Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Nobat DiRaja

nobat.jpg (12378 bytes)

Boleh dikatakan kebanyakan Negeri-Negeri Beraja di Malaysia menggunakan Nobat sebagai sebahagian daripada alat kebesaran DiRaja. Demikian juga di Negeri Terengganu di mana Sultan yang memerintah menggunakan Nobat sebagai tanda dan alat kebesaran DiRaja. Menurut cerita, Nobat Negeri Terengganu Darul Iman ini berasal dari Riau dan mula digunakan semasa pemerintahan Sultan Ahmad. Orang yang pertama sekali menggunakan Nobat ialah Puteri Bulan Pulau Bentan iaitu isteri kepada Demang Lebar Daun atau Telani Bentan yang juga digelar dengan nama Tun Telanai.

Nobat DiRaja mengandungi sebuah Gendang Saku yang dikenali sebagai Negara, dua buah Gendang Nobat, sebatang Nafiri, sepasang Kopak-Kopak dan sebatang Serunai. Nafiri ini diperbuat daripada perak manakala Serunainya pula diperbuat daripada gading yang di bahagian hujungnya diperbuat daripada pera.

Negara dan Gendang Nobat dimainkan oleh empat orang daripada keturunan Raja pada hari istiadat. Ia mempunyai tiga belas lagi iaitu :-

Lagu Iskandar Shah

Lagu Ibrahin Khalid

Lagu Seri Istana ( Semang )

Lagu Anak Kuda Ragam/Raja Beradu

Lagu Seri Istana

Lagu Petang Khamis

Lagu Palu-Palu Melayu

Lagu Papan

Lagu Petang Jumaat

Lagu Palu-Palu Nigiri

Lagu Petang Khamis Perak

Lagu Arak-Arak

Lagu Perang

Bagaimanapun tiga buah lagu yang selalu dimainkan dalan Istiadat di Singgahsana. Lagu-lagu berkenaan ialah :-

Lagu Iskandar Shah

Lagu Ibrahin Khalid

Lagu Seri Istana

Nobat dimainkan pada tiap-tiap hari, pagi dan petang, semasa berlangsungnya Istiadat Perkahwinan DiRaja dan pada waktu-waktu tertentu. Ia dibunyikan pada tiap-tiap petang sebelum berbuka puasa pada bulan Ramadhan dan petang Aidil Fitri dan Aidil Adha. Nobat turut dimainkan pada tiap-tiap hari Khamis ( Petang Jumaat ) di Istana.

Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah menerima kembali Nafiri asal istana Sultan Terengganu yang telah dikembalikan oleh keluarga Tengku Hamid bin Tengku Mansur yang berasal dari Singapura pada 17 Mac 1990.

BACK