Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 

mtanjak.jpg (10081 bytes)

Mahkota Bertanjak

Mahkota Bertanjak merupakan pakaian Ulu Kebesaran Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Terengganu. Ia diperbuat daripada emas putih yang bertatahkan berlian dan dihiasi dengan awan larat. Ditengah-tengahnya terdapat lambang Sultan Terengganu yang diperbuat daripada emas bertatahkan berlian. Di kiri dan kanan mahkota ini terdapat enam buah lambang bulan dan bintang.

Mahkota ini selalunya dipakai bersama-sama dengan Tanjak Di Raja yang diperbuat daripada songket berwarna kuning berbenang emas. Bentuk ikatan tanjak ini dikenali sebagai 'Belalai Gajah'. Mahkota ini telah ditempah khas dari London untuk istiadat pertabalan Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 21 Mac 1981.

BACK