Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Masukkan Topik Baru  Jawab Mesej Ini
  Melayu.com: Sembang2
  Sembang-Karya
  Cuba-cuba Berpuisi/Pantun PULA 3!!

profail | daftar | opsyen | sol | carian
Nama Mesej
sue_marie dimasukkan pada: 26-10-99 14:49 MST   Klik
 di sini untuk profail sue_marie   Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie   Edit Mesej Anda
Salam sayangg semua sayangg..!!

Cuba berpuisi/pantun PULA 2!! telah mencapai mesej yang di tetapkan... oleh itu apa kata kita teruskan di ruangan ini pula..
sebagai pembuka, sue nak balas puisi/pantun dalam topik yang lepas..
izinkan sue mulakan mesej pendahuluan..

Helang_Merah...
Dengar yea pantun dari sue..

Haruman segar air di sawah,
Perdunya kini ditandang salju,
Senyuman mekar di bibir merkah,
Syadunya hati melayang rindu.

Tidaklah masa ditilik gundah,
Kerana kasihan malam rinduan,
Ada rahsia di balik madah,
Ada tangisan dalam senyuman!

salam puisi..

Helang_Merah dimasukkan pada: 26-10-99 15:16 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
Salam puisi buat sue
maaf ....
hampir hampir hilang jalan pulang nya
udara berkabus agak tebal

melati sendu didahan pauh
melayang garuda tentu ke kuala
hati rindu pada yang jauh
terbayang dimata waktu bercanda

kesan ditasik, kolam dijaga
ungkap pantun dahulu lagi
tangisan berbisik dimalam gelita
mekar menguntum diwaktu pagi

ceria selalu

sue_marie dimasukkan pada: 26-10-99 15:20 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
6tolak6....
kopivosian doid diau..

Hening malam di ranjang sepi
kita sama-sama merenung langit
walau bumi kita dijarakkan
langitnya tetap sama....

kita memandang kepada seri bulan yang satu
bintang-bintang yang berkerlipan ...
cantik sekali
tapi bukan untuk ku
kerana aku tidak pernah berjanji pada bintang

saban hari ingin ku susuri
rekahan malam yang sepi
dan akhirnya...
aku turut menjadi perindu malam
tak ubah pula ...
sebagai seorang prajaka mimpi..!!

kotohuadan....byeee

sue_marie dimasukkan pada: 26-10-99 21:58 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam puisi...

Bicara buat seorang temannn..

Temannn...
ooh!..kejamkah aku ini..
sehingga membuat orang lain rasa berdosa

patah dayung pilu mu
ada dayung lain menanti...
sedang patahnya dayung rinduku
akan karamlah aku dilambung badai

ketika ku sahut lagu rindu sendu mu
pantai kita sering diamuk rindu
tapi pantai aku tidak berpelabuhan
sedangkan kapalmu akan belayar
dan akan tiba ke pelabuhannya nanti

temannn...
pantun mu.. madah mu.. gurindam mu..
dan tutur suara hati mu
akan menjadi bekalan rinduku yang sepi kelak

mampukah aku mengharung semua itu..??
mampukah aku menyusur pantai ku ini..?
aduuhhh!...akan bersimbahlah air mata
di pesisir pantai ku
akan bermandilah lautan biru itu
dengan darah rindu ku..
yang tumpah keluhan rasa seorang perempuan

lukisan rindu
yang kita lakar dipesisir pantai
akan tetap ku jaga
tidak ku rela dihakis gelora laut
bicara rindu kita akan ku sangkutkan
pada dedaun di pohon
bila angin berhembus nanti
dedaun akan bergoyang mengalun irama
dan berbisiklah kepada mu..
getaran rindu kita yang dijarakkan oleh keadaan
dan dedaun yang gugur..
akan ku kutip
dan ku simpan di saku memori

sesungguhnya temannn..
aku kini menjadi penghitung masa
membilang hari-hari pelayaran sebuah kapal
yang akan meninggalkan pantai ini
untuk menuju ke pelabuhan yang tetap

temannn..
usah persalahkan dirimu
pasrahlah kepada keadaan
aku sebenarnya tidak menyalahkan sesiapa
canda mu nan mesra..
bersatu dalam rindu..
bertamu dalam diri..

terima kasih juga buat temannn..
kerana mengizinkan aku
bermanja dengan madah bicara mu
berkhayal dengan puisi mu
dan lena bersama mimpi mu

sesungguhnya gembira mu
adalah kerana ceria mu
terima kasih juga
kerana membiarkan ketukan ku
terus berlagu di pintu mu
maafkan aku temannn
kerana membiarkan air mata ini menitis
tidak ku hirau jiwa ku menangis
tidak ku endah sukma ku terhiris
segenggam duka ini
sebenarnya adalah mahu ku

maafkan aku temannn..
kuntum-kuntum nasihat yang kau sembah
tetap ku hargai..
akan ku buat pembalut harapan ini
andai kapal itu tidak lagi berpatah
ke pengkalan ini..
sekali lagi aku mohon maaf
kesilapan yang teranyam
sebenarnya adalah kehendak takdir
jangan pula pengertian teman itu
umpama retak menanti belah
sesungguhnya ...
pengertian seorang 'teman'
adalah lebih murni dari seorang 'kekasih'

Terima kasih kerana menganggap aku sebagai temann seperbicara mu..!!


[Mesej ini telah diubah suai oleh sue_marie (pada 26-10-99).]

polong dimasukkan pada: 27-10-99 05:33 MST     Klik di sini untuk profail polong  Klik di sini untuk menghantar email kepada polong     Edit Mesej Anda
musafir kelana singgah dipelabuhan,
pelabuhan sunyi indah sekali,
sampai masa saat perpisahan,
memupuk janji teman sejati,

teman seperbicara jangan bersedih,
ketika kapal meninggal pelabuhan,
murninya "teman" dari "kekasih"
akan kekal sepanjang zaman,

persahabatan ini teman sejati,
tetapku pupuk tetap ku jaga,
dengan jujur dan ikhlas hati,
teman bicara mewangi selama,

bicara hamba musafir lalu,
jangan bersedih usahlah pilu
senyum selalu ubatlah dukamu,
teman disamping setia menyokongmu,

kacih ditima
dan tima kacih kembali
kerana mengerti,

invisible dimasukkan pada: 27-10-99 10:07 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
salam semua nya
sue dan polong ....

polong...tahniah kerana menjadi juara minggu ketiga ....

emmmm ...numpang lalu aje ni ....

gegak gempita orang menari
berlenggang lengguk tawa ceria
teman sejati susah dicari
teman penghibur selalu menjelma

gunung daik indah tanah nya
tempat orang memadu janji
jangan pinggirkan kemesraan yang ada
terus berteman di persada ini

waktu petang berjalan ke pekan
sambil membeli petola dan peria
perkara yang kecil usah dibesarkan
maaf bermaafan , kembali ceria

permisi yer ...
salam buat sue dan polong

sue_marie dimasukkan pada: 27-10-99 12:48 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Helang_Merah..
Maaf ye..HM, terlewat balas pantun ..
begini pantun sue..

Cintakan pantun itulah seni,
Warisan budaya zaman dahulu,
Rindu dilamun usirlah pergi,
Titipkan saja di angin lalu.

Pantai bersih indah sekali,
Madah bersenda berlagu sedih,
Mengintai kasih rindu di hati,
Gundah senada kalbu merintih.

Terima kasih...

Helang_Merah dimasukkan pada: 27-10-99 13:07 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
ok sue...takpe lewat
asalkan cepat

mudik sampan arah ke hulu
sarat muatan biji selasih
rindu menggebu diangin lalu
singgah sebentar mencari kasih

teratai selasih debunga peria
membiru pagi diraba kelu
intai lah kasih berbunga ceria
rindu dihari segera berlalu

tak sebuk ke hari ni
sama sama

sue_marie dimasukkan pada: 27-10-99 13:15 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam puisi...
bicara buat seorang temannn..

Sehiba mana madah mu ...
sepilu mana puisi mu..
seharu mana pantun mu..
sesenyap mana bicara mu...
akan tetap ku damba..
akan tetap ku nanti..
akan tetap ku impi..
akan tetap bersemi..
tanpa noda dan dusta
kerana kejujuran dan keikhlasan
adalah lahir dari hati dan niat yang suci bersih
menyelubungi segalanya..

hmmmm..

Angan berlalu tinggallah mimpi,
Segar tak luput indah dibelai,
Jangan terlalu merendah diri,
Agar yang kusut mudah terlerai!

Tidaklah rendah kayu di hutan,
Rata berseni urat di batang,
Semoga indah hidup mu teman,
Hamba di sini usah dibimbang!

terima kasih sekali lagi...


sue_marie dimasukkan pada: 27-10-99 18:52 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
invisible...
salam puisi..
begini inv...

Merayu kasih tiada gerangan,
Rindulah jiwa disapa bayangan,
Tidak disisih mesranya teman,
Siapalah hamba tanpa kalian!!

Kasih ku sua datang menjelma,
Bimbang ku jatuh terkulai layu,
Sedar ku jua dagang ku hina,
Menumpang teduh bumi Melayu!!

hmm.. ndak apa2 an..

invisible dimasukkan pada: 27-10-99 19:31 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
emmm...
hai sue apa kabar?
salam puisi....

gunung daik bercabang tiga
tampak dari pulau sumatera
teman berteman sapa menyapa
datang bercanda mengukir ceria

jangan lupa berbudi bahasa
agar diri dikenang sentiasa
kita insan sama sahaja
menumpang lalu hanya sementara

heheheh ...jumpa lagi....

JinAir dimasukkan pada: 28-10-99 08:52 MST     Klik di sini untuk profail JinAir  Klik di sini untuk menghantar email kepada JinAir     Edit Mesej Anda
kekekekekekekeee eloooooo kengkawan

eerrr geng...

eerrrr jika hiba madah mu, itu bukan salah ku
eerrrr jika pilu puisi mu, itu bukan salah ku
eerrr jika haru pantun mu, itu bukan salah ku
err jika senyap bicara mu, itu bukan salah ku
pasal baru hari ini aku langkah kesini

oooiittt aku tak pernah noda lagi dusta
aku jujur dan ikhlas tarak auta
eerrrrr aku kerja jauh berhari-hari
minggu depan aku pergi lagi
sedih ooitttt dikala sepi
teringat kat geng dalam topik sue_marie nie

kekekekekeekekeee

gadis_dusun dimasukkan pada: 28-10-99 12:03 MST     Klik di sini untuk profail gadis_dusun  Klik di sini untuk menghantar email kepada gadis_dusun     Edit Mesej Anda
Helang_Merah...
Salam pantun...
Izinkan gadis membalas pantun Helang..
Boleh?..

Kasih terhampar berbaur sedih,
Helang di perdu datang meredah,
Singgah sebentar mencari kasih,
Menghilang rindu d dalam madah.

Buih meniti hingga ke hulu,
Daun selasih dibuat baja,
Rindu di hati segera berlalu,
Kalau kasih dapat dimanja.

Ok tak..

Helang_Merah dimasukkan pada: 28-10-99 13:02 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
Jawab lah Sue ....selagi sue masih sudi
apa kabar hari ni Sue ?

selasih dipetik dianjung maya
madah di kirim memburai sendu
kasih berputik di hujung dunia
madah dikirim melerai rindu

kelu teratai didanau toba
mentimun mekar mencarik kangen
rindu mengapai mendengar suara
senyum terukir dilirik jelingan

) jumpa lagi...

sue_marie dimasukkan pada: 28-10-99 13:26 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
invisible...
hmm.. salam ketemu lagi ..
dah makan?

Lirik sekali sepinya tinta,
Kata berkala di laman warkah,
Asyik sekali canda bersapa,
Tata susila jangan disergah.

Kalau rahsia dijaga tidak,
Gugur bertabur berkerat-kerat,
Kita manusia alpanya banyak,
Tegur menegur ingat beringat!

salam permisi..

Muhammad74 dimasukkan pada: 28-10-99 13:41 MST     Klik di sini untuk profail Muhammad74  Klik di sini untuk menghantar email kepada Muhammad74     Edit Mesej Anda
Assalamualaikum..
apa kahabar sue_marie
mana kupera.. lama tak namapak
dan pada mereka
yang belum saya kenala..

Angin entah mana menghilang
kaku membiarkan rapuh
hujung kaki menghayun lemah
dalam reumatik menyerang diri
masih kah mampu angin menujah
selaput hati manusia
seperti ku
masih tergamam dengan kiasan bahasa mu
entahlah
bilakah mampu aku singkirkan rasa pedih ini

Angin masih berhembus lembut
hingga gementar di hujung ranting
seakan terasa kucahan di dada ini, mengapa?

Entahlah... mengapa ilusi itu terus kuhayati
kuselami
kujiwai
dalam sufi alam bersatu
entah mengapa
aku terdengar suara-suara ramah
menampar gegendang ku

'Pulanglah sebelum mega menarik tirai,
pulanglah sebelum angin mengajak sandiwara,
pulanglah sebelum waktu mu hilang dengan membawa dosa'
dan
suara itu hilang...
di bawa angin semilir ke hulu...

#############@###############

ini saja yang terampu saya
berikan utk tatapan semua..

sue_marie dimasukkan pada: 28-10-99 14:18 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
JinAir....
Haiii...lamanya tidak mendengar pantun gurindam dari teman seorang ni..
hehehehe..ape kabarnya??
sue ..sihat juga makasih..

Bukan Jin sebarang Jin,
Jinair empunya cerita,
Bukan main sebarang main,
Main air si air mata!

Aku tidak pernah menuduh...
Aku tidak pernah melulu..
Malah aku bahagia
Kerana hadir itu menyimbah bahagia
Menambah ceria masa bersama..

tapi..
Kata minggu depan pergi lagi..
Dikau sedih .. aku pun sedih..
Ooh!.. jangan tinggal daku..!!

Hehehehheheheeehhhehe...

invisible dimasukkan pada: 28-10-99 18:08 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
salam kembali sue

sila bersila ditempat sunyi
guntur menerpa kuat ke hulu
tata susila penambat hati
tegur menyapa amat lah perlu

kendi di ukir bertatah hujung
kendi bertaut debu dilayang
budi sedikit rasa nak junjung
hati terpaut rindu membayang

salam kembali ni ....

sue_marie dimasukkan pada: 28-10-99 22:37 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam Muhammad74...
sue khabarnya baik juga..terima kasih
hmm.. salam puisi.

Kita ssesama menghayati..
kita sama-sama menyelami
kita sama-sama menjiwai
apa itu ilusi..??

suara ramah yang bergema..
mengajak hembusan angin bersandiwara
angin terus berhembus lembut
dan hembusannya yang lembut
bisa berkucah di dada
bisa gementar reranting

lalu hayunan kaki menjadi lemah?
kau dan aku adalah insan yang sama(barangkali?)
ingin menyisih rasa pedih..
apakah kita mampu..???

nak pantun skit...

Cahaya indah dapatku tembusi,
Meredah pelangi di tepi pintu,
Apa indahnya suatu ilusi?
Indahlah lagi realiti itu.

terima kasih kerana mampu menghasilkan sesuatu yang terindah buat renungan bersama..

kupera dimasukkan pada: 29-10-99 01:13 MST     Klik di sini untuk profail kupera  Klik di sini untuk menghantar email kepada kupera     Edit Mesej Anda
Salam buat sue dan semuanya ....
en.muhamad...kupera masih ada ni ... emmm

indah ada lah budi
cantek ada lah bahasa
dan rindu ...dalam kesepian

lelagu sebuah rindu
pada jari jemari lembut mu
ada lah sebuah harapan
yang membanjiri sepi diri
dan sebuah tautan
untuk senyum yang terukir
dan rindu....bergema lagi
dan sayang...merangkak lagi
dan hati ....masih terpinggir

) salam buat en.muhamad dan semua yang ada disini .....bye

[Mesej ini telah diubah suai oleh kupera (pada 29-10-99).]

sue_marie dimasukkan pada: 29-10-99 18:13 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
invisible...
salam pantun..

Subuh menyeri di awal pagi,
Wajah gundah beranjak pergi,
Bila diri dibalut budi,
Terserlah indah hiasan diri.

Kalau melati baru dipetik,
Di luar pagar subur semalu,
Kalau di hati rindu berputik,
Usah dibiar berkubur pilu.

terima kasih

sue_marie dimasukkan pada: 29-10-99 18:29 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
kupera....
salam puisi..

Dari sebuah kamar..
terkuaklah jendela hati
dari simpuh yang tersusun sopan
NOSTALGIA kembali basah..?

sebuah potreat menguntum senyum
menilai layaknya diri sendiri
mengutip jejak-jejak yang datang
atau tertinggal di pesisir pantai

dalam persatuan menghitung
butir-butir pasir di pantai
bergelut dalam resah
antara dua persimpangan..!!
di manakah arah harus ku tuju..??

terima kasih..

invisible dimasukkan pada: 29-10-99 22:45 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
salam pantun gak ni
sue ... tak deman kan ?

kelapa mayang dibawa ke puri
puri berbukit tergadai nyawa
apa lah yang ada kepada budi
budi sedikit tak sampai kemana

sedu mengilai membara dihati
tertitip selasih dalam bayangan
rindu terbelai di bawa mimpi
berputik kasih ditaman larangan

salam puisi buat sue

6tolak6 dimasukkan pada: 30-10-99 03:32 MST     Klik di sini untuk profail 6tolak6    Edit Mesej Anda
kopivosian dan salam pada sue marie, dan semua.

nak tumpang lalu...
tumpang lalu? semua...

satu waktu

Masa itu datang
dengan penuh misteri
ibarat meneka jirim-jirim
di balik kain hitam
seorang pemain silap mata.
Penuh pesona dan tarikan.

kehadapan yang berjiwa dan berperasaan
ambillah potret ini,
hasil tangan ku sendiri.

maaf kiranya,
sepasang matanya
kelihatan hitam dan keliru,
bisa menjadikan kau tertanya-tanya,

ia cuma renungan biasa,
dari seorang yang baru belajar memahami
dan cuba mengerti,
makna disebalik tafsiran,
tersirat disebalik tersurat,
di dalam kata dan perbualan
antara biasa dan teristimewa.

Hmmm... jangan dipedulikan jua,
sedikit coretan di pinggir potret itu,
"kenapa senyummu terukir bersama merah di pipi".

ia sekadar coretan tangan ini,
bukan pertanyaan hati ini.

terasa sunyinya pagi dini
tiada suara-suara...
sunyinya pagi ini,
tiada teman-teman.....

(~_~)
hmmmm.... baik pergi tidur... hik

sue_marie dimasukkan pada: 30-10-99 16:44 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Invisible..
Salam pantun...
onu abal? (apa khabar?)
sue balas pantun ye..maaf terlewat..

Berkebun ubi dibatas sayur,
Bukan mengharap beras di huma,
Segunung budi ikhlas ditabur,
Bukan mengharap balasan cuma.

Kelip ku harap menjadi api,
Api tiada pelita ku bawa,
Apa di harap tandangnya mimpi,
Bila terjaga lenyaplah juga.

hmmm..

invisible dimasukkan pada: 30-10-99 19:54 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
Salam puisi dan ketemu lagi disore ini

baik sue.....

bunyi dengkur mimpi berteman
temu dirakit bergelut rintihan
budi ditabur penyeri kemesraan
senyum di ukir meluput keresahan

api di ubir dekatkan kenangan
kala bersua senyum di mimpi
mimpi ku tabir dakapan bayangan
bila terjaga tersenyum sendiri

salam ....

sue_marie dimasukkan pada: 30-10-99 21:02 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Invisible....
Salam hujan deh..
kat sini dah banjir daa..

Hujan berlari mega gelisah,
Air di kali dituba bisa,
Senyum penyeri segala resah,
Mesra sekali bila bercanda.

Ku himpun seni warisan pena,
buat menitis surat selaman,
Walaupun mimpi lukisan lena,
Tetap manis dibuat kenangan.

selamat malam ...

sue_marie dimasukkan pada: 30-10-99 21:53 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam puisi di malam ini...
6tolak6...hmmm..terima kasih buat teman ...
kalau ada kesempatan jangan sekadar tumpang lalu je..tumpangkan kami karya mu nan indah itu..

~~~~~~~~~~~

buat yang mengerti bicara ini......

Tika bicara mu datang...
menyapa segenap ruang hati ..
gugurlah resah menyelimuti diri
terpaku mata menilai tutur
meminggir duka diselam pilu
gundahlah jiwa dalam debaran
berlabuhlah rindu membara gelora
mengamuklah sukma minta dimanja

apakah itu satu pesona..
apakah itu satu godaan..
apakah itu satu relaan..
apakah itu satu igauan..
apakah cuma satu khayalan..
atau cuma satu candaan..

buat yang kesekian waktu
dunia terus bergolak
badai pun terus mengucup bibir pantai
entahlah apa akan terjadi
bila pantai sepi
dari rakusnya ombak-ombak
yang menjilat dan meratah pepasir kerdil

pastinya...
rindu datang lagi... dan lagi...
mengetuk2 setiap dahan kasih
gugurlah kelopak bersama seri harumnya
mewangi dan mempesona
mengepung kejujuran dan kesetiaan
mewarnai ketulusan bicara tanpa suara
yang kini jarang ku dengar rentaknya

namun...
tidak tahu sampai bila???
haruskah dinanti kilauan kasih itu..
atau...
masih belum pasti
cinta kasih dan rindu itu
milik siapa sebenarnya..?

dulu dan kini..
di tabir malam ini
ada renda-renda yang tersulam
melakar sepi antara keliru
menjadikan aku perindu malam..
yang cuba sembunyikan cemburu
pada pantai dan ombak

maafkan aku
ingin sekali ku jamah tutur madah mu
ingin sekali ku rangkaikan percantumannya
dalam rangkulan irama rinduku
agar robek hatiku tidak sampai kemana

dan...
jika pelayaran itu akan bermula
jauh dari pantai hati
membawa sepi impian indah
tinggal pepasir dalam kesepian
menanti hari esok penuh sangsi
kerana esok tidak menjanjikan apa-apa
yang tinggal aku kehilangan
menahan hempasan ombak duka
tatkala diusik kenangan
rindu tetap berlagu..
walau dalam pilu
sebab rindu itu kita yang cipta
tanpa kita sedari...
andai tiada lagi kata-kata ini
bermakna terkuburlah bersama lilin malam...

terima kasih ...


invisible dimasukkan pada: 31-10-99 12:43 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
Sue...dah ada payung ke?
atau nak guna Daun Pisang ni ?

datang bertandang rasa nikmat
ke lebur titi bawa basahan
hujan datang membawa rahmat
terhibur hati dengar rintikan

sinis lakaran panahan mimpi
rindu bayangan dalam menungan
manis ukiran dikamar hati
terpaku kenangan dalam lamunan

heheheh.....

sue_marie dimasukkan pada: 31-10-99 17:56 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Invisible...
Salam pantun kembali lagi...

Tidak bertepi rinduku ini,
Tidak tertahan melayan angan,
Di kala sepi merenung sunyi,
Datangnya hujan dibuat teman.

Duduknya gundah dara menenun,
Jarum terlayang darah tertitis,
Alangkah indah saat melamun,
Asyik terbayang kenangan manis.

Tak hujan ke kat situ? sini banjir bah!.. isk..

invisible dimasukkan pada: 31-10-99 18:56 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
salam kembali buat sue ...

jalan jalan di tepi kuburan
menyapa seorang gadis pemalu
hujan datang membawa kabaran
berita gembira dimalam syahdu

waktu sore jalan ke Pekan
niat dihati makan cepati
kenangan manis sukar dilupakan
sering terbayang waktu sendiri

byee..........

JinAir dimasukkan pada: 01-11-99 08:52 MST     Klik di sini untuk profail JinAir  Klik di sini untuk menghantar email kepada JinAir     Edit Mesej Anda
kekekekekekeee eerr eloooo kengkawan

eerr JinAir ngerti cara sendiri...

eerrrr bicara JinAir biasa aje
tak hajat yang jahat yang baik jua aje
bahasa JinAir yang simple aje
of course tak sehebat yang empunya cerita
bab rindu gelora, amuk dimanja
eerrr JinAir tak biasa

pesona yang JinAir tahu sebuah skuter
godaan tak tahu yang tahu gado-gado aje
rela tak tahu yang tahu paksa rela aje
igauan tak tahu yang tahu nightmare aje
khayalan tak tahu yang tahu high aje
candaan tak tahu yang tahu cendol aje

pantai dan ombak tetap akan menari
yang JinAir pasti rindu tetap kemari
temu tak temu rindu tak pernah ngerti
bagi mamat dan minah haru biru jadi
cemburu perasaan pilihan sendiri
tak cemburu pun perasaan pilihan sendiri

rindu...eerrrr aisey call masuk minta pergi
JinAir nak mintak mempergikan diri
eerrr lepas seminggu kita jumpa lagi
eerrr kalau ada silap eerr i am sorry
yang tak sengaja takpe yang sengaja sorry
aisey jauh nampaknya nak jalan kaki ish ish

kekekekekekekeee bye sue_marie dan yang lain sekali

Muhammad74 dimasukkan pada: 01-11-99 13:20 MST     Klik di sini untuk profail Muhammad74  Klik di sini untuk menghantar email kepada Muhammad74     Edit Mesej Anda
Terlukis warna maya pada
di ikatan rona hidup
garisan lintang halus
menghujani daerahmu
pun begitu kau setia mengelak,
hanya menambah bicara dan menologmu
aku asyikkan dengan
tutupan mata hati
dengan rasa keinginan luahanmu
dengan rasa puas menyentuh atmamu
...seterusnya nyawa ku
...jasadku bangun kembali
bila baitmu
menongkah gerak hati

Telah luas daerahmu ku jejaki
telah jauh perjalanan ku jelajahi
hanya kerana mencarimu
hilang bila ku seru nama mu
hingga aku tersasar
sebentar menahan
benteng asakan dari
teman yang belum mengerti
perjuangan maruah...

Sudahlah gadis, sudahlah jalanmu
janganlah kau membawa secebis
kemurungan di laut fikirmu
aku masih meneroka kota hatimu
masih ingin menatap renunganmu
masih percaya kau tetap sudi di sini.

###########################

apa khabar semua ...
salam puisi buat semua

invisible dimasukkan pada: 01-11-99 16:33 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda

dari kemelut cinta terdampar
dan langkah langkah..
terpijak duri
berhenti sejenak
menyapu keringat didahi
dan penat menyapa
tertikam sembilu tajam
di pinggir muara kasih
yang sunyi dan sepi

pada siulan beburung
dan desir ombak
memukul pantai
terbawa ukiran senyum mu
datang dan pergi
bersilih ganti
dan dikamar ini
aku masih merenung
hari hari berlalu
saperti yang pergi
dan tiada pernah menemui
jalan pulang nya
dan hanyut
di celah celah keperitan
dan kepedihan yang terluka
dan senyum ini....
mengamit kerinduan
pada kasih yang terdampar

inv ....

sue_marie dimasukkan pada: 01-11-99 17:48 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Invisible...
sue mohon membalas pantun inv semalam..
tak sempat pula nanti..maaf terlewat..
Begini ye...

Terdampar pilu tika beradu,
Menempuh cerita di alam maya,
Khabar berlagu di malam syadu,
Jauh di mata bertemu di karya.

Sepanjang-panjang talinya benang,
Benang ditepis berbelit-belit,
Hendak di kenang hendak dibayang,
Kenangan manis duka berselit.

terima kasih!

sue_marie dimasukkan pada: 01-11-99 21:33 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam puisi buat Muhammad74...
dan Inv....
apa khabar kalian..?

Untuk apakah kehadiran ini..
sewaktu kehangatan mentari siang
serba salah menghantui
aku terpaku keresahan
di ufuk senja nan memerah
merentasi peradaban lelangit

ku susuri dengan mata dan hati
ku sulami dengan tuturan jemari
terasa damai dan tenang
disembah karya dan candaan
yang dititip bersama bayu berhembus
jauh dan dekat

hari-hari yang ku tempohi
hanya bertemakan
resah di dalam rindu..
sendu di tengah damai..
setenang angin malam melewati senja!

terima kasih kerana sudi berbicara...

invisible dimasukkan pada: 01-11-99 22:42 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
kabar baik deh ...
tentu nya dah makan ni?

pauh melata dikolam iringan
tekat melati lebar bertepi
jauh dimata dalam menungan
dekat dihati debar menanti

antah padi asak berangan
cupin terbenam dibenting banang
patah hati usah dikenang
semakin dikenang semakin berlinang


sue_marie dimasukkan pada: 02-11-99 12:55 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
JinAir....
Haiii... ellooo...hmmmmm!!!
Salammm buat teman ku ini...

Pepagi hari dingin sekali
duduk melamun seorang diri
terkenang kenkawan sedang menanti
baru tersedar hamba bermimpi

ku buka PC ingin mengintai
ruangan sendiri mahu dibuka
tengok-tengok kalau mesej dah bertambah
ada mesej baru boleh ku sapa

alahai JinAir teman yang setia
sedari dulu rela bersama
gelak tawanya tetap ceria
walau tak ku kenal siapa dia

membaca mesejnya gembira terasa
sayangnya JinAir tak selalu bersama
kerana tugasan empunya cerita
melangkah pergi bukan sengaja

sedih dan rindu kini kenbali
JinAir menghilang seminggu lagi
Mengharap hari kan cepat berganti
agar kita semua bersatu di sini..

hehehhehheee...

sue_marie dimasukkan pada: 02-11-99 13:09 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Invisible....
Salam di hari ini..
Apa khabarnya..

Sinar pelangi meniti indah,
Bukan menyisih kelibat merpati,
Debar di hati menanti madah,
Pantun puisi penambat hati.

Begini..

Patahnya hati tidak ku rindu,
Rakan yang ada ku buat sandaran,
Kenangan ku ini berentak sendu,
Jangan pula disalah tafsirkan.

Terima kasih kerana tetap setia bersama..

invisible dimasukkan pada: 02-11-99 21:10 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
kabar baik deh ...
maaf sue baru kesempatan kemari ni
.... apa kabar sue ?

bukan gentar sebarang gentar
gentar ke tepi rindu dugaan
bukan debar sebarang debar
debar menanti menunggu jawapan

begini sue ...

berangan kembang berbuah diKedah
Tebu Meranti di urus mertua
jangan bimbang meluahkan madah
rindu dihati teruskan saja

emmmmm faham deh ....

6tolak6 dimasukkan pada: 03-11-99 01:10 MST     Klik di sini untuk profail 6tolak6    Edit Mesej Anda
kopivosian...
salam pada tuan rumah --> sue marie
salam pada tetamu --> Helang_Merah, polong, invisible,
JinAir, gadis_dusun, Muhammad74, kupera
(sekadar menyebut beberapa nama)

salam puisi pada semua....


Kata Orang...
"ibarat lilin yang membakar diri"
berkorban untuk menerangi orang lain,.
Tapi...
Adakah lilin ikhlas untuk berkorban,?
atau...
kerana sumbunya telah dibakar,?
dan ia tidak dapat memadamkannya.

Lilin yang terbakar akan
terus terbakar selagi ada
sumbunya...
Habis sumbu padam/hilanglah
cahaya/api... terbiar,.
Lilin tidak berguna lagi.

Sumbu juga berkorban...
pengorbanan yang tidak dikenang
Lilin jua dapat nama...

Siapa Sumbu,? Siapa Lilin,?
Sumbu Lilin...
lilin punya sumbu...


(~_~)
puisi pada suatu masa tahun 1996.

sue_marie dimasukkan pada: 03-11-99 02:20 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Invisible...
salam pantun..

Gemerlapan tiada cahaya rembulan,
Nyata sinaran suria yang hebat,
Jawapan apa yang tuan nantikan,
Hingga debaran terasa sangat.

Jiwa mendetak jadi gelisah,
Sayang melati layu di tangan,
Hamba tidak pandai bermadah,
Bimbang nanti disalah ertikan.

terima kasih ya...

sue_marie dimasukkan pada: 03-11-99 20:09 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
6tolak6....
Kopivosian ...
onu abal nuh..?
Kotohuadan au gigina...

~~~~~~~~~~~~~

Salam puisi....

Ingin ku lagukan sebuah puisi..
sebagai melepas rindu
melewati waktu debaran
menanti kedamaian pada suatu ketenangan
jika aku bisa menghalusi jalannya

tapi...
aku masih di sini
kaku dijerat niat yang berkocak
mengundur jasadku
di celah rintangan menghalang
kerana aku telah
terpinggir jauh kebelakang
oleh waktu kenangan yang berlalu
dalam kepasrahan
diruntun irama air mataku sendiri

dan kalaulah...
aku dapat mencantumkan degup
dengan debar atma
tidaklah akan lelap tenang
oh... rindunya hati ini
tanpa bicara mu..
seperti terpisahnya ..
irama dan lagu...

Terima kasih ...sekadar suatu coretan..

polong dimasukkan pada: 04-11-99 22:11 MST     Klik di sini untuk profail polong  Klik di sini untuk menghantar email kepada polong     Edit Mesej Anda
assalamualaikum..

hmmm.....
izinkan jemari menari lagi...

bicara dalam sepi.....

bila,
bicara dalam diam,
sepi mengalunkan,
rindu tak bertepian,
tiada mampu bertahan lagi,
terpaksa kuakur kehendak hati,
kesini lagi,
berbicara,
sekehendak hati,
semahunya,

namun,
dapatkah aku berbicara lagi,
bila iramaku lukisan hati,
dan lagu bisikan sukma,
rentaknya ilham jiwa,
sedang,
diri,
bimbang,
bicara menguris menghiris,
ada jiwa yg terluka duka,
dek rindu yang menyapa,
dipinggir peraduannya,
sedangkan,
dialah segalanya,
teman...
teman seperbicara,

hmmmm...
sesungguhnya dia teman seperbicara,
memahami tutur bicara,
tiada sepertinya..
lagu lagu rindu yang mendayu,
puisi puisi sepi lukisan hati,
memujuk amuk gelora cinta,
pada hati yg mendamba,
mesranya bicara,


............................
6tolak6..

ada lagi orang kata,

janganlah kita menjadi lilin,
janganlah kita menjadi pelita,
membakar diri menerangi dunia,
jadilah kita,
mentari yg menyinar,
anugerah maha pencipta,
kurnianya untuk seluruh makhluknya,
agar kita bisa gembira,
agar kita bisa bahgia,
bersama-sama,

wassalam...

sue_marie dimasukkan pada: 05-11-99 17:31 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam sayangg ...

Buat yang mengerti bicara ini....

Ku lihat di ufuk barat..
lembayung sutera ungu mencengkam
mentari membenam suria
bersama sejalur pelangi senja
dan kalau kau melihat pelangi nanti
ingatlah akan perbicaraan batin
tentang keindahan alam dan kedamaian jiwa
kita tidak sangsi akan keunikkan ciptaanNya

jalur pelangi beraneka warna
kita uraikan warnanya
kemudian kita satukan semula
lalu kita titi pelangi dengan mata dan hati kita
di sana akan lahir bait-bait kata
meremang segenap sanubari
membasuh pentas rindu...

merenung pada senja merah yang berlabuh
debar menanti malam yang muncul
dan bila peradaban langit berlaku
aku ingin sekali mencantumkan
degup jantung dengan debar atma
agar iramanya serentak
membebaskan amukan rindu..
sepasrahnya....

berada di ranjang malam
aku menjadi perindu malam
menghitung kerlipan bintang di langit
juga menjadi penunggu pantai sejati
merenung lautan biru yang terhampar
mencari hujung layar yang muncul
aku sendiri tidak pasti
hanya detakan hati mengheret aku
terjebak dalam pelawaannya..

ku kais-kais pepasir pantai
mencari butiran kata yang terkubur
saksikanlah riak-riak ombak dipuput bayu
langit tidak selalu mendung
cahaya mentari tidak selalu dapat meneluskan surianya

bekalkan daku bicara madahmu
yang mengalun rentak suara hatimu
bisikan daku irama lagu
yang ada geseran denyut rindu mu
biar hari kosong tanpa mu
tidak sesepi langit malam tanpa bintang...!

Terima kasih atas segalanya..

Topik Ditutup Untuk menutup topik ini, klik di sini.

Masukkan Topik Baru   Jawab Mesej Ini
Masuk ke:

HangTuah | Melayu.com