Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

mdymm.jpg (12873 bytes)

Mahkota Duli Yang Maha Mulia Sultan

Mahkota ialah pakaian Ulu Kebesaran Raja-Raja Terengganu. Ia diperbuat daripada emas bertatahkan permata berlian. Di bahagian tengah mahkota ini terdapat lambang bulan sabit dan bintang pecah lima yang bertatahkan permata. Di bahagian bawahnya pula terdapat kain baldu berwarna kuning. Mahkota ini adalah salah satu alat kebesaran Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Terengganu semasa istiadat pertabalan. Mahkota ini pertama kali digunakan semasa istiadat pertabalan Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah pada tahun 1920.

BACK