara, doa
dan harapan mencari restu, agar tercapai tujuan didamba.
salam sue dan buat syam serta s_ana
IP:
161.142.2.11 |
S_ana
Ahli setia
|
dimasukkan pada 04 Mei 2000 00:44
sue dah sihat ke hari nih??
bukan paksaan dalam menyambungkan ikatan dua jiwa yang sama sama tak
tahu isinya
dia yang telah memuja sekuntum bunga yang lahir di padang
pasir di danau berhabuk dan usang dia datang bersama petang untuk
esok mengharapkan hujan gembira kerana telah lama dalam hatinya
kemarau yang tidak berkesudahan
bukan paksaan dalam menjernihkan perasaan dua jiwa perlu diselam
dalam dalam
dia yang memulakan bicara manis pada aku lebah yang gemar menghirup
madu
__________________________________________
sue..kebahagian tu memang lahir dari hati tetapi kalau kita tak
carik..kita tak kan jumpa walau sekalipon itu yang paling hampir dengan
kita
salam ceria untuk syam..untuk inv
IP:
161.142.78.82 |
invisible Ahli
setia
|
dimasukkan pada 04 Mei 2000 14:39
Sebuah nukilan buat semua nya Sue Marie/S_ana dan Syam ….
Pada satu noktah Dan bisik bisik para tamu Dalam samar
bayangan Dan rindu yang berombak Tanpa henti …
Pada teman teman Yang datang dan pergi Mengisi waktu
terluang Ada lah senyum Yang didamba Di celah tangis para
tamu Bercanda …..
Dan pada satu noktah Di hujung kembara Yang meniti dan
hilang Di pecahan buih buih Dan arus yang deras alirnya Ada lah
sebuah lukisan Dan gambaran hati Pada sebuah kedukaan Dilaluan
berliku
dalam kepayahan tragis mendongak pada noktah sendu dan mengalir
manik manik jernih dikesayuan hati pada harapan yang goyah buat
sebuah lukisan yang tiada pernah siap
salam manis buat semua nya
IP:
161.142.78.82 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 04 Mei 2000 17:06
Salam inv... Hmmm.. maafkan sue.. baru nie sempat balas pantun inv...
bersajak sekali sekala.. hmmm..yerlah..
Awas-awas menilai permata, Jangan nanti palsu dapatnya, Sudah
puas bermain kata, Namun di hati rajuk tak sudah!
Bawa berhibur mengintai suka, Tangan memalu kaki
menari, Bagaimana tidur menjadi lena, Kiranya sedih ada di mimpi.
p/s: lukisan blom siap lagi..? salam manis juge..
IP:
203.106.121.172 |
polong Ahli
setia
|
dimasukkan pada 04 Mei 2000 19:46
Assalamualaikum..
hmmm...izinkan diri berbicara lagi
quote:
Pencarian damai,
Seruling senja, Berlagu syahdu, Mengulit damai dihati
sayu, Bak bayu dipantai senja, Bak nyayian beburung didini
pagi, Membangkit riang, Hati-hati yang walang,
Payah untuk melagukan, irama alam seri, Kerna nada melankoli,
sendu jua yang hampiri, Ku usir awan hitam, Ku halau lembayung
kelam, Aduhai pelangi seri berseri, Suci mewarnai, Limpahlah
cahaya kasihmu, Agar damailah nubari yang pilu,
Mari kita pejamkan mata, Biar hadir pantai dihati sukma, Biar
bayu menyapu titis dipipi, Biar gemersiknya melagukan lagu
mesra, Lalu damailah jiwa, Moga gugurlah resah hati-hati yang
gundah,
Mari kita pejam mata, Biar hadir diri dimalam purnama, lewat
pantai berpayung senja, Biar senja suram berganti purnama
gemilang, Biar biasan cahayanya menerang sudut-sudut
muram, Redalah jiwa-jiwa yang walang,
Mari kita dekati Rabbul Izzati, Dimalam yang sunyi, jua
didinipagi, Menadah tangan menghadap Tuhan, Titis dipipi biar
berlinangan, Suci hati suci
diri, Mengadap, Mengharap, Memohon, Limpah kurnia, Rabbul
Izzati, Kerna janjiNya Pasti,
IP:
202.188.106.1 |