Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Tumpat akan dikenali sebagai serambi Buddha

Penulis : Tepak Bersulam

Barisankita@hotmail.com

Apabila Tepak membuka Utusan Malaysia pagi ini Tepak agak terperanjat juga tengok gambar patung Buddha (the sleeping Buddha). Mula-mula ingatkan Haji Hadi tengah tidur. Rupa-rupanya patung buddha kedua terbesar di dunia. Teringat Tepak bila orang Pas beri komen mengenai KlCC, Menara Kuala Lumpur dll. Dalam diam-diam rupa-rupanya Kelantan pun ada yang nombor dua terbesar di Dunia. Menurut akhbar tersebut " Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Wat Machimmaram Kampung Jubakar, Yong Lai Keng ketika ditemui pula berkata, patung Buddha duduk pula mula dibina pada 1991 dan kini 90 peratus siap dengan belanja kira-kira RM3 juta. Katanya, patung Buddha duduk itu mempunyai ketinggian 30 meter, panjang 46.9 meter dan luas kawasan dalaman 22.12 meter persegi. "Setahu saya patung ini terbesar di Malaysia, kedua terbesar di Asia dan dibina melalui sumbangan orang ramai,'' katanya. Menurutnya, perasmian patung Buddha duduk itu dijadual dilakukan pada 9 September depan. Beliau mengakui ramai pelancong asing datang ke watnya untuk melihat patung berkenaan." Yang herannya penyu di Terengganu dijadikan bahan untuk menonjolkan keislaman orang orang Pas. Patung ni kenapa dibiarkan ? Mungkinkah sebab ianya boleh mendatangkan hasil bagi sektor pelancungan. Sekiranya ianya boleh mendatangkan hasil ,tak berdosa ka? Mungkin tak lama lagi pada 9 september ini ramailah pemimpin PAS akan turut serta didalam perasmian patung Buddha ini. Mungkin Nik Aziz akan memotong reben di kaki patung buddha ini. Kelantan yang diberikan jolokan serambi Mekah oleh orang-orang PAS menerima banyak kunjungan pelancung asing dan tidak lama lagi Kampung Jambu diTumpat ini bolehlah di panggil serambi Buddha. Maka akan berkembanglah agama buddha yang diberikan galakan oleh Menteri Besar sebuah negeri yang konon nya mengamalkan pemerintahan Islam. Selepas ini kita akan dengar banyak komen dari orang orang PAS mempertahankan sebab patung yang memakan tanah sebanyak 2.4 hektar ini. Tidak heranlah jika Kelantan menerima ramai pelancung kebalakangan ini. Kemasukan pelancung itu bukan kerana parti PAS yang memerintah. Jika nak diikut Parti Pas telah lama memerintah tidak pula pesat pembangunan pelancungannya. Mungkin adalah kerana patung buddha ini dan juga Kelantan adalah merupakan pintu masuk ke kancah maksiat (Golok). Ramailah orang-orang yang nak ke Golok melalui dan singgah di Kelantan. TepakBersulam : Ada juga ke Golok beli Toto dan nampak ramai orang orang Kelantan menopoli bandar kecil ini. Tak buat maksiat kat Kelantan tapi buat kat Golok.

  Kembali ke laman Tepak Bersulam