Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Sembang2 >> Sembang-Karya >> Bicara KARYA..!..6


Emel topik | topik baru | jawab mesej

<<naik   pergi   turun>>
Dimasukkan oleh Tajuk topik:   Bicara KARYA..!..6
sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 24 Mei 2000 23:08     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayangg bermula lagi di sini..

Ketemu lagi di episod yang ke enam.. tahniah dan syabas buat teman sekarya semua.. pada teman-teman yang masih setia berkarya bersama, invisible, S_ana, polong, Decinna19, Bob, sdrzai, CekMekMolek, Syamputra dan kepada teman2 yang baru seperti kerzah dan DIAMOND serta yang tidak sempat disebutkan di sini ..sue ucapkan berbanyak terima kasih dan kita teruskan hasil karya kita bersama..
seperti biasa sue mohon izin memulakan mesej pembukaan dengan sebuah karya...

Kotobian Tadau Tagazo Do Ka'amatan

quote:

Aku Seorang Perempuan...

Haruman dari kasih ku
tiada terselit duri dan noda
berlagu tentang keagungan cinta kasih
saat wanita pertama tergoda
lalu bersandarkan cahaya kasih
menggamit hati insani di mata dunia

terang mata hati melimpahkan kasih
ku endapkan hasrat di langit dada
tak surut ku menyayangimu
biar rindu bergayut di tangkai hati
tubuh dan sukma ku merintih
terbakar bisa kekecewaan semalam

semakin tak bisa ku mengerti
mesti ku mampu melirik jauh
kejujuran mulai berkubur
dibenam jauh ke dasar jiwa
akan ku janji dikau
dengan pagi yang kudus
walau langit bumi menangis
kerana aku seorang perempuan..


DIAMOND : Selamat datang ke topik ini.. kami mengalu2 kan kehadiran teman di sini.. terima kasih banyak kerana sudi meluangkan masa bersama kami seketika untuk berkarya.. pantunnya akan sue balas kemudiannya..ok..

S_ana: yerlah ana.. kita hadir kerana rindu dan rindu juga membuatkan kita bersatu di sini... puisinya nanti sambung lagi yer..


[This message has been edited by sue_marie (edited 28 Mei 2000).]

[This message has been edited by sue_marie (edited 04 Jun 2000).]

IP: 202.188.43.97

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 24 Mei 2000 23:19     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
invisible.. pe khabar ..?
pantun inv sue balas kat sini yer..

Melukut tepi segantang padi,
Seksa terkurung di laman sari,
Selaut api segunung duri,
Rela diharung jalan kemari.

Kelak kecewa hembusan bayu,
Bila terleka hingga ke pagi,
Sebak di jiwa tangisan sayu,
Parutnya luka berdarah lagi.

salam puisi..

~~~~~~~~

DIAMOND : Salam perkenalan telah pun kami terima .. begini yer pantun sue..

Kicau kenari di alam permai,
Bersemi haluan di batas permai,
Kalau kemari dendam terlerai,
Kami alukan sealas karya.

Dibuai angan resah tak sudah,
Kering linangan siair mata,
Aduhai teman usahlah gundah,
Seiring seperjuangan hasrat yang nyata.

salam puisi.. sila teruskan..

IP: 202.188.43.97

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 25 Mei 2000 09:04     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
Sue - tahniah kerana dah buka umah baru

tinggi tinggi terbang helang,
singgah berehat atas perahu,
Jalan di jejak tak pernah hilang,
hanya tugas membatasi waktu.

membeli ikan di muka kuala,
orang nya ramai sudah lah tentu,
parut lama berdarah semula,
lebeh pedih tiada menentu.

salam sue

IP: 161.142.2.11

Decinna19
Ahli setia
dimasukkan pada 25 Mei 2000 15:05     Lihat biodata Decinna19     Edit/Delete Message
Assalamualaikum..

emm..

Sue tak payahlah panggil nama tuh.. panggil ajer Muhammad. ok

[hujan petang datang seketika
kembali ceria taman melata
andai hati sukar diduga
serahkan sahaja yang meminta

duduk nakhoda sambil berfikir
mahu dituju tanjung harapan
kian detik rindu dibibir
menanti cinta dipinggir jalan

Sue_marie : memang benar apa yang sue katakakan.. cuma kealpaan manusia sering menjadikan perkataan itu diulang-ulang. Sebba sifat manusia sering mahu diingatkan.. jika tidak maka terhumbang di gaung yang amat dalam.

IP: 202.188.53.217

syamputra_upm
Ahli setia
dimasukkan pada 25 Mei 2000 15:07     Lihat biodata syamputra_upm   Hantar emel kepada syamputra_upm     Edit/Delete Message
hai sue....

selamat berkarya....

wah....anggun berbaju...ibunda..

ada baju lelaki punya..

p/s..lukislah pulak..gambar syam..
ok..

n

IP: 161.142.2.11

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 25 Mei 2000 19:28     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayangg pada semua..

invisible: tahniah juga buat anda kerana anda juga yang masih setia berpantun/puisi tapi bila pula nak melukis..dah lama sue tunggu nie..

Tenang-tenang biduk kuala,
Bawa sampan meniti danau,
Kenang-kenang duduk di tangga,
Jiwa berangan nak pergi merantau.

Di mana sireh pulang ke gagang,
Di mana burung pulang ke sarang,
Di mana kasih ku juang sayang,
Rela mengharung gelombang ke seberang.

salam puisi..

IP: 202.188.43.246

Decinna19
Ahli setia
dimasukkan pada 26 Mei 2000 06:16     Lihat biodata Decinna19     Edit/Delete Message
Assalamualaikum..

emm..

Menanti esok
bukanlah selamanya terhenti
dengan resah menggugah
masih ada rahsia yang
tersembunyi di balik wajah mu
dari kertas engkau lukiskan

menanti hari
esok bukanlah satu jawapan
kerana masih terlihat
kerejuhan di paras ayu mu

mungkin inilah sebabnya
maka kekenduran berwalang di atma ku

menanti masa
bukanlah satu penyeksaan
tapi kesabaran yang dihitung
padahal kealpaan adalah milik
kita yang bernama manusia..

menanti detik
bagaikan terlihat senja merajuk..

IP: 202.188.55.128

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 26 Mei 2000 07:55     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
salam sayangg..

Decinna19: Hmmmmm.. nak jawab pantun muhd. tue dulu yer..
Begini kiranya pantun sue..

Resah tak tentu masa menanti,
Dalam menelah sukma gelora,
Usah jemu menduga hati,
Pantang kalah berserah jiwa.

Masa bercanda mekar ceria,
Alpa semua kisah yang sendu,
Rasa bahagia dilamar cinta,
Kenapa seksa dirisik rindu?

Muhammad: Mengulangi perkataan itu berkali-kali mungkin kerana ada yang hendak diluahkan tetapi belum dapat ditafsirkan oleh sebelah pihak.... sekali gus menyebabkan kesyaduan yang lebih tertekan...

~~~~~~~~~~~~

Syamputra: Hmmmm... nak lukis gambar syam? alahai.. manalah sue pandai tapi kalau nak cuba bisa juga cuma nak kene ada gambarnya.. sebab tak tahu macammana orangnya syam nie..

IP: 202.188.113.97

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 26 Mei 2000 11:12     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
sorry masa nak post tadi line terputus
sebab tu tercatet dua kali
sorry aaaa'

[This message has been edited by invisible (edited 26 Mei 2000).]

IP: 202.188.81.109

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 26 Mei 2000 11:15     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
Sue berjumpa lagi

tentang lukisan tu, masih belum di coba
rasa2nya dah tak mampu nak menghasilkan karya..

Tenang-tenang air di kali,
sampan kolek hanyut sendiri,
sudah kah putus kata dihati,
mengikut langkah membawa diri ?.

Hajat ke pasar mencari lampung,
hendah di asah canai sepuhan ,
putus tali boleh disambung,
putus berkasih nyawa taruhan.

Salam buat Decinna dan Syamputera
apa kabar kalian ?

IP: 202.188.81.51

DIAMOND
Ahli
dimasukkan pada 26 Mei 2000 12:40     Lihat biodata DIAMOND   Hantar emel kepada DIAMOND     Edit/Delete Message
HAI INVISIBLE...DENGARLAH PANTUN KU INI
***************************************

Sampan kolek hanyut sendiri
Kerana dayung terpatah dua
Usah melangkah membawa diri
Takut terlepas ke sarang buaya

Hendak diasah canai sepuhan
Tapi sayang tak kesampaian
Putus kasih nyawa taruhan
Jangan begitu, ingatlah tuhan

BUAT TEMAN SEKARYA YANG LAIN
****************************

Kaki bangku tak main bola
Duduklah ia ditepi padang
Terima kasih hamba ucap semua
Menerima hamba dengan hati senang

Sayang sayang buah kepayang
Jatuh ke bumi menimpa ayam
Korang buat aku gila bayang
Sanggup ku adap 24 jam

Sayonara.....

IP: 161.142.2.11

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 26 Mei 2000 19:20     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayangg ...
Pada senja hari ini ada titisan mengusik rindu di hati gadis ..
Hmmmmm...

quote:

Diremang Senja Semalam..

Wahai senja lukisan hati
bicaralah demi rindu kasih ku ini
titiskan sinar damai pada nyanyian puisi
ku ingin tenang seketika

kehangatan mentari di pagi hari
terlalu kuat menjalin dendam
terpaku aku memandang langit mendung
nadi dan jiwa bersatu bertemu
bercambah jaringan warna dan makna

sayang...
gadis melihat senja meremang
bersembunyi perasaan dicalar sutera ungu
titisan rindu nukilan kasih
menerbangkan ribut rindu di angkasa

telah kau pahat langit senja
segugus bintang hati berkerdipan sinar
ku genggam sekepal mimpi
gugur dari tangisan malam
sesejuk selembut bayu
bergemuruh ombak di pantai
tak mampu mengusir senja semalam
meniti syadu di jalur pelangi...


muhammad: Hmmmm.... senja merajuk yer..?

inv: kesilapan yang tak disenjagakan..tak per.. sue pun selalu camtu juga...

DIAMOND: terima kasih..pantunnya nanti dibalas kemudian yer..

[This message has been edited by sue_marie (edited 26 Mei 2000).]

[This message has been edited by sue_marie (edited 04 Jun 2000).]

IP: 203.106.121.22

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 26 Mei 2000 21:50     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Hai inv..
Hmmmm..kalau tak mampu nak melukis.. nak buat camna kan..
berbalik kepada pantun pula...begini yer..

Adik manja merajuk jangan,
Abang ceria menjamu sireh,
Gadis senja duduk berangan,
Mengenang hatinya di rantau kasih.

Pagi terukir beburung terbang,
Di angkasa bebas berkicau merdu,
Kasih terpinggir di rantau orang,
Mengharap belas penawar rindu.

~~~~~~~~

DIAMOND: Salam ketemu lagi...
izinkan sue membalas pantun anda..

Gajah di rimba memagar benua,
Taman sari tempat menari,
Izinkan hamba sekadar bertanya,
Teman ini saudara ke saudari..?

Di malam hari bulan sendawa,
Mendengar bisik bintang gemerlapan,
Di persada ini kita sekeluarga,
Kalau terusik anggaplah candaan.

salam puisi..

IP: 202.188.65.68

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 26 Mei 2000 22:36     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
Sue ...dengarkan

Jalan jalan ke Kg Kangen,
betah di Jakarta jiwa melayang,
jangan suka duduk berangan,
nanti ditegur bunda tersayang.

seberang sungai gunakan kayak,
sambil menjala di musim redup,
Kasih suci sepanjang hayat,
buat kenangan sepanjang hidup.

salam buat sue

IP: 202.188.102.246

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 27 Mei 2000 10:48     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
inv:alahai ..sue tak bisa mendengarlah... hanya bisa membacanya saje..
begini yer pantun sue..

Wahai burung berbulu indah,
Hilangkan resah merana kalbu,
Terguris murung di batas wajah,
Tertikam bisa sirna hatiku.

Hendak ku ikat rindu di daun,
Dibawa terbang sidaun sireh,
Jiwa tertambat puisi beralun,
Tertenun benang ikatan kasih.

salam juga buat inv...

IP: 202.188.113.97

S_ana
Ahli setia
dimasukkan pada 27 Mei 2000 11:43     Lihat biodata S_ana   Hantar emel kepada S_ana     Edit/Delete Message
hmm..
cepat betul dah masuk rumah baru
tahniah sue..

ana sekarang nih asyik ketinggalan jer..

dekatkan api yang sedang menyala itu
pada segunung ais yang terbina dari ikatan semalam
walhal baru semalam
kukuhnya bagai dibina seribu tahun lalu
kelak cair ia
dalam keadaan asal dia dijadikan
panas bara yang tak tertahan
didekatkan dengan kesejukan yang menghimpit rasa dan perasaan

kaitkan benang benang yang kutemu pagi tadi
jadikan ia sebagai pakaian untuk esok hari
kesejukan
kepanasan
menarilah jemarimu hai kasih
pinta si jarum dari pelusuk dunia rindu
untuk sudahkan pakaian hati
untukmu

melodimu barangkali telah enak didengar
manis suaramu mendendangkan lagu cinta
si gadis sepi katamu perlu dihiburkan
dengan lagumu dia gembira

IP: 202.75.144.75

S_ana
Ahli setia
dimasukkan pada 27 Mei 2000 11:47     Lihat biodata S_ana   Hantar emel kepada S_ana     Edit/Delete Message
inv..
sibuk ke hari nih?

dikait benang di kain baldu
menjadi indah kian dihamparkan
parah hatiku menanggung rindu
ubat apakah perlu kutelan?

IP: 202.75.144.75

sdrzai
Ahli
dimasukkan pada 27 Mei 2000 18:24     Lihat biodata sdrzai   Hantar emel kepada sdrzai     Edit/Delete Message
Salam buat semua...Sue,S_ana,Inv,Decinna, CMM,Syam dll..semoga ceria selalu....
wah....dah ke6 "BK" Sue..baguslah..pasti ramai yg senang kemari...pada yg baru selamat berkarya bersama pada jaguh2 "BK" teruskan karya anda.....
Terimalah ini sumbanganku untuk renungan bersama....

quote:

+++ Mentari Bersinar Lagi +++

Mentari bersinar lagi
setelah hujan berhenti
setelah mendung berlalu
berlalu bersama guruh………
kilat yang menyambung
membersih kejerebuan
membersih kesesakan
memberi sinar harapan
udara yang bersih dan nyaman

mentari bersinar lagi
menyegarkan bunga ditaman
yang hampir kecundang
berguguran ke laman

mentari bersinar lagi
selagi esok masih ada
selagi nadi berdenyutan
selagi jantung berdedupan
selagi akal masih waras

janganlah menyorok ke sudut yang gelap
janganlah padamkan jiwa ke lembar yang suram
janganlah biarkan usia muda diragut………
kehitaman perasaan yang masih samar

kerna……………
mentari masih bersinar
selagi bumi masih berputar
titik hitam jadikan pelajaran
kenangan dalam meniti kehidupan

berlalu kegelapan malam
getaran guruh dan petir
pada hujan setelah mendung menebal
namun…………
mentari pasti akan bersinar lagi
semoga cahayanya memberi kekuatan
menyusun langkah kehidupan


++++++++

Ana...
Air selasih buat tetamu
duduk makan diatas bangku
air digelas buat sayangku
sila hayati janganlah jemu

Terimakasih atas pujianmu
walaupun itu bukan permintaanku
hanya ikhlas menyatakan kesenanganku
dalam menghayati titipan penamu

+++++++++++

Sekian dahulu hingga bertemu di lain ketika..izinkan daku berundur seketika dengan ucapan selamat berkarya buat semua...

IP: 165.21.83.161

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 27 Mei 2000 19:17     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
Sue
kalau begitu sue baca aja lah …okay

enak sekali si buah tamar,
bila dimakan waktu berbuka,
redup mendung menutup kamar,
sunyi sepi diserang garuda.

Nior gading pucuk selasih,
Lebat di hutan daun nya lima,
Berhati hati memburu kasih,
Jika kecundang diri merana.

S_ana ana merindu ke nih?
Ana ..inv tak keja hari nih

Ambil galah mengait perdu,
Perdu lebat di tepi huma,
Jangan selalu menanggung rindu,
Kelak badan jadi merana.

Ana cuba makan panadol + actifed
Mudah2an ilang rasa pening tu
Cuba yer …

Andai tuan pergi ke hulu,
Cari kan saya ikan sembilang
Jika hati beralun rindu,
Sebut nama ku pasti hilang.

Emmmm …..
salam buat sdrzai ... apa kabar?

IP: 203.106.109.132

eagle
Ahli
dimasukkan pada 28 Mei 2000 14:23     Lihat biodata eagle   Hantar emel kepada eagle     Edit/Delete Message
Tumpang bersajak bole tak tuan rumah
cik sue dan teman teman yang lain

quote:

Semalam,hari ini dan esok

Semalam
Aku berlari di padang hijau
Menyedut angin salju
Dan udara segar
Meniti jalur jalur pelangi
Dalam hembusan
Dingin di ufuk barat
Meredah dan mengharung
Sebuah perjalanan yang panjang
Tanpa henti

Semalam…….
Aku lingkari sebuah penghidupan
Diliku aliran sungai
Yang deras arus nya
Ditepi sebuah muara
Yang jernih air nya
Mengalir lesu kesebuah danau
Persimpangan antara rebah dan bangun
Kau menangis

Hari ini ….
Aku berlari sendiri
Di padang hijau yang gersang
Kerana kemarau
Dari hujan yang tiada
Dan warna pelangi yang suram

Dan esok …..
Aku datang lagi
Menyusul sebuah pencarian
Yang tiada mungkin ketemui
Dan sebuah larian
Meninggalkan kesan yang cukup perit
Pada betah betah suara
Antara dengar dan tiada

Dan esok ….
Akan terus sepi
Di hujung sebuah pencarian
Dan bebayang yang hilang



IP: 161.142.2.11

DIAMOND
Ahli
dimasukkan pada 29 Mei 2000 13:36     Lihat biodata DIAMOND   Hantar emel kepada DIAMOND     Edit/Delete Message
Salam buat Sue....

Tenun-menenun selendang puteri
Puteri Kayangan yang cantik rupawan
Hamba ini seorang saudari
Kenapa??? ada yang tertawan???

************************************

Cahaya suram
++++++++++++

Cahaya suram,
Sering melanda,
Sering bertandang,
Sering menjelma,
Tak kira waktu dan juga masa.

Cahaya suram,
Menyelubung jiwa,
Terlilit di minda,
Membuat hati sering kecewa.

Cahaya suram,
Bilakah mahu pergi,
Bilakah mahu bereder,
Tidak sabar rasa di hati,
Ingin melihat cahaya yang terang

Salam buat teman ... Sayonara....

IP: 161.142.2.11

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 29 Mei 2000 19:10     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayangg pada semua..
Maafkan sue kerana tak sempat hadirkan diri dalam waktu2 yang terdekat...

sdrzai; serangkap pantun buat tuan hamba...

Ikan haruan di dalam kali,
Pagi yang dini dikail budak,
Selagi tuan kunjung kemari,
Ruangan ini pasti bersemarak.

~~~~~~~~~

inv..: salam yer.. Begini pantun dari sue..

Kalau nak ikat sekuntum bunga,
Dalam genggaman duri dicengkam,
Semalam ku lihat bulan tersenyum,
Bersulam dengan gerimis malam.

Bukan ku hajat langit yang biru,
Sudah disua belaian angin,
Belum ku larat kasih diburu,
Kasih ku setia tiada ke lain.

~~~~~~~~~~~

DIAMOND: ..salam sayang buat anda..
semoga ceria berada di sini yer..

Kalau berlari melintas titi,
Buah kelapa kutip dahulu,
Wahai saudari intan baiduri,
Hamba bersapa sekadar nak tahu.

hmm..bolehkan..

p/s.. pada yang lain terima kasih.. dan msg anda akan dibalas sebentar lagi..

IP: 202.188.43.190

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 29 Mei 2000 20:51     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
Sue
makasih atas pantun nya:

kalau puan pergi mengangguk,
jangan lupa bawa lah cawan,
bulan tersenyum mengintai pungguk,
pungguk menghilang di tutup awan.

Apa lah ada kepada batu,
batu bersepah ditepi gua,
tetapkan hati pada yang satu,
kasih tidak terbahagi dua.

Diamond maaf

mengail ikan seorang diri,
tiada siapa untuk bercanda
terima kasih kenalkan diri,
mula di jangka anda, saudara.

S_ana kemana nih? Masih bercuti agak nya

Salam buat kalian

IP: 202.188.13.114

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 29 Mei 2000 21:27     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayangg..
Hmmmm...bicara malam ini...

quote:

Hari Ini Dan Semalam..

Kau buai sepi malam
sehingga aku terlena
kau bantalkan lenaku
dengan seri cahaya rembulan
tika berlagu nyanyian hati mu
mimpi indah penuh terisi..

aduhai pantai...
asyiknya kita menjejak buih
menguis pasir memutih
gemersik irama dedaun
diusap angin malam

desiran ombak memecah kesepian
kita mencari kedamaian
di saat senja merah mewarna
sebuah ikatan menjadi serasi

hujan dan panas menyisih masa
tinggal aku menemani pantai
menyaksikan kapal kecil di lambung ombak
kau hadir seketika cuma
menawar resah rindu di jiwa

wahai malam....
nafas ku menghembus hanya nama mu
tapi jiwa ku berkucah hampa
nyanyian sunyi beralun merdu
alam memandang ku sepi
gugur air mata menyahut rindu...


S_ana: Hai ana... masih sibuk yer... kalau sempat, jangan lupa kemari, ana..

eagle: Sue mengalu2kan kedatangan tuan hamba tuk berkarya bersama... terima kasih dan teruskan lagi..


[This message has been edited by sue_marie (edited 30 Mei 2000).]

[This message has been edited by sue_marie (edited 04 Jun 2000).]

IP: 202.188.106.233

kerzah
Ahli setia
dimasukkan pada 29 Mei 2000 21:52     Lihat biodata kerzah   Hantar emel kepada kerzah     Edit/Delete Message

kasihku padamu
*******************************************
masih aku ingat
segar dalam ingatanku
kali pertama aku melihatmu
bersama dia
kau di dalam pegangannya
menangis...

aku membawa kau pulang
tinggallah kau di kediamanku....
setiap hari kau menangis
aku memujukmu....
kau tidur di pangkuanku
aku amat menyanyangimu dikala itu....
kunamakan kau E.I

kau berhenti menangis...
semakin hari kau semakin kuat
terlalu kuat kau bermain
tak mengenal erti penat...
ada kalanya tanganku terluka
kerana cakaran dan gigitanmu
tapi aku tak marah
makin aku menyanyangimu...

walaupun aku seorang lelaki
kasihku padamu seperti seorang ibu...
sedih aku melihat kau sakit
gembira melihat kau ceria...

seringkali kau kerumah dia
ketika aku tiada di rumah...
dia memberi kau makan
membersihkan badanmu
dia amat menyayangimu
tahukah kau....
aku turut menyayangi dia
tetapi dia telah berpunya...

sehingga suatu hari
kau selalu menghilang...
akhirnya kau menghilang terus
dan...
betapa hatiku kecewa kehilanganmu...

(khas untuk E.I kucing kesayanganku
aku merinduimu kenakalanmu.......)

*********************************************
kerzah 29/05/2000.
p/s:salam untuk sue...

IP: 161.142.3.18

DIAMOND
Ahli
dimasukkan pada 30 Mei 2000 13:39     Lihat biodata DIAMOND   Hantar emel kepada DIAMOND     Edit/Delete Message
Salam mesra buat teman - teman tersayang
Dengarlah ilham ku ini

Anak haruan di hujung kali
Mengikut arus tanpa haluan
Alangkah indah kehidupan ini
Jika ada teman seperjuangan

Ikan piranha tajam giginya
Hati-hati bila tersua
Hati ini semakin ceria
Kerana dapat tempat bercerita

Sayonara....

IP: 161.142.2.11

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 30 Mei 2000 21:56     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
salam sayang pada semua...

invisible: pantun sekadar berpantun..

Air diteguk segar sekali,
Hidangan disantap laparnya belum,
Kalau pungguk menghilang diri,
Bulan tetap mengukir senyum.

Putus terlerai mutiara intan,
Kerana disisih emas terkumpul,
Biar bercerai nyawa di badan,
Ikatan kasih tetapkan unggul.

~~~~~~~~~~~~~~~~

kerzah: Terima kasig kerana menghadirkan diri tuk berkarya lagi..
salam juga buat anda...

DIAMOND:salam sayang yer..
izinkan sue balas pantun anda..

Rendah-rendah pohon kuini,
Lebat daunan rendang ke gua,
Bertambah mulialah perjuangan ini,
Berkat penyertaan anda semua.

Ribut melanda di pagi dini,
Tidak diduga hadir suria,
Kiranya anda ceria di sini,
Kami juga sama bahagia.

salam puisi tuk kalian...

IP: 202.188.106.214

sdrzai
Ahli
dimasukkan pada 31 Mei 2000 01:15     Lihat biodata sdrzai   Hantar emel kepada sdrzai     Edit/Delete Message
Salam ceria buat semua.....
Sue & teman2 karyawan....
+++

Ikan haruan didalam ragi
sajian untuk musafir lalu
rumah puan daku kunjungi
walau untuk menumpang lalu

Sayang Salamah memakai topi
topi dihiasi bunga melati
indah rumah tersusun rapi
Pantun & puisi menambat hati

>>> <<<

IP: 165.21.83.151

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 31 Mei 2000 21:24     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
salam sayang pada semua..

sdrzai: izinkan sue balas pantun tuan hamba..
Begini ya..

Kalau buaya menjadi kayu,
Air yang tenang usah diganggu,
Walau hanya menumpang lalu,
Hamba senang menerima tamu.

Apa rahsia di dalam peti,
Sampai kemari menjaja berlian,
Elok manusia kerana pekerti,
Indah di sini kerana kalian.

IP: 202.188.86.77

kerzah
Ahli setia
dimasukkan pada 31 Mei 2000 22:10     Lihat biodata kerzah   Hantar emel kepada kerzah     Edit/Delete Message

kini bukan rahsia lagi
*************************************

ombak mendengarkan iramanya
malam memancarkan cahaya bulan
di sini kita duduk
melihat Singapura
kau bertanya aku menjawab
aku bertanya kau menjawab

aku cuba mengenalimu
kau mudah mesra
senyumanmu sentiasa terukir
ada kalanya wajahmu serius
namun aku suka melihatnya

sikapmu yang penyayang
memikat hatiku....
sifatmu yang mudah mesra
menambat hatiku....
meskipun aku tahu
kau telah berpunya....

Sukar untuk aku melupakan
senyuman dan lambaianmu
cuba untuk menjauhimu
cuba untuk melupakanmu
cuba rahsiakan perasaanku
biar aku seorang yang mengetahui

tapi kini...
kau tahu aku menyayangimu
bukan lagi rahsia
namun kau menjauhkan dirimu
seperti aku yang bersalah
kerana menyintaimu...

tak sanggup pula
aku kehilangan sahabat
yang penyayang sepertimu...
biarlah kita menjadi kawan
cukup untuk melihat kau gembira...

***************************************
p/s:sentiasa ingin bersamamu ,membuat kau tersenyum ,membesarkan kucing yang kau sayangi,membelai rambutmu,
melihat kau melambaiku,memegang tanganmu,
melihat senyumanmu ketika aku bangun dari tidur,.....................tapi hanya dalam mimpiku.


IP: 161.142.3.18

DIAMOND
Ahli
dimasukkan pada 01 Jun 2000 13:58     Lihat biodata DIAMOND   Hantar emel kepada DIAMOND     Edit/Delete Message
Cahaya suria di pagi hari
Tanda bermulanya mencari rezeki
Apakah penawar sakit di hati
Kerana rasanya sampai ke mati

Suria pagi indah dipandang
Awan berarak menutup mentari
Hati terlilit luka yang panjang
Berkali dimaafkan buat lagi

Suria pagi berganti senja
Senja hilang berganti malam
Ingin aku meninggalkannya
Tapi sayang hanya terpendam

Kepada teman - teman sekalian selamat berkarya.Kepada Sue aku sayang kamu.
Bye-Bye. Sayonara


IP: 161.142.78.82

DIAMOND
Ahli
dimasukkan pada 01 Jun 2000 14:00     Lihat biodata DIAMOND   Hantar emel kepada DIAMOND     Edit/Delete Message
Cahaya suria di pagi hari
Tanda bermulanya mencari rezeki
Apakah penawar sakit di hati
Kerana rasanya sampai ke mati

Suria pagi indah dipandang
Awan berarak menutup mentari
Hati terlilit luka yang panjang
Berkali dimaafkan buat lagi

Suria pagi berganti senja
Senja hilang berganti malam
Ingin aku meninggalkannya
Tapi sayang hanya terpendam

Kepada teman - teman sekalian selamat berkarya.Kepada Sue aku sayang kamu.
Bye-Bye. Sayonara


IP: 161.142.2.11

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 01 Jun 2000 21:37     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayangg ..berbicara lagi...
Hmmmm... malam nie hujan turun sejak siang tadi...

quote:

Nyanyian Resah..

Dipertemuan semusim yang lalu
tercanang nama mu di hatiku
mengutus bisik angin senja
lewat pepohon merendang
bercambah pucuk-pucuk sayang

di tepian batuan pantai
gemuruh ombak mendesir pasir
terbang berhembus bayu malam
mekarlah kuntum-kuntum kasih

di pinggir langit senja merah
pintu hati diketuk resah
getaran rindu menali awan
menangis hati ku bersuara sendu

terintai wajah mu di langit senja
terbayang pilu di kocak air
ku pejam mata menggapai mimpi
sayangnya kabus berarak tiba

dulu kau hulurkan layar sayang
buat kita kemudikan bersama
kini kau tinggalkan selimut rindu
untuk menutup sejuk malam ku

haruman malam tiadalah segar
muncul bulan menyahut rindu
aku pilu bermain kasih
mengintai teduh suara hati mu
telah berkali diri dirantai rindu
apakah hanya aku yang terasa...


kerzah: terima kasih kerana berkongsi karya di sini.. sebuah sajak yang cantikkk..

DIAMOND: sue pun sayang kalian.. pantunnya akan dibalas kemudian nanti ..

Salam puisi buat semuanya...

[This message has been edited by sue_marie (edited 04 Jun 2000).]

IP: 203.106.120.61

kerzah
Ahli setia
dimasukkan pada 01 Jun 2000 22:19     Lihat biodata kerzah   Hantar emel kepada kerzah     Edit/Delete Message

Tangisan
*************************************

Kura-kura mengalirkan air mata
namun tiada siapa yang simpati
Arnab menjulang piala kemenanganya
semua penghuni hutan bersorak
bersorak untuk Arnab
mengejek Kura-kura
Kura-kura menangis lagi....

Kera betina menangis...
Ular Sawa menjelirkan lidahnya
membelit anak Kera...
Kera betina merayu
melihat anaknya menjadi santapan
Kera betina menangis lagi...

Si Ibu mengeluh...
disusukan anaknya...
anak yang lain menangis kelaparan
mata manusia hanya melihat
hati manusia hanya mencaci
si Ibu menadah tangan
meminta simpati...
Si Ibu menangis lagi...


************************************
kerzah---> apa khabar sue?
semoga sihat selalu...



IP: 161.142.3.18

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 02 Jun 2000 12:06     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam sayang buat DIAMOND...
Pe kabar ari nie...
sihat dan ceria hendaknya..
sue nak balas pantun anda yer..

Orang bersiar jangan dikirim,
Bukan penjaja datang berniaga,
Jangan dibiar sakit bermukim,
Lupakan saja dendam yang ada.

Terik suria memancar cahaya,
Suasana indah burung bersiulan,
Kita manusia banyak alpanya,
Hati-hatilah menempuh kehidupan.

Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa,
Orang tak sudi usah dipaksa,
Tabahkan hati hidupkan selesa.

senyum selalu ...

IP: 202.188.113.97

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 02 Jun 2000 15:58     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
Sue maaf lewat kemari

ramai orang pergi mengangguk,
udang di angguk di hujung muara,
bisa kah tersenyum tanpa si Pungguk?
ceria kah sinar tanpa cahaya ?

petik sekuntum bunga melati,
selit ke sanggul si Puteri Jati,
ikatan yang suci hingga ke mati,
hanya nafas penggalang ganti.

Diamond

pecah periuk pecah kuali,
abis bersepah sudah lah tentu,
mencari kenalan ilangkan sepi,
agar duka segera berlalu.

tepak sireh berlesung tiga,
diukir cantik puteri bistari
teruskan cerita hiburkan lara,
buat hiburan dikala sunyi.

Sdrzai

besar sekali ikan tenggiri,
sayang saekor sudah terlepas,
sering lah datang ceriakan diri,
usah dikenang perkara yang lepas.

sampan kolek hanyut ke tepi,
sarat muatan berisi ragi,
puisi dan madah menarik hati,
sekadar hiasan dipersada ini.

salam buat semua nya

IP: 161.142.2.11

syamputra_upm
Ahli setia
dimasukkan pada 02 Jun 2000 16:58     Lihat biodata syamputra_upm   Hantar emel kepada syamputra_upm     Edit/Delete Message
hai..
sue...

nak pergi makan jap..

nanti tolong ajar cara nak lukis gambar sue tu.....

syam teringin...benar nak belajar....cara nak lukis......

tolong yer..

ok..

n

IP: 161.142.112.8

kerzah
Ahli setia
dimasukkan pada 02 Jun 2000 21:51     Lihat biodata kerzah   Hantar emel kepada kerzah     Edit/Delete Message

Ceria
****************************************
Wajahmu nampak murung
kelihatan sedih
seperti dilanda seribu masalah
tapi...
ketika kau senyum
menyegarkan hatiku yang suram.

Kutatap wajahmu dalam photo
masih ada kedukaan
apakah duka itu...
hanya untukmu seorang?

Seringkali aku berangan
setiap hari
membuat kau ketawa...
setiap hari
membuat kau senyum...
sepanjang hayatku
menceriakan hidupmu...
namun, itu hanya mimpiku.

Ternyata kau lebih menyayanginya
aku hanya sahabat
aku hanya kawan
aku hanya teman buatmu.

Kini kau semakin jauh
semoga kedukaanmu hilang
semoga kau ceria selalu
..................................
tapi....
adakah aku akan ceria tanpamu.?
****************************************
Sue---- Cantik lukisan sue...

IP: 202.188.151.204

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 03 Jun 2000 12:09     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
Salam Ceria di hari cuti..

inv: hmmm.. takperlah.. kita teruskan karya yer..

Pakai baju berwarna merah,
Jalan-jalan sambil berlengguk,
Pincanglah lagu tanpa irama,
Begitulah bulan tanpa sipungguk.

Terbang tinggi siburung nuri,
Hinggap mari di dahan lentik,
Ikatan sejati bersimpul duri,
Hati teruji setiap detik.

~~~~~~~~~~~~

syamputra: hai syam.. nak minta sue ajar lukis gambar sue? alahai.. gambar sue mane pulak nie.. kalau yang kat depan topik nie, tue bukannya gambar sue.. itu hanya sebuah potreat biasa aje.. ishh.. tak mampulah sue nak lukis gambar sendiri..
kalau syam nak belajar lukis..boleh tapi sue tak reti nak ajar dalam alam cyber nie.. heheh..
tapi aper2 pun sue lukis semua tue menggunakan perisian Adobe Photoshop.. dulu sue guna paint brush tapi warnanya susah nak serasikan.. baguslah kalau syam minat melukis.. bolehlah join kat lukis jangan tak lukis topik nsr tue.. kenelah rajin2 mencuba baru dapat hasilnya.. melukis nie seronok sebenarnya.. dapat menenangkan jiwa, kadang2 perasaan boleh disampaikan melalui seni karya samada melalui lukisan dll.
syam kalau ade aper2 nak tanya.. silakan, kita kongsikan bersama yer..
ok..selamat mencuba sekali maju terus maju..

~~~~~~~~~~~

kerzah: terima kasih ..lukisan sue sebenarnya taklah cantik sangat.. sekadar memeriahkan suasana, bolehlah.. kerzah tak nak melukis?.. cubalah..
hmmm.. sajak anda semakin halus dan bermakna.. cantikk sekali! teruskan..

salam puisi ..

[This message has been edited by sue_marie (edited 03 Jun 2000).]

IP: 202.188.106.137

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 03 Jun 2000 12:51     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
Salam kembali Sue
tak kemana˛ ke dihari cuti nih ?

jalan jalan ke Padang Kota,
sambil menghirup sesegar udara,
cacat lah lagu tanpa senikata,
hilang lah irama tanpa musiknya.

ramai orang pergi ke Siam,
cari baju buat pakaian,
hati teruji mengimbau kesetiaan,
jiwa serakah menguji keimanan.

"SELAMAT BERCUTI" buat sue dan teman2 yang lain

IP: 161.142.2.11

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 03 Jun 2000 22:58     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
salam puisi dan terima kasih..
ketemu lagi..

inv..: sue tak kemana2 semasa bercuti.. duk rumah jer...

Dalam diam hati berjuang,
Mencari jalan dengan berfikir,
Menunggu malam sedari siang,
Sayangnya hujan turun membanjir.

Hujan batu melanda desa,
Budak bermain di masa ribut,
Kenapa hati ku resah gelisah,
Mendengar angin bersorak lembut.

IP: 202.188.43.224

syamputra_upm
Ahli setia
dimasukkan pada 04 Jun 2000 12:45     Lihat biodata syamputra_upm   Hantar emel kepada syamputra_upm     Edit/Delete Message
hai...
sue....syam dah cuba potoshop..tapi tak dapat pun nak buat macam tu...

syam nak cuba painter lak..

sorry sebab jadikan ruang mimbar sue sebagai..tempat.....bertanya...

syam tertarik nak lukis pemandangan..

nanti kalau dah siap lukisan..syam bolehlah masuk....ruangan nsr tu...

oklah sue..

selamat berkarya..


n

IP: 161.142.112.8

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 04 Jun 2000 13:10     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
Salam buat Sue - kembali lagi

sampan kecil muatan berangan,
sampan menuju ke Inderaloka,
Sue,airmata dibuang jangan,
hanya menambah sebak terluka.

mendung beredar cuaca redup,
gerimis turun diwaktu senja,
resah gelisah perjalanan hidup,
hilang kabus tampak lah dia.

kembali lagi nanti

IP: 161.142.2.11

Decinna19
Ahli setia
dimasukkan pada 04 Jun 2000 17:34     Lihat biodata Decinna19     Edit/Delete Message
Assalamualaikum..

em..

keinginan yang tak pasti
adalah satu fantasi
yang dicipta oleh manusia
yang leka dengan awangan hidup
padahal masih belum terbukti
detik benar adalah nyata

Engkau menyusur sisi pantai
dengan lamunan mu
panjang sekali renungan mu
hingga kau lupa
senja mula membilang
jejak mu..

dan hari ini
aku perhatikan mega yang hilang
tanpa kau menjadi pemerhati..

Sue_marie : kadangkala pergorbanan itu sesuatu yang indah.. namun banyak yang melihat dengan kelukaa. Begitu juga meluahkan sesuatu perkara perlu menjaga hati sesorang. Jangan sampai terguris.. pedihnya siapa tahu..tak begitu.


IP: 203.106.86.224

Decinna19
Ahli setia
dimasukkan pada 04 Jun 2000 17:51     Lihat biodata Decinna19     Edit/Delete Message
tebang dahan berbunga meranti
mencari tiang tegak berlima
usah difikirkan soal hati
kelak sembilu meluluh jiwa

pantun lama warisan kita
lemah gemalai bicara bergema
hati gelisah berbisik kata
angin mendesah bersoal cinta

daun palas di buat ketupat
raya menanti musim berganti
soal hati sukar dilihat
bagai manikan dengan jauhari

IP: 203.106.86.224

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 04 Jun 2000 18:51     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
testing 1 2 3

IP: 202.188.42.219

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 04 Jun 2000 19:02     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
salam sayangg..

inv: ketemu lagi dalam pantun seterusnya yer..

Apa dipandang kepada angin,
Angin diutus membisik hati,
Ku tenun benang menjadi kain,
Tapi terputus tenun tak jadi.

Alang-alang pergi menjala,
Kalau tidak membawa tali,
Benang yang putus disimpul semula,
Silap sedikit terlerai kembali.

IP: 202.188.65.94

invisible
Ahli setia
dimasukkan pada 05 Jun 2000 18:01     Lihat biodata invisible   Hantar emel kepada invisible     Edit/Delete Message
salam bergema lagi disini

jika puan pergi ke anjung,
jangan lupa berjalan lurus,
benang yang putus bisa disambung,
hati yang rajuk susah di urus.

waktu petang pergi berenang,
mandi mandi ke Tanjung Jati,
kena berhati mengikat benang,
di simpul mati lekat ke hati.

salam

IP: 203.106.109.164

sue_marie
Ahli setia
dimasukkan pada 05 Jun 2000 18:31     Lihat biodata sue_marie   Hantar emel kepada sue_marie     Edit/Delete Message
salam ketemu lagi..
terima kasih inv..
sue nak pantun lagi yer..

Waktu petang asyik ku duduk,
Melihat mentari di tutup awan,
Jauh terlayang sikain buruk,
Membawa diri tanpa haluan.

Patut ku tahan simatahari,
Biar nanti bulan merajuk,
Tersangkut di dahan tercarik lagi,
Gitulah resmi sikain buruk.

IP: 203.106.120.69

Pengendali sahaja: Tutup topik | Padam topik
*Sekiranya anda ingin mesej ini ditutup, sila hubungi pengendali.
Jalan pintas masuk ke:

Melayu.com dan Melayu.net diasaskan oleh hulks dan selemann.
© Melayu.com 1998-2000.