ASYIK
Tarian ini adalah merupakan tarian istana diraja Kelantan. Ia bermula di Pattani pada 1644 berikutan kehilangan burung kesayangan permaisuri. Dayang-dayang baginda mencipta tarian ini untuk menghiburkan hatinya yang sedang berdukacita.
Asyik bermaksud kekasih yang juga merupakan nama burung tersebut. Tarian ini dimulakan dengan 10 orang dayang yang berpakaian cantik, duduk dengan sopan sambil menunggu primadona tarian muncul. Bila dia tiba,tarian ini dimulakan dengan pergerakan dan lenggok badan yang lembut (susah tau!).
Pada hari ini, tarian ini dipersembahkan semasa upacara rasmi dan festival. Ia juga turut dipersembahkan di majlis-majlis perkahwinan di istana Melayu.