Dimasukkan oleh |
Tajuk topik: Bicara KARYA..!..4 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 05 Mei 2000 08:03
Salam sayangg semuanya... Salam ceria..
Syukur kita masih dapat diketemukan dalam episod seterusnya.. syabass
juga buat semua rakan yang selalu setia berkarya bersama dan pengunjung
yang sudi meluangkan masa menghayati karya teman-teman di
sini.. izinkan sue teruskan mesej pembukaan ...
quote:
Seorang Yang Bernama Lelaki..
Senyum dan tawa bermain di wajah sayu tersentuh aku oleh
kemesraanmu sepotong nama itu tak pernah luput di hati setitis
kasih telah tercorak di langit biru
bila ku ingat nama mu ada getaran ku rasa di dada lantas sebak
bergelora di jiwa tidakkah kau dengar suara batin ku yang
melaung itu adalah kerana pilu yang menyelubungi segenap jiwa
raga
ku pejam mata.. mencari kedamaian rasa namun bayangmu mengejar
hatiku katakanlah... bagaimana harus ku perlakukan lagi agar
seksa ini tidak menghambat diri
setitis air mata tak ingin ku tumpahkan di pipi belum sempat ku
sentuh bayangmu terlerai genggaman mawar di tanganku kelopaknya
menghapusi air mata menghilangkan sendu di saubari kandaskah aku
dalam kemelut kasihmu... pabila kau tinggalkan aku dalam
tangisan semalam..
S_ana: Final exam tue bila? harap dah sedia semuanya.. good luck..
polong : memenangi hati orang amatlah mudah tapi menyakiti hati orang
lagi mudah dari itu..tak gitu..?
IP:
202.188.113.97 |
S_ana
Ahli setia
|
dimasukkan pada 05 Mei 2000 11:36
salam ceria untuk semua..
dia yang kutenung lewat sore semalam di kaki pantai yang basah
disentuh kejernihan air laut yang memutih
dia yang pernah membuka jendela hati kini datang untuk mengutip
janji sedangkan pernah dalam kenangan dia mengaut sisa kasih yang
terpendam lalu dilelong untuk kepuasan jiwa nafsumu yang tertinggal
bukan hanya luka pedih tapi parut yang tak mungkin pulih
dia yang pernah berjanji kata hidup bahagia di samping keindahan
alam yang dibina olehnya bicara yang berlapik dusta menyorokkan
perasaan nafsu yang membara dari mula
dia lelaki yang kulihat di sana merenungku dalam mata yang bersinar
sudah beralih musim kembara kembali kini mengembalikan maruah
hidupku
percaya atau tidak dia kini
suamiku.. _____________________________________________
sue.. peksa next week..dua hari je.. pas tuh boleh la enjoy
skit
IP:
161.142.2.11 |
Bob
Ahli
|
dimasukkan pada 06 Mei 2000 02:54
hai sue,,, maaf lama tak ke mari lama gak tak online ni terpaksa
slowkan sikit ((((citer lama berulang kembali)))))
nasib manusia dalam kehidupan, puas mencuba sebaik
mungkin, tabahkan hatimu kuatkan semangatmu puan, pasrahkan takdir
satu ketentuan..
orang jauh nun di seberang, khabar berita tidak ketentuan
lagi, puisi gundah berbaur riang, namun apakah terubat resah di
hati..
gadis manis bertudung biru, ayu sungguh bila berjalan, apakah
mungkin kemusykilan lalu, bertukar menjadi satu kenyataan...
sue ,,bob harap sue akan tabah dan banyakkan bersabar dalam kehidupan
sue ye..
buah lemak buah bidara, sayang selasih hamba lurutkan, buang emak
buang saudara, kerana kasih aku turutkan.. ooo bahaya ni fikirlah
habis habis
sekadar berbahasa
hai inv,,, hai ana,,pe khabar? hai long.?juga pe khabar?
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ BELAIAN JIWA
(CAREFREE/INNUENDO)
Seindah Tiada lagi yang ku ingatkan sayang kau hilang
Menanti Biar sampai akhir hayatku di dunia ini
Kau tahu betapa ku sayang padamu Hanya bidadari sebagai
ganti Hanya takdir menentukan ia oooohhhh... belaian
jiwaa......
Oh angin. sampaikanlah lagu ku padanya yang sedih
pilu
terimalah laguku jadi teman hidup mu untuk selamanya
Simon dan Nana
IP:
202.75.152.50 |
S_ana
Ahli setia
|
dimasukkan pada 06 Mei 2000 10:23
sue.. apa khabar hari ni??
pernah aku tertidur dalam kelambu sepimu mengajar aku mengait mimpi
yang tak sampai kelam aku lihat satu ketika dalam lenaku bersamamu
aku telah tinggalkan sekuntum bunga rindu yang sekian layu mustahil
merah semula kelopak kasihnya
pernah aku berbual dalam bicara semalam mengajar aku mengucap
serpihan serpihan rindu yang terlantar di hamparan berbunga
debu talian kita putus di pertengahan dipisahkan oleh garis yang
tak kelihatan bicara kita tak bersambung lagi
pernah kau dodoikan lagu mesra yang kini bukan lagi menjadi hiasan
kamarku telah hilang dibuai rasa gelisah waktu melodimu kian
ditarah getar getar yang menghancurkan impian
bob.. lama tak nampak..sibuk ke?
rindu hamba mengukir tari kekok langkahku usang berzaman sekian
lama sembunyi diri khabar apa gerangan tuan
IP:
161.142.2.11 |
invisible Ahli
setia
|
dimasukkan pada 06 Mei 2000 11:03
Salam buat kalian:
Sue ....
enak sekali buah pulasan mari dimakan diwaktu pagi semalam
seharian ada tugasan baru sempat menjenguk kemari
S_ana .. Syabas buat ana bila
abis exam bole rileks sikit kan
cantik sekali burung kenari terbang diudara melayang
layang senyum ceria bertandang kemari, melihat ana wajah nya riang.
Bob:... apa kabar? lama tak datang ..kemana yer
burung helang terbang diawan jatuh saekor di Tasik Cini salam
diberi menyambut kengkawan ceriakan diri dipersada ini.
salam
IP:
161.142.2.11 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 06 Mei 2000 16:35
Salam sayangg pada semua... Hmmmm..izinkan sue berbicara seterusnya...
quote:
Epilog Suatu Masa
Kaku ku ketika itu berdiri umpama bunga nan layu saat langkah
panjang mu meninggalkan jejak-jejak di pantai ku perhatikan ombak
laut datang bergulung menghempas kencang di dada ku
tinggallah aku .. seorang perindu sepi megenang alunan bicara
hati mu umpama jejarum kasih menusuk2 ke hati mengindahkan sukma
berserikan puspa kasihmu
pilu hati seorang gadis di tika bertandang gerangan senja gugur
kuntum-kuntum rindu laksana embun di kelopak mawar berlangirkan
cahaya rembulan camar mengintai di pinggir hari lalu terbang
pulang ke destinasi bergolak perasaan syadu tenggelam di lautan
dalam hangat kelopak mata menahan gugurnya untaian mutiara
mata yang terhimpun dalam sebak yang perit lantas langit merah
tercalar tiada mampu membendung sayu awan pun mengugurkan titisan
pilu
bila kau dengar laungan guruh di langit adalah suara hatiku yang
kudus kicauan burung di ranting adalah nyanyian rindu
jiwaku seindah seri purnama mengambang menyinari alam
tak mampu ku perdayakan diri bila kasih sayang dan rindu ku yang
satu harus tertumpah kelain sedang ku sedari semunya telah
tercurah buat mu bisik getaran suara mu memecah kegelapan
malam bila ku cuba gapai sinar di awan biru nyaris ku lemas di
tasik air mata sendu kenapa hati ini semakin terseksa...?
S_ana: sue biasa jer ana.. cuma server yang ngok skit..tue yang susah
nak masuk sembang.. aiseyyy!!
Bob: alahai..lamanya teman seorang nie menghilangkan diri.. ada hal lah
tue kan bob kan.. mekasih atas titipan lagu.. sue masih ingat lagu
nie..pernah bob nyanyikan dulu kat oc.. yess! hmm.. ntahlah bob..
masalah lama semakin meruncing... bobkan faham.. tapi doakan untuk sue
yer..
inv: patutlah semalam tue inv senyap jer.. yerlah memasing dengan hal
dan tugas..kadang tue sibuk ..ada masa2 tertentu bolehlah rilex..
[This message has been edited by sue_marie (edited 06 Mei
2000).]
IP:
202.188.14.230 |
CikMekMolek Ahli setia
|
dimasukkan pada 06 Mei 2000 17:43
salam untuk semua lama sungguh tak menjenguk ke rumah sue dan sembang
karya nie sibuk memanjang ditambah dengan pc meragam. rindu nak
berpantun di rumah sue. pantun nie CikMek titipkan untuk seorang
teman........
jatuh bersepah berdebu rancung buluh dalam padi sudah berpisah
kemudian bertemu hancur luluh dalam hati.
anak angsa turun sebelas seekor mati tinggal sepuluh airmata
bagai digalas dalam hati hancur luluh.
IP:
202.188.82.125 |
Jays
Ahli setia
|
dimasukkan pada 06 Mei 2000 21:14
Cikemmolek apa kabar camno PC tu ? masih meragam ke? bole
kan kalau Jays jawab sebelum tuan rumah ni sampai
rancung buluh dalam padi padi disimpan selepas diketam hancur
luluh dalam hati apa kan daya sudah suratan.
seekor mati tinggal sepuluh mati tertelan si buah dadu dalam hati
hancur luluh terkenangkan masa udah berlalu
camno dengan icq 2000 dah ok kan ?
IP:
161.142.2.11 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 06 Mei 2000 21:29
Salam sayang buat teman-teman semua.. sue doakan agar semuanya beroleh
kebahagiaan...
CikMekMolek : Alahai ..CikMek lama juga tak berkabaran yer.. sue harap
cikmek sentiasa ceria hendaknya...
sekadar pantun yang pernah dilagukan suatu masa dulu..
Anak punai anak merbah, Turun mari buat sarang, Anak sungai pun
berubah, Inikan pula hatinya orang.
Jauh hamba hendak merantau, Biar bekal membawa dagang, Hati siapa
yang tidak risau, Diri ditinggal orang tersayang.
Tak terasa cepatnya waktu, Tujuh purnama telah berlalu, Tiada
berita kabar darimu, Resah gelisah hamba menunggu.
IP:
202.188.14.212 |
CikMekMolek Ahli setia
|
dimasukkan pada 06 Mei 2000 22:12
a/kum jays alhamdulilah...makin bertambah gemuk nie. pc pun
dah ok.terimakasih atas bantuan u. icq2000 nie kuat meragam..CikMek
frust tak dapat register no lama.
Dari barat hingga ke selatan Panglima Dupa mencari helang sudah
tersurat hukumnya Tuhan tiada siapa boleh menghalang
Bersarang rendah tempua di hutan mawar merah kembang tak
jadi tergigit lidah dikenang jangan memori indah alunkan di hati.
terbang rerama tengah halaman hinggap merbah di pohon kayu duka
lama tinggal-tinggalkan bila berpisah ingin ketemu.
salam juga untuk sue bukan tak teringin nak berpantun di
rumah sue tapi masa mencemburi CikMek
Dengar kicauan ciak berterbangan riang berlagu merpati
putih bercerai badan jauh pandangan gelora rindu tandanya kasih.
Banyak nyamuk waktu petang pasang pelita malam hari badan gemuk
tinggal tulang rindu menggoda dipintu hati.
Cik Nyonya memakan kundur masak kundur dalam kuali lupa hanya
waktu tidur bangun tidur ingat kembali.
sue rindu siapa nie......
IP:
202.188.82.186 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 07 Mei 2000 14:32
Salam sayangg...
Indah pantunan seloka dahulu, Kekal bergema menanti
balasan, Bisik bisikan kenangan lalu, Sakit terasa bukan gurauan.
Walau merdu lagu dipilih, Senikata harus di jaga, Kalau rindu
sebak bersilih, Airmata legakan rasa.
CikMekMolek :Hehe..cik mek tanya sue yer.. hmmm .. rindu kat
teman-teman sekaryalah.. boleh kannnn..
inv : bz merindu juge kot..
IP:
202.188.14.208 |
Jays
Ahli setia
|
dimasukkan pada 07 Mei 2000 16:16
Dari barat hingga ke selatan Panglima Dupa mencari helang sudah
tersurat hukumnya Tuhan tiada siapa boleh
menghalang Cikmekmolek semakin mengancam pantun cikmek nih
Panglima Dupa mencari helang Helang berasarng di Pulau
Biduk tiada siapa boleh menghalang hanya taqdir menentu hidup.
mawar merah kembang tak jadi hanyut sekuntum ke Pulau
Belati memori indah alunkan di hati, meresap ke kalbu terbuai mimpi.
hinggap merbah di pohon kayu jatuh saekor ditimpa balak bila
berpisah ingin ketemu, tak puas menatap mata yang galak.
[This message has been edited by Jays (edited 07 Mei 2000).]
IP:
161.142.2.11 |
invisible Ahli
setia
|
dimasukkan pada 07 Mei 2000 16:27
Sue: merindu ?
Kekal bergema menanti balasan, balasan dikirim setiap pagi Sakit
terasa bukan gurauan, sakit dihati separuh mati
Senikata indah harus di jaga, tercatit ditepian dalam
suasana Airmata menitis legakan rasa, buat penawar sewaktu berjumpa.
salam sue..
IP:
161.142.2.11 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 07 Mei 2000 20:43
Inv... aisehhh... salam ceria..
Emasnya banyak berkotak-kotak, Kasih dilupakan tiada
berharga, Apakah hak seorang anak, Bila masa depannya ditentukan
keluarga?
Kain baru emak yang beli, Dari desa sebelah selatan, Angin
menderu hujan tak jadi, Kenapa basah baju dibadan?
IP:
202.188.65.148 |
invisible Ahli
setia
|
dimasukkan pada 08 Mei 2000 08:16
Sue.....
putera raja memburu rusa, rusa diburu diwaktu senja, Kata
keluarga membawa bahagia, pasti terbukti disuatu masa.
Pura Cendana berupa rupa, mana kan sama si Inderaloka, tangisan
hati punca angkara, hasrat dibendung mengetar cinta.
salam sue ....
IP:
161.142.2.11 |
polong Ahli
setia
|
dimasukkan pada 08 Mei 2000 12:53
Asssalamualaikum.. semoga sejahtera dan damai selalu..
quote:
Doa buat seorang bernama temann..
Semalam, kelmarin, Setiap kali sujud menyembah, Setiap kali
tangan ditadah, Tiap butir tasbih yang dibilang, Mengharap,
memohon pada suatu kedamaian, Buat titis-titis keyakinan, Mekar
berkembang cahaya keimanan, Subur benih-benih ketakwaan,
Ya Rabb, Teguhkanlah hatinya, Ya Rahman, Damaikanlah
jiwanya, Ya Rahim, Limpahilah ia dengan nurul iman, Engkau
Allah maha pengasih maha penyayang,
Subuh dingin, Mengepak malam menuju siang, Kilauan emas, perak
diufuk timur, Hati, perasaan, fikiran diawangan, Masih jauh, dalam
menungan yang panjang,
Teman, Kita hadir disini, Bertamu dan bertemu, Kata disusun,
bicara dialun, Pantun-pantun berkata, Puisi-puisi
bercanda, Lalu lautan hati nan sepi, bergelora dilanda rasa kasih,
rasa sayang, tersemi kini rasa tanggungjawab seorang TEMANN.
Aduhai, Menghadapi hari-hari esok, Masih kabur
berbalam-balam, Tangis dipipi, dibiar berlinangan, tak mampu
ditahan, Ya Allah berikanlah kami kekuatan, Sinarilah perjalanan
kami dengan cahaya keimanan,
Pantai rindu masih dihati, Titisan rasa setia dijiwa, Lukisan
hati bersemi, disanubari,
Aminnn..Ya Rabb al-'Alamin
................... bob: alhamdulillah polong kat sini biasa jer
cuma sebuk semenjak dua menjak nih... sue: hmm...yerlah betullah tu..
IP:
202.188.43.138 |
invisible Ahli
setia
|
dimasukkan pada 08 Mei 2000 13:07
salam buat S_ana/Sue dan Polong:
S_ana : tentu nya masih sebuk nih ada peluang...jangan lupa datang yup ke
Room Sue nih yer
IP:
202.188.82.104 |
CikMekMolek Ahli setia
|
dimasukkan pada 08 Mei 2000 18:53
a/kum jays siapa tu yang bermata galak????
mawar merah kembang tak jadi dihinggap rerama tengah
halaman memori indah alunkan di hati duka lama tinggal-tinggalkan.
Masak nangka campur manisan sedap dihirup bersama nira suka duka
jadikan ingatan pengalaman hidup sepanjang usia.
Menyusul pusara waktu panas sambil mengait buah Melaka benang
sutera dan jarum emas tidak terjahit hati yang luka.
emmm sue iyer ker tu merindu kawan-kawan sekarya.....takkan
parah begitu sekali kalu merindui kami....
mencari mengkudu dipetang redup dari Melaka hingga ke
Palembang menanggung rindu seumur hidup tiap ketika berhati bimbang.
Masak rendang bawa ke Serdang batang bayam ditumiskan rindu siang
bawa bertandang rindu malam ditangiskan.
buah manggis dalam perahu masak merah semua sekali hati menangis
siapa tahu baju basah jadi saksi.
IP:
202.188.81.176 |
sdrzai Ahli
|
dimasukkan pada 08 Mei 2000 23:38
Apa kabo smua...ramai yg menghilang kembali semula. Diri, turut terasa
ingin menyambung warisan kata...Hebat sungguh "BK"sue sekelip mata sudah
ke4 episoknya...Syabas... Terimalah sumbanganku ini...
Naik bahtera lima sekawan Hati gembira pergi berdagang Salam
sejahtera teman karyawan Semoga ceria berduka jangan
Terbang singgah di Tasik Cini Hinggap sebentar dahan
Meranti Datang singgah dipersada ini Masihkah ada yang mengingati
+++++++
Semalam…bahtera ini teguh Merintasi lautan yang luas
terbentang Seluas mata memandang Tiada yang menghalang
Tenang damai mengharungi lautan Berlindungkan langit yang
biru Awan yang berarak lalu Malam dihiasi bulan
purnama Bintang-bintang yang bertaburan
Namun ketenangan tidak berpanjangan Ribut taufan datang
menyerang Bahtera yang teguh patah layarnya
Hari ini…. bahtera masih merintasi lautan Tanpa layar tanpa haluan
Angin tidak lagi bertiupan Terumbang-ambing bahtera di tengah
lautan
Esok masih belum ada kepastian Apakah bahtera akan
tenggelam Menambah khazanah di perut lautan Apakah sampai ke pantai
impian Dalam pelayaran tanpa tujuan
Sekadar coretan kata semoga senang menerimanya.Hingga bertemu dilain
ketika.... Salam buat semua Sue,Ana,Inv,CMM,polong,Bob dll. "Senyumlah
selagi mentari masih menyinari bumi, selagi nadi masih berdenyutan. Kelak
senyuman itulah yang kekal dlm ingat setiap teman.."
IP:
192.169.41.42 |
Jays
Ahli setia
|
dimasukkan pada 09 Mei 2000 01:24
Cikmekmolek waktu petang tanam halia, sambil memetik bunga
mentimun duka lama mengukir nostalgia, senyum secebis dibawa
melamun.
Ramai orang ke Kedai Payang, singgah sekejap dihujung laman luka
berparut pasti kan hilang, agar ceria sepanjang zaman.
Bukan lalang tumbuh melata. rupa nya padi hidup sendiri canda dan
madah penawar duka, senyum melirik mengoncang hati.
sdrzai apa kabar? Lama tak kemari …masih hebat pantun tu
Harum bau nya bunga melati petik sekuntum buat putera Salam
disambut sepenuh hati, menunggu tuan sepanjang usia
Tinggi sungguh pohon kelapa, tumbuh dipantai ditepi kuala hendak
di lupa tak dapat dilupa. ingatan mesra tetap membara.
Sering sering kemari sdrzai Tuan rumah mungkin sebuk nih
IP:
202.188.13.228 |
Bob
Ahli
|
dimasukkan pada 09 Mei 2000 19:45
apa khabar sue? semoga ketabahan senantiasa bersama anda...
ibu dan bapa insan mulia, tiada mereka tiada lah kita, masing
masing punyai haknya, terpulang insan baik buruk akibatnya..
angin menderu hujan tak jadi, habis basah baju di badan, peluh
dingin membasahi diri, akibat fikiran yang tidak ketentuan..
yang tua dahulu bergaram, anak muda tak kurang hebatnya, bawalah
berbincang sedalam dalam, agar tiada siapa nanti akan menderita...
hai ana.. bukan lari bukan sembunyi, cuma masa cemburui diri
ini, khabar disini alhamdullillah diri, tiada suara namun sentiasa
kemari..
hai invi,,, ooo dah tengok rupa invi dah..
salam ceria menyambut teman, walau lama tidak kedengaran, terima
kasih atas sambutan, diri tidak pernah melupakan kengkawan...
hai long,,, sibuk jugak ye biasalah tu puteri mu sihat?
indah sungguh sajak mu tuan, memuji keindahanNya juga doa buta
teman, sudi apakah kiranya di hati tuan, teman simpan karya mu buat
renungan
juga tak lupa untuk semua pengkarya... pekabar semuanya?
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
ANAK (FREDDIE AGUILAR)
Semasa engkau di lahirkan terkabul sudah satu impian impian nyata
kurniaan Illahi
Engkau anak istimewa kebahagian ibu ayah bila menangis dan juga
tertawa
Hai anak kau tak mengerti betapa mulianya pengorbanan
mereka memberikan kasih sayang agar dapat menikmati dunia
masa silih berganti kau membesar tak disedari cepat sungguh kau
pandai bicara
Apa yang telah terjadi pada mereka kau derhaka mengapa begitu
apakah salahnya
Hai anak kau tak mengerti betapa mulianya pengorbanan
mereka emmberikan kasih sayang agar dapat menikmati dunia
kini kau telah tersesat hilang diri dan pedoman tak seorang yang
mengambil tahu
dan kini engkau menangis ibu ayah menghampiri walau kau telah
terpesong jauh
FREDDIE AGUILAR DAN M.NASIR
IP:
202.75.136.44 |
syamputra_upm Ahli setia
|
dimasukkan pada 10 Mei 2000 12:03
sue.... hai...lama tak masuk melayu.com rindu nak berkarya...
inv... lama tak masuk dan berborak ngan inv..... madah pujangga
inv..syam ingat
s_ana... manis betul puisi ana.. moga kita bersama...sama
berkarya..
ok.. nak berpuisi lagi
**************************** 7.5.2000 ****************************
Malam Serinya mula hilang Bintang tidak lagi menyanyi Bulan
tidak lagi berlagu Andai dilagu Seiring tiada sumbang yang nyata
Malam Rasa diri bertingkah Antara sedar dan realiti Jejak aku
sudah hilang Mataku sudah buta Pedoman kini tinggal sia
Malam Retak langit dipandang Hujan lebat bsah dipipi Bukan
dipinta jadi begini Suratan alam menyuluh haluan Yang robek tetap
jua Walau sekali cukup sudah Jangan kau ulangi Langkah yang undur
pada tika Saat dahulu
Dedikasi untuk 7.5.2000 Hari bersejarah 10.5.2000 …10.55pg
IP:
161.142.112.8 |
polong Ahli
setia
|
dimasukkan pada 10 Mei 2000 14:29
Assalamualaikum
quote:
Buat seorang temannn..
Setia rindu, Salam rindu duhai sayangku, Ampun dan maaf jua
pintaku, Teman merindu akupun rindu, Teman bersedih daku pun
sendu,
Salam rindu salam yang syahdu, Didalam mimpi disana bertemu, Ku
kenang dikau dalam doaku, Tetap hadir setiap solatku,
Andai, Andai ku miliki keramat sakti Ku terbangkan dikau jauh
pergi, Tinggal segala sendu dan gundah, Tinggal segala pilu dan
resah,
Walau, Panjang kail ku sejengkal cuma, Perahu kolek kukayuh
jua, Lautan dalam tetap ku teroka, Pasrah dihati pasrah
segala, Reda menghadapi badai samudra, Walau pun kering siair
mata,
Setia, Wahai sayang aduhai teman, Kasih ini tetap
kusimpan, Tetap abadi tetap bersemi, Kekal mewangi ditaman sari,
Ingin menangis sedih bersama, Ingin merungkai simpulan
hiba, Ingin bersama mengikat setia, Ingin bersama abadi selama,
Pasrah, Sudah sunnah kasih berkasih, Sayang tersentuh hujan
gerimis, Usah gundah rintih bersedih, Sayang perteguh didalam
tangis,
Merungkai simpulan hiba nestapa, Bawa berbicara sama
bercerita, Bersama doa bersama usaha, Menghadapi rona hati nan
waja,
temannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...
IP:
202.188.65.107 |
invisible Ahli
setia
|
dimasukkan pada 10 Mei 2000 21:04
Sue...kemana nih sebuk yer
Syam... apa kabar Syam diharap Syam sehat.. cantek sekali
sajak syam...syabas
Polong tak pulang ke Kelantan bercanda di Pantai
Tujuh salam buat anda cantek sekali karya anda.. syabas
dan salam buat semua nya
IP:
161.142.2.11 |
S_ana
Ahli setia
|
dimasukkan pada 11 Mei 2000 11:17
salam ceria untuk semua..
sue.. kebahagiaan tak mudah dicipta dalam sehari dua..tapi memakan
masa yang lama untuk subur mekar
syam.. ana kena berguru dengan syam la..masih banyak lagi lobang
lobang kelemahan ..
yang kucari takkan datang begitu sahaja dalam siang ku bermimpi
dia hadir di sisi malam kelam bagai cahaya menyuluh cermin diri dia
senyap mendatang rasa sunyi sepi diam tak berkata tapi kutahu dia
berbicara
yang kuimpi takkan muncul dalam realiti racun diberi untuk tutup
mulut dan hati biar mati sekalipun takkan ku padam manisnya madu
dari tanganmu itu yang membahagiakan
yang kurasa takkan sama dengan kata hatimu aku bina usangnya rumah
di tepi pantai kamu bangga dengan istana yang tersergam indah bukit
itu pemisahnya
sudahkah kau lihat lukisan aku padamu??
IP:
161.142.78.82 |
S_ana
Ahli setia
|
dimasukkan pada 11 Mei 2000 11:27
inv.. thanks for calling hari tuh
sihat hari nih?
terima kasih atas persahabatan
terima kasih atas permulaan
terima kasih atas segalanya..
IP:
161.142.2.11 |
syamputra_upm Ahli setia
|
dimasukkan pada 11 Mei 2000 12:39
test boleh?
IP:
161.142.112.8 |
syamputra_upm Ahli setia
|
dimasukkan pada 11 Mei 2000 12:56
salam puisi.. salam hari ini kat umah member.... nak berpuisi lah
juga...
sue.......kenapa ..ada getaran rasa pada jiwa ini...membaca puisi
sue..mesti ada masalah...meh cerita...boleh?
inv......sajak saya spontan jer....kalau rasa tak enak...bagi lah
komen..mungkin kita boleh belajar..sesama kan!
s_ana...nak berguru apa....ana..pun hebat berpuisi.....silap-silap syam
yang berguru ngan ana....
polong.....lama tak berbual yer....polong....macam mana..tak nak
berpantun ker?
nak berkarya lagi...
****************************
kelmarin
***************************
bingkas berfikir mengapa resah ini melanda tunduk pada
rindu membunuh segala sayang pada kanvas sebuah kasih yang
kecundang
kelmarin mimpi pada alam nyata kau dilahir sebagai nama agung
tiupan azan ditelinga pinta pada suara lagukan ia semua bila dewasa
kini kau menjangkau 38 tahun seusia cinta yang terlerai aku
berteman memori dengan harapan yang samar dalam kabus
keliru tentang soal pandangan tentang soal hidup yang
jalannya masih liku
entah bila bersudah segala tragedi entah bila bersudah segala
petaka
ia....... hadir dari benak yang silam
11.5pg tmn dagang
IP:
161.142.112.8 |
invisible Ahli
setia
|
dimasukkan pada 11 Mei 2000 15:53
S_ana: sama sama Ana .. camno dengan exam dah abis ke belom hati
hati Ana masa menjawab soaalan yang diberi, Jawab apa yang ditanya tapi
jangan jawab apa yang kita tau..
semoga mendapat keputusan yang baik yer
Syam: sajak yang cukup baik dan menarik sekali, teruskan berkarya
Syam syabas ...
adiosssssssss salam buat semua
nya sue marie kemana yer ?
IP:
161.142.2.11 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 11 Mei 2000 18:29
Salam sayangg rinduu sekali... apa khabar semua?
Terlebih dahulu sue mohon berbanyak maaf sebab tak sempat berkarya
bersama teman2 selama beberapa hari berlalu .. bagaimana pun bersyukur
kerana masih berpeluang menghadirkan diri di sini... tak sangka mesej
dari teman-teman tetap bergema di ruangan ini walau pun tanpa kehadiran
sue.. terima kasih pada semuanya.. rindu nak berpantun..
quote:
Biar gugur dedaun kering, Gugur menimpa pasir di pantai, Biar
pun aur memagar tebing, Air mata jatuh berderai.
Sang puteri sianak raja, Raja berasal tujuh negeri, Sedihnya
hati memendam rasa, Disingkir tinggal aku sendiri.
Bisikan bayu alangkah syadu, Di senja hari sepi
berdendang, sungguh sayu bercampur pilu, Kenapakah diri dirundung
malang.
invisible; Sue ade nih..kalian tak usahlah bimbangkan sue..
maafkan sue kerana lama tak berkabaran... terima kasih kerana tetap setia
bersama..
CikMekMolek: salam rindu CMM...Harap ceria selalu yer..
Teman-teman yang lain nanti sue akan mesej kembali..
IP:
202.188.86.222 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 11 Mei 2000 18:36
Salam sayangg teramat rinduuu... Ceria-ceria hendaknya teman-teman di
mana jua berada..
keadaan memisahkan kita buat seketika dan keadaan juga menemukan kita
kembali..hmmmmm, bersyukur kerana masih dapat dipertemukan dengan rerakan
di sini.. hati ini rinduu sekali tuk berkarya..walau pun tak sehebat
rerakan.. izinkan ..
quote:
Meniti Senja Kembali...
Menung diri senja kembali perlahan tirai berlabuh jingga meniti
detik berganti hari hati terpanggil di payung senja
melambai pantai senyum tersipu bersenandung sayu di pucuk lidah
mu terbangkan bayu merungkai badai terendam karam bahtera di
samudera
suatu musim itu bila selami lautan rasa tersentuh lalu
terasa indah hanya seketika
bertanya engkau di mana aku hati jua berbisik-bisik jiwa pun
mendengar bahasa angin berangkai hati
aduhai sayang... rindu ini bernanah darah aku rindu apa tiada
tahu rupa suara rasa simpan dijiwa kesetiaan tergugat tiada
bertanya aku kepada kalbu mengapa resah di dalam jiwa bicara
irama suara rasamu umpama mutiara di jiwaku
biar hati lebur di dunia melimpah hujan siair mata padam tak
mahu bara kasihku bertambah kukuh pokok percaya
bulan muncul menyahut rindu bagaikan rendang pohon bernaung di
bawah teduh suara hatimu terhibur ria ruang hatiku
ku kait rembulan.... laksana dara menudungi malu adakah bulan
masih setia menjadi pelita di gelap malam atau sembunyi di malam
suram
ingin ku tarik langit di atas biar ku tebar angin
mendayu tercurah hujan dibalik awan kasih ku pula tersepit layu
hampir ku rebah mencium tanah mati di dalam hati sendiri tangis
ku jua di sapu sutera ungu senja....
polong: Hmmmmmmmmmmm...
sdrzai: Lama juga menyepi diri... namum tetap di nanti.. syabas
juga buat sdrzai...senyumlah selalu
bob : Hmmm.. bob.. jangan terlalu lama menyepi.. nanti rindu
terasa amat.. terima kasih atas pesanan diberi..dan.....
S_ana: dah lama juga sue tak baca karya ana.. dah habis peksa
ker.. so lepas tue apa rancangan ana seterusnya..
Syamputra; ntahlah syam..Hmmm.. kalau nak bercerita, boleh tapi
biarlah kita berbicara melalui karya.. kerana hati jua yang arif mendalami
getaran rasa...bolehkann..
salam puisi ...
[This message has been edited by sue_marie (edited 11 Mei
2000).]
IP:
202.188.86.222 |
S_ana
Ahli setia
|
dimasukkan pada 11 Mei 2000 18:57
sue.. selagi kita tabah...selagi itu nasib yang baik akan menyelebelahi
kita...kuatkan semangat..
getar itu aku telah rasa sekian lama dari penghujung benua yang
berkata aku telah hilang bersama hati yang suka tinggal kini satu
jiwa yang dahaga kasihMu
pahit itu aku telah telan bersama manisnya madu di lautan tak
bergaul tapi aku percaya masing masing kan berbuah hasilnya pahit
hasilnya ketara kita sendu mengalir air mata madu buahnya
indah kita gembira masih ada yang kecewa
syam.. ana baru je nak belajar.. kalau salah.. tolong tunjukkan
bercanda mesra jiwa berbahasa hampa hati ketawa jiwa sengsara
tari kecewa mengalir air mata hujan membasahi dua jiwa
pulangkan tidur azimatku agar lena sepanjang tanpamu pulangkan
rindu membara agar aku kenal erti bahagia
IP:
161.142.78.82 |
S_ana
Ahli setia
|
dimasukkan pada 11 Mei 2000 19:13
hmm.. sebelum ana terlupa
mungkin seminggu dua nih ana tak dapat selalu bersama teman teman
disini doa ana untuk semua sue.., inv.., bob, polong, CMM, jays,
syam dan sdrzai.. semoga tabah menghadapi cubaan yang mendatang
ana akan cuba jugak melawat teman teman di sini
IP:
161.142.78.82 |
syamputra_upm Ahli setia
|
dimasukkan pada 11 Mei 2000 23:24
hai.. kalian apa khabar... ana..inv..polong..bob..cmm...jays..dan
tuan rumah...sue.... macam mana??? suhat? harap bahagia bersama
puisi.. so... ada hal ini.. nak g makan dulu.. ok.. jap
lagi sambung puisi.. by n
IP:
161.142.112.8 |
syamputra_upm Ahli setia
|
dimasukkan pada 11 Mei 2000 23:24
hai.. kalian apa khabar... ana..inv..polong..bob..cmm...jays..dan
tuan rumah...sue.... macam mana??? suhat? harap bahagia bersama
puisi.. so... ada hal ini.. nak g makan dulu.. ok.. jap
lagi sambung puisi.. by n
IP:
161.142.112.8 |
invisible Ahli
setia
|
dimasukkan pada 12 Mei 2000 13:06
salam buat sue/S_ana/Syam/Polong/sdrzai harap harap ceria
selalu.. sue ...banyak urusan yer s_ana .. salam rindu
bunga melati diatas peti, untuk hiasan Guru Peramu, aur tetap
sedai menanti, seribu tahun tak pernah jemu.
waktu senja ke Inderapura, untuk bertemu Putera Bentan, sedih
hati mendengar bicara, berserah aja pada suratan.
imbas berlenggang putera puteri, turun ke bumi hajat
didamba, tabahkan hati duhai puteri, mendung berlalu pasti ceria.
yup selamat makan sue/s-ana/syam/polong dan sdrzai
........adiosssssss
IP:
161.142.2.11 |
polong Ahli
setia
|
dimasukkan pada 12 Mei 2000 18:08
Assalamualaikum warahmatullah.. Semoga kalian sentiasa dicucuri
rahmatNya.
quote:
Mengimbau kenangan,
Ditepian pantai sesunyi ini, Dipinggiran senja yang damai
ini, Bayu menyapa mengulit kata, membisik bisik RindU, Ombak
bercanda nada berirama, melagukan lagu RindU, Dan
aku, Termanggu sayu mendengar bicara alam, Lalu sukma terbang
melayang diawangan,
Pantai Sri Tujuh, Ku imbau gemersik bisik bayu didedaun
Ru, Kocakan ombak pada kayu terkapai lesu, Dan debur ombak
menghempas pantai, Masih terngiang bunyinya, masih terasa
sejuknya, Bagai baru kemarin kita bercanda mesra,
Sesekali catatan Sri Tujuh _hb 8 87 kembali bergema, Namun
puisinya mati, hilang terhapus dek masa dan alpa, Tarikhnya entah
bila, sudah tiada pastinya, Namun gemanya, iramanya masih meruntun
sukma, Masih mendayu setiap kali kaki berlabuh dimuara rindunya,
Sendirian menyendiri dipantai ini, Menguis-nguis butir-butir
pasir, Melakar corak entah apa, Dalam menungan yang
panjang, Hati terpana, Pabila terlihat ukirnya kayu lesu, cemara
rindu? aduhaiiii. Itukah puisiku?
Inv: rindu juga lama tak pulang bermain ditepian pantai Sri Tujuh,
banyak kenangan kat sana tu hmmm main wau kat sana alahaii bestnya.. Kat
sini pun pantai juga tapi pantai berbatu berbukit. Takde tempat nak nak
naikkan wau. Syam: rajin betul syam berpuisi yer. polong nih tak mampu
nak puisi selalu cam syam tuh, takde idealah..tambah plak sibuk ngn tugas
dan tanggungjawab. S_ana: antara puisi-puisi yang polong paling suka
baca. Sue: hmmmmmmm
IP:
203.106.121.201 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 12 Mei 2000 18:48
salam ketemu lagi.. invisible.. sue takde beberapa hari lalu
tue bukannya kerana banyak urusan.. cuma keadaan diri tidak mengizinkan
sangat.. mohon maaf yer. hati nie memang nak berkarya bersama teman2 tapi
apakan daya..hmmmmmm...
Ikan sembilang di dalam gua, Takut disambar burung kelicap, Hamba
menghilang sehari dua, Diri terlantar dibelah gelap.
Bunga dipetik sidara ayu, Kembang seroja mekar sekuntum, Bersama
detik terkujur layu, Merenung bahagia tersenyum harum.
salam puisi..
IP:
202.188.14.136 |
invisible Ahli
setia
|
dimasukkan pada 13 Mei 2000 08:48
Sue dan semuanya ...apa kabar? S_ana/Polong/Sdrzai/Syam ...salam sayang
bulan tiada bintang pun malap, langit mendung suasana
duka, Sue,kenapa berada dibilik gelap, mencari sinar tak kunjung
tiba.
Harum bunga di Taman Wangi, Mari dipetik diwaktu senja, Mungkin
kah sakit mendakap diri, lantas berdiam tanpa suara ?
salam
IP:
203.106.111.40 |
S_ana
Ahli setia
|
dimasukkan pada 13 Mei 2000 11:43
polong.. masih merindu?
hamparkan permaidani yang telah kau sulami dengan jerami jerami
rindu halus seni yang terikat dari mula pencarian
rindu itu telah kau hamparkan kini tiba masanya untuk kau
suburkan kasih yang telah berputik dari tanah yang ditarah semusim
berlalu biar elok tumbuhnya takut terbantut usia dalam
perkenalan diracun pula serangga yang tak berhati mulia
katakan rindu itu milikku pasti akan ku jaga kesegaran
baunya katakan rindu itu hakku pasti akan ku siram
kasihnya katakan rindu itu padaku pasti akan kubalas
segalanya
IP:
161.142.78.82 |
S_ana
Ahli setia
|
dimasukkan pada 13 Mei 2000 11:56
sue.. macam mane hari nih?
hilangkan duka dari seluruh kegelapan yang merangkumi satu
kehidupan yang perlu terus dengan bekal kenyakinan takkan datnag
lagi kehidupan masa lampau
hilangkan nestapa nescaya yang luka tak lagi berdarah bimbingkan
hatimu hai teman takut kelak merana jiwa badan..
inv.. salam rindu?
jalinan rasa di taman sepi kasih terubat memupuk lara siang
berkhayal malam bermimpi redakah lautan rindu di jiwa
IP:
161.142.2.11 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 13 Mei 2000 17:10
Salam sayangg ...
invisible.. ape kabar ari nie.. sue nie, kiranya dah ok
dah..
Gesek biola hati terpaku, Pabila malam duduk menunggu, Celik
tiada mata hitamku, Gelap alam di rongga kalbu.
Makan sireh waktu ke desa, Duduk di tangga sambil
berdondang, Sudahlah pedih hati merasa, Sakit menimpa tanpa di
undang.
~~~~~~
p/s puisi nanti akan sue susuli ...
IP:
202.188.83.203 |
invisible Ahli
setia
|
dimasukkan pada 13 Mei 2000 19:22
S_ana
hanyut sampan ke laut tubir, geruh gemuruh ombak melanda igauan
mimpi dibalik tabir, pautan membara kian gelora.
Sue Marie:
waktu petang naik pedati, pedati ditarik sikuda belang, beralun
ombak mendebar hati, sayang nya mimpi diganggu siang.
pergi ke kedai membeli tasi, tasi pengikat wau melayang, meski
pun sakit tertusuk duri, Sakit lagi cinta kecundang.
salam buat sue dan S_ana adiossss
IP:
203.106.110.121 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 13 Mei 2000 21:07
Salam sayangg ketemu lagi... Hmmm..izinkan sue berbicara di sini..
quote:
Rindu Belum Terlerai...
Sebelum senja melakar merah sebelum langit memintal
awan sebelum bayu menali badai sempat ku gapai kilauan
kilat untuk ku alur getarnya padamu agar hati kita saling bersatu
berkatalah diri jangan gugur di gelap masa usah patah dilipat
awan maka hati kecil bisik membisik rasa menangis rintih bersuara
sendu
dulu... bahtera kecil yang kita bina dari karangan laut di
pantai layarnya yang ku jahit dari buih-buih ombak
bergulung dan permaidani yang kau hamparkan pada pasir
memutih kau petikkan sehelai rambut ku dan kau simpul sebagai tali
buat penambat kapal di pantai kita membilang ikan-ikan di air
jernih
Bertempik guruh meraung merdu terbelah langit merah dicalar
hitam kerana badai mencelah di lewat sore biar rekah hempedu
pahit telah terteguk di bibir madu takkan kurang
kemanisannya yang kau tuang ke jiwa ku jauh ke dasar untuk ku
selami
saat ku renung lukisan rasa titisan rindu melirik sama di malam
purnama ... hati rindu sekali
laut faham akan gelora ombak pasir mengerti kenapa pantai
berdesir angin pula merasa hembusan bayu lagu syadu seruling
senja memecah kesepian pantai
ku lontar batuan tebing kocakan air sahut menyahut camar
terbang menuju pulang pulanglah dengan tenang kalian belum mampu
melerai rindu ku...
S_ana ..sedih jugak dengar mesej ana.. tak dapat selalu bersama
tue..ana jaga diri bebaik yer.. kalau sempat jangan lupa hilangkan rindu
kat sini..
syam puisinya maner deh..? sue tertunggu2 nie.. [/b]
polong: hmmmmmmmmm... Pantai Sri Tujuh .. yerlah...
IP:
202.188.106.56 |
syamputra_upm Ahli setia
|
dimasukkan pada 14 Mei 2000 14:56
hai.. sue..ini dia sajak syam...hari tu.. susah nak masuk......kat
sini..
ok..
salam sayang>>>>>> Sambungan Sebuah
Rindu >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> menelusuri
sebuah sambungan rindu aku dia bersatu dalam airmata hina
diri terasa bila terasing beda bicara haluan tunjuk pintu
kedua “pilihlah antara duanya” nada sendu hirau tidak lagi pada
alam bimbang cuma pada jasad apakah akan terpatri janji dengan
setitis airmata jantan
sumpah menyulam jiwa andai ada sayang dihati setia aku ini tidak
lagi berbelah bagi korban pada segalanya aku rela
sayang aku sayang padamu bukan usia ukuran mata aku sedar
hakikat sebenar diri ini hati ini sudah kau curi bukan
kerana darjat bukan jua kerna pangkat kerana ikhlas atas
perjuanganmu meletak aku dihatimu 12/5…7.12mlm
IP:
161.142.78.82 |
invisible Ahli
setia
|
dimasukkan pada 14 Mei 2000 15:49
Sue/S-ana/Syam/Polong dan sdrzai apa kabar? ceria selalu
daun daun berguguran
daun daun yang gugur kekeringan... adalah lumrah ilahi yang
ditiup angin malam nan syahdu dan menikam benak benak
kerdil terbawa arus hingga ke muara
dan esok nya... sinar mentari memamah sebuah memori pada laut
terbentang dan di dasarnya ada cerita dan sebuah
nukilan antara luahan hati pada kebisuan yang menyapa dan
terus bercahaya di kerdipan bintang
invi ......
IP:
161.142.2.11 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 14 Mei 2000 20:27
Salam sayangg..
invisible: maafkan sue kerana terlewat membalas mesej pantun
inv..
Nampak berbalam bunga kiambang, Tasik direnang akar
bertali, Tiada malam tiadalah siang, Asyik terkenang rindu sekali.
Kayu jati kayu belian, Di dalam rimba banyaknya batu, Cinta
sejati perlu pengorbanan, Tak semestinya harus bersatu.
Selamat malam deh..
IP:
202.188.14.49 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 14 Mei 2000 21:41
Salam sayangg kembali lagi... hai..haii..haiii.... ape kabar ?
quote:
Lamunan Senja
Seulas kasih.. harum berbunga di muara senja teracik hati
seorang gadis merawan di laut rindu
kasih yang bersemi teguh mengocak jiwa bahasa pencetus rasa,
bergayut pilu di bibir sendu
di awal purnama gadis menunggu kasihnya senja datang menabur
keluhan sayang beralun seruling mengusik hati
aduhai kekasih senja cinta gadis takkan karam walau dirajuk
badai menggila keakraban yang mengikat dua jiwa menyegar dan
menguntum bungaan kasih
wahai musafir rindu jangan tumpahkan air mata pilu sifat murni
membatasi kesyaduan andai terbit rindu di hatimu datang dan kita
leraikan bersama dengan sealas bicara hati kita teguk limpahan
kasih kerana masa tak mampu melunturkan kasih sayang gadis
tersentak lamunan sigadis senja melihat camar terbang
pulang tinggallah gadis seorang diri telah lama resah dalam
penantian akan muncul kemudian sebuah elegi pagi didakap embun...
Syamputra: Hai syam... adakala memang susah nak masuk kat
sesuatu topik di sini.. agaknya server MC nie sikit ngok kot.. anyway..
sajak syam tetap bermakna..
inv; hmmm... sekali sekala bersajak..bisa jugak yer..
IP:
202.188.14.49 |
invisible Ahli
setia
|
dimasukkan pada 14 Mei 2000 21:44
ok Sue - no problem
asyik sekali memakan kerang, kerang dibeli letak
dibendul, Tabahkan hati tenangkan fikiran, agar selamat melerai
simpul.
waktu senja ke Sri Menanti, hajat berniaga dirikan bangsal, cinta
ikhlas susah dicari, jika kecundangkan jangan dikesal.
sue ....tabahkan hati S_ana sebuk kot - uruskan sukan
IP:
202.188.81.102 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 15 Mei 2000 18:01
salam buat invisible... dengar yer pantun dari sue..
Bayu berpuput dikala senja, Naik perahu keliling desa, Simpul
yang kusut terlerai sudah, Tangis dahulu berkubur masa.
Dari dahulu hingga sekarang, Tidak ku jejak tidak ku pinta, Kasih
yang satu ku biar tenang, Tidak ku ajak bermain cinta.
p/s..terima kasih atas nasihat dan pesanan, akan ku buatkan pedoman
untuk menghadapi hari2 mendatang...
IP:
202.188.65.23 |