Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
  Kelab Wanita Melayu.com:
14 Okt, Kursus Khas Untuk Wanita
Sembang.com >> Sembang-Karya >> Sealas Bicara KARYA 7

Topik telah dikunci. Tiada sebarang jawapan boleh dihantar. Pengendali sahaja: buka topik | padam topik
  Dimasukkan oleh:   Topik: Sealas Bicara KARYA 7
 sue_marie
 Pengendali
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 15 Sep 2000 10:29:51   

Salam sayang & Kopivosian...

Hmmmmm.... Apa kabar teman sekarya semua..
harap sue masih bisa menyambung bicara yang terputus seketika itu..
bersama bayu dari seberang, sue utuskan angin rindu buat semua warga sembang dan mohon izin meneruskan bicara semusim..



*Hanya Sealas Bicara RiNdU..*

Dengan puisi aku datang menjejak pantai
laut dan ombak sama biru merindu
seruling bambu berhembus selembar lagu
merawan sukma mengambang nostalgiaku

kiranya puisiku tersurat dilangit terluka
merah menitis dari atap yang tiris
meskipun senja hari sering menyapa
deru suara angin tak mampu membuai rindu
ku kutip terus serpihan rindu
yang berselerakan di pasir putih
berdendanglah irama dari pohonan yang berbicara

hadir terus ombak merobek sepi
laut dan pantai berjuang menghias mimpi
sekeping hati diulit pilu
mohon sealas bicara rindu

malam pula enggan bermadah
senja belum mau berjanji
hanya sepatah bicara terpahat di hati
biar kenangan abadi dalam bicara hati

namun yang patah tak sama tumbuhnya
yang hilang tak serupa penggantinya
selendang rindu tak pernah akan reput
apakah pantai rindu akan kematian deru ombak..?
............

-sue- hanya seorang perawan desa..




IP: 203.106.121.208

 putera
 Ahli Setia
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 15 Sep 2000 14:57:59   

salam juga buat sue:

dan jangan lupa jaga kesihatan sue

) salam

IP: 203.106.170.30

 polong
 Ahli
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 15 Sep 2000 22:15:11   

Assalamualaikum..

hmmm..

Teman,
Sekian lama diri ini tiada berbicara,
Tentang irama bayu pantai,
Tentang indahnya mega senja,
Kasih dan sayang,
Rindu dan sayu,
Pada larik-larik puisi,

Ingin sekali daku dendangkan lagu,
Semerdu kicauan burung
Semesra desiran bayu,
Seasyik belaian ombak mencumbu pantai,
Puisi ku hanya untukmu,
Membisik suara dihatiku,
Merungkai resah dihatimu,

Sesungguhnya teman,
Dirimu sentiasa dekat dihatiku,

...........................
salam sayang untuk semua warga sembang karya....

IP: 202.188.14.144

 maznizan
 Ahli Setia
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 16 Sep 2000 01:18:20   

Salam Papema

Hi! Sue...

Banjir menjadi hujan tengkujuh
Barang dipikul sambil berlari
Sealas bicara karya tujuh
Teratak baru indah mewangi

Ikutkan hati nanti mati
Ikutkan perasaan adakah berani
Mari berkarya mencurah hati
Menyeri kembali hati nurani

Salam karya...


http://www.geocities.com/maz78.rm
Jom lawat akoo

Be yourself! Just be!

IP: 203.121.16.68

 sue_marie
 Pengendali
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 16 Sep 2000 23:18:50   

Salam sayang & Kopivosian..

maznizan... Hai maz... mekasih kerana sudi berkarya kat sini bersama sue..

Anak kembara berhari raya,
Dari jauh datang berdagang,
Sealas Bicara mohon berkarya,
Teman yang jauh sering terkenang.

Bunga dipetik daun dilipat,
Kain baldu tak mudah reput,
Belum sedetik ruangan berehat,
Kerana rindu datang menjemput.

-sue- hanya seorang perawan desa...

~~~~~~~

putera]..salam juga buat anda dan terima kasih kembali..

untuk temannn.. sebentar yer..

IP: 203.106.179.121

 sue_marie
 Pengendali
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 17 Sep 2000 11:51:54   

Hmmmm.... hari-hari yang berlalu..berkata pada diri ini..dalam setitis darah merah, apakah nilai disebalik yang mengalir..?



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*Rindu Di Remang Senja...*

Tempat ku adalah di sini
di bawah remang cahaya senja
ditemani deru ombak dan bayu dingin
menghadap wajah laut kian sayu
setiap kali senja menyusul
aku mula berbaju rindu
hati resah gundah gulana
fikirku berhijrah seketika...

apakah aku umpama beburung yang sering terbang?
umpama pantai yang rela dipukul ombak?
dan apakah pula kesetiaan ku diumpamakan
pohonan nyiur yang selalu melambai pantai?

angin laut pun menerpa pucuk-pucuk rindu
semakin sendu waktu-waktu yang berlalu
helai demi helai daun yang berguguran
berlenggang-lenggang turun menyentuh bumi
sang perawan menyandarkan renung...
ombak-ombak kecil bermanja di kaki
aduhai sayang....
rinduku bergelora di kala senja..

Hmmmm....

-sue- hanya seorang perawan desa..

IP: 202.188.43.134

 putera
 Ahli Setia
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 17 Sep 2000 14:32:13   

Salam buat sue
dan ketemu lagi dipersada ini

buah delima di atas peti,
masak sebiji simpan di perahu,
Sealas Bicara muncul kembali,
merapat sembah membelai rindu .

harum bunga dalam jambangan,
petik sekuntum temankan tidur,
tempat bertemu para karyawan,
canda seloka teman penghibur.

salam buat sue dan semuanya

IP: 161.142.2.11

 kerzah
 Ahli Setia
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 17 Sep 2000 23:47:18   

salam buat sue& kawan2...
lamanya tak masuk kat sini....
rindu betul dengan ruangan nie.....
tak ada idealah...
next time lah hantar sajak....
selamat berkarya semua....
-kerzah

IP: 161.142.3.18

 sue_marie
 Pengendali
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 18 Sep 2000 18:47:38   

Salam sayang & kopivosian..

puterasalam ketemu dan terima kerana hadir di sini...

Burung helang burung kenari,
Turun berpesta di dalam taman,
Salam sayang berkunjung diri,
Semoga ceria bersama rakan.

Habislah basah sikain baju,
Sedangkan suria membahang panas,
Hilangkan resah surutkan rindu,
Bicara karya mohon beralas.

kerzah.. hai... dah lama tak bersama yer..
dah siapkan HP tu..?
sue tunggu sajak puisi kamu tu..

-sue- hanya seorang perawan desa..



IP: 202.188.65.62

 Amsul_Hajma
 Ahli
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 18 Sep 2000 21:23:24   

Salam buat tuan rumah dan teman-teman karyawan,

Pergi mengail naik sampan
Kail diikat berumpan lokan
Singgah sebentar menemui mu teman
Salam ceria hamba hulurkan

Pisang tanduk sipisang raja
Makan bersama anak cik Nona
Wahai teman, hamba sihat-sihat saja
Apa khabar, anda semua disana?

Bersiar-siar memandu kerata
Pandu hingga ke Kota Tinggi
Setakat ini pertemuan hamba
Ada masa kembali lagi

Sue,
Tiada apa yang hendak dibicarakan. Lagi kesibukan dipejabat. Belum ada ilham untuk dikongsikan.

Salam buat semua....


IP: 207.18.199.198

 putera
 Ahli Setia
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 19 Sep 2000 00:18:36   

Sue dan teman2 yang lain apa kabar semuanya:
salam ketemu lagi disini:

Sue: deman dah ok ke ?

Bunga mewangi di pagi hari ,
Titisan embun disinar surya,
Salam berbunga abdi kan diri,
Senandung seloka ceria dipersada..

Pura Cendana berupa rupa,
Gerimis senja gerak sendiri,
Lemas jiwa menyapu duka,
Bicara karya tetap bersemadi

Salam buat sue dan Kerzah dan semua karyawan
Termasuk mak ulong,Decinna dan masnizam:
Juga buat Amsul: apa kabar?

IP: 203.106.169.238

 S_ana
 Ahli Setia
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 19 Sep 2000 14:30:35   

maaf..
agak lama tak kemari

bulan depan akan menghadapi final exam..
doakan ana yer..

sue:rindu makin berbunga nampaknya..
putera:salam dari saya
maz:wah..makin rancak nampaknya

ku terluka lagi

dari tepi jendela aku hiaskan
dengan sekalung bunga harapan
entah mengapa aku sendiri terluka
dengan duri
dan pancaran matamu yang bisa goncang
iman dadaku

ku terluka lagi

dari warkah kiriman malam
air mata menitis di atasnya
dan mengalir kata kat rindu yang pandai berkata
aduh
inikah cinta?
cinta aku
yang terkubur takkan kembali

sekadar berbicara

IP: 161.142.78.82

 sue_marie
 Pengendali
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 19 Sep 2000 17:47:14   

Salam sayang & kopivosian..
terima kasih rerakan semua..

Terlebih dulu sue mohon maaf kerana belum sempat membalas mesej kalian.. mungkin dalam sedikit masa lagi sue cuba untuk bagi respon...

hmmmm... siang tadi sue terlibat dalam satu kemalangan dan mendapat sedikit kecelakaan.. syukurlah semuanya dalam keadaan yang terkawal..


terima kasih sekali lagi...

-sue- sembang karya BEST OOO..

IP: 203.106.180.238

 maznizan
 Ahli Setia
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 20 Sep 2000 19:28:58   

Salam Papema

Sue
Ha!... Sue kemalangan... Syukurlah sebab Sue tak apa-apa...

Malam ini...
Aku sendiri lagi
Tiada teman seperbicara
Tiada teman untuk kuluahkan
Segala perasaan hati
Apakah aku yang sendiri
Atau aku yang menjauhkan diri?

Semalam
Aku juga keseorangan
Bertemankan lampu ayan
Yang mampu menerangi
Tamu yang kegelapan
Bermandikan kesuraman
Dan cahaya hiba...

Esok
Adakah aku akan keseorangan lagi?
Adakah suara yang mahu menyapa
Diriku dari kejauhan?...
Entahlah!




p/s: Sue, kalau saakit makan ubat ya! Jangan lupa tu...



S_Ana
He! Salam karya... Ini pantun untuk S_Ana

Roti dimakan bersama kaya
Lalu dihidang bersama soya
Dari jauh mengagumi karya
Jauh menusuk teringat diminda

Salam karya semua!

Be yourself! Just be!

*mesej ini telah dikemaskini oleh maznizan pada 20/09/2000 19:36:26*

IP: 202.151.196.110

 dr_minda
 Ahli Setia
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 20 Sep 2000 21:09:46   

ait mazni.....
sampai nama beta pun ada dalam pantun hang
ishhhhkkkk
tersedak I semalam :

enak sekali menanam peria,
waktu petang ditanah rata,
datang berkarya numpang ceria,
ke anjung persada tempat bercanda.

salam manis buat sue/maznizam dan s_ana

IP: 161.142.2.11

 sue_marie
 Pengendali
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 20 Sep 2000 21:19:42   

Salam sayang & Kopivosian...

Amsul Hajma.. salam juga buat anda..
andai kesibukan masih terus memburu, jika ada sedikit kelapangan, jangan lupa menjenguk teman-teman di sini...

Titip-titip lintas samudera,
Semilir selatan menyusur pergi,
Sisip-sisip sealas bicara,
Mohon sajikan santapan hati.

Andai bulan merajuk kasih,
kan hadir nanti sejuta kejora,
Ku titip ucapan terima kasih,
Tiada di hati lain bicara.

terima kasih kerana dapat meluangkan waktu...

~~~~~~~~~~

putera....Salam dan terima kasih kerana prihatin terhadap kesihatan sue..

Angin senja berhembus sayup,
Dua angsa dilanda perasaan,
Budi bahasa pakaian hidup,
Budaya bangsa titian warisan.

Kain batik jadi dagangan,
Kain pelikat buat taruhan,
Bukan asyik diri berangan,
Hanya memahat senda gurauan.

jumpa lagi...

p/s.. teman yang lain tu..mesejnya nanti yer..

-sue- hanya seorang perawan desa...

IP: 202.188.65.228

 sue_marie
 Pengendali
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 20 Sep 2000 21:51:42   

Hmmmm....Bicara malam ku yang tak pernah hilang kerinduan ...mohon bertamu barang sedetik..

Hanya Segenggam Kekeliruan..

Semalam...
sepasang mata memerhati tingkah mu
melihat alam yang penuh dengan keriangan mu
kaulah teman ketawaku
mengusik dan terbina rangkaian jalur kerinduan

alangkah...
tanpa kita menyedari hakikat
di tengah laut itu...
badai gelombang datang bergulung
sang camar bertempik kebinggungan
lalu terbang menyepi diri
tinggallah aku sendirian
yang hanya mengenggam sekepal kekeliruan
berlutut pada ku...

-sue- hanya seorang perawan desa..

~~~~~~~~~~~~~~~

S_ana... rindu tetap berbunga lebih-lebih lagi kat teman-teman tersayang..
doa sue semoga ana terus sukses , tabah menghadapi final exam..

Maznizan..yerlah..kemalangan tu.. dah berlaku apa nak buat..sakit masih terasa ni... hmmm...


IP: 202.188.65.228

 melati
 Ahli
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 20 Sep 2000 22:08:34   

Salam..

Sue.. macamana boleh kemalangan ni? Sue ndak apa-apa ka?? Lain kali, hati2 tau..
Jaga diri baik2...okey.

Selamat berkarya...
Buat masa ni melati belum ada idea lagi..nanti ya.. byee...

IP: 202.188.43.148

 pa_wang
 Ahli
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 21 Sep 2000 00:12:40   

salam buat sue
dan teman teman yang lain


*mesej ini telah dikemaskini oleh pa_wang pada 21/09/2000 00:16:47*

IP: 203.106.170.194

 putera
 Ahli Setia
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 21 Sep 2000 00:12:48   

Salam buat sue dan teman teman yang lain
apa kabar?

Harum sekali si bunga gantang,
Dipetik puteri tiada yang cerna,
Budi secebis segunung intan,
Menjadi bualan di mana mana.

Enak menangkap si sepat kedah,
Di air tenang di Kuala Jati,
Senda gurauan terukir indah,
Bayangan menjelma dibayang mimpi

Sue: kemalangan ke ?
Camno cerita nya Sue?

IP: 203.106.170.194

 sue_marie
 Pengendali
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 21 Sep 2000 17:31:50   

Salam sayang & Kopivosian..

Terima kasih yang tak terhingga buat semua teman tersayang..terharu sue atas keprihatinan kalian..

pa_wang & dr_minda..terima kasih yer...
putera... hmmm..yerlah kemalangan kete jer... masa tu sue jadi penumpang dan bro. sue yang bawa kete.. tahlah..semuanya berlaku dalam sekelip mata.. tak sedar pula apa yang terjadi.. mana sakit pun tak rasa lagi.. lama gitu..barulah sakit tu berdenyut terasa....hmmm.. dah nak jadi.. nak buat camnna.. yerlah kenkadang kita dah sukup berhati2 tapi orang lain yang cuai...

hmmm..nak berpantun juga sekadar hiburan..
begini pantun sue..

Lama sudah melayan lamun,
Terdengar suara di pohon cemara,
Lama sudah berkarya pantun,
Canda ria terjalin mesra.

Angkat selendang sangkut ke bahu,
Pelindung wajah tika menangis,
Masa datang cepat berlalu,
Tinggal hanya kenangan manis.

~~~~~~~~

melati...hai pekabar..
alahai melati.. orang kata malang tak berbau.. dah nak kena.. tak dapat di halang lagi..
kita hati-hati tapi lain orang pula penyebab..

mekasih melati sebab ambiltahu.. janganlah kalian bimbang yer..

-sue- hanya seorang perawan desa..

IP: 203.106.177.61

 polong
 Ahli
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 21 Sep 2000 20:48:11   

Assalamualaikum...
gimanalah hari ni temannn....hmmm...harap teman cepat sembuh...

Pelangi.

Pelangi,
Tujuh warna selang berseli
Warna gemilang seri berseri
Suluhan indah sang mentari

Pelangi,
Biasan mesra germis senja,
Tujuh jalur tujuh warna,
Bagai larik-larik puisi rindu,
Indah sayu dibalik senja kelabu,
Mengubat kesuraman, mega yang kelam,

Pelangi,
Indahnya
Puisi pujangga

.....................

ini jer yg sempat...cuma sedikit catatan semasa gerimis dipenjuru senja tadi..

IP: 202.188.65.195

 putera
 Ahli Setia
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 21 Sep 2000 23:55:21   

Sue: harap2 semua nya dah ok yer…

Untung berniaga berlipat ganda,
Simpan sedikit semasa perlu,
Pantun bergema dalam bercanda,
Mengimbau tangisan dimasa lalu..

Jangan sekali bermain api,
Bahaya nya besar tiada menentu,
Masa beredar sileh berganti,
Kenangan secebis memukau rindu.
.
Salam buat sue dan teman2 semua nya

IP: 203.106.169.117

 syamputra
 Ahli Setia
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 22 Sep 2000 17:56:18   

hai..

sue...dan kawan kawan..

salam karya penuh kerinduan..

syam baru habis paper final ketiga..

than sempat nak berpan tun sikit..

izinkan...


ok...

***************************

liar merpati dihujung kebun
gerimis hujan menimpa setawar
biar hati dituba racun
setitis insan jadi penawar

***************************

pinang kacip sireh berperi
nyiur gading gugur ditanjung
malang nasib tempaan sendiri
ibarat gunting makan dihujung


*****************************



oklah...
sue......
berjumpa..
lagi...


ok


wassalam
n

^^ ** aku gabass ** ^^

IP: 161.142.78.82

 maznizan
 Ahli Setia
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 22 Sep 2000 21:13:37   

Salam Papema

Hi Sue...

Selera tiada dijamahnya roti
Peningnya terasa sakitnya lagi
Walang sungguh rasa dihati
Jika Sue tak sihat lagi

Be yourself! Just be!

IP: 202.188.48.158

 sue_marie
 Pengendali
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 23 Sep 2000 20:28:28   

Salam sayang & kopivosian..

Terima kasih pada teman semua yang sama berkarya di sini..
maafkan sue kerana baru ini sempat balas mesej kalian ...
semoga ceria hendaknya..

polong... terima kasih buat temann...
puisinya nanti sue susuli kemudian yer..

putera...terima kasih .. semuanya dah ok.. usahlah kalian risau..

Bawa kain jual ke pekan,
Bunga raya merah menyegar,
Patahlah angin dilipat awan,
Kemana cahaya hendak dipancar?

Mentari berduka membawa diri,
Hujan melukut di kaki bukit,
Kaki terluka terpijak duri,
Kenapa mulut mengaduh sakit?

salam juga buat tuan putera..

-sue- hanya seorang perawan desa...

IP: 203.106.177.155

 sue_marie
 Pengendali
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 23 Sep 2000 20:30:33   

Salam & Kopivosian...

syamputra...hai syam..pekabar?
semoga suksess menghadapi final exam tu yer..

Anak bandar meredah debu,
Anak sawah meredah lumpur,
Hendak dihindar gundah berlabuh,
Kelak resah berubah kubur.

Kacip kacip sibatang pinang,
Jadi mainan sianak dara,
Tiadalah nasib mengundang malang,
ranumkan senyuman aturlah bicara.

salam karya beriring kerinduan...

~~~~~~~

maznizam..hai maz..
camna Pengakalan Balak punya cerita..?

Di bawah remang sinar mentari,
Turun hujan sesegar salju,
Hindarkan walang di sudut hati,
Simpati tuan penawar lukaku.

-sue- hanya seorang perawan desa..

IP: 203.106.177.155

 putera
 Ahli Setia
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 24 Sep 2000 00:22:18   

Sue…salam kembali
masih sebuk tentu nya?


Luas sekali Selat Teberau,
Singgah berlabuh di muara Lipis,
Duri dan ranjau tiada ku hirau,
Ombak gelombang ku tepis tepis.

Kilat menyambar pantulan cahaya,
Ombak memukul ke Pulau Redup,
Begitu sifat kita manusia,
Sebagai ujian menempuh hidup.

Salam buat sue:

IP: 203.106.170.50

 nettbyru
 Ahli Setia
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 24 Sep 2000 01:15:59   

sekkom wbt...

sue dan kekawan semua...dah lama tak jenguk sini..tumpang sket yer..

-sepi-

biar aku sepi
tanpa teman pengubat duka
biar aku sepi
jika itu satu nikmat padaku
biar aku sepi
andai tiada kekalutan yang berlaku
biar aku sepi
kerana aku senang begini

.akudananggur2ku.

IP: 203.106.143.235

 montel
 Pengendali
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 24 Sep 2000 05:11:26   

a;kum,

tumpang lalu yer..

lama tak ber'jiwang' kat sembang cik sue ni..
sunyi lak mlm ni..

tajuk puisi ni: tanya jawab sendiri

mengapa manusia melakukan kesalahan,
dan mengulanginya, lagi... dan lagi,
bukan kerana tiada keinsafan,
hanya kerana fitrahnya insan..

mengapa manusia tidak menyedari,
cinta adalah kepercayaan,
kunci segala keinsafan,
pembuka segala impian..

namun aku...masih mencari,
istilah kasih dan sayang,
adakah ianya semudah dilafazkan?,
pencarian yang tiada sudahnya..

persoalan demi persoalan,
adakah aku layak?,
untuk melafazkan cinta?,
atau aku belum mampu..?

hmmm..., ntah la..
situasi sebegini menyakitkan,
mendera hati yg berjahit,
menyeksa hidup yg sementara..

wahai diri sendiri,
bangunlah engkau,
dari mimpi yg tak sempurna,
cucilah hatimu..

harapanku..
situasi ini mematangkanku,
dan juga dia,
kembalilah kasih dan insan..


p/s : ntah la, puisi spontan, kepala tgh 'berat' dgn situasi perasaan. salam puisi buat semua..

Positive thinking is 90% Mental

IP: 161.142.112.8

 sue_marie
 Pengendali
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 24 Sep 2000 21:31:35   

Salam sayang & Kopivosian...

Terima kasih pada semua teman sekarya yang sudi berbicara bersama di sini..

putera...hai putera.. salam bergema lagi..
sibuk tu bukan alasan sebenarnya.. cuma masalah yang tak mengizinkan sangat..

Tanjung biru pekan yang indah,
Banyak sejarah kenangan melimpah,
Ku sanjung dirimu kerana tabah,
Tidak pernah menyerah kalah.

Kelam malam terasa dingin,
Awan putih kemana arah,
Luka yang dalam dibalut kain,
kain putih bersimbah merah.

~~~~~~~

nettbyru.. hmmm...lamanya nett tak bersama kami di sini yer..
pe kabar agaknya tu..?
harap bebaik jer.. mekasihlah kerana sudi berkarya kat sini..

montel hai kak montel..
mekasihlah kerana dapat juga ber'jiwang' seketika di ruangan ni..
hmmm...melayan perasaan yang 'berat'? camna yer..?
harap semuanya dah menjadi 'ringan'..ok

-sue- hanya seorang perawan desa...


*mesej ini telah dikemaskini oleh sue_marie pada 24/09/2000 21:33:00*

IP: 202.188.43.237

 sue_marie
 Pengendali
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 24 Sep 2000 22:11:29   

Hmmmmm.... sepoi angin malam ..membuai resah di dada.. ingin sekali berbicara tentang rasa yang bergelut seketika.. izinkan bicara ini..



~~~~~~~~~~~~

*Hanya Puisi Yang Bukan Puisi..*

Menyambut senja hari ini...
seperti hari-hari semalam
pantai masih sudi menerima hadir ku
ombak kian sayu bersenandung merdu
sepasang camar putih melempar senyum sejenak
deru angin lembut membelai pepohon pantai

namun....
laut yang tenang membiru
hanya mampu membisik rindu
senyum sang camar itu
tidak bisa menyeri rawan di hati
deru angin senja..
menampar keluh resah di jiwa
semuanya hanya sepi yang memandang
mimpi siang tetap membuai syahdu

di batuan itu..
langkah ku terhenti seketika
ku renung senja yang kian kelam menyambut malam
adakah hati ini terluka lagi
segalanya tidak terungkap dalam sejuta ucap
menungku belum bisa menelus sejuta erti

ingin sekali ku tuliskan sebait puisi buat senja
secoret rasa yang masih terkubur di dada laut
dengan rindu aku hadir di pantai senja
ku jabat kasih.. kasih bersambut rindu
sealas bicara menghimpun seberkas puisi.
hanya puisi yang bukan puisi...

-sue- hanya seorang perawan desa...

IP: 202.188.43.237

 mak_uLoNg
 Ahli Setia
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 25 Sep 2000 00:04:24   

@ss@|_@|/|u@|_@!ku|/|.....
CIK SUE......PEKABAR.......LAMER NYER TAK NYEMBANG NGAN CIK SUE....mak_uLoNg PUN JARANG@ MASUKLER......pekabar cik sue.......apa cerita sealas karya ........kirim salam sayang kat penghuni sealas karya ekkk......



..mak_uLoNg yg terulung...

IP: 202.188.182.80

 putera
 Ahli Setia
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 25 Sep 2000 10:21:07   

Salam manis & Kopivosian..

Sue .

angker sekali perigi siluman,
digua puaka di Pulau Berangan,
Sembah salam menganggu lamunan,
mencuit mimpi dalam bayangan.

dingin berhembus ke Pulau Puaka,
rentas mengimbau hanyut ke tepi,
Tangisan reda hanya seketika,
kenangan lalu mengamit memori.

salam buat sue dan teman² yang lain

IP: 161.142.2.11

 sue_marie
 Pengendali
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 26 Sep 2000 08:38:01   

Salam buat mak_uLoNg...
hallooo..pekabar orang di sana..
cik sue kat sini.. biasa jer.. mekasih..
masih exam dan lagi sibuk yer mak ulong..okay..jumpa lagi..

putera.. salam juga buat tuanku..
pantun sekadar berbicara..

Sepatah kata meniti bibir,
Manis bicara masih ku dengar,
Bila mata menitis air,
Itu tandanya hiba bergetar.

Cerah langit awan bergulung,
Gerimis semalam baru berlalu,
Alangkah sakit rawan merundung,
Menangis di dalam sayu terharu.

Salam karya..

-sue- hanya seorang perawan desa..

IP: 202.188.73.34

 putera
 Ahli Setia
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 26 Sep 2000 12:26:48   

Sue…..makasih yer
mega mendung di tepi kolam,
tidak digentar ribut menderu,
Kubur kan saja duka semalam,
Cuba bena landasan yang baru.

Kayuh perahu arah ke seberang,
Layar patah di muka kuala,
Dayung berdua basah seorang,
Bahagia dinanti, malang menjelma.

Salam dan ketemu lagi sue :

IP: 203.106.170.216

 sue_marie
 Pengendali
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 26 Sep 2000 21:33:21   

Salam sayang ...
berbicara dalam sepi sendirian..
hmmmm...

*Kemanakan Ku Bawa Diri Ini...*

Kemanakan ku bawa diri ini....
andai pantai tidak lagi mengizinkan
kaki ku jejak di pasirnya
satu hari yang bernama malam
purnama menyeri bukan untuk ku cuma
gelap malam ku tanpa cahaya
bintang jua tidak sudi berkerlipan...

ke manakan ku bawa diri....
andai musafir ku tidak berkelana
kerana di gurun itu
aku dahagakan setitik air cuma
lalu secangkir pasir hadiah buatku
haruskah aku meminumnya
sedang hujan lebat di desa
tempat ku bersiram basah
ada kasih sedang menagih
yang bukan lahir di sudut hatiku

aduhai.....
bagaimana mungkin...
kemanakan ku bawa diri ini...?


-sue-

~~~~~~~

putera.. salam dan terima kasih..
pantunnya akan sue susuli kemudian yer..

IP: 202.188.106.102

 maznizan
 Ahli Setia
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 27 Sep 2000 08:45:07   

Salam Papema

Salam dari kejauhan untuk Sue... Maaf, dah lama tak bertandang di laman indah Sue ni... Bukannya apa... Sibuk! Ahaks!...

Pauh masaknya di atas ranum
Perut sakit diri merana
Dari kejauhan hanya tersenyum
Menanti Sue Marie penceria suasana

Be yourself! Just be!

IP: 203.106.187.120

 Bob
 Ahli
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 27 Sep 2000 15:25:07   

hai sue.....
maaf lama tak menghantar berita dan singgah di ruangan sue ini,
sue apa khabar?
semoga sihat dan senantiasa ceria selalu
dengarnya kemalangan sue?harap sue takde apa apa ye.
pc bob ada masalah sue maaf jumpa lagi
salam dari kejauhan.....

gadis bertudung biru tetap di hati,
dalam sanubari ingatan tetap selalu,
dari jauh hatiku sering ingin kemari,
apakan daya diriku di batasi oleh waktu....

IP: 202.32.86.142

 polong
 Ahli
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 27 Sep 2000 20:19:48   

Assalamualaikum...

hmmm..

kusentuh bisik puisimu.

lalu hadirlah resah dipantai hati,
pabila bisikan bayu berpuisi sayu,
pabila gerimis senja membawa cerita,
bisikan rasa rintihan sukma,
mega mendung muram,
senjapun kelam,

malam dia sendu,
siang dia sayu,
diam dia termanggu,
larik-larik puisi sayu bersatu,
dalam dirinya disudut hatinya,
bicara resah, rindu pasrah,
itulah yang sering bertingkah,

lalu hadirlah resah dipantai hati,
pabila disentuh bicara puisi.....


...........
bob: pekabar? pc rosak yer..dah nak kena cari yang barulah tu..

hmmmmm...

IP: 202.188.65.215

 sue_marie
 Pengendali
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 27 Sep 2000 21:26:39   

Salam buat teman-teman sekarya..
mekasih kerana masih ada yang bertandang karya ke mari..

putera..salam juga buat tuanku..

Nyiur melambai mengintai mentari,
Perahu terkapai di Pasir Salak,
Sedangkan badai mengamuk sendiri,
Melihat pantai seiringan ombak.

Gadis Cina sedih terharu,
Putih merpati hinggap di kali,
Dapatkah dibina landasan baru,
Andai hati tiada peduli.

terima kasih..

-sue- Gadis Dusun sepi..

IP: 203.106.179.82

 maznizan
 Ahli Setia
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 27 Sep 2000 21:40:32   

Sue
Maz baru jer terdengar dari kejauhan yang Sue masih lagi MC akibat kemalangan dulu. Betul ker? Dah sihat betul ker? Kereta Abang Sue tu macammana pulak?... Selalu mendoakan Sue slalu sihat sejahtera...

p/s jangan lupa makan ubat yek!

Be yourself! Just be!

IP: 161.142.112.8

 sue_marie
 Pengendali
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 27 Sep 2000 21:45:06   

Salam sayang & kopivosian..

maznizan..hai salam dari kejauhan juga..
hmmm...lama yer maz ni mendiamkan diri.. yerlah... adakala kesibukkan itu memerangkap kita dalam waktu begini..
hmm..kemalangan tu, sebenarnya tak ape2.. adalah juga tapi biasalah.. masih sakit juga ni..yerlah..
kete abang.. dah jumpa doktornya juga..hehe..
mekasih yer..

Jalan-jalan dipasar raya,
Jalan bersama siadik tiri,
Tuan budiman tiada kurangnya,
Pencetus ceria gaya tersendiri.

Terima kasih maz....

~~~~~~~

Bob..hai... alahaii..lamanya tak berkabaran teman sorang ni yer..
sue.. dah ok semuanya... takde ape yang merisaukan sangat.. anyway mekasih atas keprihatianan anda ..
bob pula gaimana kabarnya?.. hmm..masalah pc yer.. alaaa ganti jer tu bob..

Sana benua sini lautan,
Takkan pupus rimba di cari,
Tuan di sana dalam ingatan,
Doa nan tulus hamba iringi.

terima kasih bob..jumpa lagi yer..

~~~~~~~~~

polong...Hmmmmm... terima kasih temannn..
puisi sentuhan rasa..hmmmm..
puisi seterusnya.. akan sue susuli kemudian nanti..


*mesej ini telah dikemaskini oleh sue_marie pada 27/09/2000 21:48:33*

IP: 203.106.179.82

 M_74
 Ahli Setia
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 28 Sep 2000 16:40:29   

Assalamualaikum...

lama tidak mendengar bicara..

sebuah pantun untuk sesorang..

dari bayu datangnya pawana
menjemput pulang kosmik berlagu
apalah rasa pedih terasa
hati menangis siapa tahu


sue_marie : lama menghilang masih tetap mengingati kerana masa itu adakalanya berpesan agar sentiasa tabah pada masa sesingkat...

Muhammad74

IP: 161.142.2.11

 sue_marie
 Pengendali
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 28 Sep 2000 21:44:51   

salam sayang & kopivosian..

M_74..hai..pe kabar yer..
hmmm... yer..agak lama tidak membaca bicara anda di sini.. terima kasih kerana masih berkunjung karya ke mari..

serangkap pantun buat renungan sejenak..

Sudah lama tidak ke bendang,
Padi berbunga di tepi rumah,
Sudah lama rindu berdendang,
Pilu menjelma begitu ramah.


Muhammad : Adakala kita perlukan masa untuk bersendirian.. bukan namanya menghilang diri .. sekadar mencari ketenangan jiwa.. tetapi sekeliling kita akan merasainya sebagai suatu kehilangan..

-sue- Gadis di dusun sepi...

IP: 202.188.106.166

 M_74
 Ahli Setia
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 29 Sep 2000 16:07:11   

Assalamualaikum..

lama tak berkunjung.. sesekali ingin merasa keheningan lalu..

pohon kayu usia menanti
rumput hijau bertukar warna
kalau rindu sudah sebati
usah disimpan luahkan segera

Sue_marie : Kebenaran selalunya nyata.. kita merasa kehilangan.. namun hilang itu cuma sementara.. apa yang dibimbangkan hilang itu untuk selamanya..

Muhammad74

IP: 203.106.172.129

 sue_marie
 Pengendali
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 29 Sep 2000 21:29:17   

Salam sayang & kopivosian..

Terima kasih atas kunjungan..
hmmmm... sealas bicara ku sisipkan dalam serangkap pantun..
izinkan..

Selagi awan berdendam rindu,
Senja belum meniti pinggir,
Andainya rawan mencengkam kalbu,
Bagaimana senyum bisa terukir?


Muhammad74 : Mengapa harus dibimbangkan jika kehilangan itu untuk selamanya..
sedangkan kita maklum bahawa apa yang ada pada kita, tidak akan kekal melainkan kenangan yang tersisa buat kita renungkan..

-sue- Gadis di dusun sepi..

IP: 203.106.180.120

 maznizan
 Ahli Setia
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 29 Sep 2000 22:17:19   

Salam Papema

Hi Sue...

Nak berkarya sekejap.

Semenjak bilakah?
Langit serulean itu berubah merah?
Seakan membiarkan tangisan ini
Pergi dengan seribu kelukaan...
Dan membiarkannya berdarah
Dan mengalir lesu
Membasahi segenap tubuh ini

Dan langit serulean itu
Membawa bolosan hati
Yang pastinya akan membawa aku
Tiba ke lembah ini
Tanpa memori
Tanpa kenangan...



Be yourself! Just be!

IP: 202.188.50.83

 sue_marie
 Pengendali
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 29 Sep 2000 23:26:29   

Hmmm... bicara lewat malam.. bersama sepi yang gelisah..

Bagaimana Mungkin..?

Ranting-ranting itu ku patah-patahkan
dedaunnya ku lipat-lipatkan
kelopak bunga itu..
engkau yang pisah-pisahkan
lalu jatuh berguguran satu persatu

yang tinggal cuma..
pohon itu menjadi tunggul
tidak punya apa-apa
mengharap simpati dari tanah
mengharap air dari hujan yang menyirami
mengharap sinaran dari pancaran suria mentari
dirinya masih tabah..

namun..
bagaimana harus diteruskan penyeksaan itu
sedang di depan ada menanti keluhan yang berat
dan rembesen air mata yang menyejukkan
suasana syahdu..

-sue- Gadis di dusun sepi..

~~~~~~

maznizam.. hai..terima kasih kerana berkunjung karya..


IP: 202.188.14.245

 sue_marie
 Pengendali
 Email | Cari Mesej
dimasukkan pada: 1 Okt 2000 23:30:22   

hmmm... sekadar sepatah bicara buat renungan sejenak...

Pada kebiasaannya, pabila kita mahu menilai sesuatu jenis buah2an, kita akan melihat kepada struktur kulit atau luaran 'buah tersebut'. jika elok kulitnya barulah minat terhadap isinya bermula....

kita akan membuka kulit buahnya untuk menikmati isinya... alangkah marahnya kita apabila buah tersebut tidak setara dengan kulitnya yang cantik - terasa benar diri tertipu!
bukan tidak penting mengutamakan lagak luaran tetapi sehingga terlalu lebih cita, lupa mengimbangkan antara luaran dan dalaman.

perkara dalaman adalah soal akhlak, pemikiran, tingkah laku dan emosi manakala antara luaran pula ialah soal gaya, pakaian, keterampilan dan yang seumpama dengannya..

seeloknya bersikap sederhanalah kerana kesederhanaan itu juga punca kebahagian...


sekadar berbicara..
(sumber dari Berita Pengguna...)

-sue- Gadis Dusun..

IP: 203.106.121.212

Topik telah dikunci. Tiada sebarang jawapan boleh dihantar. Pengendali sahaja: buka topik | padam topik

Sembang.com >> Sembang-Karya >> Sealas Bicara KARYA 7

Masa pemprosesan: 26.647896 saat.


Sembang.com | Senarai sembang | Tolong! | Daftar | Lupa password | Kemaskini biodata | Logout

Melayu.com | Melayu.net | Sekolah.com | MyPHP

Di sini semuanya original. Sesiapa meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat.
©1998-2000 selemann is not salesman