Saut Sandang merupakan pakaian kebesaran Duli Yang
Maha Mulia Al-Sultan. Ia diperbuat daripada emas, berbentuk buah rotan yang terdiri
daripada 50 biji utas. Alat kebesaran ini dipakai secara bersilang dari bahu kiri ke rusuk
kanan dan bahu kanan ke rusuk kiri. Ia telah dipakai oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia
Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 6 Julai 1949 semasa istiadat pertabalan baginda.
Sepasang saut sandang lagi juga diperbuat daripada emas berbentuk bunga
berkelopak empat dan dikarang sebanyak 12 kumtum seutas. Cara pemakaiannya adalah sama
sepertiman yang dipakai oleh Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan. Alat kebesaran ini dipakai
oelh Duli Yang Maha Mulia Permaisuri semasa istiadat pertabalan Duli Yang Maha Mulia
Al-Sultan.