Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
  Papan notis Melayu.com:
Baru! Keputusan Bowling
Sembang.com >> Sembang-Karya >> Sealas Bicara KARYA 2

Topik telah dikunci. Tiada sebarang jawapan boleh dihantar. Pengendali sahaja: buka topik | padam topik
  Dimasukkan oleh:   Topik: Sealas Bicara KARYA 2
 sue_marie
 Pengendali
 emel
dimasukkan pada: 02/08/2000 21:50:51   

Salam sayang & kopivosian....

Episod seterusnya menyusul lagi..Syabas dan tahniah pada semua teman-teman sekarya..
izinkan sue mulakan mesej pertama sebagai pembuka kata..



Hati Seorang Perawan - Tertawan..?

Angin lembut dari bebukit..
meniup pohon-pohon merendang
terasa sedih dan sayu
Perawan Desa tertunduk hiba...

Di satu daerah senja
anggerik rimba tidak lagi berpuisi
seruling senja tiada lagi bergema
Perawan Desa tidak bersiram air di tasik
ucapan rindu memberi seluas makna
dan kerana sebuah kerinduan itu
akan ku lindungi...
kasih seorang teman dalam kenangan
tak pernah terjejas dek hujan dan panas

ingin ku kucupi pelangi di langit senja
teganya hati menyambut musim bunga
setelah menelan nasi sunyi
meneguk air rindu
haruskah hati perawan di tawan..?
susunatur bicara terlalu menyentuh
mencanang jiwa dalam kewangian memori...

-sue- hanya seorang perawan desa

~~~~~~~~~~~

putera: baik-baik aje deh..
yerlah betullah tuh..
hmmmm... sajak ringkas tuh ..rindu yer.. kat sapelah agaknya rindu itu..?

S_ana mmm...eloklah tuh ana..siapkan dulu projek pastu balik nanti takdelah nak ingat2 yang tertinggal..moga2 suksess yer..

shuqrie : hmmmm...takperlah kalau nak melepaskan perasaan kat sini...kita bebas bersuara dan meluahkan sesuatu rasa sekurang2nya dapat meringankan bebanan serta tekanan.. semoga anda beroleh keceriaan kelak..
senyumlah untuk satu kesedihan..
(cantik icon yang disusunatur itu..)

terima kasih dan salam puisi...


IP: 202.188.43.52

 S_ana
 Ahli Setia
 emel
dimasukkan pada: 03/08/2000 11:14:39   

sue..dah masuk episod dua dah
tahniah!

khas untuk karyawan karyawan

sejak mentari kekal sebagai cahaya siang
sejak bulan bersama bintang di malam kelam
bicara ini tidak pernah mahu luntur
makin kuat bersemangat
syahidnya kita
menulis dari hujung pena yang menari lenggok anak watan
tidak perlu darah sebagai dakwat
yang membasahi kanvas kehidupan
seperti mereka di medan pertarungan
yang menjanjikan kemerdekaan yang berdarah
lain dari kita

sejak kenal tutur bahasa
sejak tahu dari mana punca pengetahuan budaya
bicara antara kita sentiasa punya arah tuju
walau seberat mana sekalipun
kita anggap sebagai pemandu
walau dulu kita kuat berbicara mulut
kini kita usaha di hujung pena

subur kini tanah yang gersang
dengan ikatan suara suara padu
hanya dengan tulisanmu

sekadar berbicara

IP: 161.142.2.11

 putera
 Ahli Setia
 emel
dimasukkan pada: 03/08/2000 11:25:23   

Salam Buat Sue dan S_ana

salam keceriaan di Pagi khamis:

dalam sendu
yang mengimbau
antara lelagu semalam
menyelinap ke rongga rongga
dihanyut sepi

dalam sepi
yang menyusur
antara leliku berliku
pada harapan yang kian tipis
hanyut bersama
imbasan senja
redup dan gerimis

dalam sendu dan sepi
aku terus terlena
dari ruang ke ruang
yang semakin jauh
pada hembusan
dan belaian yang gersang

jam 11.22 pagi
sajak spontan ....sorrry jangan maraaa
sekadar berbicara tentang fenomena˛ kaku

IP: 161.142.2.11

 Amsul_Hajma
 Ahli
 emel
dimasukkan pada: 03/08/2000 14:04:21   

Salam Mesra Buat Sue Dan Teman2 Semua,
Apa Khabar semua?

Hampa Si Perawan Desa

Si Perawan Desa
Di Tinggalkan Senja Itu
Memerhati Malam Menghampir
Sendiri Sedang Menanti
Segeralah Oh Sang Angin
Sampaikan Rindunya.....

Wahai Si Teruna
Terlupakah Kau Pada Janjimu
Perpisahan ini Menikam Jiwanya
Bagaikan Tertusuk Duri Sembilu
Ketika Bersamamu Rindunya Bergelora
Kau Pandai Mengusik
Kau Pandai Mengoda
Kini Dirinya Kau Tinggalkan Begitu Saja.....

Wahai Si Teruna
Apakah Ertinya Ucapan Manismu
Cinta, Kasih Dan Sayang
Yang Kau Merinduinya
Mungkin Hanya Dia
Yang Membiarkan Mu
Menipu Dirinya......

Wahai Si Perawan Desa
Biarlah Luka Cinta Menyiksa Jiwa
Biarlah Kasih Sayang Tak Kunjung Tiba
Memang Dari Sejak Mula Dirimu Yang Tergoda
Akan Janji Manisnya Dan Pada Hakikatnya
Dirimu Yang Dipersendakannya......

Si Perawan Desa
Di Malam Yang Sunyi Itu
Sepi Menyendiri
Menghulur Dan Menyusun Jari
Pohon Diubatikan Rindunya
Bayang Kasih Dalam Mimpi
Menikam Kalbunya......

Wahai Si Perawan Desa
Kau Hanyalah Insan Biasa
Lemah Pada Rayuan Manja
Hanya Terlena Dibuai Mersa
Pada Cinta Yang Hampa.....

Salam untuk semua....

*mesej ini telah dikemaskini oleh Amsul_Hajma pada 03/08/2000 14:06:50*

IP: 192.169.41.50

 shuqrie
 Ahli Setia
 emel
dimasukkan pada: 03/08/2000 19:19:19   

sue, s_ana, putera & amsul hajma.....
indah sungguh puisi kalian.....
romantis & puitis.....
terasa rendah diri bila berada di sini......

maafkan aku...... (sekali lagi)
aku singgah di sini......
tanpa sebarang buah tangan...........

IP: 202.188.51.239

 Amsul_Hajma
 Ahli
 emel
dimasukkan pada: 03/08/2000 20:13:07   

Salam buat Shuqrie,

Terima Kasih.....Hamba pun hanya cuba cuba.Sue yang berikan semangat untuk terus mencuba. Apa yang hamba coretkan hanyalah ilham yang mengambil berhari-hari untuk disiapkan.

Tuan hamba janganlah merendahkan diri. Kita hanyalah insan, setiap insan adalah sama hanya bezanya amalan kita.


Salam....


IP: 192.169.41.48

 shuqrie
 Ahli Setia
 emel
dimasukkan pada: 03/08/2000 20:46:44   

maafkan aku.....
karya nie agak kasar......
ditujukan khas buat bebudak yang poyo........
__________________________________________________

Kemerdekaan
(Tanpa Pengertian)


Aaaaaaaaaaaaarrrrrggggghhhh
Lahir saja dah merasa merdeka
Tak payah bersusah nak tuntut merdeka
Takder pergi sekolah
Pakai kaki ayam
Macam mak, bapak, datuk nenek kita
Meredah sawah bendang
Memalit lumpur di kaki sendiri

Engkau punya leka macam ni
Enjoy sakan
Teguk arak
Hisap rokok
Cari couple
Pakai handset
Belajar?????
Arrrrrgh
Kirim salam
Lepak lagi best
Kalau datuk nenek kita tau macam ni jadinya
Tak nak diowang bersusah payah
Mintak merdeka dari penjajah

Dulu oghang berebut naq belajar
Nak jadi pandai
Biar orang hormat ngan kita
Biar oghang tau
Miskin pun boleh jadi pandai
Dulu nak masuk sekolah menengah?????
Adeychitpodah
Mimpi bolehlah
1 dalam 100 (agaknyer)

Sekarang semuanya terbentang
Apa lagi engkau nak
Komputer ada
Buku ada
Pensil ada
Kasut baju ada
Tandas pun ada (tapi jadi tempat isap rokok)
Semua orang dah bagi
Kalau tak pasal merdeka
Merana korang di bumi sendiri
Tak merasa LRT
Tak merasa tandas ber air-cond
Tak dapat shopping kat London

Orang dulu keluar masuk hutan
Tinggalkan nak bini
Bertaruh nyawa
Hidup atau mati
Semata-mata nak pertahankan kemerdekaan
Engkau??????
Poyo jer lebih
Cakap berapi
Lebih sudu dari kuah
Macam tin kosong

Kalau terus hidup macam nie
Orang takkan tabik ngan kita
Orang cerca bangsa kita
Orang kutuk kita
Masa tu lah kau nak melenting
Kata diowang kurang ajar
Padahal engkau sendiri yang tak sedar
Tak reti-reti nak belajar

Tak kesian ker ngan Mat Kilau
Tok Gajah, Tok Janggut, Datok Bahaman, Lt. Adnan, Dol Said dan beribu lagi yang dah mati (syahid)
Nak dapat satu benda
Yang kowang pikir mudah
Merdeka
Hanya merdeka
Hanya merdeka diowang sanggup mati
Bukan untuk diowang
Tapi untuk generasi diowang jugak (kita ler tue)
Mungkin kowang tak tau (pasal tak belajar)
Ada antara arwah-arwah tue
Mati tak berkubur
Sanggup engkau tengok
Mayat bapak engkau tak berkubur

Dah ler tue
Sendiri mau ingat
Kowang semua dah baligh
Pandai pikir
Mana baik mana buruk
Apa erti sebuah kemerdekaan
Kalau takder pengisian
Saper yang nak isi
Tepuk dada tanya selera
__________________________________________________
maafkan aku..... (lagi sekali)
karya ni nampak kurang ajar.......
don't judge me........
after you read my karya.......

IP: 202.188.47.158

 sue_marie
 Pengendali
 emel
dimasukkan pada: 03/08/2000 21:52:17   

Salam sayang & kopivosian buat teman sekarya semua..

S_ana: hmmm..ana...tahniah sepatutnya di berikan kepada kalian sebab tanpa kalian siapalah sue nak berkarya sendirian..kalian yang banyak menjayakan ruangan ini..
hanya ucapan syabas dan penghargaan terima kasih saja yang dapat sue hulurkan..sama-samalah kita berkarya selagi termampu..

putera: salam ceria tapi bukan di pagi lagi..dah malam nih..khamis yang sebentar lagi akan meninggalkan kita dengan kenangan hari ini untuk menyambung esok-esok yang belum pastinya..
sajak spontan tapi cukup bermakna.. hmmm..yerlah ..

Amsul Hajma : Salam mesra juga buat anda..terima kasih atas titipan bait puisi yang cukup berkesan itu... sebenarnya diri kalianlah yang telah membuka semangat untuk berkarya ... sue hanya memberi sedikit ruang saja.. selebihnya adalah atas usaha dan kesungguhan kalian... syabas buat kalian.. teruskan.. (cantik penampilan nick anda..)

shuqrie : janganlah merendah diri pula..kita sebenarnya semuanya sama.. dalam berkarya tiada yang tinggi atau rendah..kerana karya itu punya identiti dan keunikkannya tersendiri.. oleh itu hargailah karya anda seperti anda mengargai karya orang lain...
terima kasih sajak yang punya mesej begitu tegas sekali..hmmm..

Salam karya dan terima kasih..

-sue- hanya seorang perawan desa

IP: 202.188.83.119

 shuqrie
 Ahli Setia
 emel
dimasukkan pada: 03/08/2000 22:20:27   

Buat Amsul, Sue & sahabat yang lain......

Terima kasih
Kerana menyiramkan air semangat
Buat bunga yang layu


'.......setiap insan adalah sama, yang bezanya amalan kita......'
'......hargailah karya anda, seperti anda menghargai karya orang lain....'

IP: 202.188.51.96

 sue_marie
 Pengendali
 emel
dimasukkan pada: 03/08/2000 22:24:29   

Hmmm...siapa sangka, bunyi katak bersahutan menagih rindu pada hujan yang turun rintik-rintik malam ini..mencuri resah hati untuk berbicara rindu...



Rindu Siang Bawa Ke Malam...

Bila langit berarak gemawan kelabu
senja pula merajuk
angin sayang bertiup gelisah
menderu sesekali lantas mendayu-dayu
senja ingin mengucap sayang
senja ingin mengucap kasih
tapi malunya bersapa rindu
lalu senja hilang bicara
tidak mampu mendustai malam..

rindu di siang kini ku lipat
untuk ku sangkut di dada malam
biar malam mekar bunga kedamaian
lalu dikalungkan ke sukmaku
resah segera berlalu
tersipu pada seri bulan
berkatalah bulan : pergilah wahai resah..
pergilah dikau..pergi jauh
usah hampiri jiwa perawan
rinduya telah lama ditenun jaringan sendu
kerana kasihnya tenggelam di lena duka..

-sue- [hanya seorang perawan desa..]

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

shuqrie : hmmmm...sedang online yer.. terima kasih kembali buat satu semangat yang jitu dan terus mantap..

IP: 202.188.83.119

 Decinna_
 Ahli Setia
 emel
dimasukkan pada: 04/08/2000 05:14:36   

Assalamualaikum..

emm..

S_ana : ada kat sini.. cuma ana yang diam ngan kita...

Sue_marie : tanya sikit.. sue bekerja ker sekarang..

kuala sedeli ke hulu belantara
singgah berehat melepas lelah
apalah tinggal untuk merasa
andai ilusi menanti pasrah


Sue_marie : Apabila berdiam selalunha anggapan mereka termenung, berfantasi sendiri.. sedangkan keinginan berfikir kurang diperjelaskan..

GaDiS CiNnA

Decinna_

IP: 161.142.112.8

 sue_marie
 Pengendali
 emel
dimasukkan pada: 04/08/2000 10:17:22   

Salam sayang & kopivosian...

Decinna : Hmmmm..
jawab skit juga nih .. dah bekerja..

Alangkah mesra awan dan mega,
Berhujan darah setia sehati,
Tiadalah rasa bermain teka,
Biarkan jiwa menilai erti.

Orang bebas menaruh tanggapan ..
sebaiknya kita sendiri tahu apa yang kita fikirkan..


-sue- [hanya seorang perawan desa]


*mesej ini telah dikemaskini oleh sue_marie pada 04/08/2000 10:20:38*

IP: 202.188.73.34

 S_ana
 Ahli Setia
 emel
dimasukkan pada: 04/08/2000 11:43:03   

sue
yang penting kita sama sama dapat belajar dari satu sama lain di sini..tak gitu sue?
putera
sajak tu tetap nampak menarik
shuqrie
kita sama sama belajar..tak perlulah merasa rendah diri..yang penting..kita ada keinginan mahu mencuba menyampaikan sesuatu melalui seni ini..bukankah itu sudah dikatakan pencapaian yang menarik?
amsul hajma
nice nick..
__________________________________________________

warkah dari anakanda
(buat karyawan yang telah pergi)

pergilah wahai bapa dengan tenang
cuma kini
yang dapat dikata dari jiwa yang masih dahaga
suara suara puisimu
menegakkan kata kata yang bisa
menakutkan sealam yang kecut bersuara
dari jauh ku cuma
dapat merasai kehangatan bicara tegasmu
tercabar untuk bersama sama mengharungi dunia akhir ini

pergilah wahai bapa dengan tenang
cuma kini
yang dapat aku lahirkan dari hati yang kecewa
tidak sempat bersua muka denganmu
inginku luahkan
bahawa aku ingin jadi anakmu
mewarisi ketinggian kata kata beranimu
menegur dalam sinis sinis berbahasa
aku cukup kagum

pergilah bapa dengan tenang
cuma kini
yang dapat aku nyatakan dari luhur hati yang mahu sepertimu
berikanlah aku semangat sepertimu
yang kental mengharungi arus usia
berikanlah aku kata kata sepertimu
agar dapat ku teruskan bahasamu

pergilah wahai bapa dengan tenang
usah dirisau akan tugasmu yang belum selesai
masih ada anak anak yang berjiwa sepertimu ini
akan kukirim berita kelak
dan doa untukmu

sekadar berbicara

IP: 161.142.78.81

 putera
 Ahli Setia
 emel
dimasukkan pada: 04/08/2000 12:58:10   

Sue/S_ana/Shuqrie/Amsul/Decinna teman teman puisi:
teruskan puisi puisi anda yang cukup menarik

syabas buat kalian :

salam rindu:

ku titipkan pada angin
pada ombak
pada arus
dan liku liku nya

bahawa rindu
tetap bersemi dimana mana
pada malam
pada siang
pada senja
rindu tetap datang

dan rindu buat semua nya ;)
putera:

IP: 161.142.78.81

 Bob
 Ahli
 emel
dimasukkan pada: 04/08/2000 19:54:25   

hai sue,
hai s_ana,
hai putera,
hai amsul hajma,
hai decinna,
hai shuqrie,
apa khabar semua?
canggih lah puisi merdeka ko shuqrie
tabik spring lah..............

maaf bob tak berani nak berpuisi tak berapa pandai
tapi tak pe bob hanya berlagu sahaja di sini...

dalam diam aku sendiri,
teringat sidia berlalu sepi,
hendak berpuisi belum berkeyakinan lagi,
terimalah lagu renungkanlah bait di beri...

I'TIRAF RAIHAN

Wahai Tuhan,
Ku tak layak ke syurgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu

Ampunlah dosa dosa ku
terimalah taubatku
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa dosa besar

Dosa dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkanlah oh Tuhanku

wahai Tuhanku selamatkanlah kami ini
dari segala kejahatan dan kecelakaan
kami takut
kami harap kepadaMu
suburkanlah cinta kami kepada Mu

Akulah hamba yang mengharap belas kasihMu

Lagu: Copyright controls
lirik:Abu nawas/Farihin Abdul Fatah

IP: 202.151.204.211

 S_ana
 Ahli Setia
 emel
dimasukkan pada: 04/08/2000 20:41:15   

putera..
masih merindu??

Hujan Rindu

tiap titik yang turun dari langit
adalah petanda rindu si gadis kayangan
dilayangkan bicaranya
melalui hujan rintik rintik yang belum mahu surut
senyuman turut dikirim
dalam satu butir yang bersinar megah
pada dia yang lama ingin ketemu

tiap titik yang mengenai bumi
akan mengalirlah di atasnya permaidani rindu
yang telah bercampur bersama rindu yang lain
menghantar warkah tidak seberapa
untuk ditatap berkurun
disimpan di kepingan hati teruna

tiap titik yang akan hilang
yang pasti rindu itu tetap kekal!

sekadar berbicara

IP: 161.142.78.81

 polong
 Ahli
 emel
dimasukkan pada: 04/08/2000 22:38:12   

Assalamualaikum

Aku itu laut.

Semalam,
Senandung lagu rindu,
Irama syahdu,
Membelai resah jiwaku,

Semalam,
Senandung lagu sendu,
Irama sayu,
Menusuk kejantung hatiku,

Aku senja,
Yang merah indah itu madah,
Yang unggu syahdu itu rindu,
Yang setia hadirnya itu sayangku,

Aku laut,
Dikala tenang,
Bayu damai membuai pada gebar layar,
Alunan perkasihan mesra perahu kecil,
Membelai sayang anak-anak nelayan,
Menghadirkan damai pada hati-hati yang resah,

Aku laut,
Didatangi angin utara,
Dirempuh ribut barat,
Berdesir angin tenggara,
Aku laut bergelora, bergelombang kucah,
Lalu merusuh pada dada pantai,
Dan kapal-kapal ….

Aku laut ganas membuas,
Masih beranikah berenang didadaku,
Masih sudikah menyelam kedasarku,
dan bermain dipesisirku

IP: 203.106.121.141

 kerzah
 Ahli Setia
 emel
dimasukkan pada: 04/08/2000 22:52:49   

TANGGISAN
Hentikanlah marah-marah
apakah yang mengurismu...
hingga kau menanggis ...
menyalahkan segalanya ,
menyalahkan dirimu sendiri .

Kau mengharap aku mengerti
sedangkan aku binggung ,
menunggu kau menjawab pertanyaanku...

Manis senyumanmu...
melihatku jatuh .
kau ketawa apabila
aku merenungmu .

Kau menanggis lagi...
ibu datang , lalu mendukungmu
kau berhenti menanggis
membiarkan diri dibelai .

kau terlena...
aku diam ,
tak mahu lagi
mendengar tanggisanmu...
kerana aku tak mengerti .

kubiarkan ...
kau dibuai ibu ...
akhirnya , aku terlena .
************************************************
salam buat kawan2
-mungkin lepas nie , kerzah tak dapat selalu bersama
kawan2 semua ...sibuklah sem ni.
-kerzah

IP: 203.106.114.74

 sue_marie
 Pengendali
 emel
dimasukkan pada: 04/08/2000 23:39:02   

Malam nih tak tahu nak bicara apa..hanya ini yang mampu
hmmmm...

Aku Pun Tidak Tahu...

Kedatangan senja..
wajahnya sayu dan pilu
bicara apa harus ku tuturkan
ketika mentari jatuh di kaki langit

serpihan air mata
mau saja meniduri malam ku
dalam selimut kerinduan..
mimpi yang mendatangi ranjang
adalah perjuangan ke arah ketenangan

betapa sangkar sendu
telah merantai bicara jemariku
benih-benih kata ku tabur
bukan menganyam khayalan
berpuisi pun tidak ku tahu
yang berputik hanya sejambak kata
dari hati kudus ku..

-sue- hanya seorang perawan desa

~~~~~~~~~

*msg kalian akan sue balas nanti yer...
terima kasih..

IP: 203.106.121.216

 sue_marie
 Pengendali
 emel
dimasukkan pada: 05/08/2000 00:26:28   

Salam sayang & kopivosian..

S_ana: yerlah ana..kita sama2 belajar.. berkongsi sesuatu yang kita nak kongsikan..semoga dapat manafat disebaliknya..
mekasih puisi ana..tersentuh hati kecil menghayatinya..hmmm..

putera : sajak rindu yer..
hmmm... kebelakangan nih putera sibuk kat istana yer..jarang kelihatan meronda ke luar daerah..

Bob: alahai bob..terima kasihlah atas titipan lagu raihan tuh.. memang sue nak cari senikata lagu nih.. nak masukkan kat HP kot..

polong: hmmmmmmm... Andai dikaulah laut itu..
aku hanyalah seorang perawan desa..
mekasih yer..

kerzah: puisi yang elok sekali...sayangnya penciptanya tidak berkesempatan tuk selalu bersama kerana kesibukan.. yerlah ..apa2pun sue ucapkan terima kasih dan ceria selalu ketika berurusan dengan masa..

salam karya dan terima kasih banyak semuanya..

-sue- hanya seorang perawan desa...

IP: 203.106.121.216

 shuqrie
 Ahli Setia
 emel
dimasukkan pada: 05/08/2000 09:06:59   

bob....
aku amik puisi 'Takkan Melayu Hilang Di Dunia' yang engkau coretkan di ruangan yang lepas.......
untuk aku deklamasikan pada minggu patriotik kat sekolah aku........
terima kasih......

kerzah........
hmmmmm........
takper lah......
pentingkan maner yang penting....
n'ko betul2 study.....
tak macam aku....
lagi 12 minggu nak PMR......
still enjoy lagi......
__________________________________________________

Izah IV
Istimewa Untukmu


Izah
Sedang angan menguasai jiwa
Sering aku impikan
Ingin aku belai rambut mu
Menghambur kata-kata janji
Biar kau tahu
Betapa sungguhnya hati ku
Ingin milikimu
Sebagai permaisuri hidup
Percayalah
Takkan kunoda tiap baris kataku

Izah
Ingin kubawa kau ke hujung dunia
Jauh dari kebisingan kota
Melepaskan rindu yang mengasak
Biar kau tahu
Cinta yang aku dambakan
Bukan sekadar omong kosong
Atau sekadar permainan hidup

Izah
Andai aku tahu gambarkan
Akan kucipta sebuah mahligai
Dan sebuah singgahsana
Di tepian pantai
Untuk kau beradu
Biar kau tahu
Aku punyai azam yang kian bersemi
Berputik bersama-sama rindu yang mekar

Izah
Namun semuanya hampa belaka
Kerana semuanya
Hanya angan di jiwa

*mesej ini telah dikemaskini oleh shuqrie pada 05/08/2000 09:08:22*

*mesej ini telah dikemaskini oleh shuqrie pada 05/08/2000 22:52:37*

IP: 202.188.53.18

 putera
 Ahli Setia
 emel
dimasukkan pada: 05/08/2000 12:04:52   

Salam manis dan salam rindu buat kalian:
hai sue,
hai s_ana,
hai Bob,
hai amsul hajma,
hai decinna,
hai shuqrie,
hai Kerzah
hai Polong


5.8.2000 jam 12.00 tgh:

salam rindu:

dalam kerinduan ini
yang terpancar dari segenap arah
adalah luahan hati
pada rentak rentak lagu mu
yang berdendang

dalam kerinduan
mengejar arus
berlari pada liku liku dan genting
menurun bukit hingga kedasar
dan semak samun merentang jalan
ada lah sebuah penantian
yang tiada akan pernah akan berakhir

pada kerinduan
di puncak mahligai syahdu
pada penintian dan perjalanan
meredah ombak
aku terdampar
disatu jurang yang dalam
dan berpuaka
dan rindu beredar
mencari arah

sekadar berbicara
dan rindu buat kalian
jam 12.04 minit tgh
putera -

IP: 161.142.78.81

 S_ana
 Ahli Setia
 emel
dimasukkan pada: 05/08/2000 13:24:51   

sue..
ana sendiri pon masih banyak yang perlu diperbaiki..terima kasih pada sue.. dan semua yang sudi membieri sesuatu yang bermanfaat buat ana

putera..
masih merindu yer?
rindu kat rakyat jelata?

kalam rindu

dedaun yang kering layu
mahu bicara tentang rindu
"hai pepohon rendang yang pernah jadi bapaku
melindungiku dari bencana
kuat,gagah
aku makin gembira
hai pepohon rendang pernah jadi bondaku
beriku kasih sayang sepenuhnya
aduh,aku rindu"

sungai yang mengalir lesu
berbicara perlahan tentang rindu
"si anak anak ikan kecil
yang bermain di dasarku
menelusuri bahaya tanpa disedari
aku makin rindu
pada mereka kini telah pergi
setelahaku makin lesu
makin hitam dengan minyak di atasku"

hmm..
nanti ana sambung puisinya..

sekadar berbicara

IP: 202.188.205.201

 sue_marie
 Pengendali
 emel
dimasukkan pada: 05/08/2000 14:40:25   

Salam sayang & Kopivosian...

Cuti Sabtu nih teringin pula nak pantun.. lama dah tak pantun.. sekadar pengalas bicara di sini..

Hmmmmm...

Senja di awan tercoret luka,
Cahaya silau si matahari,
Kasih perawan tersepit duka,
Antara ranjau terpacak duri.

Pusing keliling ke pantai permai,
Jalan berdua jangan berangan,
Ingin ku paling ke laut damai,
Entah tersua pantai larangan.

Intan permata berteman suasa,
Dagangan dari negeri Kelantan,
Diri hanyalah perawan desa,
Lumpur di kaki calar di tangan.

Antara kenari dengan sihelang,
Pohon perindu tempat berlalu,
Siapalah diri hendak disayang,
segenggam rindu tercalit pilu.


hmmmm...

~~~~~~~~~~

shuqrie : hmmm... Baru nak periksa PMR yer...sue doakan kejayaan cemerlang buat anda..rerajin buat ulangkaji tuh..

putera ; Salam manis dan salam rindu juga buat putera di istana.. dah santap ker tuanku..?

S_ana : hai ana..apa perancangan di hujung minggu..? study kot?anyway..mekasih kerana sempat jenguk ke sini.. adik yang kat sabah dulu tuh, tak balik sabah lagi ker?

-sue- hanya seorang perawan desa...

IP: 202.188.106.208

 Amsul_Hajma
 Ahli
 emel
dimasukkan pada: 05/08/2000 15:38:19   

Terima kasih dan salam petang buat Sue, S_ana dan teman2 karyawan,
Hamba masih lagi ditempat kerja.....waktu rehat ni singgah sebentar kesini.

Saja2 mengusik Sue....

Dewa Kayang Bernama Aduka
Ilmu Didada Penuh Sakti
Wahai Perawan Jangan Berduka
Hamba Kemari Hiburkan Hati


Kalau Sudah Pantai Larangan
Permaidani Putih Hamba Bentangkan
Jangan Dikenang Si Teruna Idaman
Yang Jauh Menghilang Dari Pandangan


Anak Ikan Dimakan Ikan
Ikan Dikail Jual Di Pekan
Lumpur Dikaki Hamba Cucikan
Calar Ditangan Hamba Ubatkan


Salam Hamba tanda Sahabat
Tambah Kenalan Berkoyan-koyan
Rindu Pilu Akan Terubat
Bila Ketemu Yang Bersesuaian


Salam Ceria Buat Sue....

*mesej ini telah dikemaskini oleh Amsul_Hajma pada 05/08/2000 15:43:26*

IP: 192.169.41.37

 sue_marie
 Pengendali
 emel
dimasukkan pada: 05/08/2000 23:50:46   

Salam sayang & kopivosian...
hmmmmm.... Angin malam tetap bertiup lembut ... mohon titipkan bicara sepi bersama irama hembusan rindu...



*Malam Ini Milik Siapa..?*

Beberapa ketika itu
senja telah pun beredar
mentari yang lusuh di rambut senja
melepasi sunyinya ...
bersama terbang sepasang camar yang pulang
seruling senja meniup simfoni sepi
senandung rindu kembali menjerat

walau tak pernah disua
tetap ujud di hati
terasa ingin selalu memdampingi mu
ingin selalu bersama mu
berbicara dengan hati mu
bagai menyentuh isi hati ku

bukanlah suatu ilusi
untuk aku merindui mu
biar pun bicara kini
membenihkan pepohon rindu
dan air mata menyiram tumbuhnya
kasih rela berkorban sayang
kerana rasa sayang yang tulus
tetap utuh buat mu

saksikanlah wahai bulan...
malam sepi yang menyeri indah
menghiasi mimpi sedih
biasan cahaya yang menari di wajah air
bak butiran kata yang di tabur
buat pengalas bicara hati
kapal kecil di tengah laut
dioleng gelora ombak
tiba di pantai membasahi pasir

malam ini milik siapa..?
andai sang perawan hilang senyuman
andai sang perawan terhenti bicara
aduhai gelap malam..
tidak ku sedari..
menitis sendu di pipi ini...

~~~~~~~~~~~~~~~

Amsul Hajma: terima kasih kerana sudi membalas pantun sue..hmmmmm..
salam ceria juga buat anda..

-sue- hanyalah seorang perawan desa


*mesej ini telah dikemaskini oleh sue_marie pada 06/08/2000 13:33:00*

IP: 202.188.86.92

 kerzah
 Ahli Setia
 emel
dimasukkan pada: 06/08/2000 16:44:25   

PUTERI

Kau bermimpi menjadi puteri
Kenapa ?
tidak puas dengan kemewahan
yang kau nikmati ....

Kau bermimpi menjadi pelakon
Kenapa ?
tidak puas dengan kepuraanmu
terhadapku...

Kau bermimpi menjadi Cinderella
Kenapa ?
tidak puas dengan percintaan
yang kau musnahkan...

Jika kau bermimpi lagi
bangunlah...
pasti segalanya hilang .
***************************************************
salam buat kawan2....
sue,putera,dll-kalau ada masa...kita bersama lagi..
-kerzah

IP: 203.106.114.244

 sue_marie
 Pengendali
 emel
dimasukkan pada: 06/08/2000 18:57:48   

Salam sayang...

Terima kasih kepada kerzah kerana datang berkunjung.. salam juga buat anda...

Hmmmm.. nak pantun skit...

Anak cicak datang menerpa,
Anak kedidi terbang rendah,
Kalau bijak tuan meneka,
Kenapa diri malang tak sudah?

Ke kiri bukan ke kanan pun tidak,
Tengah dusun bertiram mutiara,
Simpati bukan ihsan pun tidak,
Hanya menyusun rangkapan bicara.

-sue- hanya seorang perawan desa..

IP: 202.188.65.26

 dr_minda
 Ahli
 emel
dimasukkan pada: 06/08/2000 19:24:19   

maaf:
ada sapa sapa yang sakit atau deman
atau rasa tak enak badan ?

IP: 202.188.102.139

 S_ana
 Ahli Setia
 emel
dimasukkan pada: 06/08/2000 20:30:50   

salam manis buat semua

sue..
adik ana yang kat sabah tuh..dah balik semenanjung
ayah nak dia belaja kat sini

sajaknya esok yer sue

sekadar berbicara

IP: 202.188.205.183

 putera
 Ahli Setia
 emel
dimasukkan pada: 06/08/2000 23:23:17   

Sue…apa kabar?
sue, tumpang tanya: ramai ke anak cicak kat sana tu ?
dekat istana nih tak ramai sangat anak cicak tu
sebab tu putera tanya:
tentu yang baru menentas kan ?

hujan gerimis turun menerpa,
lebat sekali waktu ku jelang,
Kisah yang lama susah nak lupa,
Asyik terbayang kasih yang ilang.

Anak biawak anak kedidi,
Bermain main diTanjung Hulu,
Duka hati bawa lah berlari,
Pasti hilang lamunan yang lalu..

Anak beruk mandi di pantai
Guna basahan bertudung dibahu
Dari jauh tangan ku lambai
Bila dekat kenapa membisu ?

salam sue:
baru online ?

IP: 202.188.82.228

 mak_uLoNg
 Ahli Setia
 emel
dimasukkan pada: 07/08/2000 00:08:27   

salammmm....
pantun ler yer.....
pekabar ko sue_marie....?????

pat pat siku lipat....
mak_uLong datang nak berdebat sat.....
nie ha jawapan pantun ko tue....


SOALAN : Anak cicak datang menerpa,
Anak kedidi terbang rendah,
Kalau bijak tuan meneka,
Kenapa diri malang tak sudah?

JAWAPAN : Melawak sudah melatah pun sudah ,
Kini kita berpantun seloka ,
BuKan diri malang tak sudah ,
Dugaan menimpa terima jer la...

SOALAN : Anak beruk mandi di pantai
Guna basahan bertudung dibahu
Dari jauh tangan ku lambai
Bila dekat kenapa membisu ?

JAWAPAN : Tangan di lambai di angin lalu ,
Di sambut mesra seperti selalu ,
Bukan bisu sebarang bisu ,
Dia bisu sebab malu...


nie ha soalan mak_uLoNg lak nak jual kat ko....
ko timer ekk.....beli jangan tak beli..
ekekekekekekek.....


SOALAN mak_uLoNg kat sue_marie :

Anak kerbau ditambat tali ,
Ditambat dengan tali ropiah ,
Pasai apa budak budak la ni ,
Orang tua cakap pun dah tak dengaq dah ?

Orang muda naik kereta ,
Orang tua jalan kaki ,
Benarkah pepatah salalu berkata ,
Dari mata turun ke hati ?

Air keruh samer jernihkan ,
Agar bahagia sepanjang zaman ,
Bagaimana nak cari kawan ,
yg letak persahabatan tinggi di sudut perasaan?


Hari hari tengok tv ,
Sampai lupa nak study ,
Kenapa manusia selalu begini ,
Berubah jadi itu dan ini ?

Dari dulu sampai sekarang ,
Kita hidup sayang menyayang ,
mana pi pesan tok moyang ,
buat tak paedah di depan orang ?


raser raser cukupler kot yg nie dulu....
amacam sue....????
sonok gak yer pantun berpantun nie.....
lamer dah tak mantun.....tue yg try nak pantun ngan sue nie.......aiseyyyyy....
salammmmmm......

mak_uLoNg yg terulung

mak_uLoNg

IP: 202.188.182.131

 mak_uLoNg
 Ahli Setia
 emel
dimasukkan pada: 07/08/2000 00:15:24   

salam malam minggu......
di angin lalu....


mak_uLoNg

IP: 202.188.182.131

 S_ana
 Ahli Setia
 emel
dimasukkan pada: 07/08/2000 10:43:39   

salam pagi buat semua



masih lagi mahu bicara tentang sakit rindu

yang makin lama aku diam
makin lama dia menebal
tiba aku beradu
masih belum mahu hilang sakit itu
aku duduk membisu
sakit itu menjerit jerit pohon diceritakan
pada angin mungkin
pada air di kali mungkin
tapi aku tidak berdaya
suaraku telah habis menatap wajahnya
di pusara tempoh hari

yang makin aku diam
makin itu sakit sungguh jiwanya
berendam air mata darah sekalipun
dia tetap tidak mahu berganjak
walau empunya rindu
telah pergi
mengadap-Nya

sekadar berbicara

IP: 161.142.78.81

 mak_uLoNg
 Ahli Setia
 emel
dimasukkan pada: 07/08/2000 11:35:07   

chewahhhhhh.....ko ana...

..mak_uLoNg yg terulung...

IP: 161.142.78.81

 sue_marie
 Pengendali
 emel
dimasukkan pada: 07/08/2000 11:57:23   

Salam sayang & kopivosian...

putera: hmmmm...anak cicak tuh bukannya banyak....cuma hari tuh... dia berbunyi pastu datang pula idea nak pantun..
Yang kat istana tuh ada ternak anak biawak yer..

Bunga melati tumbuh di samun,
Daunnya jatuh ke dalam laman,
Duka di hati bukan melamun,
Sabar ku tempuh dengan senyuman.

Dahan kemboja dihinggap kekupu,
Menghidu bungaan di dalam taman,
Simpan bicara diam tersipu,
Menanti sapaan tuan mulakan.

Salam kembali putera...

-sue- hanya seorang perawan desa..

IP: 202.188.73.34

 sue_marie
 Pengendali
 emel
dimasukkan pada: 07/08/2000 12:14:11   

Salam sayang & kopivosian...

Salam kenalan dan selamat datang ke Sembang Karya yer mak uLoNg...
Hmmmmm... rajin mak uLoNg berkarya nih..eloklah tuh..panjang pula pantun di beri..hehhe..sue cuba jawab kay..

Begini mak uLoNg...

Ambil lengkuas hiris-hiriskan,
Pandan segar harumkan nasi,
Sudah puas mendengar leteran,
Cuba tukar cara diplomasi.

Indah purnama seri cahaya,
Pabila senja beredar muka,
Pepatah lama indah maknanya,
Anggaplah hanya sekadar seloka.

Datuk Hang Jebat mula gelisah,
Mendengar berita Tuah tak gugur,
Menilai sahabat usahlah resah,
Asalkan kita ikhlas dan jujur.

Orang berdagang dalam perahu,
Berdagang bunga serta buahan,
Hatinya orang siapa tahu,
Keadaan juga pengaruhi perubahan!

Hujung benua keliling nisan,
Tidaklah lupa melukis kenangan,
Tidaklah semua berpaling pesan,
Mana yang alpa kita ingatkan.

Alahai...bolehker tuh mak_uLoNg..?

-sue- hanya seorang perawan desa..

IP: 202.188.73.34

 S_ana
 Ahli Setia
 emel
dimasukkan pada: 07/08/2000 13:39:22   

mak ulong tak nak cuba bersajak ke??

mengapa dibiar tenggelam dalam arus
aku yang kaku bagai boneka
adakah kerana jasadku keras bebal dengan pengetahuan
atau kerana jiwanya telah kelam dibuai nafsu
atau kerana mataku tidak tertumpu padanya
atau aku yang memang banyak terluka??

sekadar berbicara

IP: 192.228.143.252

 putera
 Ahli Setia
 emel
dimasukkan pada: 07/08/2000 20:56:55   

Sue Salam manis & kopivosian...

Sue: dalam istana tak ada: Cuma kalau ada pun diluar
Pagar istana: Dalam kawasan istana banyak gak sue ternakan2
Yang dipelihara: spt: rusa,kambing gurun,angsa dan kuda:
Sue /S_ana/Kerzah dan mak ulung tak nak datang melawat ke?

Bunga jati bunga selasih,
Hanyut diperahu hingga ke tepi,
Duka hati menyusur kasih,
Senyuman tersorok dimamah sepi..

Hanyut selasih ke Tanjung Dupa,
Bunga gantang si bunga cengkih,
Senyum kasih menghambat duka,
Tangis sendiri menehan pedih.

Gantang dupa berisi timun
Timun ditanam ditepi pantai
Bukan hamba suka melamun,
Hanya menanti kasih tak sampai.

S_ana dan mak ulung: tak nak join pantun ke?
Salam buat anda semua:
Salam sayang

IP: 203.106.110.95

 shuqrie
 Ahli Setia
 emel
dimasukkan pada: 07/08/2000 21:17:09   

sue, s_ana, amsul hajma, putera, decinna, bob, polong, kerzah, dr_minda & mak_ulong......
nie baru lepas kebah demam boling nie......

emmmmm......
dah masuk part 5 dah pun.....
jiwang lagi........
hehehehehehehe.......
__________________________________________________

Izah V
(Aku Memang Bodoh)


Izah
Mungkin aku makhluk paling bodoh
Sering mengemis cinta kudus
Menghantar warkah usang di balik angin
Bermimpi di kala mentari membakar diri

Izah
Sering aku lontarkan rasa kecewa
Pada rembulan bisu
Tiap malam silih berganti
Ia menjadi teman setiaku
Mendenagar rintihanku
Sedangkan ia tetap kaku
Tak mengerti apa yang berlaku
Aku terus dan terus
Menghambur kata nista
Bukan pada kau
Tapi pada aku

Izah
Mengapa aku menyalahkan takdir
Sedangkan aku menyedari
Bukan takdir menjadi dalangnya
Tapi aku
Aku yang terhegeh-hegeh
Berpaut pada hati rapuh
Jauh seklai untuk kugapai puncaknya

Izah
Aku masih bersendiri
Belum ada pengganti dirimu
Tiada wanita setandingmu
Andai engkau dengar keluh hatiku ini
Keluh seorang lelaki derita
Menjadi mangsa sebuah cinta dusta
Tika engkau sedang bergembira di sana
Aku merana di sini
Mengenangkan nasib malangku
Aku memang bodoh



IP: 203.106.86.59

 mak_uLoNg
 Ahli Setia
 emel
dimasukkan pada: 07/08/2000 22:09:27   

salammmmmmm malam isnin mak_uLoNg hulurkan ..
buat semuer yg dok tengah on-line....

ih ih ih.....adoi sue ooiiii....
dasyat tuh......pantunmu itu....

dengar ini yer....

jalan bunyi toq taq toq taq ,
mak_uLoNg nak tanya pa habaq....?

akakakakakakaka....

PUTERA......

bukan kata sebarang kata ,
ini mak_uLoNg hulurkan bicara ,
kalau pasal berpantun seloka ,
mak_uLoNg kamu boleh saja ....

mak_uLoNg kamu mak sedara ,
sedara pulak ngan si putera ,((betul ker aa??))
pantun apa putera nak ha ,
boleh kita bergurau senda di hari raya...

akaqqqqqqqqq jugakkkkkk.....akakakakakaka...


..mak_uLoNg yg terulung...

IP: 202.188.186.136

 mak_uLoNg
 Ahli Setia
 emel
dimasukkan pada: 07/08/2000 22:19:24   

salammmmmmm malam isnin mak_uLoNg hulurkan ..
buat semuer yg dok tengah on-line....

ih ih ih.....adoi sue ooiiii....
dasyat tuh......pantunmu itu....

dengar ini yer....

jalan bunyi toq taq toq taq ,
mak_uLoNg nak tanya pa habaq....?

akakakakakakaka....

PUTERA......

bukan kata sebarang kata ,
ini mak_uLoNg hulurkan bicara ,
kalau pasal berpantun seloka ,
mak_uLoNg kamu boleh saja ....

mak_uLoNg kamu mak sedara ,
sedara pulak ngan si putera ,((betul ker aa??))
pantun apa putera nak ha ,
boleh kita bergurau senda di hari raya...

akaqqqqqqqqq jugakkkkkk.....akakakakakaka...


..mak_uLoNg yg terulung...

IP: 202.188.184.137

 mak_uLoNg
 Ahli Setia
 emel
dimasukkan pada: 07/08/2000 22:22:13   

terfloodler pulak...
jgn mara aaaaa.......

oooooo ana ....bersajak ekkk....
masukler tue kat umah mak_uLoNg tue ha "mai try bersajak mai"
lam tue jom kita bersajak.....amacam...kita tengok siapa yg kenaaaaa.......siapa yg best ler tue.....

..mak_uLoNg yg terulung...

IP: 202.188.184.137

 mak_uLoNg
 Ahli Setia
 emel
dimasukkan pada: 07/08/2000 22:31:12   

okeyla....nak puaih kan hati s_ana......nie dia ha....mak_uLoNg bersajak......japppp
amik mood dulu.......
sebelum tue ......nie ha ana ,

siakap jenohong gelama ikan duri ,
beli pulak buah geduoqqq ,(tau ker buah aper tue)
ini dier mak_uLoNg berdiri ,
berpantun dah lepaih sikalang , sajakkkkkk ....


________SANDIWARA KEHIDUPAN________

BuNgA -buNgA saNdiWaRa KehiDuPaN
ManUsiA
HaRi-HarI deNgAn wAtaK BerLaiNan rUpa
HaRi-HarI BiSa MenuKarKan
CoRaK WaJaHnyA
Dari SuKa KePadA dUKa
DaRi GaRaNg KePadA peNyaYaNg
DarI KaYa KePadA pApA.

KiNi SePerTi KiTa JuGa
yAng seDanG SeSamA MeMikIrKaN
BaGaiMaNa MeStiNya UnTuK meNuKarKaN
WaRna
Dari HiTaM KePadA PuTiH
Dari UnGu KePadA BiRu
DaLaM MaTLaMaT mEngEjaR
PerKeMbaNgAn TerTenTu

ApA pUn Jua
KiTa BaKaL teRus BerGerAk
Di BawAh LiNduNgaN-Mu



sekian saja ana........

..mak_uLoNg yg terulung...

IP: 203.106.106.207

 sue_marie
 Pengendali
 emel
dimasukkan pada: 07/08/2000 22:45:06   

Salam sayang & kopivosian...

Malam merangkak memanjat waktu..meninggalkan secebis rasa rindu yang sekian lama merantai sanubari diri..lalu kembali berbisik kata di sini..



Hati Yang Ingin Berbicara...

Bicara ku...
Pantai di senja itu telah didatangi kunjung seorang perawan... menyaksikan calar-calar merah di dada langit seperti juga calar yang terhiris pada jiwanya yang sedang membendung rindu..
dia seolah melepaskan jeritan rindu bersama nyanyian ombak dan senandung bayu lewat sore.

Bicara ku...
Dikau bagaikan sebuah pulau yang hanya aku akan tidur di atasnya lalu membenarkan setompok cahaya bersinar menerangi kegelapan mayapada..meskipun telah terjalin suatu ikatan murni lagi tulus ibarat terbinanya empangan yang membatasi pengaliran sebuah sungai, namun begitu arus sungai berusaha untuk terus mengalir....
berbicara dengan mu, aku bagaikan seorang anak menagih kemanjaan seorang ibu.
untuk itu aku harus pasrah sekali pun darah harus tertumpah sebagai harga merindui mu...

Bicara ku...
Andai kau saksikan senja merah mengukir langit alam..ingatlah akan kasih seorang perawan... kasihnya yang sering merindu wajah sutera merah ungu ketika mentari menarik silaunya di ufuk barat. .. saat kau terlihat biasan cahaya menari di atas air..terintai oleh mu berkaca-kaca rindu yang meronta memujuk resah damai..
muncul pula seri bulan dengan senyum menguntum menyembunyikan kesyaduan hati... bintang berkerlipan bak taburan bicara kata yang pernah tersusun buat suatu lagenda..

Bicara ku...
Telah ku kirim bisik berselit rindu pada sang helang yang telah lama terbang meninggalkan pantai..suatu ketika itu ia merenung dan menghibur sepi senjaku...sepoi angin lembut menitip tenang dalam irama rintihan hujan..tak siapa yang mahu mendengarnya.. hanya aku seorang perawan desa..


-sue- hanya seorang perawan desa

~~~~~~~~

S_ana : hmmm..ana banyak idea nampak.. ana nih timba idea kat bowling yer...?

putera : pantunnya nanti sambung lagi ok..mekasih.. salam juga buat anda..

shuqrie: hai..mekasih lagi dan lagi .. nih kene demam boling pastu dapat ilham tulis sajak jiwang yer..

mak_uLoNg : alahaiii mak ulong...mekasihlah kerana sudi lagi berkarya..
nanti kita pantun sama lagi yer..

*mesej ini telah dikemaskini oleh sue_marie pada 08/08/2000 00:04:40*

IP: 202.188.86.215

 Lubis
 Ahli Setia
 emel
dimasukkan pada: 07/08/2000 22:53:35   

Sejati

Sejak mentari mula bersinar di langit
aku sudah mula melangkah bumi
mencari seteru untuk di cabar
supaya aku sentiasa di atas

Sejak Bulan mula menyeri malam
Pencakku sudah mula membelah angin
keris ku telah mula mengerat daging
tidak kira naga atau singa

Namun kerana seorang perawan
Dadaku mula merasa debar
langkahku mula tidak segagah
kata ku mula menjadi lembut

Tapi aku bukannya orang yang kau impikan
Hadirnya aku cuma sebagai kawan
Diluar daripada inginku
Kau menolak aku ke tepi

Namun
perlukah aku memohon simpati dari mu
perlukah aku menagih sesuatu
yang tidak pasti aku perolehi
walaupun aku bertikam dan berpencak

tidak, demi aku sebagai seorang lelaki
aku perlu kuat menghadapi cabaran
walaupun dari diri aku sendiri
untuk merayu dan memandah rendah diri sendiri
tidak sekali kali

Demi aku yang lelaki
aku lah yang bertanggungjawab untuk memimpin dunia
bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan manusia
khalifah di muka bumi yang menjadi penghulu segala makhluk di bumi
Adakah dengan tanggungjawab itu aku perlu untuk meminta simpati dan salahkan takdir

Biarpun terasa hampa
tapi aku menerima kenyataan dengan berani
terima kasih untuk segala masamu
yang diluangkan bersamaku

Izinkan diri aku pergi
kerana sudah tidak sanggup untuk berdepan denganmu
Hidupku akan terus mencari kekuatan
sebagai lelaki yang sejati



-Lub|s still here- http://www.pethp.cjb.net/

*mesej ini telah dikemaskini oleh Lubis pada 07/08/2000 22:57:49*

IP: 143.90.239.6

 mak_uLoNg
 Ahli Setia
 emel
dimasukkan pada: 08/08/2000 00:58:36   

salam kat tuan umah....bolehhhhhh.. tak salah aih.....kita berseloka pantun dan madah pujangga...adoiiiiiii...

sue_marie , shuqrie dan si S_ana ,
tiga orang s pangkal namanya ,
amboi depa sonok berseloka ,
harap bersahabat untuk selamanya ....

putera pula si tuan hamba ,
Amsul_Hajma tak tau jantinanya ,
masuk Sealas bicara KARYA dua ,
aik ada apa apa ka......

Decinna_ nama fuuyiiooo sedapnya ,
mak_uLong tanya mak bagi ka?? ,
aisey tue ha dier cover muka ,
pakwe dier kasi sebenarnya ....

BoB dok nyanyi lagu raihan ,
Kerzah dok feeling bab puteri kayangan ,
adoi sowang kuat iman ,
sowang dok berangannnnnnnnn........

Dr_minda penawar duka ,
anytime saja dia ada ,
senangla member KARYA dua ,
sakit saja cari dia.....

Lubis pulak nama si dia ,
amboi dok makan sambil bersila ,
sedap ke tue kenyang ka rasa?? ,
amboi , jangan jangan sampai tak leh lena ....

Polong jalan di dalam terowong ,
bawak cik awe pakai gaun ,
nie awat yg dok terpekik terlolong ,
mak_uLoNg tak tinggai aih , jom bawak pi round ...

naik kapcailagi...inikapcai boleh rammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm..ekekekekekek.jgn marah bang long....gurau senda di hari raya....

ha tue jer la pantun utk kengkawan maner2 yg dah masuk lam nie...
ada yg tertinggai lagi ka....
kasi tau kat mak_uLoNg na.........maap la mater tak kelier sangat..rabun ler pulak memlm nie....
salammmmmmmmm selamat mlm...

..mak_uLoNg yg terulung...

IP: 202.188.184.3

 putera
 Ahli Setia
 emel
dimasukkan pada: 08/08/2000 01:28:36   

Sue

lamunan
pada bingkai bingkai kasih
membunuh sebuah keceriaan
pada rindu yang hanyut
tanpa arah

mimpi
dalam tangis dikegersangan
dan daun daun yang gugur
tanpa henti

airmata:
pada rindu yang hilang
ada lah lagu lagu ngeri
antara masa yang pergi

duka:
pada sepi melanda
dan kenangan
yang ilang ditanah gersang
terburai dalam kehampaan
dan duka yang panjang

Makulong salam dan khusus ku tujukan pantun buat mak ulung

buat ketupat si daun palas,
rasa nya lemak enak sekali ,
salam makulong disambut ikhlas ,
senyum ku kirim pengganti diri.

Rambut hitam bergulung gulung,
Di syampu kerap berbau wangi.
terserah aja pada mak Ulong,
putera menurut rentak di sini.

Shuqrie sebuah sajak buat anda: terima lah:

balasan sajak anda:

membayangi rindu rindu
pada sebuah cinta yang kecundang
terlerai pada rongga rongga kesedehan
dan cinta yang di kejar

teman:
pada bayu yang berpupuk
jangan dikirimi rindu
lantas bayu yang bercampur debu
hanya akan titiskan gerimis
melara duka dan sepi
pada cinta yang ilang

teman:
cinta: semakin dikejar
semakin kuat dia berlari
semakin dibayangi
semakin menghantui lamunan

pasrah
pada taqdir yang datang
dan pergi umpama salju
yang kekeringan disinar mentari

teman:
bangkit lah pada kalimat suci dan qudus
pada fajar yang menanti
dan lupakan pada cinta hampa
yang membunuh minda

salam buat Shuqrie

Lubis: sajak buat anda

syabas
pada perhitungan yang jitu
pada cinta membelengu
pada kasih yang kian jauh
pada rasa yang mula lara
dan cinta mula beredar

teman:
tekad kan hati mu teman
bangkit lah dari lamunan
dan bara yang mula sejuk
pada rasa tanggungjawab
atas kelakian yang tiada pernah
mengenal kalah

langkah mu langkah panglima
memburu dan diburu
ada lah permainan antara angin berlalu
tetapi dalam nya ada racun

untuk apa kau tagih
sebuah cinta pura pura?
untuk apa kau rindu
pada senyum yang tiada?
untuk apa kau harap
pada rentak tanpa irama?

Kubur lah sebuah fenomena
Cinta hampa yang ilang
Dan renyai dimana mana
Jangan kau tangisi
Sebuah pemergian
Jangan kau tangisi
Sebuah perpisahan
Kerana perpisahan adalah
Akhir sebuah pertemuan

Bangkit lah teman
Dan yakin lah
Cinta mu masih ada

Salam buat Lubis

S_ana Bila nak pulang ke SS ??
selamat berangkat ana:

pada renjis renjis mawar
yang gugur menyembah bumi
pada sebuah pemergian
yang menghantui jalan pulang
ada lah sebuah pengakhiran
dalam perjalanan
tanpa dirancang

perpisahan ?
adalah rentak yang kaku
tapi memedihkan

apa lah ada pada cinta?
Jika ia nya menyeksakan
Apa lah ada pada rindu?
Jika ia membunuh lamunan
Apa lah ada pada sendu?
Jika pipi mu basah
Dan apa lah ada pada sepi?
Jika pelajaran mu terbantut

Ana: jangan lupa pelajaran dan exam tu okay

dan salam buat semua teman2

IP: 203.106.110.184

 S_ana
 Ahli Setia
 emel
dimasukkan pada: 08/08/2000 10:57:23   

salam ceria di pagi selasa


sue
seronok jugak tengok boling hari tuh sue..ada la skit skit idea ..maklumlah..ramai yang kita kenal..makin banyakla yang kita boleh buat sebagai idea untuk sajak nih
tak gitu?

bicara perawan desa
termenung ku sendirian..tatkala hujan membasahi bumi..aku turut sekali basah bersama rindu yang aku bawa ke pelabuhan..menanti dia yang akan pulang..dan rinduku risau hanyut di lautan garang..

lantas aku berteduh di rumah usang..yang mengingatkan aku tentang impian kita membina mahligai seperti ini..yang masih kukuh..teguh walau ribut sekalipun..indah bukan?

tersenyum aku sendirian..walau hujan lebat..tidak mengugat tumpuanku ke arah laut..menanti kepulangan mu yang kutunggu sepurnama lalu

wahai hujan..katakanlah dia selamat di tengah lautan..amat risau ku menanti penuh kerinduan..dan mahu kubuktikan..ada rindu dan cinta yang makin mekar sejak pemergianmu..


putera
berpantun?
isk..dah lama sangat tak berpantun nih
mungkin balik ss minggu depan..tak hari selasa..mungkin rabu

rindu itu mungkin seketika
tidak menganggu kiranya
aku dengan sepiku
dengan karya cintaku
dengan madah yang aku amat rindui
apatah lagi teman yang cukup memahami

rindu itu kiranya
mungkin berlanjutan
nescaya bila
aku amat merindui kalian!

mak ulong
pandai pon mak ulong bersajak..

yang kita fikirkan kepayahan kita
bersuara tegas
apatah lagi
masih ada yang diam membisu

yang kita fikirkan kepayahan kita
menjalankan tugas
apatah lagi
masih ada yang tidur lena

yang kita fikirkan kepayahan kita
menggunakan akal
apatah lagi
masih ada yang benci untuk menggunakannya..

shuqrie
apa khabar?

jangan ditangisi
satu keadaan yang merantai jiwa
kelak jiwamu kosong dan dahaga
satu kepayahan pula
untukmu mengubat rindu
dan sakit cinta

sekadar berbicara

IP: 161.142.78.81

 q-L-p
 Ahli
 
dimasukkan pada: 08/08/2000 15:38:31   

kopivosian dan salam pada semua...
tumpang lalu...

Sementara download flash 10.3mb

hai entahlah ???
gagal lagi ???

Kita bukan pencatur
yang menentukan jalan bidak-bidak
atau soldadu-soldadu yang harus dikorbankan
dalam menyusun strategi kemenangan
Kita tahu
kemenangan bukan milik azali kita.

Asalnya kita dari himpunan tanah,
tapi kita bukan terus dari tanah,
kita adalah dari air,
yang diwariskan padanya baka,
lalu menjadi tulang yang dibaluti isi,
dilahir sebagai manusia berroh.

Mengapa dunia jua dihina,
atas satu dua tiga kepahitan hidup,
lalu dinista segala empat lima enam tujuh...
bukankah dunia ini penghubung,
ke alam kekal yang pasti...

Gembira kita ketawa,
sedih kita menangis...
berselang atau berterusan,
dalam mengutip masa yang ada.
yang bermula kan berakhir jua,
selesai...
bye.

"08082000"

IP: 202.188.37.159

 shuqrie
 Ahli Setia
 emel
dimasukkan pada: 08/08/2000 17:48:12   

sue.....
n'ko pergi tak boling hari tu......
ish.....
sorry lah.....
pasal tak jumpa n'ko......
aku pun baru kenal pat lima orang......
emmm....
cantik lukisan tu......
n'ko ke tu........

putera & ana....
hmmmm........
terima kasih atas sajak n'kowang......
tak terjawab aku....

Izah......
Hanya sebuah fantasi......
Nukilan hati yang gersang......


*mesej ini telah dikemaskini oleh shuqrie pada 08/08/2000 20:22:48*

IP: 203.106.90.70

 putera
 Ahli Setia
 emel
dimasukkan pada: 08/08/2000 19:25:55   

S_ana Selamat pulang ke kamung tercinta yang indah
dan menarik: SS dalam kenangan disepanjang jalan:

akan ku bayangi
sebuah lamunan
gadis bertudung putih
menaiki bas di Pudu Raya
menuju utara

disepanjang jalan kenangan
memburu dan merindu
pada simpang sior kenderaan
dan bas berhawa dingin

sepanjang jalan kenangan
yang mencuit nostalgia sepi
pada kedinginan malam
dan penghuni mula lena
dibawa arus mimpi
dalam perjalanan
menuju utara

Shuqrie salam kembali buat anda

Sue kemana nih: tentunya sebuk ?

IP: 203.106.111.87

 S_ana
 Ahli Setia
 emel
dimasukkan pada: 08/08/2000 20:44:40   

putera
terima kasih..

kenangan
aku termenung di dalam perjalanan
samada aku ini sendiri
atau berteman
dengan perasaan yang berbelah bagi
samada aku perlu pulang
atau tinggal bersama impian

sekadar berbicara

IP: 161.142.78.81

Topik telah dikunci. Tiada sebarang jawapan boleh dihantar. Pengendali sahaja: buka topik | padam topik

Sembang.com >> Sembang-Karya >> Sealas Bicara KARYA 2

Masa pemprosesan: 120.963073 saat.


Sembang.com | Senarai sembang | Tolong! | Daftar | Lupa password | Kemaskini biodata | Logout

Di sini semuanya original. Sesiapa meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat.
©1998-2000 selemann is not salesman