KUCING
Anda berminat dengan kucing tak? Adakah anda membela kucing di rumah? Betul ke cara anda menjaga kucing anda? Di sini saya akan memberi sedikit panduan bagaimana hendak menjaga kucing dengan teknik yang betul.
Kucing ada perbezaan dari
segi fizikal dan personaliti, jadi adalah bagus untuk anda mengetahuinya sebelum
memelihara atau membeli seekor kucing. Di sini ada beberapa kunci untuk tolong anda
memilih kucing yang terbaik untuk anda:
Sesetengah jenis kucing
macam Russian Blue suka pilih salah seorang ahli keluarga sebagai kawan istimewanya.
Lain-lain jenis pula macam Persian Tabby sangat peramah, mesra dan tak kisah dengan
sapa-sapa pun. Pertimbangkan kadar kemesraan kucing terutamanya jika anda ada kanak-kanak
di rumah sebelum memilih jenis kucing yang anda suka.
Ada pelbagai saiz kucing.
Purata saiz kucing jantan adalah di antara 9-14 paun manakala kucing betina pula adalah di
antara 6-10 paun.
Seekor kucing yang tenang
akan menghabiskan banyak masanya dengan berlingkar di atas kerusi berbanding kucing cergas yang suka bermain-main di kain pengesat kaki, mencakar gambar dan tak mudah didekati.
Sesetengah kucing perlu
diberus setiap hari untuk elakkan bulunya dari kusut dan bergumpal. Selain itu, memberus
juga akan membuat bulu kucing anda lembut!
Kebanyakkan kucing seronok
berada di luar rumah kerana tak semua kucing berpuas hati dengan persekitaran di dalam
rumah sepenuhnya. Sesetengah kucing,mungkin perlu lebih stimulasi untuk pastikan dia
berkelakuan baik di dalam rumah. Ada yang perlu sedikit masa untuk berada di luar rumah
(merayap le tu!). Walaubagaimanapun, adalah penting untuk anda sediakan habitat luar rumah
yang selamat seperti porch tertutup @ leash (rantai leher) untuk melatih
kucing tu adventure di luar rumah dengan dikawal oleh anda. Ada juga kucing-kucing
yang gembira je di luar / dalam rumah. Apa-apa pun, aktiviti di luar rumah adalah
digalakkan. Akhir sekali, ada juga yang jenis duduk dalam rumah je iaitu yang tak pernah
keluar pun tapi lepak dalam rumah sepanjang masa. Statistik membuktikan bahawa kucing yang
disimpan di dalam rumah je ataupun yang mendapat persekitaran luaran yang terkawal akan
memberi kesan yang positif dari segi kepanjangan usia keseluruhannya.
Andainya anda mengharapkan
kucing anda menjadi pemburu tikus handalan, anda harus tahu bahawa ada sebahagian jenis
kucing yang terkenal dengan kebolehan yang sangat menakutkan dalam mencari dan
menghapuskan haiwan perosak seperti tikus.
Jika anda seorang yang
gemar melancong dengan kereta, itu adalah salah satu faktor yang perlu anda pertimbangkan
bagi memastikan jenis kucing yang anda pilih selesa naik kereta.
Sesetengah jenis seperti kucing Siam sangat terkenal dengan kebolehan vokalnya (wah!boleh kalahkan Siti agaknya?)