Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Masukkan Topik Baru  Jawab Mesej Ini
  Melayu.com: Sembang2
  Sembang-Karya
  Cuba- Ber KARYA Terus !

profail | daftar | opsyen | sol | carian
Nama Mesej
sue_marie dimasukkan pada: 07-12-99 17:43 MST   Klik
 di sini untuk profail sue_marie   Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie   Edit Mesej Anda
Salam Sayangg buat semua..

Kita dipertemukan dalam suasana di penghujung tahun sebelum menuju ke Alaf baru..
Anda mempunyai pelbagai karya yang boleh dikongsi bersama? Di sini... di ruangan ini, kita berkarya sekadar2 jua...

Merdu PUISI mu membisik rasa...
menerbangkan gugusan rindu ke langit biru
awan-gemawan beriring getar
jangan kau retakkan diperjalananmu

siapalah gadis dibaluti resah
lamunnya cuma madah berlagu
enggan berganjak memori usang
tersimpan rapi di lipatan hari

angin malam yang sepi...
lembut merentap gelora rindu
wajah dioles uraian rambut
menyerahlah renung berselit jeling...

diseka titisan manik halus yang mengalir
ternyata cekalnya hati tewas juga
batin menjerit bak tertusuk duri nan bisa
PUISI bergema tetap jadi impian..

Salam puisi...

melati dimasukkan pada: 07-12-99 18:05 MST     Klik di sini untuk profail melati  Klik di sini untuk menghantar email kepada melati     Edit Mesej Anda
Cak..
Sue.. melati ndak pandai cipta sajak. Tapi minat baca dan buat koleksi sajak....
Tengok gambar yang Sue lukis tu mengingatkan melati pula pada sajak ni....

Sajak 1.

Sayang..
di saat cintaku kegersangan
kau mengintai di pinggir laraku
tapi malumu membatasi impianmu
kau gariskan pemisah kita
bagai langit dengan bumi
sedangkan jiwaku tidak begitu
yang kupandang adalah hati
yang kuinginkan adalah kesetiaan
yang kumimpikan adalah kebahagiaan
yang kuukur adalah keimanan
dan bukan kerana kau anak desa.

Sayang...
bukan aku yang terlewat
membalas tepak sirih cintamu
namun kau yang gagal meyakinkan aku
mengapa mesti kau rahsiakan dirimu
sedang aku diselubungi resah
tertanya gerangan dirimu
kusangka suratmu seladar sandiwara
kenyataannya cintamu di puncak sejati
tapi pengalaman silam yang pahit
menjadikan aku sangkak
meneruskan perjalanan cinta
lalu hati terbeku keras
bukan ego tapi serik
untuk menatang lamaran cinta baru...


Helang_Merah dimasukkan pada: 07-12-99 18:21 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
Salam puisi buat Sue dan Melati
apa kabar semuanya ?

salam bergema lagi
memaut rindu rindu terbuang
pada kelopak bunga
yang menanti embun
dan mekar mewangi

dalam resahan menunggu
datang nya mencuit rindu
pada sedu hati..
antara detik berlalu
dan senyum buat semua

salam puisi yer .....

S_ana dimasukkan pada: 07-12-99 21:18 MST     Klik di sini untuk profail S_ana    Edit Mesej Anda
hi sue..
rindu giler sama sue!!
ana banyak test sekarang nih..tu yang susah nak masuk sini..
apa khabar?

yang lain pon orait??

tompang yer!

kita makin dirapatkan
oleh jurang yang dulu kita dijauhkan
antara benua kita terpisah
aku yakin rindu yang mengikat kasih kita
tak mampu terlerai begitu mudah
walau lautan jauhnya
walau bagai bumi dengan langit
percayalah

kita sering dinyanyikan
lagu damai yang mengusik jiwa
telus suci yang membawa kasih cinta dua benua
aku di sini
dirimu jauh dirantauan
kelak kembali
ku hadiahkan sekuntum mawar
dan sekeping hati jua

itu antara kita
kasih yang kian berpadu
sayangku
akan kutunggu
kepulanganmu..

sue_marie dimasukkan pada: 08-12-99 13:39 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam sayang buat semua..

melati..hai..pandai pun bersajak..hmm... sajak ko ni touching gak... ada apa2 kah?
ok teruskan lagi..kay!

HM..hmmmm..kabar baik dan salam puisi..

S_ana..weiii! lamanya menghilang..sue pun rindu, terlalu rindu pada ana... masih bz lagi yerr.. hmm.. apa kabarnya? teman lama jangan dipisahkan ana...

Nyanyian puisi yang sirna...
berkubur masih dalam duka
didakap hening malam
mengajak hanya daku
larut dalam gelora asmara yang membara..

ku cuba hulur rindu ini..
agar dapatlah kau
mengalirkan getar-getar rindu kasih mu
untuk ku kucup
lalu mengucapkan
selamat tinggal pada bayangan sepi

biarlah rebah jiwa ini
biar merintih sukma ini
akan ku pandang pada mentari siang
dengan hangat suria yang terpancar
ku pandang pula pada purnama di malam
dengan seri cahaya nian gemerlapan

di laut dugaan
diri ku terumbang
tidak ku daya menepis bisa dunia
akan terbenamkah aku di danau berduri
bila ku dambakan tenang yang hakiki
air mata tetap mengabdi bersama
tidak ku jemu
mengucup pilu yang tandang melamarku..

Salam puisi..

Helang_Merah dimasukkan pada: 08-12-99 15:13 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
amboi asyiknya bermadah
melepas rindu yer ....

Sue dan s_ana .....

rindu menyusur
ditepian hati
melepas duka
sebab didada
tika ..
suria menjengah
dikala gerimis berlalu
dan hati terpalut
pada kejauhan melamun

apa kah penawar menghilang ?
atau duka lekat diwajah ?

awasi rindu dan senyum
agar luka kan sembuh jua

salam yer

syamputra_upm dimasukkan pada: 08-12-99 18:25 MST     Klik di sini untuk profail syamputra_upm  Klik di sini untuk menghantar email kepada syamputra_upm     Edit Mesej Anda
assalmmulaikum semua..
salam puasa semua..
kali nie syam datang dengan seribu harapan..
bisa mengaut seribu muslihat..
ingin kusambung ...
kata kata yang terhunus itu..
tapi kau biarkan nya dalam kolam airmata..
kenapa wanita
mendustaiku..
kenapa aku yang harus dipermainkan..
dendam yang terpendam ini
akan kucuba untuk
mengejukkan nya..
namun tak bisa..
hanya mampu airmata bacul ini.
menitis
tanda pilu sebak dihati..
kini.
tinggal lah aku dalam taman yang tidak berbunga..
gersang tanah ini
biarkan lah..
mosga suatu hari nanti..
diatas tanah yang tandus ini
terbina istana kasih yang utuh
tapi apakah
semuanya realiti??
sue_marie dimasukkan pada: 08-12-99 21:18 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam puisi ...
Dipertemukan kita kembali..

Salam buat Helang_Merah...
kiranya bermadah ..sekadar berbahasa jua..

Kita sama-sama berpaut
pada sebatang kayu yang hanyut di lautan luas
terumbang-ambing dihempas badai gelombang
kalau dilepaskan
akan tenggelam ke dasar laut

basah tubuh kita
disirami air laut dan hujan
kering kulit kita
dipancari terik mentari membahang

tapi begitu perit pun dugaan
rindu kekal bermanja
dan senyum dalam linangan
tetap risik-merisik..

terima kasih ..

Helang_Merah dimasukkan pada: 08-12-99 23:33 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
Salam ketemu lagi sue dan syam
senyum yer ....

kenapa ada duka ....
dalam ria dan tawa
napa ada rindu
dalam senyum terukir
napa ada sendu
menepis hati ?

pada dahan dahan rapuh
dan arus mengalir deras
membawa sendu terluka
yang tak bisa di ubati

biar rindu meminggir
pada kelopak bunga yang mekar
biar sendu terhenti
bersama arus mengalir
dan gerimis...
pasti berhenti

salam buat kalian.....bye

K_Azhar dimasukkan pada: 09-12-99 01:45 MST     Klik di sini untuk profail K_Azhar  Klik di sini untuk menghantar email kepada K_Azhar     Edit Mesej Anda
Kad itu..
Sudah ku terima semalam..

Terima kasih ku ucapkan..
Kepadamu...
Yang masih sudi mengingati hari lahirku..

Namun yang ku pasti..
Jalinan kita...
Tetapkan kekal...
Hingga ke penghujung zaman....

sue_marie dimasukkan pada: 09-12-99 06:44 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
syamputra_upm.....
Salam puisi buat anda..
sue ingin menyambut sajak anda..

Kalau bisa kau sambung
kata-kata yang mengalir itu
tandanglah dengan penuh harapan
tapi muslihat usah diraih...

yang berdusta itu
bukanlah wanita..
naluri yang mendustai perasaan
benamkanlah dendam mu itu..

wanita sebenarnya tahu
letak dirinya di sisi seorang lelaki
dia tidak mudah
merelakan segalanya
dari sebuah lautan cinta
yang tidak bertepi...

kerana dia tetap meyakini
pada pesan kejujuran
airmata sebenarnya
paling senang diundang
dan paling susah dibendung
pastikan linangan air mata
membasahi gersang tanah
di laman mu
agar istana kasih
terbukti realitinya!

sekadar berbahasa...

~~~~~~~~~~

K_Azhar...
Salam buat K.A..

Terima kasih juga atas segalanya
kartu dikirim ingatan tandanya
semoga hari-hari diberkatiNya
tidaklah luput jalinan yang ada

TQ atas poskad CT..

Helang_Merah dimasukkan pada: 09-12-99 12:39 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
dan puisi bergema lagi
dalam hujan yang lebat ....

basah baju ku
basah rambut ku
dan sejuk terasa
bersama rentak ketukan PC
yang tiada tau apa apa
cuma senyum ..
mengintai dibalik kamar
yang sepi dan terasing
yang hanyut bersama mimpi
dan terbang meredah angkasa
dalam kemelut ...
rindu terungkai
dan sendiri meraba hati

salam senyum dibulan puasa
byee

gadis_dusun dimasukkan pada: 09-12-99 17:29 MST     Klik di sini untuk profail gadis_dusun  Klik di sini untuk menghantar email kepada gadis_dusun     Edit Mesej Anda
Salam pantun ..
gadis ingin mencelah..

Usah didamba pohon dah layu,
Tumbang sendiri menyisip perdu,
Asalnya hamba di bawah bayu,
Datang kemari mengutip rindu.

Kini ikutan mudi dan muda,
Sungguhlah merdu jadi siulan,
Andai lautan jadi pemisah,
Biarlah rindu jadi bekalan.

Senja beredar malam meniti,
Datanglah mendung menutup awan,
Tetapku sabar waktu menanti,
Dapatlah dibendung hati nan rawan.

Risik-risik bunga yang dulu,
Masih mekar serai di perdu,
Bisik-bisik jiwa yang pilu,
Cari penawar pelerai rindu.

Helang_Merah dimasukkan pada: 09-12-99 18:44 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
Salam puisi buat sue..
terusik lagi hati nih ..

suara mendayu dipinggir kali
duduk seorang jangan biarkan
mengutip rindu membias mimpi
hati yang gundah jangan turutkan

pergi kehutan tangkap merbah
merbah ditangkap dibawa pulang
lautan dalam bukan pemisah
gunung yang tinggi bukan penghalang

siang malam senandung seloka
ditengah lama cerah cuaca
hati yang rawan temu ketika
tika bercanda resap lah duka

naik sampan arah kehulu
singgah sebentar membeli sapi
bertemu mata menutup rindu
salam dikirim melerei sepi

emmmm senyum yer ... )

sue_marie dimasukkan pada: 09-12-99 22:20 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam puisi kembali bergema...

..MUSAFIR RINDU..

Ingin ku jejaki..
bayang-bayang semalam
yang sering kali kembali
melewati peraduan malam
ku kejar bayangan itu
bersama kerinduan
yang melingkari pagar hati
ku kepal segugus harapan
agar tidaklah berkecai
dari rangkulan ku...

kembalilah kepada ku
kerana seksanya rindu ini
tiada terbatas lagi
ku angankan hidup ini
bak pelangi bersinar cahaya bahagia
malam ini ...
aku bisa membicarakan
tentang hati yang seksa
dilamar rindu
dan andainya aku bayu di malam ini
akan ku hembuskan
kucupan rindu
menghinggapi dahimu

tapi siapakah aku
musafir rindu
yang hanya mampu
memendam perasaan sendu
menabur harapan berulit mimpi...

sekadar berbahasa jua...

S_ana dimasukkan pada: 10-12-99 11:36 MST     Klik di sini untuk profail S_ana    Edit Mesej Anda
sue...makin sibuk la sue...tapi ana akan cuba gak jengok jengok kat sini..
takkan ana nak lupa lak sahabat sahabat puisi di sini!
kawan kawan suma apa kabar?

rindu dilamar malam hari
pungguk di dahan jati
menyanyi lagu rindunya pada si purnama
mentari di siang hari
cemburu melihat keakraban mereka
saling sayang menyayangi
merindui
walau sukar bagi mereka
bertemu di alam realiti

malam berganti rupa
igauan mentari menunggu kasihnya
terubat bila langit cerah warnanya
camar terbang sekawan
gembira mentari memerhati
walau sama sama tahu
bicara masing masing lain kata
hati juga saling percaya
di alam mereka

antara kita di sini
ikatan di alam bukan realiti
tapi kita tahu
mulut tak berkata
hati telah bersatu
walau belum pernah ketemu
kita saling bertukar bicara
itu tanda kita saling tahu
antara kita
ada sesuatu yang dikongsi bersama

*******************

sue..time belajar ni banyak keje la..orang yang berkerjaya ni tak sibuk ke?

gadis_dusun dimasukkan pada: 10-12-99 21:11 MST     Klik di sini untuk profail gadis_dusun  Klik di sini untuk menghantar email kepada gadis_dusun     Edit Mesej Anda
Salam pantun dari gadis...

Kunang-kunang di pucuk layu,
Daunan sireh tumbuh di laman,
Kenang-kenang sipujuk rayu,
Pujukan kasih aku rindukan.

Lirik melirik jelingan manja,
Jeling sidara usah dinanti,
Asyik-asyik merindu saja,
Rindu bicara gelora hati.

Berentak tari irama lagu,
Buat pengalas suatu cerita,
Teratak hati dilamar rindu,
Tidur beralas siair mata.

kembali lagi..mengusik hati..

melati dimasukkan pada: 11-12-99 10:40 MST     Klik di sini untuk profail melati  Klik di sini untuk menghantar email kepada melati     Edit Mesej Anda
Cak.. melati kembali lagi.
Maaf.. dah beberapa hari tak masuk. Faham2 la..musim puasa begini..agak sibuk.

Sue.. ndak ada apa-apa bah. Cuma sekadar sajak saja..

Okey...kita teruskan..

Sajak 2.

Kesilapannya...
kau tak berdaya berterus terang
dan aku tak berjaya mentafsir

Kesilapannya...
kau membina harapan
bagai mengatur gambar-gambar
pada sebuah album yang indah
sedang aku tak pernah melihat
gambar gambar itu

Kesilapannya...
kita telah bertemu
dalam mimpi yang menggembirakan
tapi aku lebih gembira
bila terjaga dari mimpi itu..

Helang_Merah dimasukkan pada: 11-12-99 10:54 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
ketemu lagi Sue,Melati,s_ana,syam dan KA
apa kabar semua nya .... )

dalam mimpi
mencari rindu yang hilang
bersama pekat malam
mengharung dalam rindu
tanpa arah..
dan terkapai kapai
memburu nya ....

dalam mimpi.
ada titik titik air mata
di pipi mu ..
untuk suara suara
yang semakin jauh
dihembus awan

dan mimpi...
terbang lagi

byeee ..jumpa lagi

sue_marie dimasukkan pada: 11-12-99 12:03 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam sayang teman-teman semua..

S_ana..alahaiii, sedih juga dengar ana nih terlalu banyak keje..hmmm..begitulah dugaan hidup kannn...terima kasih ana kerana kekal mengingati sue serta teman-teman semua..

melati..hmmm...kita sekadar berpuisi kann...
selamat berpuasa ..apa rancangan sekarang ni..?

Helang_Merah... kabar baik saja...makasih..

pada yang lain...salam dan teruskan lagi..

~~~~~~~~~~~~

Kita sememangnya tahu
dalam diam ada hati
dalam sayang ada perasaan
malam ini kita tidak lagi bermimpi
antara kita masing-masing
menyinggahi keping-keping
hati yang terpinggir..
perasaan kita semakin membara
marak menyala umpama api
menerangi kamar diri
yang tiada terperi
alangkah indahnya..

kita sama-sama mengharungi
dari denai ke denai
namun hati tetap singgah di sini
bersama impian dan janjian
untuk hadir bersama hajat
di suatu hari nanti
suatu ketika...???

sekadar berbahasa..

Helang_Merah dimasukkan pada: 11-12-99 15:30 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
bertemu lagi ....dipersada puisi
dan salam buat sue ....
yang lain2 ni kemana yer?

dan mimpi yang datang
mengamit kerinduan
diduka hati
yang tersiseh

pada ayunan langkah
membisik kata hati
dari perasaan
memburu rindu
dan duka menyapa
menyesak fikiran
pada kalimat demi kalimat
dan suara yang merenget

pada dilembah ini
ada duka menanti .......

salam sue ....

sue_marie dimasukkan pada: 12-12-99 15:44 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam sayang ...

Hati ini telah lama resah..
adakah kerana kau terlalu sukar
untuk menyelami lautan perasaanku
atau kau tidak mengerti
walau telah cuba berkali
ku ketuk pintu hatimu

rindu ini ...
tidak pernah kunjung padam
telah berkali ku dinding dengan ketabahan
'cair' juga oleh arus waktu
apakah kerana..
ia tidak setabah ombak laut
yang tidak jemu-jemu membelai pantai
menghempas diri..?

ooh! damaikah hati ini..
jika seringkali digamit memori lalu
kerana rindu kita
tetap mekar di hati ini..

buat sebuah memori..

Helang_Merah dimasukkan pada: 12-12-99 18:24 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
Salam diangin lalu )

memori ...
dalam irama lembut
tetapi asyik ..
umpama cerita dalam mimpi
bertebar diruang hati
mengulit nostalgia
mengigit dikala sunyi
dan senyum tika sendiri

memori ...
dicelah kerinduan
yang tiada bertepi
melingkari kamar hati
dalam seduan yang terpahat
dan menyentuh rasa
antara masa yang pergi

memori ....
pada tinta yang melayang
antara ilusi yang panjang
menyentuh hati...
dan meraba sebuah keinsafan
berbunga rasa rindu
dan senyum merkah
tanpa kata ...

dan impian dianjung sepi

melati dimasukkan pada: 12-12-99 22:28 MST     Klik di sini untuk profail melati  Klik di sini untuk menghantar email kepada melati     Edit Mesej Anda
Melati kembali lagi..

Sajak rindu dari Helang dan Sue. Hmm..hebat.
Ni ada sajak rindu dari melati..

Rindu itu
tak terduga hadirnya
tak terselam maknanya
dan ia tumbuh
waktu beribu batu
jauh darimu...

Rindu itu
tak terhambat tibanya
tak terbalut lukanya
tak terhalang datangnya
tak tertepis gerimisnya
lalu...
yang kutahu
airmata adalah
teman sejati
yang mengiringi
sebuah kerinduan.


* Sepi ini bukan bererti telah tiada rindu di hati*

* Sepi mengajar aku erti rindu..rindu memaksa aku menyayangimu... *

Helang_Merah dimasukkan pada: 13-12-99 01:11 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
Salam rindu

ditepian hati
untuk sebuah ilusi
yang hadhir
meraih sendu
dalam kalimat
dibibir ...
sebuah ilusi
yang dipamirkan
mencengkam rasa
dalam setia menunggu

namun hadhir mu
dalam bayangan
antara dia
dan aku yang terpinggir

untuk apa sebuah kehadhiran?
jika senyum berliku
untuk apa sebuah senyum
jika ada racun memusnah ?

rindu ....
bergerak tanpa arah
dari kalimat yang dihambur
hanya sendu
yang tak terburai
dan nostalgia sebuah hati
dalam bayangan
antara senyum dan air mata

sekadar berbahasa

sue_marie dimasukkan pada: 13-12-99 09:22 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam sayang...

melati..kita buat bahasa rindu banyak2 ya..amacam?
kan helang kann..ok
sue rasa nak berpantun pula..ok

Apalah guna selendang biru,
Selendang biru letak di bahu,
Apalah guna hati merindu,
Orang dirindu buat tak tahu!

hmmmmmmm....

Tidaklah gundah angin semilir,
Berhembus pagi dingin sekali,
Lamalah sudah kasih terpinggir,
Orang yang pergi rindu sekali.

Hmmmm...

Dalamlah dalam lautan biru,
Angin gelora mendera pantai,
Padam tak padam jiwa nan rindu,
Semakin membara kasih yang damai.

Hmmmm....

Pucuk pauh menimpa perigi,
Kaki melangkah jalan berturut,
Kasih ku jauh dibawa pergi,
Entah bilakah akan bersahut?

sekadar berpantun..

JinAir dimasukkan pada: 13-12-99 11:47 MST     Klik di sini untuk profail JinAir  Klik di sini untuk menghantar email kepada JinAir     Edit Mesej Anda
eerrrr assalammualaikum kat sue_marie
assalammualaikum jugak kat kengkawan lain
rindu JinAir especially kat sue_marie
rindu JinAir gak kat kengkawan lain

eerrrr burung camar terbang tinggi
terbang tinggi melayang jauh
kurung lama perasaan rindu ini
terbang JinAir terlalu jauh

terbang tinggi melayang jauh
landing juga letih sayap
terbang JinAir terlalu jauh
landing JinAir kat negara sawadikap

eerrrr naik bas naik keretapi
naik keretapi naik lak bas
nak terbabas rindu dihati
balik kemari rindu tak lepas

JinAir nak mintak tolong sue_marie
sue_marie tolong explain jelaskan
tinggalkan negara sawadikap kini
napa yek rindu sawadikap explain jelaskan?
kekekekekekekeee

S_ana dimasukkan pada: 13-12-99 12:43 MST     Klik di sini untuk profail S_ana    Edit Mesej Anda
hi sue
dan kawan kawan...
selamat berpuasa
jinair!!...rindu ana kat hang!

masih mekar dalam dada
saat rindu datang menjelma
pergilah hai air mata
kelak rinduku lari kesana

sayang hari ini di depan mata
esok kau pergi merantau pula
tinggal daku tinggallah dia
takut hati berubah jua

wahai kanda pujaan dinda
hati rindu pejamkan mata
dinda datang membawa berita
kasihmu kanda teramat dahaga

hai sayang di depan mata
kini untuk dan selamanya
takkan berubah kasihku kanda
untukmu jua kudatang segera

Helang_Merah dimasukkan pada: 13-12-99 15:28 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
ait sapa lak yang merindui ni
sue kot yang lelain camno ?
melati/S_ana/jinair/Syam/Gadis Dusun ??
merindu ke ni?? )

bukit ku daki gunung ku redah
mencari permata dari Seberang
bukan rindu berpaling tadah
sebuk bertugas selalu terhalang

siang malam mendendang lagu
lagu rindu memuncak tinggi
kirimkan berita ilangkah rindu
agar kasih kekal bersemadi

kapal muatan isi berangan
berangan dibawa arah ke kolam
rindu membara terlintas bayangan
hati didalam rindu tak padam

senang sekali padi ku lurut
melurut padi tak kira masa
sabar aje lah jangan diturut
ilang kabus tampak lah dia

sekadar berbahasa ....yang lain2 tak nak
merindu ke ?
)


sue_marie dimasukkan pada: 14-12-99 09:11 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam sayang ketemu lagi..
apa khabar di hari ini..?

JinAir: Aduhhhhhh..lamanya menghilang..rupanya merantau yer..hehehehehe... dah lama tak dengar ilai ketawa JinAir..
Dengar yer pantun dari sue...

Salam sayang pembuka bicara,
Pada JinAir teman tersayang,
Lama menghilang pergi mengembara,
Cik sue mencari sampai terbayang..

hehehehee...terbayang2 nih..ahak..

Apa kabar apa cerita,
Sejak merantau berita pun sepi,
Rindu melamar datang menerpa,
Kenangan mengimbau terbawa di mimpi..

alahaii sampai termimpi yer..hehehe..

Masa diharung bicara dilayang,
Hari beredar lama terasa,
Rindu terkurung sayang terbayang,
Ketemu sebentar happy terasa..

JinAir datang nih...barulah happyyy... hmmmm..

Ke negara Sawadikap JinAir berjalan,
Sawadikap tu 'amende' cik sue tak pasti,
Yang pasti ke mana kita pergi tercatat kenangan,
Dan tentulah rindu terbit di hati..

ie ker tuh...hehehe...

salam sayang sekali lagi, cik sue mengundur diri,
lain kesempatan kembali, pasti ketemu di sini..

Terima kasih pada JinAir, keceriaan teman penawar rindu...
hehehehe..ahak! (~_^)

sue_marie dimasukkan pada: 14-12-99 09:23 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
S_ana...salam sayang dan salam rindu yer ..
hmmmmmm... selamat berpuasa ana..
begini ana..

Berkait lukah berisi sagu,
Manakan umbut letak di perdu,
Berbait sudah puisi berlagu,
Tidak bersambut detakan rindu!

kan ana kannnn...
nak masuk tahun baru dah ana...apa cerita?

~~~~~~~~~~~~~

Aduhai sang Helang_Merah...
hmmm.. sue dan teman2 yang lain saje nak berpuisi rindu nih.. seronok juga..kannnn..

Di pantai rindu kasih bersua,
Berlagu puisi bicara hati,
Membelai rindu biar berpada,
Usah ditangisi kasih yang pergi.

Terima kasih yerr...

Helang_Merah dimasukkan pada: 14-12-99 12:47 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
Puisi bergema lagi ...
puisi rindu ke teman2


Dayang Mahani puteri jelita
asyik sekali bercermin diri
rindu dibelai dikasih setia
penyambung hidup merentas pelangi

emmmm salam yer

S_ana dimasukkan pada: 14-12-99 17:35 MST     Klik di sini untuk profail S_ana    Edit Mesej Anda
hi sue..
hari ni banyak assignment la..due next week..kenala pulun nampaknya
alaf baru...tahun baru..azam pun kena baru ke?? hehe..
sue ..azam baru?

katakan pada dada langit
aku kini merayu sepenuh hati
lontarkanku sekeping hati
agar kelak ku faham erti rindu
biar lekat dalam diri
kasih sayang yang kekal abadi

katakan pada luasnya lautan
aku menanti pulangnya khabar dari jauh
berita si camar yang ku minta terbang
carikan hati yang kuidamkan
agar terlerai rasa dendam yang teramat
padamu

rindu pada siapa
masih dalam teka teki!

****************************************

helang merah..
tak rindu kat sapa sapa?

susun kata syair azimat
indah bicara puisi bermadah
rindu tuan ku harap amat
tak sampai hati ditolak mentah

hati jauh berendam rindu
jejaka tampan menanti lama
saling berjanji berduduk ketemu
sayang sekali sekejap cuma

Helang_Merah dimasukkan pada: 14-12-99 18:36 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
Salam buat S_ana ...
baju raya dah siap ke lom ?

hujan ribut angin menderu
ramai menjala di Tg Keling
bila s_ana sebut merindu
orang disebelah asyik menjeling

waktu petang memanjat kelapa
untuk di ambil manis nya nyiru
walau sekejap tidak mengapa
asalkan dapat mengubat sendu

jumpa lagi yer ? ....bye

sue_marie dimasukkan pada: 14-12-99 22:30 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam sayang dan salam puisi..
sue teruskan lagi..

Di tepian pantai ini
aku menyusuri pesisiran rindu
dengan segenap rasa
yang tidak terbendung lagi..
kedamaian di pantai rindu
kini menjadi kerinduan di pantai sepi
bicara rindu semusim yang lalu
telah bertukar menjadi
penantian yang dilingkari resah

biarlah rindu ini tidak bertepi
sesungguhnya ....
di sebalik kesepian ini
aku bisa merasai
betapa....
aku amat memerlukan
kasih sayang dari mu

pantai ini juga
bisa merasai sebak di hati
yang kekal memendam rasa
kerana ku tahu....
aku masih lagi mengharapkan
sesuatu yang mustahil
iaitu secebis kasih sayang dari mu
walau ku pasti
kasih mu itu..
bukanlah untuk diriku..

~~~~~~~~~~~~~~

hai ana... hmmm... sibuk memanjang nampaknya ...azam baru di tahun baru? hmmm..bisa aje ..kannnn..!

Helang... hmmm..teman berkarya yang setia dan rajin sekali...terima kasih deh..

[Mesej ini telah diubah suai oleh sue_marie (pada 14-12-99).]

melati dimasukkan pada: 14-12-99 22:59 MST     Klik di sini untuk profail melati  Klik di sini untuk menghantar email kepada melati     Edit Mesej Anda
Cak..bersua semula.
Salam rindu..

Rindu, rindu, rindu.
Melati rindu pada semua...

Melati nak jawab satu daripada pantun Sue.. dengarkan ye...

Kalau jadi katakan jadi,
tidak aku ternanti-nanti,
jangan dirindu pada yang tak sudi,
yang dekat kan sedia jadi pengganti..


Lagi..

Rindu serindu rindu rindunya,
jadi siulan si anak muda,
hati merindu amat peritnya,
merintih dara terkenang uda.

Okey.. salam rindu.

Helang_Merah dimasukkan pada: 16-12-99 10:38 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
apa kabar semua nya?
nampak happy aje ni ..
sue pun asyik senyum dari pagi tu
ada pa pa ke ni ?

sue/melati dan s_ana :

enak sekali memakan dadu
ditepi anjung bersama cucu
adat muda menanggung rindu
belum bersua tak lena beradu

jika kehutan waktu senja
jangan lupa bawa pelita
hati didalam tersepit duka
orang ditunggu tiada menjelma

teruskan yer ... byee

S_ana dimasukkan pada: 16-12-99 11:25 MST     Klik di sini untuk profail S_ana    Edit Mesej Anda
salam puisi untuk semua..

helang/sue/melati..
pantun rindu dari ana..

merendang rendah si pohon jati
tegak berdiri di pekan Bahau
mahligai rindu terpahat di hati
bekalan kasih jauh merantau

mari bersembang di ruang tamu
duduk bersimpuh adat berzaman
sudah lama kutunggu tunggu
takkan berubah kasih bertahan

takat nih dulu
salam puisi

sue_marie dimasukkan pada: 16-12-99 21:58 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam sayang ketemu lagi....
apa khabar semuanya..ana, melati ,Helang.. ?
teruskan berkarya ..dah nak masuk tahun baru nih...

..SERULING SENJA BERGEMA LAGI..

Seruling senja bergema lagi..
sayup-sayup terdengar dari seberang
mencuit hati kecil ku
seruling yang mengirim utusan
menyampaikan permohonan kasih
mewakili suara hatinya...

seruling senja bergema lagi
beralun sepi mengusik hati
menagih jawapan kepada risik tanya
tapi sayang tak ku kenali siapa empunya
merdu dendangan meresap ke jiwa
mencuri ruang memujuk rindu
tetiba hati bergelora
umpama ombak menghempas pantai
setiap kali terdengar seruling berlagu...

seruling senja bergema lagi
mengiring pulangnya mentari ke peraduan malam
menjemput rembulan tandang menyeri
bayu senja berhembus dingin
menyampaikan irama seruling senja
kasih sepi terhimpun kini...

salam puisi...

melati dimasukkan pada: 16-12-99 23:30 MST     Klik di sini untuk profail melati  Klik di sini untuk menghantar email kepada melati     Edit Mesej Anda
Cak..assalamualaikum..

Sue / Helang / Ana..
Kali ni melati nak dendangkan sebuah lagu rindu pula...

Resah.
ku dalam kesepian
kini kerinduan
dirimu di mana gerangan
senyumanmu sinar matamu
hadi di dalam impian....

Sunyi kini kurasakan
ingin kutitipkan
rinduku pada angin lalu
kunantikan dan kunantikan
saat kau datang padaku...

Kubawa dikau dalam mimpiku
hatiku memanggil namamu
dengarkah dikau suara hatiku
membisik kurindu padamu....

Dikau yang sangat kusayang
kini berjauhan
bilakah masanya bersua
ingin kucurahkan segalanya
buat dikau yang tercinta......

* Uhk..uhk..uhk..terbatuk la.
Tak boleh nyanyi dah..

sue_marie dimasukkan pada: 17-12-99 17:24 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam puisi..
ketemu lagi..
melati...hmmm..nyanyikan lagu rindu...alahai pandai pula menyanyi, sampaikan terbatuk-batuk tu...ahak!

***********

Nun di lembah menghijau
bayu berhembus dari pergunungan
berkocak damai air di danau
seiring gemersik dedaun kering
dan kicauan burung serta unggas
bagaikan nyanyian merdu puisi melankoli
bebas berdendang menyayat atma

seorang gadis....
masih merenung ke langit malam
lenanya minta pengalas ulitan rindu
buat pemujuk hati yang rajuk

waktu yang berlari...
cuba diburunya
entah masih sempatkah dikejar
kerana masih bergelut
dalam dilema kasih
demi menagih kasih dan restu
dari lembut wanita bernama ibu
dan gagahnya lelaki bergelar ayah
akibat kasih mereka telah dijarakkan
oleh masa dan keadaan..

terima kasih..

Helang_Merah dimasukkan pada: 17-12-99 17:56 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
Sue/melati/s_ana
salam puisi yer ..

dalam jerukan rasa
sebuah perasaan terhiris
atau yang ditinggalkan
jangan dikesalkan
kerana ...
segalanya ada kententuan
dalam menghadapi ranjau
perasaan berkecamuk

cuma ...
berdoa untuk sebuah ketabahan
dalam liku bergelombang
dan desiran ombak memukul
dan keyakinan diri
melangsai segala
untuk sebuah kententuan

salam yer ...

melati dimasukkan pada: 17-12-99 22:41 MST     Klik di sini untuk profail melati  Klik di sini untuk menghantar email kepada melati     Edit Mesej Anda
Cak..
Salam puisi buat Sue, Helang dan Ana...

Jauh di sudut hati ini
ada sebuah perasaan
berbaur dengan hampa dan kecewa
dan kesal pun terus berbunga
di setiap inci taman hati.

Lantas aku mulai mengerti
pada sebuah janji
yang sering diagungkan
kini menjadi sebuah impian
yang tak mungkin menjadi nyata.

Adakah aku yang bersalah
sehingga membawa kita
ke haluan yang berbeda
atau keadaan yang menentukan
perpisahan muncul di antara kita.

Lalu dua hati yang padu
mesra dalam satu ikatan
menjadi renggang dan sendu
dan hilanglah sebuah janji kemanisan
oleh sebuah keangkuhan.

Maka inilah aku
insan yang terluka
dalam penitian sebuah kehancuran
yang pasti usul bila-bila saja.


S_ana dimasukkan pada: 20-12-99 11:42 MST     Klik di sini untuk profail S_ana    Edit Mesej Anda
salam puisi..helang/sue/melati

sue..banyak keja ke la ni?
melati..bolehla ajaq ana menyanyi yek..
helang...posa amacam?

kita bersajak pula

kini malam sepi dalam cahaya terang
jauh di hujung sudut
menari nari cahaya unggun api
mengalir lesu anak sungai di tepi pondok
tempat anak anak main sorok sorok
kulintaskan dalam hati
kapal kelam akan berlabuh kemudian nanti
ku disini masih berdiri
tetap bagai semalam baru jadi

rindunya aku
permaidani yang dibentang depanku
berwarna kemeriahan alam sekeliling
aku cukup puas sebagai pemerhati
terkadang terbentak di hatiku
mengapa perlu aku mengimbas kenangan lama lagi?

rindunya aku
kocak riak air sungai di sisiku
mereka mencari rezeki
sesuap nasi untuk pagi
sesuap lagi untuk petang
aku sendiri tak pasti cukupkah untuk mereka lima beranak
tapi aku tak mampu
aku hanya sepohon jati!

Helang_Merah dimasukkan pada: 20-12-99 12:02 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
salam buat sue/melati dan s_ana
Helang rasa Sue ni sebuk lagi ni..
maklum aja lah nak nyambut raya ....
s_ana dan melati tak pulang beraya ke ?

s_ana ...posa?.... so far so good

dalam gedung keriangan ini
pada hati yang menjalar
untuk sebuah sunyi
yang terukir
di tepi bibir dan
dipuncak kerinduan
dan dimalam sepi

buat sebuah kehadhiran
mengoyak sebuah kerinduan
dan terbiar...
dimamah waktu
dan kesepian dalam menungan

dan dalam rindu
memuncak dalam sedu
antara belaian
dan sepi duka hati
ada rindu terguris
dan sepi yang menjalar
yang datang
memahat duka

jumpa lagi yer ...
selamat berbuka dan beraya ...

sue_marie dimasukkan pada: 20-12-99 18:03 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam sayang kembali ketemu..
teman-teman tersayang..
ana, melati ,Helang dan semuanya...

ana: hmm..banyak keje yer ana... gitulah, kenalah pandai membahagikah masa kannn..

melati: selamat berpuasa dan pe kabar ? bila nak nyanyikan lagu cinta pula?

Helang_m; salam ceria dan teruskan berkarya..

~~~~~~~~~~~~~~

Salam puisi ..

Terkuaknya pintu subuh
memberi kenikmatan angin pagi
yang berhembus penuh kedinginan
lalu meretakkan mimpi semalam...

seri mentari pagi
berebut-rebut menghancurkan kegelapan
embun masih bergayut
di hujung rerumput
dan dedaun menghijau
kian hilang diterik cahaya
segarlah bebunga di tangkainya

lalu kumbang datang
menyeri mekar bebunga
kemudian terbang dan terbang lagi
entah ke mana dan ke mana lagi
apakah menjauh atau terlalu jauh
meninggalkan sebuah
elegi pagi yang abadi

sekadar berbahasa...

Helang_Merah dimasukkan pada: 21-12-99 11:40 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
Puisi bergema lagi
daan salam buat Sue/melati/S_ana
datang lah ...pecahkan rindu disini

elegi pagi yang dingin
memamah dan memahat
tulang tulang hitam
dan kesejukan
memayung tubuh mu yang cengkung
dalam rindu terburai
dan sepi yang melukai

elegi pada pagi yang dingin
mencuit kekaburan hati
pada sebuah mimpi
yang hanyut
dalam arus yang kencang
dalam ria terhalang
hanya rindu ...
memaut kesepian
dalam rasa yang menjerut
pada kamar yang hangat
dari suara masa lalu
dan ....
hilang dikabus senja

ketemu lagi kalian ..

JinAir dimasukkan pada: 22-12-99 12:46 MST     Klik di sini untuk profail JinAir  Klik di sini untuk menghantar email kepada JinAir     Edit Mesej Anda
eerrrr assalammualaikum kengkawan juga sue_marie
sorry yek JinAir lambat respon kali nie
jauh rantau dah kembali nie
kerja yang terkumpul perlu diberesi
tak cukup tangan tak cukup kaki nie
apa lagi ngan network yang asyik down aje nie

happy JinAir network dah okay setakat nie
masuk ruangan kengkawan dulu dicari nie
eerrr sue_marie jangan terbayang, termimpi JinAir nie
takut JinAir terbayang, termimpi jugak kat sue_marie nie
almaklumlah merantau jauh dok sengsorang aje nie
dok kat ofis pun sengsorang aje nie

eerrr kemana sue_marie ujung minggu nie
raya lak nak balik kemana sue_marie nie
JinAir ke cameron highland ujung minggu nie
raya lak nie tersadai kat kl aje nie
tak kesana tak kemari dok tang kl aje nie
JinAir tengok tv, sampai tv tengok JinAir nie

ehhh tah apa lak cite JinAir nie
sembang biasa kat ruangan karya nie
eerrr JinAir mempergikan diri dulu setakat nie
ade karya pantun....JinAir masuk lagi
bye dulu kat kengkawan ngan sue_marie
assalammualaikum kat all and all stay happy

selamat berpuasa and breakfast nanti
selamat hari raya kat all and me


sue_marie dimasukkan pada: 22-12-99 15:30 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam sayang teman-teman sekarya..
HM..S_ana..melati..dan teman ceria JinAir( lama juga tak dengar berita yer..)
sue harap kalian semuanya sihat mengerjakan ibadah puasa...sue teruskan karya..

JinAir: hmmmmmmm... lambat respon tak per..sihat yer?

Hello JinAir teman ceria
apa kabar lama tak dengar berita?
dok jauh merantau kerana kerja punya cerita
dok kat mana tuh cik sue pun nak tahu juga

JinAir menyapa cik sue nak bagi tau nie
hujung minggu tak kemana biasa kat rumah aje
abah kata nak adakan 'family gathering'lagi
tapi nak gedering, famili kita kecik jer nie

cik sue nak raya tak nak ucap apa-apa ker
hehehe jangan marah saja nak ngusik bahh
ish..ish..tahun baru 2000 pun nak jelang tiba
azam JinAir dan kengkawan camana? dah sedia?

oklah setakat nie dulu sempat di lagukan
ada masa...umur panjang kita kembali di pertemukan
salah silap tertutur kata harap kalian maafkan
semoga ceria dan bahagia itu kita pohonkan

Salam puisi...

melati dimasukkan pada: 23-12-99 12:31 MST     Klik di sini untuk profail melati  Klik di sini untuk menghantar email kepada melati     Edit Mesej Anda
Cak..Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Melati datang lagi bersama sebuah kerinduan.
Sajak kerinduan..

Apa khabar Sue, Helang, Ana dan Jin.
Selamat berpuasa kepada yang berpuasa dan selamat membuat persiapan menyambut lebaran.

Dan kepada yang akan menyambut Christmas, Merry Christmas melati ucapkan. Tak lama lagi tu..kan. Tak jemput melati ke..hehehe..

Helang, melati tak balik kampung la raya ni. Dah biasa beraya di tempat orang...

*****

Rindu...
seakan sembilu yang menusuk
sakit namun indah
pedih tapi asyik
seksa tapi bahagia.

Rindu...
kau datang bertelut di jiwaku
tak mahu hilang dibasuh airmata
tak bisa pudar di basuh kenangan.

Rindu...
khabarkan pada Sang Rajuna
aku telah lama menderita
pun begitu aku akan setia
menjadi perindu sepi
untuk lama mana jua
kerana kuingin bisikkan padanya
aku terlalu menyayanginya....

* Sekadar puisi...

S_ana dimasukkan pada: 23-12-99 10:33 MST     Klik di sini untuk profail S_ana    Edit Mesej Anda
salam puisi semua..
ana doakan suma sihat di bulan mulia nih..

helang..ana akan balik perak next week..tak sabar rasanya nak jumpa family..
melati..tabahkan hati ..beraya di rantau orang..
helang..persiapan raya..dah buat ke?

terlalu lama mendendam rindu
tak sempat rasanya melayar kasih
kau telah pergi dulu
melepaskan janji yang tak pernah kau lafazkan
namun ku tahu
janjimu adalah bersamaku sepanjang hayat

terlalu resah menunggu jawapan
pada soalan yang tak pernah aku utarakan
namun dirimu tahu
antara kita berbicara bahasa jiwa
memadai jelingan manja
senyuman di bibir cuma
bahasa kita sahaja

terlalu cintaku pada kasih
yang berbunga di laman hati
kubajai dengan jujurku pada kasih
takkan terlerai
bagai rambut tersimpul rapi

dengarkanlah wahai camar
sampaikan berita cinta kasih wahai si bayu
keranaku tahu
ketika ini tidak ada lagi penyambung antara cinta dua hati
kecuali perasaan sayang ini
kerana kau lebih disayangi olehNya

**************************************

selamat menyambut Syawal..
and merry christmas too!

Helang_Merah dimasukkan pada: 23-12-99 11:07 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
Salam puisi buat yang hadhir
Sue ... berapa helai baju
S_ana ... Perak tang mana ..Teluk Intan?
Melati .. jaga diri yer ditempat orang.
Jinair...Jangan lelama dalam air tu nanti lomeh ....

bintang yang berkedip
memantul cahaya
pada sayap rerama
berdebu tapi indah
dan terkulai ...
pada dedahan rapuh
yang jatuh...

rindu pada kampung
liok lintuk nior melambai
dan sawah terbentang
anak sungai yang jernih
dan lumpur terpalit

rindu pada 'rangtua
bersama azam bergema
memaut para tamu
untuk pulang
bersama daun palas
dan ketupat
pada rendang
pada lemang
dan gelak hilai
para tamu
dan senyum
dikejauhan
buat tamu yang pulang

salam rindu ku titipkan buat teman teman tersayang ....selamat hari natal/Selamat hari raya dan selamar berpuasa...dan rindu tetap ada ..bye

sue_marie dimasukkan pada: 23-12-99 18:26 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam sayangg semuanya..

Hmmmm.. topik ini dah panjang nampaknya kenkawan semua..
so sue tutup setakat di sini..kita sambung kembali di bahagian seterusnya..jumpa lagi..

byeeee

Topik Ditutup Untuk menutup topik ini, klik di sini.

Masukkan Topik Baru   Jawab Mesej Ini
Masuk ke:

HangTuah | Melayu.com