Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
"BANGSA KU TERTIPU

Pagi itu bila aku bangun tidur dan mahu bersiap ke Sekolah. Ibuku mendekati diri ku lalu berkata "hari ini tidak sekolah kerana curfew". Aku kebingungan lantas bertanya kepadanya ,"Apa itu 'curfew' bu". Lantas ibu menjawab kembali "curfew bererti kita tidak boleh keluar rumah". Walau pun aku kebingungan tapi kau tidak terus bertanya malahan terus menyambung tidur ku.

Namun kini setelah aku dewasa aku singkap kembali cerita-cerita yang ku dengar ketika itu dan ku cari realiti sebenar kepada cerita-cerita itu. Apa yang pasti adalah punca pergaduhan antara kaum itu berlaku diatas sebab orang-orang cina yang datang dari Parti DAP yang telah berjaya menawan Kuala Lumpur Bandar.

Mereka telah berarak mengelilingi kampung baru menaiki kereta, lori, van dan motor sambil membawa penyapu. Mereka melaungkan perkataan menghina orang Melayu. "Kami ingin sapu melayu." Keluar kamu Melayu, kamu sudah kalah." Disinilah mula nya kehangatan kerana semangat orang Melayu di bakar. Maruah orang Melayu tercemar.

DAP merasa bongkak kerana mereka menganggap diri mereka telah kuat kerana dilindungi Parti PAP dari Singapore. DAP adalah anak PAP yang memerintah Singapura.

Jikalah datuk ku masih hidup beliau akan merasa kecewa kerana hari ini bangsa ku ditipu. Hanya kerana ingin memenangi pilihan raya bangsa ku sanggup bekerjasama dengan parti yang dahulunya menghina, menghalau bangsa ku di buminya sendiri.

Malahan kini bekerjasama untuk menumbangkan maruah bangsa dan agama ku. Hari ini mereka yang berserban mengakui diri mereka alim ulama, penjuang bangsa kononnya menipu anak-anak bangsa yang tidak tahu akan peristiwa yang berlaku pada 13 mei itu. Hari ini juga parti PAS akan bekerjasama dengan mana-mana parti tidak kira apa juga jenis parti yang penting ianya menentang kerajaan. Parti komunis atau jika ada parti perompak dan juga parti pelacur. Yang penting bagi mereka adalah memenangi pilihan raya.

Aku merasa sedih bila melihat beberapa anak gadis yang berpurdah berkempen membawa lambang parti DAP dan juga parti PRSM dan ADIL. Mereka tertipu dengan dakyah pemimpin mereka yang kita boleh gulungkan sebagai kaum munafik. Memperalatkan agama demi mencapai kepentingan cita-cita. Insaflah adik-adik dan anak-anak bangsa ku.

Tepak Bersulam "

 

  Kembali ke laman Tepak Bersulam