Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Masukkan Topik Baru  Jawab Mesej Ini
  Melayu.com: Sembang2
  Sembang-Karya
  Cuba-cuba Bersajak/Puisi PULA..1..!!

profail | daftar | opsyen | sol | carian
Nama Mesej
sue_marie dimasukkan pada: 23-09-99 10:29 MST   Klik
 di sini untuk profail sue_marie   Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie   Edit Mesej Anda
Salam sayangggg ..mestilah sayanggg..!!!!

Cuba Berpantun LAGI...sue rehatkan semula... apa kata kita sambung kembali sajak/puisi kita yang dulu..
Sebagaimana biasanya sue mulakan mesej pertama ....

Anak muda itu..
terlalu pandai menyusun kata
memujuk rayu dengan sebaris puisi..
serangkap pantun...setangkai bunga..
sambil meniup seruling bambu
menghulur salam yang masih wangi
persis air turun dari perdunya

lalu rebahlah seorang gadis
mengemis dengan bibir yang basah..
setelah ia siap untuk bersimpuh
di depan anak muda..
dengan penuh kasih sayang...??

*sue*

[Mesej ini telah diubah suai oleh sue_marie (pada 24-09-99).]

JinAir dimasukkan pada: 23-09-99 13:23 MST     Klik di sini untuk profail JinAir  Klik di sini untuk menghantar email kepada JinAir     Edit Mesej Anda
gadis manis ini...
terpaut pada apa dijanji
berlagu merdu nyanyian puisi
pantun sulam kumtum mekar kini
seruling bambu lagu merindui
salam senyum manis sekali
pesan JinAir berhati-hati

biar gadis rebah jika rebah licin batu
jangan gadis rebah kalau rebah dek syahdu
jangan mengemis jangan setuju
jangan ikutkan hati yang rindu
biar simpuh biar malu
kasih sayang bersatu, saksi beribu

kekekekekekeee sekadar numpang sekaki yek sue_marie

invisible dimasukkan pada: 23-09-99 13:49 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
Salam puisi buat Sue dan jinair
apa kabar semua nya...

bersipuh dikamar mati
melirik lamunan sepi
terbias pada rindu rindu mengapai
teriring dalam kesyahduan
mengamit hati berbara
dan mekar di perdu kasih
dalam helaan tak bertepi

dan dihujung rindu
pada renda renda kasih
terpalit antara rindu dan cemburu
dan air mata berlinang
untuk kasih kecundang
dalam titian meredah kasih
rebah dan tersungkur
terseliuh tiap waktu
dan rindu terus beredar

dan jejak jejak yang hilang
dalam kesamaran
dan mendung yang kelabu
di persisir pantai
dan ombak merebah pilu
pada langkah yang longlai

salam...jumpa lagi yer

JinAir dimasukkan pada: 23-09-99 14:10 MST     Klik di sini untuk profail JinAir  Klik di sini untuk menghantar email kepada JinAir     Edit Mesej Anda
eloooo sue_marie...invi saja-saja tulis kat sini

mulalah sebagaimana mahu mu
katakanlah seindah dihatimu
tiap kisah ada sudahnya pilihan mu
erti madah faham mu, ilham mu

cahaya dimata mu senyum dibibir mu
jelas mencerminkan rasa hati mu
rindu dikala jauh, rindu dikala sepi
memang biasa adatnya begini

tidak perlu helaian surat
email saja kesana, sedetik jua ia tiba
tak perlu kesal
kerana kau lebih kenal

perlukah kau kumpul semula, katakan saja
apa dikau rasa
mereka tahu apa dihati mu
bantu, mereka tentu bantu

cerita saja, apa itu derita
dengarkanlah lagu, nan ceria usah nan syahdu
memang jauh dirundung rindu
dekat pula lidah kelu


warna-warna cinta
tidak akan pudar
malam tidak gelita
lihat saja sekeliling kita
malam terhias sinar rembulan kerdipan bintang

tulis memang sejak azali
tapi tukar masih boleh lagi
niat suci, apa diperbuat tangan dan kaki
disuatu masa nanti
pasti terjadi apa dihati

kekekekekekeeee...JinAir buat kengkawan

sue_marie dimasukkan pada: 23-09-99 19:25 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam buat teman-teman tersayang.
sue sihat dah nie...
JinAir ...Invisible...
indah sekali sajak kalian...
salam puisi kita teruskan lagi...

Segores calar di dada langit
mendunglah wajah awan
gugur hujan-hujan duka nestapa
membanjiri rimba hati yang gersang

setitik sendu diterik mentari
terkaparlah ikan di danau
kemarau kian mengersang

secoret suka telah terpalit duka
coretan sebatang pena telah dinoktahkan
jari jemari pun tidak lagi bertenggek menari
letih dan insaf sisa-sisa silam

sedih, hiba, haru dan pilu...
adalah kaca yang pecah berserpihan
menyentuh hati lalu berdarah
entah bila akan kembali sembuh....??

JinAir..kekekkeke.. tetap ade yek...

Inv... sudah makan..?

6tolak6 dimasukkan pada: 24-09-99 12:09 MST     Klik di sini untuk profail 6tolak6    Edit Mesej Anda
kopivosian... salam
pada sue marie, invisible, jinair dan semua...
jumpa kembali.... CAK!!! (^_~)


Helaian kertas bertinta
dilipat-lipat
menjadi kapal terbang kertas
lalu dilancarkan ke awan-awan
sambil pada bayu-bayu
dikirimkan pesan
hantarkan kapal terbang kertasku
pada dia...
siapa ?
entah ?

Helaian kertas bertinta
dilipat-lipat
menjadi sampan kertas
lalu dilancarkan di air-air
sambil pada bayu-bayu
dikirimkan pesan
hantarkan sampan kertasku
pada dia...
siapa ?
entah ?

kapal terbang kertasku...
jatuh di depan kaki,
sampan kertasku...
karam di hujung jari,

Kata bayu-bayu,
harap maaf, tiada alamat nak dituju...
~_~

invisible dimasukkan pada: 24-09-99 11:30 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
Salam puisi buat semua nya...
6tolak6,Sue dan jinair
ceriakan diri selalu yer ..

dari pudar warna
mengaris dicelah rindu
antara sepi dan luka hati
mengimbau rasa sedih
diruang liku dan penjuru
dan air mata yang mengalir
menyapu kenangan
dihujung kerinduan
dan bergelut
tanpa arah yang pasti
melambai untuk sebuah hakikat
dalam pelayaran tanpa angin
dan layar yang patah

namun ...
senyum lah
kerana esok pasti..
masih ada mentari

salam buat semua...

sue_marie dimasukkan pada: 24-09-99 11:34 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
JinAir...
elloo...pe khabar ya..?

Gadis ini..
bukan ada janji yang memaut,
nyanyian puisi...
rangkapan pantun ...
cuma suatu karya seni
yang seiring dengan gema seruling bambu

rebah gadis adalah kerana terharu
pada detik-detik berlalu
apabila cerita bertukar menjadi kenangan
memori syadu di langit impian
dan kini kembali
menghayati baris-baris puisi indah

kagum pada setiap butir kata
lahir dari ketajaman minda
datang berterus terang
tersentak aku dek bercelaru
mentafsir ucap itu bertenun keliru
menjadi renda kusut..

seni ini kita suburkan seiringan
biarpun bergelut dengan susah
sedikit pun tidak bermaksud menongkah adab
atau sengaja bermain bara
anggaplah celaruku rekaan semata
yang hanya kepada permainan melankoli
kerana kreaviti tidak terbatas...

sekadar buat tatapan...hmm..


[Mesej ini telah diubah suai oleh sue_marie (pada 24-09-99).]

sue_marie dimasukkan pada: 24-09-99 11:42 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Inv...
salam puisi ..

Aduhai yang bernama insan..
dikau seringkali bicara mengenai kisah sendu
mengimpikan sesuatu yang mengembirakan
buat diri mu dan yang terindu...
aku lena dalam sentuhan mimpi syadu

tiap kali engkau menghitung
detik-detik yang mendatang
dalam hatiku tertanya
adakah hari-hari yang mendatang ini
masih cerah buat suatu kehidupan
sedang aku masih lagi bersimpuh dengan malu..!

salam di hari berkat..

[Mesej ini telah diubah suai oleh sue_marie (pada 24-09-99).]

invisible dimasukkan pada: 24-09-99 12:38 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
juga salam buat Sue dan semuanya..
hari berkat menambah

keping keping hati
yang pernah terluka
banyak sekali sendu nya
dalam mengharung
lembah dan ngarai
yang tiada pernah
ditemui hujung nya
pada rindu yang diburu
kepuncak sebuah impian
terdampar antara kelukaan
yang terjadi tanpa di pinta
dan sendu..
ada lah teman paling setia

jangan dikesali penderitaan
kerana penderitaan
ada lah penghidupan
antara mimpi dan realiti
dan pasti nya..
ada lena di hujung mimpi

teruskan ....

sue_marie dimasukkan pada: 24-09-99 12:52 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
6tolak6.....
kopivosian tadau diti..
salam puisi dari bayu2..

Helaian kertas bertinta
yang telah engkau lipat2kan
menjadi kapal terbang...
menjadi sampan...
tapi tiada arah tujunya

bayu pun jadi malu
tertanya pada diri mu..
ucap mengikut hatimu
pada siapa sebenarnya kau tuju...?

sue_marie dimasukkan pada: 25-09-99 12:37 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
hmmmm....

Wajah seorang gadis
menanti kehadiran hari esok
membilang jari-jari
bukanlah merajuk
tapi memujuk diri...

malam sepi yang mencengkam
rindu mendamba kasih
antara cinta dicelah restu ibu
terlerai lah sendu
dalam dilema kasih dan cintanya
bila restu ibu
bertaut takdir Illahi
yang tinggal hanya janji...!

sekadar rekaan..

invisible dimasukkan pada: 25-09-99 19:49 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
Gerimis Mengundang...

antara rekahan rindu
di kekeping hati yang kelu
menyelinap kamar sendu
dalam belahan sepi
antara mimpi
yang terpinggir

dan dari gerimis mengundang
mengalir lembut titis titis
membasahi pipi gebu
dan bantal yang lembap
melerai sebuah kerinduan
terseliuh antara leliku
dan jurang yang dalam

dan sebuah kehampaan
menjamah hati
dalam bicara ke puncak
daj terlantung ke samudera
yang sukar ditemui
hujung nya ...

dan rindu
terseliuh tanpa arah pasti
yang menggapai
di celah kerinduan
di tepian yang tiada tepi nya

salam puisi dan rindu dimamah sepi
.........emmmm

sue_marie dimasukkan pada: 26-09-99 12:07 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
salam puisi...

Hembusan bayu dari pergunungan
Mencengkam kesyaduan diri
nun di lembah hijau..
berkocaklah air di danau
gemersik dedaun kering berguguran
beburung dan unggas kicau bersahutan
bagaikan nyanyian lesu nada melankoli
berdendang dengan bebas dan mesra...

malam semakin larut
aku masih berada di kamar
lena belum mau dijemput
mungkinkah merajuk
walau sudah ku pujuk
minta pengalas ulitan rindu

rindu pada sebuah kehidupan ceria
seperti gadis-gadis yang lain
walaupun dewasa kini
kasih sayang keluarga tidak kurang
atau mereka yang menyisihnya
kerana mengejar keseronokan duniawi
sedang hanya aku masih begini

menghitung waktu-waktu berlari
ntah sempatkah aku mengejar lagi
kerana bergelut dalam dilema kasih
lena membelai rindu
untuk menagih kasih dan restu
dari lembut seorang perempuan bernama ibu
dan gagahnya seorang lelaki bergelar ayah
kerana kasih kami semakin dijarakkan
oleh masa dan keadaan...!!!


kupera dimasukkan pada: 26-09-99 15:41 MST     Klik di sini untuk profail kupera  Klik di sini untuk menghantar email kepada kupera     Edit Mesej Anda

bayu berhembus
antara sedu dan sebak didada
merobek memori
dan lamunan yang menghimpit
dari sebuah kerinduan
di persimpangan delima
antara dua kasih
terjebak .....

dan bayu...
tetap jua berhembus
pada kelaraan hati
dan keseduan
yang menyesak nafas
dan pedih hati
dalam lagu tanpa irama
kelu dan membosankan

sekadar ilusi ....

6tolak6 dimasukkan pada: 26-09-99 21:13 MST     Klik di sini untuk profail 6tolak6    Edit Mesej Anda
kopivosian...
jumpa kembali, sue marie, invisible, jin air dan
kupera... selamat berpuisi...
Hmmmm...

Helaian kertas-kertas bertinta,
sebenarnya tidak bernota,
tintanya hanya membentuk cap-cap jari,
yang dicap dari jari-jari,
kerana bagi pemuda
kata-kata hanya mainan kebanyakan si pemuisi,
sedangkan helaian kertas itu,
adalah kata dirinya sendiri,
hanya satu di dunia...

Helaian kertas-kertas,
yang dilipat-lipat
menjadi kapal terbang kertas
menjadi sampan kertas
dikirim melalui bayu-bayu
tanpa alamat yang nak dituju,
kerana pemuda merasa malu
si gadis punyai cita yang besar
mencabar kota mengumpul harta,
sedangkan pemuda hanyalah
seorang petani desa.


sekadar puisi jua....

JinAir dimasukkan pada: 27-09-99 11:33 MST     Klik di sini untuk profail JinAir  Klik di sini untuk menghantar email kepada JinAir     Edit Mesej Anda
kekekekekee...heheheheheheehe
JinAir memasukkan diri ke ruangan nie
nak jumpa kengkawan sue_marie, 6-6 dan invi
just nak share though about life of course free kekekekekeekeeee

mamat ini.......
bukan mahu janji, bukan juga simpati
sekadar cuba nak berpuisi
apa yang telah dilalui
karya seni tiada pernah dipelajari
terbit irama dari hati tak seindah seruling menari

rebah gadis terharu, mamat sendu
detik berlalu memang pernah pilu
cerita kenangan biar tidak yang sayu
kembali memori syadu
tiada batas kecuali yang sedih pilu

yang terbit memang berisi
telah banyak jauh langkah kaki
biar terang tenang dihati
tidak perlu gusar tak tentu diri
tidak bermaksud berselindung sembunyi diri
tidak sentiasa kusut jika ikhlas dihati

yang baik elok disubur ditabur menjadi bakti
yang susah digelut memperkuat memperkukuh minda diri
tidak salah puji diri sendiri
tidak kita siapa lagi?
biar kelabu terang warna
menjadi permainan yang membina
membentuk minda, membentuk diri...batas tiada

mamat sekadar berkongsi....hhhmmmmm hehehehe kekekekekeekkeekeee

kupera dimasukkan pada: 27-09-99 11:46 MST     Klik di sini untuk profail kupera  Klik di sini untuk menghantar email kepada kupera     Edit Mesej Anda
Buat semua nya ...
Jinair,6tolak6,Sue_Marie dan invisible

dijalan yang berliku
cukup perit laluan nya
pada duri,onak dan ranjau
dan kerikil kerikil tajam
menghiris dan melukakan
menikam dan tertikam
tiada kira dimana

dan yang tinggal
parut parut luka
dan sendu...
terparut
terlekat dijiwa
atas kepahitan dan kepedihan

dan dalam senyum
yang ditemui
kadang kala
banyak sekali ragam nya
membias pada cebisan luka
dan peparut lama
dan mengukir nostalgia
dalam lamunan berterusan

kupera ....salam rindu

sue_marie dimasukkan pada: 27-09-99 12:00 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam puisi buat semua teman tersayang...

JinAir: senyum dengar kekekekekkeek aa..,
6-6 : hmmm..teman..dah pandai bertutur kadazan ya..
Inv: terima kasih ..rajin berpuisi..!,
kupera :anda dialu2kan..terima kasih dan teruskan!
kopivosian kumaa diozuu...

sekuntum mawar buat kalian...


*Suara Hati...*

Wajah duka seorang gadis..
menanti kehadiran masa yang mendatang
daun-daun berguguran.... bertaburan di bumi
menghijau saujana rumput dan lalang
hidup dalam ketenangan yang meresahkan..

dalam semusim berlalu...
hanya mimpi silam..
tinggal nyanyian syadu sang unggas
desir angin daun-daun yang gugur layu
dan reranting kering menunggu waktu

sedang mata itu telah tergenang
menghalang tangis bergema
melepas kepiluan terbuku
biar atma tergores sesekali
air mata hanya membasahi sakit luka

pelbagai tuduhan dan fitnah melulu
keresahan dalam penitian
lantas diterimanya segala
dengan penuh kepasrahan
berhimpun dalam senandung PILU..

sekadar coretan...


[Mesej ini telah diubah suai oleh sue_marie (pada 27-09-99).]

kupera dimasukkan pada: 28-09-99 12:29 MST     Klik di sini untuk profail kupera  Klik di sini untuk menghantar email kepada kupera     Edit Mesej Anda
salam buat Sue
dan teman2 yang lain
jinair/6tolak6/invisible
ceriakan diri anda ...

hati hati terluka
pada pedihan memilukan
persis selumbar
memamah hati dan jiwa
kecundang dalam mainan
antara curiga dan sangsi
antara kepalsuan dan realiti
dan hanyut bersama lamunan
bagai mimpi dalam mimpi
berlalu tanpa kata
yang tinggal
sebuah menungan sepi
dan hati hati tercalar
parah dan tiada pedoman
dan mimpi menyusul lagi

kupera ...

JinAir dimasukkan pada: 29-09-99 10:14 MST     Klik di sini untuk profail JinAir  Klik di sini untuk menghantar email kepada JinAir     Edit Mesej Anda
mengelamun JinAir ;}

mana pergi masa lalu ia tanpa cerita
mana pergi hari lalu ia tanpa seri
mana pergi cahaya lalu ia tanpa hangatnya
aku bertanya kemana masa tak pada siapa
aku bertanya kemana hari tak cukup kini
aku bertanya kemana cahaya tak puas merasa

masa yang telah diisi mana hasilnya kemudian hari
hari yang telah dihitung apa sudahnya ada untung
cahaya yang telah dipancar jauhkah tersasar
letih aku melangkah kaki
letih aku berjuang kini
letih aku daya rasa henti

rasa fikirku dini hari :|


sue_marie dimasukkan pada: 29-09-99 10:31 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam buat teman2 puisi...

JinAir...6-6...Inv...kupera...dan semuanya..

terima kasih atas sajak2 yang indah dan berperansang ..

*NYANYIAN BURUNG...*

Nyanyian beburung di dusun sepi
sawah terbiar jadi belukar
sianak gadis berwajah sendu
apa di cari di celah lembah..

berlari mengutip dedaun kering
berguguran ke bumi
bermain dengan kocakkan air di tasik
menghirup dingin air yang turun dari perdunya
mengerbanglah helaian rambut mengurai
dihembus bayu pergunungan
alangkah damai hatinya
berteman penghuni alam tanpa resah....!

hmmmmmmmm...

6tolak6 dimasukkan pada: 29-09-99 21:25 MST     Klik di sini untuk profail 6tolak6    Edit Mesej Anda
kopivosian...
salam pada sue marie, jinair, invisible,
kupera dan semua. Jumpa kembali


Anak kecil berbaju merah...
celotehnya tak pernah kehabisan,
senyum tawanya datang dari hati,
riang dan tersenyum
mengharap pengertian dan pengisian,
dalam menghadapi hari-hari.

Anak kecil berbaju merah...
lahirnya berdua,
kasihnya berkongsi bersama,
kasih ayah, kasih emak dan kasih saudara
jangan dilebih jangan dikurang,
kata-kata mereka adalah kejujuran.

Anak kecil berbaju merah...
datang membawa kasih
datang mengharap kasih
datang meneguh kasih
datang dari kasih yang direstu.

Hmmmmm...
Anak kecil berbaju merah...

invisible dimasukkan pada: 29-09-99 22:11 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
teman teman semua ...
apa kabar ?
sue marie,6tolak6,jinair dan kupera
salam sayang ...

hembusan bayu
dari ufuk timur
bersama lelagu usang
dan datang nya bagai mimpi
sejuk dan lembut

terlena diruang hati
pada sebuah hembusan
lembut dan mempesona
dan rindu terburai
dalam benak kerdil
dan tersenyum
pada riak riak suara
berbisik dan melagukan
dan senyum ... terukir

inv ..

sue_marie dimasukkan pada: 30-09-99 11:19 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
JinAir:...
Salam ceria di hari nih... heheh..

*PERI MAMAT*

Peri mamat penuh semangat..(hamba tertarik)
buat gadis adalah suatu tragis
tapi gadis sudah tidak mahu menangis
kerana tabah tiada mahu berhelah..

rebah gadis dulu mamat janganlah sendu
cerita duka kita ganti pula seloka
tak mahu sedih nanti tambah pedih
kita bahagia biar cerita jadi NOSTALGIA...

ada kisah untuk kita kenang, kita pandang
hidup di dunia hanya sekali, yang pergi takan kembali
lamgkah-langkah mula diatur untuk disusur
hidup biar berseri supaya nanti boleh menari...


sekadar gurauan...HuH!..

6tolak6 dimasukkan pada: 30-09-99 20:48 MST     Klik di sini untuk profail 6tolak6    Edit Mesej Anda
jumpa lagi...
sue marie, invisible, jinair dan kupera
salam puisi
di malam hari....

sepetang di tepian laut

camar-camar laut berterbangan
ombak-ombak menghempas
bayu menderu laut membiru
cuaca redup

sepasang camar laut
mashuk berterbangan
bermain semilir dari selatan
bergurau dan bersenda

ombak-ombak yang menghempas
berdesir pasir-pasir pantai
asyik mengkidungkan puisi alam
tanpa jemu menyapa tebing
membentuk arca batuan

bayu yang menderu dari laut membiru
khabarnya membawa semilir selatan
yang sarat dengan harapan
dari nafas nelayan di tengah laut
yang merindui isteri dan anak di darat

cuaca redup
sayup pandangan
ke kaki langit yang tidak bertiang

di satu sudut
di di tepi batu
seorang gadis merenung laut
wajahnya redup, pandangannya sayu
Apakah yang sedang difikirkan?


p/s 6tolak6 (~_^) cAk!

tiong_mas dimasukkan pada: 01-10-99 01:06 MST     Klik di sini untuk profail tiong_mas  Klik di sini untuk menghantar email kepada tiong_mas     Edit Mesej Anda
salam buat semua nya
apa kabar
sue/6tolak6/jinair/kupera dan invisible

gadis mencari sahabat

dipinggir sebuah pantai
ada duka hati seorang gadis
mencari sahabat sejati
mencari sesuatu yang baru
mencari peganti sesuai
agar...
duduk sama rendah
dan berdiri sama tinggi

duka hati yang tercalar
duka hati yang menunggu
untuk sebuah kepastian
dalam pencarian nya

dan teriring doa
agar keceriaan NYA berterusan
menggapai semula rindu
yang terbongkah
yang terdorong
demi perasaan suci dalam diri nya

doa di kirim bersama
agar hati yang celaru
bertaut kembali
bersama teman/sahabat dinanti

pengharapan dan doa
demi untuk pencarian
dan penantian
di pinggir pantai kerinduan

ikhlas dari teman pemantun

sue_marie dimasukkan pada: 01-10-99 22:06 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
6tolak6, Inv, kupera dan tiong_mas...
Salam puisi sue titipkan pada hembusan bayu malam....

Bicara Senja Semalam...

Senja itu....
mentari mula tersisih
jauh di ufuk barat
rembulan pula tersenyum
mengintai di balik gemawan

aduhai siang...
kecerahan mu tewas juga
oleh kegelapan...
burung laut berterbangan malam
kiranya mencari dahan menumpang teduh
dan pelangi senja pun berlabuh (maaf Rainbow)
waktu telah jatuh ke tengah malam
bunga lalang memutih berterbangan

seorang gadis mendongak ke arah malam
rindunya tiada siapa yang peduli
sayangnya masih bersapa pilu
redup di mata mencetus sinaran
senyum di bibir merekah sejenak harapan
sebagaimana bicara hati meniduri waktu...!

hmmmmmmm........

kupera dimasukkan pada: 01-10-99 22:23 MST     Klik di sini untuk profail kupera  Klik di sini untuk menghantar email kepada kupera     Edit Mesej Anda
Sue_marie dan semua yang selalu kemari
salam buat anda kalian ...

pada sebuah kerinduan
ditabir malam
dan bayu meraba
mencari arah
di kaki pelangi senja
yang hilang entah kemana

dan irama syahdu
mencari kepastian
dalam olahan
rindu yang menghimpit
dan jemari lembut
mengetuk "keyboard"
dalam bicara antara hati
dan biasan memenuhi waktu

dan rindu semakin segar

salam puisi buat sue dan teman teman yang lain ... ok

JinAir dimasukkan pada: 05-10-99 08:38 MST     Klik di sini untuk profail JinAir  Klik di sini untuk menghantar email kepada JinAir     Edit Mesej Anda
kekekekekekeee salam buat teman2

sepi JinAir jauh langkah disusun rapi
jauh direnung bagaimana teman-teman kini
serempak aje pc, teman2 terus dicari
ruangan tidak sahaja dibaris kata-kata kini
terang ceria penuh warna warni

temui sue_marie, nyanyian burung hilang sunyi
temui 6-6 anak2 kecil baju merah ceria sekali
temui invi hembusan bayu sejuk lembut riang hati
temui tiong mas si gadis mencari isi ruangan sepi
temui kupera yang sedang merindui

wah...teman2 JinAir kagumi
emangnya bagus teman menghiasi ruangan ini
fikir JinAir yang tak jernih bab ini
guru manakah yang sudi
tunjuk ajar JinAir yang tak brapa ngerti :|

kekekekekeekekekekekekeeee

itayra dimasukkan pada: 05-10-99 10:27 MST     Klik di sini untuk profail itayra  Klik di sini untuk menghantar email kepada itayra     Edit Mesej Anda
atie nak tumpang bertanya....
pantun yang menarik yang bagus dan yang berquality terletak di mana??

1. gaya bahasa pantun
2. susunan @ olahan pantun
3. penggunaan ayat

betul ker??sekadar bertanya...
macam pantun ini(simple pantun supaya atie senang faham)

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi baik dikenang juga

apa keistimewaannya???komen bleh.....(kira macam minta tolong ler nih)

sue_marie dimasukkan pada: 05-10-99 14:41 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam atie....

seperti yang sue pernah dimaklumkan kecanggihan /keanggunan sesuatu pantun terletak pada kualitinya..
maksud sue kualiti itu samalah seperti ciri-ciri yang atie catatkan itu...
tambahan: rima bagi rangkapan pantun hendaklah sama. Kebanyakkan pantun yang kita dapati masa kini hanya rima hujung saja yang disamakan bunyinya. Saya petikkan sedikit keterangan dari KA untuk perhatian.:

susunan bahasa yang menarik
> >- penggunaan rima yang tepat dan sesuai
> >rima tidak menyerupai syair )
> >- mesej yang hendak disampaikan jelas
mencipta rima awal dan tengah dalam setiap rangkap
> >
> >Contoh :
> >
> >Awan/ mengutus/ angin nan kencang/,
> >Memutih/ mega/ sayang berderai/,
> >Takkan/ terputus/ air dicincang/,
> >Kasih/ keluarga/ tak sanggup ku lerai/.

> >Sila perhatikan rima awal, tengah dan di hujung dalam setiap rangkap pantun.
ok ..atie..penerangan yang sedikit semoga dapat meberi panduan kepada atie..
so bila nak mula???

terima kasih

sue_marie dimasukkan pada: 05-10-99 14:57 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam puisi buat rerakan tersayangg..

JinAir: hehehehehhee..lamanya baru menjelma..
6tolak6: sepi dalam kesibukan..
Inv: Salam sayangg..
kupera: ape erti KUPERA..??
tiong_mas: ape khabar..?
Itayra: cubalah bersajak skit.. heheh..
dan semuanya sekali...

SEBUAH BANGLO USANG DI LERENG BUKIT.

Sebuah banglo usang di lereng bukit
hanya di huni kesepian
tiada ilai ketawa
tiada sendu tangisan
semua telah berlalu

sebuah banglo uasang di lereng bukit
misterinya masih menggamit
menelan hempedu ia pahit
menahan sendu ia sakit
rahsia misteri walau sedikit
dalam memori tetap tercatit

sebuah banglo usang di lereng bukit
walau tiada bersapa
engkau tetap setia
dadamu dijaringi lelaba
damai mu tiada lagi bersuaka
tenang mu abadi generasi puaka..!!

*sue*

itayra dimasukkan pada: 05-10-99 18:04 MST     Klik di sini untuk profail itayra  Klik di sini untuk menghantar email kepada itayra     Edit Mesej Anda
hemm...sue_marie..

dulu atie suka bersajak dan bermain dengan color nih..tapi sekarang macam dah hilang lak semangat tuh.....mungkin nanti atie akan cuba lagi kot....tapi atie tak terror ler..tulis sajak pun ikut sesedap rasa jer...hehhee..tak dapat pendidikan sempurna tentang sajak nih..hehehee..

rentak ku
----------
tangan yang diliuk ke atas...
goyang diacah ke kiri..
kaki berkerincing rentak diadun...
madah hambar terkeluar...
buat resah jiwa makin tak tarpadam.....

ingin kuliukkan tangan penuh irama..
ingin kugoyang alun irama ceria..
kaki berkerincing penuh semangat..
irama merdu lagu ku untukmu....
agar jiwa resah kan kembali tenang...

berdayakah aku??

cubaan pertama..betul ker sajak nih..hehheee...cuba try test tengok...bagi tak menghampakan permintaan sue dan peminat2 yang lain..

p/s: thanx for the information...berguna untuk atie..sebab atie tau pasal tuh cuma tak reti nak explain...

JinAir dimasukkan pada: 06-10-99 12:01 MST     Klik di sini untuk profail JinAir  Klik di sini untuk menghantar email kepada JinAir     Edit Mesej Anda
kekekekeekekekekekeeek .....sue_marie

kenapa banglo usang dilereng bukit?

kenapa banglo usang, kemana penghuni hilang?
kesepian melumpuh, kerana terpinggir jauh?
tiada hilai ketawa, kerana penghuni kecewa?
tiada sendu tangisan, kerana tiada insan?
semua telah berlalu, hanya tinggal bayu pilu?

banglo usang dilereng bukit, tinggikah bukit?
misterinya masih mengamit, pada siapa gamit?
telan hempedu pahit, jadi ubat kerana sakit?
rahsia misteri walau sedikit, kenapa sedikit?
di memori siapa ia tercatit?

banglo usang dilereng bukit, kukuh atau senget?
penghuni hilang, tiada siapa yang datang?
kenapa setia, kemana setia membawa?
jaring lelabah didada, banyak kah laba?
damai pada yang tiada?
tenang pada yang berparut luka?

JinAir sekadar bertanya...kekekekekekekekeke
eerrrr marah kena jual kira kilo lagik

S_ana dimasukkan pada: 06-10-99 12:19 MST     Klik di sini untuk profail S_ana    Edit Mesej Anda
salam puisi..
lama ana tak munculkan diri..
apa khabar kawan kawan ana di sini..

RINDU HATI

gadis mencari diri
sama rindu yang terhalang lagi
sukar mentafsir melodi
sayang..
lagu terputus tali

rindu tertanam sepi
bila dinihari kian tinggi
menyelam dalam hati sendiri
mencari apa tersembunyi

tertanya adakah rindu ini bersambut
dalam sendu lara sekian lama
hilang diri sendiri dalam kelam
sibuk dengan urusan hidup
yang tak menentu

harap terima cinta dan rindu lama
tersimpan untuk kalian
rindu ..
teramat rindu..
pada...?
sue..
jinair..
6tolak6..
inv..
kupera..
sungguh!!!


hidup ini perlu terus kan?

sue_marie dimasukkan pada: 07-10-99 11:07 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam sayangg buat rerakan semua...

Itayra: cantikkk sajak anda...thanks..!

JinAir: hehehehhe...
sue tak marah ehhh... heheh.. tak takut ker ngan banglo usang nie..??

S-ana: ana rindu? ..rerakan pun rindu juga...
ke mana ana menghilang..?? bz?

salam juga kepada yang lainnya..

PADA PERTEMUAN INI..

Pada pertemuan ini
ingin ku hulur salam
mengenali insan-insan tersayang
dan kita saling membantu
mengerti dan memahami
walau memasing dengan pendiriannya...

kita sambut fajar dengan azam berkobar
sambut mentari dengan yakin menyala
berdayung dengan dayung ketabahan
bukan lagi retak menanti belah
cuma kerana sedikit calar menjadi luka

ayuh atur semula langkah
merombak kesilapan
menganyam masa depan gemilang!

S_ana dimasukkan pada: 08-10-99 01:27 MST     Klik di sini untuk profail S_ana    Edit Mesej Anda
salam puisi..
hi sue..tak kemana
baru jer abih peksa,tu yang dah lama tak ke sini

-------------

KITA TAHU

pertemuan itu barangkali mengutip rindu
kita sama sama tahu
kerana kita di pantai dahulu
bermain pasir harapan
mengocak perasaan kasih dan sayang
berteduh di redup pertemuan

pertemuan itu barangkali menghiris jiwa
kita sama sama tahu
kerana di pelabuhan dahulu
menunggu datangnya tongkang impian
mengail dua jiwa untuk satu perasaan
bersimpuh menghitung hari hadapan

pertemuan itu barangkali menutup kehidupan
kita sama sama tahu
kerana kita pernah kemarau dahulu
mencari butir air cinta
meneguk tangisan dua insan
menangis ditinggal keseorangan

pertemuan ..
bakal memisahkan
kita tahu itu

itayra dimasukkan pada: 08-10-99 09:39 MST     Klik di sini untuk profail itayra  Klik di sini untuk menghantar email kepada itayra     Edit Mesej Anda
salam buat rerakan tersayang...

hirisan pertemuan
-----------------
andai tiada pertemuan itu
kau di sana dan aku di sini
kau hanya insan yang datang dan pergi
tak mungkin singgah di ingatanku ini

tapi andai pertemuan ini terjadi
kau di sana dan aku di sini
kita mungkin mengutip rindu
menyulam bibit cinta yang mula berputik

namun andai pertemuan ini tetap terjadi
kau di sana dan aku di sini
kau hanya akan kenali zahirku
namun aku pula peminat setiamu.

begitulah pertemuan .....
hanya yang mengerti kan mengerti.....


-sekadar coretan dari anis-

JinAir dimasukkan pada: 08-10-99 10:01 MST     Klik di sini untuk profail JinAir  Klik di sini untuk menghantar email kepada JinAir     Edit Mesej Anda
kekekekekekekekeee elooooo kengkawan. kengkawan kalau kena sakat sajak atau puisi tu jangan marah yek kekekekekekeee...sesaja nak seloroh ngan kengkawan kekekeeke sue_marie, s_ana dan lelainnya

JinAir Tak Tahu

yang JinAir tahu, bila bertemu tetap rindu
JinAir tidak tahu
engkau orang yang berjumpa dipantai dahulu
main pasir basah seluar baju
sayang dan kasih janji dipadu
lazimnya manusia begitu

yang JinAir tahu, bila bertemu jiwa gelora
JinAir tidak tahu
engkau orang yang berjumpa dipelabuhan dahulu
tongkang tidak datang-datang
kerana orang sudah tidak guna tongkang
bersimpuh menghitung tambang

yang JinAir tahu, bila bertemu kehidupan bermula
JinAir tidak tahu
engkau orang kena kemarau dahulu
mencari air telaga
menangis bila tidak jumpa
akhir sekali tadah air mata

pertemuan....
bukan penyudah
lain JinAir tidak tahu
kekekekekekekekeeke

cupin dimasukkan pada: 08-10-99 19:08 MST     Klik di sini untuk profail cupin  Klik di sini untuk menghantar email kepada cupin     Edit Mesej Anda
ASSALAMualaikum...
nie den pon nak bagi pantun gak nie....baca nyer....


hari ahad tu den bangun tongahhari
lopeh bangun den gosok gigi,
apalah malang nasib den ini,
asigment yang diberi tak buek lagi...

cupin:tu jer yang den tau.....

sue_marie dimasukkan pada: 08-10-99 21:41 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Buat teman2 tersayanggg...
salam puisi dari hembusan Bawah Bayu....

S-ana : ape khabar...rindu pada ana..
Itayra : atie, ..aduhaiii... anggunnya puisi anda..teruskah ..dah nampak serinya..
JinAir : hehehhehhe... lawak benar temann seorang nih.. buat sue tak kering gusi..!!
cupin : aiseyyyy... boleh tahan juga abang cupin berpantun ... sape sangka.. heheheh..
teman2 yang lain...???

.....SAJAK TAK BERNAMA....

Izinkan ku letakkan
kepala di bahu kalian
agar satu teduhan yang damai
dapat ku rasakan
walau ku tahu
untuk seketika cuma....

haruman bunga
menyapa lembut hidung ku
senyuman ku kuntum lagi di bibir
biar persahabatan kita tulus
bukan berkiblatkan dengki dan darjat

suara hati yang menjelma
di persada ini
dapatlah kalian fahami iramanya
dan kiranya aku tersisih
biarlah nisan dan tanah
galang gantinya....!!

salam dari kejauhan....
terima kasih..


S_ana dimasukkan pada: 08-10-99 23:43 MST     Klik di sini untuk profail S_ana    Edit Mesej Anda
hehehhe..
sue..ana pun rindu sesangat nih!
jinair..hehehhe
kenakan ana yer!!

sekadar luahan hati cuma
tidak layak kumemendam rasa
antara kita punya citarasa

padaku itu tak kena
padamu itu yang paling bahagia
kesudahan kita sama sama
rasa nikmat seketika

gurauan itu semata mata
tidak menguris hati dan jiwa
walau kekadang terasa jua
tapi kita manusia
tersadung..terngadah baru mengata

tak gitu ??

kupera dimasukkan pada: 09-10-99 08:34 MST     Klik di sini untuk profail kupera  Klik di sini untuk menghantar email kepada kupera     Edit Mesej Anda
Salam sayang buat semuanya
sesungguh detik pertemuan ada lah yang paling indah dalam hidup ini
kupera? (Kunjungan Penuh Rahsia)
dah puas hati ....

pertemuan dilereng bukit
mengimbau masa lalu
antara detik
dan semusim yang mengamit

pertemuan
diawan biru
memehat memori
tetapi sendu
dan hati yang lesu

*****************
perpisahan
tanpa pertemuan
meminggir keceriaan
ada lah sebuah kehendak
bukan dari ku
tetapi takqdir meminta
dan jiwa dimamah derita

perpisahan
adalah titik titik airmata
dalam lamunan
yang tiada pernah ada hujung nya
dan .....

salam buat semua yer ....
sue/lini/s_ana/itayra/jinair/cupin/invisible/6tolak6 dan semua nya

sue_marie dimasukkan pada: 10-10-99 22:34 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam buat semua kenkawan tersayang...
S-ana..Itayra..kupera ...JinAir.heheheh..
dan yang lainnya..

RINDU KU....

Aduhai malam..
dengarlah rintihan ku
bawalah rinduku dalam lenanya
semoga didakap bersama mimpi

wahai alam...
bicaralah tentang sepi hatiku
lagukan puisi ini
yang ada tumpahan rinduku

wahai angin...
terbanglah menembusi waktu berlalu
biar ku lupa tentang kepedihan

dan seketika embun subuh
masih bergantung di hujung sana
ku pejamkan mata
membiarkan hati berbicara
meskipun cinta kandas di hujung rumput
lalu aku tersedar
cinta itu...
tak mungkin dapat ku kejar...!!

salam puisi..

JinAir dimasukkan pada: 11-10-99 10:33 MST     Klik di sini untuk profail JinAir  Klik di sini untuk menghantar email kepada JinAir     Edit Mesej Anda
kekekekekekeeeee sue_marie dan teman-teman lain gitu....

RINDU MU

Apaan malam kau seru...
semua tidurin ngak dengar rintihan mu
hebat kau lagik guna ESP gitu
dalam lena dalam mimpi mu

Apaan alam kau seru...
bicara mu tentang sepi mu
aku lagik dengar puisi mu
yang tumpah air mata ku ...eerrr uuwwaaaaaaa

Apaan angin kau seru...
terbang nanti kain baju ku
bukan pedih, nanti aku malu

dan seketika embun subuh
pasti aku kesejukkan gitu(ngak ada kain baju)
kau pejam mata mu
ku celik mata ku
masakan bisa tidur lagik dingin gitu
masakan cinta kandas gitu
dikau yang empunya mimpi
sambung mimpi mu dan ubah cerita mu
cinta kaku(kedinginan dong) lalu kau dakap gitu

kekekekekekekeee jangan marah koq dijual gitu kekekekeekekeke

cupin dimasukkan pada: 12-10-99 18:31 MST     Klik di sini untuk profail cupin  Klik di sini untuk menghantar email kepada cupin     Edit Mesej Anda
ASSALAMualaikum.....

seronok lak berpantun nie....cuba terai laie.....

hari² makan maggi,
makan maggi kat warung rajnikhan,
sudahla assigment tak siap lagi,
Perpustakaan Negara yang besar tu pon takde bahan rujukan....

cupin:

invisible dimasukkan pada: 12-10-99 19:02 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
Salam buat semua yang hadhir..

dari muara puisi ini
ku dapat kembali
bait bait cinta
yang patah dihujung jalan
yang tertimbus dalam satu kenangan
dan menepias
duka hati tiada bertepi

padi rindu yang dijejak
yang ilang kesan kesan ledakan
dan aku mencari
memburu dalam malam
yang tiada pernah ada hujungnya

dan pada pena yang ditari
yang tinggal hanya mimpi
dalam bayangan mengetuk hati
dan kesyahduan
dimalam tanpa bintang

aku masih kemari
kerana rindu ku tiada bersapa

emmmmm
salam puisi buat kalian

sue_marie dimasukkan pada: 13-10-99 14:58 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam sayangg ..
teman dan rerakan di arena puisi..

JinAir: hehehhehhee...

RINDU KITA..

Rindu hamba adalah senda mu...
rindu hamba kerana ilai mu,
rindu hamba sudah terlerai
merdu sajak tuan datang membelai..

angin ku seru
baju tuan yang terbang..
embun berlagu
tuan dalam kesejukan (tiada berbaju..hehhehehhehe..)
kesiannyerr...
apa leh buat..

lalu ..
rindu tuan dan rindu hamba
dalam kebekuan...
(hehheheheeheheh.. )

tak marah....seronokkkk...


sue_marie dimasukkan pada: 13-10-99 15:59 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam sayangg

cupin : pandai pula hang berpantun ye.. tak sangka2 .. ok cupin masa nih masih cuti kan..teruskan aje..makasih

Kalau assingment tak siap lagi,
Meh sini sue marie nak bantu,
Kat perpustakaan rujukan tak ada lagi,
Kak long dicari pasti siap tu..!

ade orang kata:
BERKAWAN BIAR BERIBU...hehehe..

sue_marie dimasukkan pada: 14-10-99 15:20 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam sayanggg buat rerakan semua...

Nampaknya mesej dah mencapai tahap yang dihadkan..
izinkan sue menutup ruangan ini setakat di sini..
Terima kasih kepada rerakan tersayang yang telah sama menjayakan persada ini dengan sajak /puisi dan juga pantun (hehehe..)kalian..
Jika tiada halangan , sue menjemput semua ke ruangan yang baru dibuka dengan tajuk yang baru juga..(hmmmm....) ok..

Terima kasih atas kesudian kalian ..
dan jumpa lagi...

Sue..

Hati_Beku dimasukkan pada: 15-10-99 18:02 MST     Klik di sini untuk profail Hati_Beku  Klik di sini untuk menghantar email kepada Hati_Beku     Edit Mesej Anda
Salam buat kengkawan baru di sini...tak pandai buat sajak tapi nak sesangat bersajak so kalau ader komen tuh jgnlah segan2...kutuk bolehhhh tapi jgn sampai hati aku jadi beku bergumpal-gumpal lakkkkk

Ok start....

Hari Jumaat bengang sungguh
Pasal satu mamat
Sakit jiwa hati beku
Melayan problem tak sudah2

Aduhaiii hati aku dah lah beku
Di toreh bertambah buku
Nak dilayan biarlah dulu
Kang aku makan pun tak lalu

Siapa punya cinta siapa punya kerenah
Dah rasa cam nak sumpah seranah
Hati semakin bernanah
Harap2 tak jadi pekung berdarah

Haiii dahlah malas nak sambung
Esok lusa aku sambung nengok pada mood kay
Sajak gilerrr masa tengah bengang
Ngan satu mamat yg aku anggap seorang kawan

ASSALAMUALAIKUMMMMMMMM

Topik Ditutup Untuk menutup topik ini, klik di sini.

Masukkan Topik Baru   Jawab Mesej Ini
Masuk ke:

HangTuah | Melayu.com