Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

mdymp.jpg (11311 bytes)

Mahkota Duli Yang Maha Mulia Permaisuri

Mahkota juga merupakan pakaian Ulu Kebesaran Raja-Raja Terengganu. Ia diperbuat daripada emas putih bertatahkan permata berlian. Di bahagian tengah mahkota ini terdapat lambang bulan sabit dan bintang pecah lima yang bertatahkan permata.

Mahkota ini merupakan salah satu alat kebesaran Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Terengganu semasa istiadat pertabalan. Mahkota ini pertama kali digunakan semasa istiadat pertabalan Almarhumah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Mariam pada tahun 1920.

BACK