Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Salahkah Dr Mahathir mengatakan Melayu malas, suka pada yang mudah

Penulis : Tepak Bersulam

Barisankita@hotmail.com

Tepak rasa terpanggil untuk mengulas tulisan Sdra. Lee Ban Cak didalam Malysiakini yang bertajuk Umno: Moral, agama dan Melayu. Beliau menganggap bahawa kritikan Melayu adalah kaum yang malas, suka yang mudah, tidak beritika ketika berkerja adalah cerita dongeng yang sama sebagai alasan untuk menutup kegagalan dasar kerajaan menolong Melayu. Persoalan pertama Tepak adalah Siapakah Sdra. Lee Ban Cak untuk mempertikaikan kritikan PM terhadap bangsa Melayu. Apakah Sdra. Lee begitu faham dengan naluri bangsa Melayu ? Mungkin juga Sdra. Lee ini adalah seorang Melayu yang takut untuk menampilkan diri apabila mengkritik. Jika benar inilah satu lagi kesilapan orang Melayu, takut dan rendah diri. Sebenarnya apa yang di luahkan oleh PM adalah benar. Kita tidak dapat menafikan atau menyorok pekung didada hanya sekadar untuk menyedapkan hati kita sebagai seorang Melayu. Sememangnya sikap orang Melayu suka mencari jalan mudah untuk melakukan sesuatu kerja. Umpamanya untuk berniaga mereka akan mencari pinjaman, setelah mendapat pinjaman mereka akan menyalahgunakan pinjaman seolah olah wang pinjaman itu adalah keuntungan dari pekerjaan. Untuk mendapatkan tender mereka akan cuba untuk menadapatkan bantuan dari orang-orang yang berpengaruh yang boleh menolong mereka untuk mendapatkan bantuan. Jika mereka gagal mulalah mereka memusuhi orang-orang yang berpengaruh itu. Sebenarnya kerajaan telah banyak berusaha untuk menolong orang orang Melayu ini dalam bentuk subsidi dan peruntukan, namun mereka tidaklah boleh mengharapkan kerajaan untuk melakukan segalanya sehingga mereka berjaya. Cuba kita soal diri kita kembali. Sebagai rakyat Malaysia sepatutnya kita tidak boleh menjadi susah, miskin atau papa di bumi kita kerana kita tidak di buru oleh pihak berkuasa kerana tiada kad pengenalan diri. Kita bebas untuk lakukan apa sahaja kerja yang halal. Jika mereka yang datang dari Indonesia dan juga Bangladesh yang serba kekurangan boleh hidup mewah di tanah air kita sendiri. Apakah alasan-alasan yang boleh kita berikan untuk menandingi mereka mereka ini. Berapa ramaikah orang-orang kampung yang tidak pernah mimpi untuk jadi jutawan di anugerahkan oleh kerajaan untuk menjadi jutawan di tanah-tanah Felda yang dahulu nya hutan rimba. Apakah yang terjadi kepada jutawan ini sekarang ? Berapa ramaikah yang dapat mereka bantu dengan wang jutaan itu untuk membantu melayu lain ? Cuba kita berikan wang ini kepada kaum cina atau mamak, tentulah ramai lagi cina dan mamak lain yang akan jadi jutawan. Sememangnya susah jika kita mahu menukar budaya ini. Umpama penulis ini sendiri sukar menerima kritikan yang mana dihati beliau jauh memperakui apa yang di luahkan oleh Dr Mahathir. Namun kita jangan lupa bidalan Melayu "hanya rupa yang buruk tidak boleh diubah tetapi perangai yang buruk boleh diubah" tetapi sekarang muka yang buruk pun boleh diubah. Malaysia boleh adalah harapan PM untuk menaikan semangat orang-orang Melayu agar bersaing untuk memajukan diri bersama bangsa asing. Namun berapa keratkah orang Melayu yang mengambil cabaran ini. Gunung Everest didaki oleh India. Alex akan melakarkan sejarah di Formula One. Nicole David juara remaja dunia dalam bidang squash. Empat rakyat Malaysia yang terkaya juga adalah bangsa bukan Melayu. Nasib baik PM mengenalkan slogan "Malaysia Boleh" sekurang-kurang nya ada juga rakyat Malaysia seperti Dato' Azhar menyahut cabaran itu. Mengulas kembali rungutan Sdra. Lee ini mengenai UMNO, persoalannya kembali kepada Sdra. Lee. Apakah alternatif lain yang lebih baik dari apa yang UMNO lakukan untuk orang-orang melayu di Malaysia ? Sdra. Lee boleh menulis dan boleh menggunakan kemudahan IT ini sebenarnya adalah satu inisiatif dan juga idea Umno dan Perdana Menteri. Ramai Melayu kini memilik kereta Malaysia, memiliki rumah di bandar adalah usaha perjuangan UMNO. Siapakah yang memertabatkan Melayu ditempat yang paling tinggi dan kemewahan yang dimiliki sekarang adakah ini usaha parti PAS ? Atau pembangkang ? Selagi insan yang bernama manusia bernafas di muka bumi ini, ia tidak akan dapat lari dari melakukan kesilapan. Namun yang penting bagaimanakah kita dapat menangani masalah itu. Adakah kita menangani masalah itu ? Sekurang-kurangnya UMNO mengakui akan kesilapan dan mencari jalan menyelesaikan masalah itu, rakyat juga diberitahu untuk menangani masalah itu bersama. Adakah kita pernah dengar akan parti Pembangkang mengakui bahawa mereka ada melakukan kesilapan ? Apakah pembangkang bukan manusia biasa yang juga pernah melakukan kesilapan ? Mereka menyorokkan kesilapan dan pengikut mereka leka dan belayar di buai mimpi dan hidup dengan kesalahan mereka. Akhirnya di penghujung jalan UMNO berjaya menangani kesilapannya, pembangkang masuk ke dalam gaung kesilapan yang tidak di perbetulkannya. Buat Saudara Lee Ban Chen mengkritik mencari kesilapan seseorang sememangnya mudah. Melaksanakan apa yang dikritik itu adalah sesuatu yang berbedza. Persoalan untuk kita sama sama fikir dan renungkan. Apakah yang telah Parti Pembangkang lakukan untuk menaikan martabat orang orang Melayu ketahap yang tertinggi? TepakBersulam: Berniaga dari kecil-kecilan dahulu tanpa mengharap mana mana pinjaman. Tidak pernah bertanyakan apa yang kerajaan berikan pada Tepak. Perjuangan ini yang Tepak mampu berikan kepada kerajaan. Allahuakbar ...hidup Melayu, hidup UMNO."

 

  Kembali ke laman Tepak Bersulam