Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

PAS KINI DIUBAH SUAI UNTUK SELERA 2004

Tepak Bersulam

Rata rata ahli Pas dan juga bukan ahli Pas yang berada di Taman Melewar agak terperanjat bila  melihat kereta  mercedez yang  menjalar di hadapan dewan muktamar Pas di taman Melewar.Pemimpin Pas seolah olah bersaing menunjukan kehebatan kereta mewah masing masing.

Dasyat  pemimpin Pas sekarang ni dah pakai mercedez.

 Namun semua ahli Pas bersikap mebisu seolah olah tidak nampak walaupun hati kecil berkata kata,namun mereka   enggan  mempersoalkan apatah lagi memikirkan nya.Seolah olah jika  mereka  memikirkan nya bala akan menimpa mereka..

Jika  mereka ini mampu mengapa  maseh di pungut sedekah.Kenapa  pemimpin ini tidak menyumbang  bagi keperluan Pas?mana laungan yang dahulu nya mengatakan islam mahukan kesederhanaan?Tak gunalah Nik Aziz  potong gaji dan tinggal di rumah sendiri  bagi mengelakan  pembaziran.

Tapi itu dahulu sewaktu Pas kurang sambutan ,sekarang lain Pas dah ada  pengikut dan popular dikalangan orang orang yang malas berfikir.

Pas  kini  banyak mahu  menyerupai UMNO.Pas juga mahu ikut UMNO menjadi tunggak  pimpinan parti atau pun mahu jadi parti dominen dalam  komponen  pembangkang Kini pas mula emngikut rentak dan ingin meniru  UMNO malahan Fadil Noor mula mengakui  kebenaran yang sebenar.Apa yang UMNO lakukan untuk umat Islam adalah  di landasan yang benar.

Malangnya  tindakan itu tidak di senangi oleh Parti Dap yang tidakan akan pernah  bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh pimpinan Pas.dap yang memperjuagkan Malaysian Malaysia tidak akan merelakan Pas untuk menjadi parti dominen.

Ramai juga  orang orang Pas  yang kini sedar dan nampak apa yang  dilakukan oleh pucuk pimpinan Pas sebenarnya adalah kesenimbungan dari apa yang  UMNO telah lakukan untuk rakyat Islam di negara ini.

Menurut bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Ghazali Ahmad, apa yang dibuat oleh Pas ini sebenarnya telah lama dilaksanakan oleh UMNO.

``Selama ini, yang dilakukan UMNO adalah tepat dan bersesuaian dengan kehendak Islam. Alhamdulillah, akhirnya Pas mengakui bahawa sebagai parti politik, ia perlu mempunyai hala tuju yang tepat dan jelas untuk pelaksanaan Islam di negara ini,'' katanya.

Kata Ghazali lagi: ``Para ulama juga perlu memikirkan sesuatu itu bukan setakat satu atau dua tahun ini tetapi sebaliknya berpuluh-puluh tahun akan datang.

``Lebih-lebih lagi dalam perkara yang menyentuh politik Islam dan siasah syariyyah''.

Hak hak untuk  kaum wanita  juga telah di longgarkan.Malahan wanita punyai banyak suara pada tahun ini.Kemenangan Dr lo’lo’Mohd Ghazali  menjadi sejarah kerana  ini adalah pertama  kali nya  seorang wanita terpilih dalam AJK Parti.

Jadi  kata  kata  pipinan atasan Pas dahulu bahawa  wanita hanya  boleh jadi pengikut sahaja hanya  tinggal laungan  yang serupa  “cakap tak serupa bikin”.

Perwakilan Pemuda Kelantan, Mazlan Ibrahim sendiri mengakui bahawa rakyat berbilang kaum lebih yakin pada dasar, perjanjian sosial serta perpaduan nasional yang dipraktikkan oleh BN berbanding pembangkang.

Pakaian juga tidak di titik beratkan lagi kerana mereka tahu  Dr Hassan Ali tidak akan  berkopiah atau  bejubah.Pas kini teraksa mengikut kehendak  Ahli dan juga terpaksa akur kepada perubahan zaman kerana Pas  mahu  menyesuiakan  keadaan dengan pilihan raya 2004 ini.

 Fadzil pada akhir muktamar mahu 800 perwakilan tidak membangkitkan lagi soal remeh-temeh berkaitan pemakaian songkok, kopiah, jubah, jaket atau bertali leher.

Janggut tidak juga  jadi isu yang besar lagi .Mungkin sebab Dr Hassan ali tidak punya  janggut ala Pas.

``Yang penting ialah perjuangan,'' tegasnya.

Peggangan  dan perjuangan Pas  kini agak  fleksible kerana  terpaksa menyesuaikan prinsip dan perjuangan parti komponen.Umpama nya pas  terpaksa mengikut kehendak Dap d pilihan raya  yang lalu menggurkan  menifesto  memperjuangkan  Islam demi  menjaga   hati  Lim Kit Siang dan Karpal Singh.

Mungkin banyak lagi akan di ubahsuai  oleh pemimpin parti Pas bagi menghadapi pilihan raya 2004.Kerana Pas kini  lebih social dan terbuka.Pas juga akan menjaga  hati  pemimpin Parti keadilan dengan meyokong demonstrasi jalanan.

 Jaminan Fadzil bahawa Pas akan tetap menjadikan demonstrasi sebagai salah satu kegiatan parti itu bagi menyatakan pendirian terhadap sesuatu isu.

Mungkin yang hanya  di risaukan oleh Pas  sekarang adalah Parti Dap kerana  semenjak dahulu lagi Pas  terasa akan kehadiran Parti Dap hanya akan memberi banyak masalah kepada Pas.Dap mungkin akan jadi penghalang kepada  Pas untuk  menawan kerajaan Malaysia.

Hakikat ini  mungkin tertanam di seluruh sanubari pemimpin dan juga ahli Pas dengan itu mereka telah mencuba untuk mencari jalan alternatif dengan Nik Aziz  sendiri  turun ke padang bertemu dengan penternak khinzir.Membuka  keahlian  Parti Pas  kepada bukan Islam.

Semakin 2004  menghampiri, kita akan dapat menyaksikan perubahan Pas  mengikut peredaran zaman dan jangan terperanjat  jika  Fadhil Noor akan  berucap dengan  cara anak muda nyayikan lagu RAP atau HIP HOP bagi mempengaruhi anak anak muda ini.

Pas  boleh lakukan apa  saja  bagi memastikan akan kemenangan Parti itu pada tahun 2004.

INSYAALAH ALLAH AKAN BERSAMA  MEREKA YANG BENAR.

 

  Kembali ke laman Tepak Bersulam