Dimasukkan oleh
|
Tajuk topik: Cuba BerKARYA Terus..!..2
|
sue_marie
Ahli setia
|
dimasukkan pada 28 Jan 2000 21:16
Salam sayangg dari sue...Salam ketemu kembali.. Tahun lepas topik ini hanya sempat bersambung ke episod 1 sahaja ... izinkan sue mulakan mesej pendahuluan sebagai pembuka ruang... ~~~~~~~~~~ ** SERULING SENJA PASTI BERGEMA** Merenung gadis pada kirmizi alam pentas dunia bermandi cahaya warna kasih yang telah dicuri hanyut terbuai alunan irama gema-gema semakin mendayu menampar keping-keping rindu yang bersemi irama senja melukis rentak nada di langit merah.. bersama pulangnya langkah-langkah manusia letih dan longlai... terbang burung pulang senja berligar di angkasa raya gerbang rambut gadis angin senja membelai lembut nota-nota rindu bergeser di helaian rambut sempat membisik ke telinga pulanglah gadis..pulanglah.. bawa rindumu..bawa sepimu... esok... SERULING SENJA PASTI BERGEMA LAGI... Nak berpantun pula.. Padi pulut antah ditampi, Padi segantang dalam perahu, Kasih tak luput bawa ke mimpi, Rindu terkenang orang tak tahu. Ombak berlari lautan biru, Mengejar mimpi di balik gua, Haruskah diri dilamar rindu, Sedangkan kasih tak pernah disua. salam puisi...
[This message has been edited by sue_marie (edited 29 Jan 2000).] IP: 202.188.14.246 |
sue_marie
Ahli setia
|
dimasukkan pada 28 Jan 2000 21:29
ilegal: sue cuba balas pantun tuan hamba.. dengar ya..Berseri-seri burung di sangkar, Hanya mata dapat bermain, Kumbang menyeri bunga nan mekar, Habis serinya hinggap yang lain. Silau suria membakar hari, Hujan terseksa awan pun resah, Walau bunga dilingkar duri, Tertikam bisa jari tak kisah. Kura-kura sedang termanggu, Nangis tersedu tepi perigi, Nasib bunga memang begitu, Habis madu ditinggal pergi. Dayung perahu arah beralih, Ditiup bayu mengerbang kain, Kalau dah tahu darjat dipilih, Usah dirayu cari yang lain. Usah diduga pahitnya rebung, Pahit kuini apa kurangnya, Hiduplah bunga mengadu untung, Di sana sini diri terbuang. sekadar berpantun.... IP: 202.188.14.246 |
ilegall
Ahli setia
|
dimasukkan pada 28 Jan 2000 22:05
Salam dan ketemu lagi tumpang berpantun di rumah sue lagi iya Terbang merpati pulang ke sarang minum dipaya pohon beringin hasrat hati hendak ke seberang apakan daya kematian angin.
Puputan bayu menjelang pagi dalam hutan rimba raya hajat selalu nak terbang tinggi malang suratan tiada upaya. Pohon pala di tepi telaga singgah mempelai pakai selepang dari mula tidak diduga kasih terkulai di tengah simpang. Buah bidara lebat di pangkal daun pegaga dibuat ulam kail yang ada panjang sejengkal cuba menduga lautan dalam. Anak Madras menggetah punai punai terbang mengirap bulu berapa deras arus di sungai ditolak pasang balik ke ulu. Kayu tempinis dari kuala dibawa berhuma ke Melaka berapa manis bernama nira simpan lama menjadi cuka. ...sekadar berbahasa... salah silap mohon maaf .... .... IP: 202.188.13.241 |
Helang_Merah
Ahli setia
|
dimasukkan pada 28 Jan 2000 22:28
hai salam puisi yer sue dan illegal harum sekali bunga melati dipakai puteri cantek jelita harum bunga memikat hati tak kan dilupa sampai ke bila ramai orang pergi ke Rasah hajat mencari simadu lebah tertikam dijari nampak berdarah luka dihati menanggung resah naik sampan ke Pekan Bintulu singgah bermalam di Tanjung Kuang terbang lah illegal selagi mampu jangan tertewas sebelum berjuang manis sekali si dara sunti sedang berjemur ditepi kali jangan merajuk pada yang benci cari yang lain buat pegganti burung puyuh letak diberanda bagi makan sedikit umpan penuhkan dulu ilmu didada sebelum cuba seberang lautan salam yer IP: 202.188.81.125 |
Muhammad74
Ahli setia
|
dimasukkan pada 28 Jan 2000 22:47
emm.. rumah baru sue_marie jangan lupa datang umah kawan kiter yer sue_marie.. si Udika ~Seruling Senja Bergema Kembali II~ Senja masih muda dari mengusik camar terus pulang kirmizi baru melayarkan kepaknya sedang angin bertiup mengucap rindu sedang di bawah lautan masih terus menghempas pantai camar-camar kian riang bertebangan menanti waktu keletihan dirasa Di tepi jeti masih terlihat gadis terpana dengan alunan seruling yang masih misteri belum ketahui gerangan siapa meniup sukma ke dalam hati gadis itu hingga rindu terlihat di setiap sudut wajahnya Senja menjelma sudah mega kian merusuh menutupi langit yang terang pun begitu.. gadis masih setia menanti irama seruling menguasai alam sekelilingnya Gadis seruling kian merawan kian teracik... IP: 161.142.112.8 |
benjy
Ahli setia
|
dimasukkan pada 29 Jan 2000 04:26
minta maaf minta lalu minta izin pada si jaga bukan aku muka tak malu tumpang puisi barang seketikaSeruling senja akan bergema lagi lll ==================================== pak bilal yang menapak kelewatan ke menara mihrab belum disapu mimbar masih comot ke mana si siak gadis seruling memekak indera membuta mata membisu kata si siak tiada terkata pak imam juga curiga gadis seruling tidak terluka hati gadis seruling bangga insan mulia hatinya ternoda tiada gema menikam hatinya senja terus berlalu malam pula akan menjelma esok selepas matahari terjaga tidur seruling akan berbunyi lagi selepas genta gereja berbunyi di hadapan seorang pendita memuji nama ilahi dengan nama kalam suci sebentuk cincin tersarung ke jari dari seorang pemuda jauhari kerana gadis seruling seorang perawan suci ===================================== pantun madah penutup bicara buat anda bistari sastria puisi indah penamat cerita usah menipu muda pendita
IP: 161.142.2.10 |
sue_marie
Ahli setia
|
dimasukkan pada 29 Jan 2000 09:12
Salam JinAir : Sue balas pantun tuan kat sini yer.... Hujan datang di pagi hari, Basahlah rumput tiada sinaran, Bukan datang meninggi diri, Konon menyahut etika wawasan. Sebarang kain jadi basahan, Dilipat-lipat dalam simpanan, kerja yang lain dia lakukan, Kerja pejabat dia tinggalkan. Januari melangkah pergi, Berganti Februari bulan kedua, Membawa hati mempergikan diri, Lain kali kita bersua. kan JinAir kaaannnnn.... hehehe.. IP: 202.188.106.165 |
sue_marie
Ahli setia
|
dimasukkan pada 29 Jan 2000 09:29
Salam ilegal : Terima kasih ...cekap sungguh tuan berpantun... hmmmm.. dengar ya pantun sue...Dara mengharap teruna merayu, Kain selendang pengganti diri, Jangan diharap angin menderu, Ingin ke seberang dayunglah sendiri. Buah keranji bawah tempurung, Dalam dulang terhidang kuah, Walau tinggi terbangnya burung, Akhirnya pulang ke sarang juga. Langit cerah hujan menyisih, Awan dan mega sedih berangan, Sudahlah lumrah adat berkasih, Tangis dan tawa jadi mainan. Sepurnama masa beredar, Kasih dijejak bertambah utuh, Hidup umpama roda berputar, Kadang di puncak kadang terjatuh. Segantang beras padi di bendang, Kalau dahulu umpama lautan, Arus yang deras ditolak pasang Balik ke ulu banjir daratan. Warkah bertinta cuba dijampi, Antara seribu datang yang satu, Masa bercinta manis berjanji, Sudah bersatu janji membisu. sekadar berpantun ... IP: 202.188.106.165 |
sue_marie
Ahli setia
|
dimasukkan pada 29 Jan 2000 14:07
en.Muhd74 : Puisi Seruling yer...hmmm.. Gadis dusun kian merawan.. irama seruling mengusik jiwa setiap senja datang menawan gadis teracik berdebar atma! ape citer gath.? ~~~~~~` benjy: hmmmmm...begini yer.. Tatang puan tatang beradat, melangkah anggun di sisi anjung, Datang tuan datang berhajat, Sama berpantun puisi bergabung. hmmm..puisi seruling senja lagi ...! IP: 202.188.14.171 |
jebat99
Ahli setia
|
dimasukkan pada 29 Jan 2000 14:42
wowww.... hebat kalian berpantun ayuh teruskan sekadar mengikuti perkembangan syabas IP: 202.188.81.154 |
polong
Ahli setia
|
dimasukkan pada 29 Jan 2000 15:26
assalamualaikum kenkawan sumer.... pekabar temannnn.. hmmmm...lama betul tak pantun nih....hmmm.... Gerimis senja tempias jendela, Membasah pipi terus kehati, Tangis hiba lemas terasa, Alangkah sepi seorang penanti, Saban pagi setiap malam, alunan merdu bisik puisimu, gementar dihati dapatkah pendam, menahan rindu teman nan satu, hmmm...boleh ker tu....
IP: 161.142.232.12 |
ilegall
Ahli setia
|
dimasukkan pada 29 Jan 2000 19:10
salam pantun untuk semua hamba singgah sekejap untuk berpantunDayung sampan pergi ke hulu Seliseh tongkang muatan nira Masa berdepan mesra melulu Pusing belakang lain bicara. Menjahit tabir hiasan kota Kota Lekir dekat pusara Senyum di bibir penabir dusta Janji diukir semata berpura. Mencari remis di Pasir Selasih Bersama dara membawa raga Bahasa nan manis penggaram kasih Padahal berpura pelepas dahaga. Orang Kedah membuat baji Hendak menegak tiang bendera Begitu mudah berkisar janji Bagaikan tonggak tengah segara. Berjalur-jalur corak bendera Gulung terkapar di tiang tembusu Mesra dihulur kiranya berpura Rayu dipapar rupanya palsu. ...sekadar berpantun.. IP: 202.188.102.230 |
Bob
Ahli
|
dimasukkan pada 29 Jan 2000 20:57
salamm sue dan kenkawan,,,,,indah sungguh bahasa semua, disusun rapi siap sekata, pantun dan seloka canggi-canggih belaka, hingga terlopong diriku membacanya.. hai sue,maaf lama bob tidak bertandang kesini selalunya melihat pantun dan puisi anda semua sahaja,,,,nak pantun kekeringan idea salam dari KUBOI yang jauh IP: 161.142.1.6 |
ilegall
Ahli setia
|
dimasukkan pada 29 Jan 2000 21:39
hai bob nie pantun untuk tuan hamba dari hambaBunga senduduk bunga seroja Pasang pelita unggun Daripada duduk melihat saja Mari kita lawan berpantun. Buah ara batang dibantun Mari dibantun dengan parang Hai saudara dengarlah pantun Pantun tidak mengata orang. Mari melantun keluar bilik Sebarang bantun kita bantunkan Kita berpantun adik beradik Sebarang pantun kita pantunkan. cewahhh..hamba mengajak tuan hamba macam rumah ini hamba yang punya pulak,sedangkan ini rumah sue... maaf sue..hamba muka tak malu...
Maulah kami hendak melapun Lapun dibawa orang menjaja Jangan marah kami berpantun Orang tua biasa manja.......
IP: 202.188.13.203 |
Gendut
Ahli
|
dimasukkan pada 29 Jan 2000 21:57
syok nya baca pantun IP: 202.188.42.198 |
Muhammad74
Ahli setia
|
dimasukkan pada 29 Jan 2000 22:20
emm dengar yer sue_mariekelopak anggerik kembang melata indah menawan semerbak wangi seruling senja menyimpul makna namun belum terjawab misteri pantai indah di waktu malam cahaya bulan mengisi suasana anda hati sudah diancam biarlah rintih berkongsi sama ... ok ler sue_m itu aje ler
IP: 161.142.112.8 |
sue_marie
Ahli setia
|
dimasukkan pada 30 Jan 2000 12:29
Salam sayangg buat semua... terima kasih kepada anda semua kerana rajin datang berkarya.... mana yang tak sempat dibalas, sue pohon maaf dan akan cuba dibalas seberapa yang segera..ok.. kita teruskan karya seni warisan sastera melayu yang indah ini...Helang_Merah: Teman berkarya yang paling di sanjungi kerana rajin menyumbangkan karya... terima kasih yang tak terhingga dan jangan lupa teruskan ...maaf andai terlewat balasannya.. Sang rembulan menjeling manja, Bintang memagar senyumlah awan, Budi mu tuan takkan dilupa, Harum menyegar dalam kenangan. Kalau basah kain di peti, Sidailah ia tepi beranda, Kalau resah di dalam hati, Teman yang ada tempat bercanda. Terang cahaya menyusur pantai, Bebas merpati terbang ke laut, Kita berkarya beramai-ramai, Ikhlas hati jiwa tak kusut. Tertendang batu luka berdarah, Siair mata tangis membasah, Helang yang satu pandai bermadah, Menyusun kata menyembah madah. Terima kasih..
IP: 202.188.65.125 |
sue_marie
Ahli setia
|
dimasukkan pada 30 Jan 2000 12:42
mamamiaaa : Terima kasih kerana sudi pantun kat topik sue yang lalu..maaf kalau sue terlewat beri respon ... begini pantun dari sue....Indah permai suria bercahaya, Tergelak-gelak rayu sibulan, Ramai-ramai kita berkarya, Ok ker tak ayuh teruskan. Hujan rahmat paya berarus, Hujan lebat semua pun basah, Ada bakat berkarya terus, Tiada bakat kitakan asah! Bukan bodoh cuma tak pandai, Bukan lupa cuma alpa, Ada jodoh kita beramai, Lain masa jangan dilupa. hmmmm..ok yer.. IP: 202.188.65.125 |
Helang_Merah
Ahli setia
|
dimasukkan pada 30 Jan 2000 23:11
Salam puisi buat sue ... dan teman2 yang lain ... apa kabar semuanyaburung merpati terbang bebas warna nya puteh sungguh menawan budi sedikit disumbang ikhlas tidak mengharap sebarang balasan dua tiga kucing berlari sakit kaki terpijak duri teman ketawa ramai sekali teman berduka cuma sendiri budak budak bermain gasing gasing dilontar diatas meja tenang fikiran hindarkan runsing senyum sedikit pemanis muka tanam padi berpetak petak padi terkenal padi malinja sembah dan tari mengikut rentak sekadar bercanda ilangkan duka salam ... IP: 202.188.81.241 |
sue_marie
Ahli setia
|
dimasukkan pada 31 Jan 2000 12:14
salam buat polong: Terima kasih buat temannn seperbicara.. hmmmm...Langit ragu mengintai awan, Terbenam mega membawa lara, Penantian itu suatu seksaan, Memendam rasa jiwa gelora. hmmm... Waktu malam merenung purnama, Pandang tak jemu wajah sekilas, Bukan di pendam gelora jiwa, Rindu bertamu minta pengalas. hmmm...
IP: 202.188.106.59 |
sue_marie
Ahli setia
|
dimasukkan pada 31 Jan 2000 12:22
ilegall: salam buat tuan hamba.. izinkan sue balas pantun tuan..Pak belalang pandai berkata, Mengajar mengaji dia pun tahu, Pusing belakang lain cerita, Sekadar menguji kesetiaan mu. Hutan diredah mencari kuntum, Kuntum yang indah pohonnya subur, Jangan mudah tergoda senyum, Teramat mudah janji ditutur. Senyum sinis duduknya atur, Dara melayu menjamu sireh, Ucap yang manis sering ditutur, memujuk rayu masa berkasih. Kalau dah tahu pedasnya lada, Kenapa digigit lidah merasa, Baru kau tahu akibatnya cinta, Hati sakit bila kecewa. sekadar berbahasa.. IP: 202.188.106.59 |
mamamiaa
Ahli setia
|
dimasukkan pada 31 Jan 2000 13:58
salam utk semuaaa....harum si melur ke alam maya melati tersergam sepanjang teratak mama bersimpuh cuba berkarya ntahkan boleh...ntahkan tidak... ceewahhhh.... eheh.. sat ada lagi.... kenanga dan cempaka sama hebatnya menjadi penyeri si gadis jelita bakat berpantun tu memang ada... cuma nak di asah yang makan masa..
ceeeewahhh.... iskhh.. terrel jugak... ehehhe.. wangian flora menerjah kemari terpikat dihati mencari di mana.. syok jugak acara pantun2 ni.. esok lusa nak datang lagi ...boleh ka..? eheh...
mama bersimpuh bangun menyapa sepuluh jari di hulur sebagai tanda apakan daya mama berkata.. masa terluang hanya seketika..
ceeee..... ehehe.... sekiannnn.... (<:-)
IP: 161.142.78.82 |
S_ana
Ahli setia
|
dimasukkan pada 31 Jan 2000 15:36
salam kejauhan dari anaidaman jiwa pengarang kalbu gurindam kasih si anak teruna dalam hati kutanam rindu buat bekal di hari muka IP: 161.142.78.82 |
sue_marie
Ahli setia
|
dimasukkan pada 31 Jan 2000 18:15
Salam sayang...bob : maaf yer terlewat balas pantun bob... hmmm.. seronok dapat dengar lagu kat oc..dah lama tak dengar ... lain kali lagi yer.. lagu favorite tuh... SEKUNTUM MAWAR MERAH SEBUAH PUISI... hmmm! Thanks.. Hendak tidur simata kuyu, Hari dah malam senja menyepi, Hendak berhibur hati yang rindu, Pantun bersulam bicara hati. Patah sauh orang berenang, Tepi rimba melukut sawah, Tuan jauh di tanah seberang, Di sini hamba duka tak sudah. salam puisi.. ~~~~~~~~~~~ Gendut: dengar yer untuk tuan hamba.. Kata bukan langkah berundur, Dari mata jiwa meruntun, Kalau tuan rasa terhibur, Mari bersama kita berpantun. IP: 202.188.83.179 |
sue_marie
Ahli setia
|
dimasukkan pada 31 Jan 2000 18:53
Salam buat Muhammad74 ... hmmm... begini pantun sue yer.. Suami ketawa melirik janda, Isteri menjeling sambil berbisik, Biarlah gema jadi lagenda, misteri seruling sering mengusik.
hmmmm...seruling senja..! Bercerai nyawa tinggallah nama, Mawar buatmu datang mengiring, Merintihlah jiwa meratap sukma, Dilingkar rindu gema seruling! hmmm... ok dah..m74.. ~~~~~~~~~~ Helang_Merah: dengar yer dari sue.. Jangan dijampi bunga hiasan, Penghias diri pemanis wajah, Bekalkan kami pantun warisan, Sembahkan lagi karya bermadah. Tanam padi mengikut masa, Burung menanti nyata kecewa, Tuan berbudi kita berbahasa, Ikhlas hati tiadalah hampa. salam puisi... IP: 202.188.83.179 |
ilegall
Ahli setia
|
dimasukkan pada 31 Jan 2000 19:09
salam sue hamba bertandang lagi untuk tumpang berpantunNyior gading di dalam taman Tegak rendah di tepi lukah Aur dan tebing kenapa berteman Gigi dan lidah kenapa bertingkah? Bunga raya kembang tak jadi Dimusim runduk gugur ke jurang Apa baiknya resmi padi Semakin tunduk digetas orang? Pagi hari membasuh kain Kain berwarna corak awan Cuba beri istilah lain Bukan bunga ibarat perempuan. Air halia mari disejat Warnakan merah pencelup dicelpa Mengapa dimulia pangkat darjat Sedangkan darah merah serupa? ...juga sekadar berpantun..
IP: 202.188.13.201 |
Bob
Ahli
|
dimasukkan pada 01 Feb 2000 12:07
hai semuanya, hai sue,,,kenapa hidup ditangis sendu, jatuh dan bangun resam manusia, duka di hati biarkan berlalu, diruangan ini ramai teman hilanglah lara,,,,, hidup ini umpama roda, kadang di atas kadang di bawah, usah sesali duka dan suka, anggaplah itu pengalaman yang indah...... ok illegal lak,saya cuba balas pantun ngan anda Aur dan tebing saling berteman, begitu juga gigi dan lidah, bertingkah bukannya alasan bermusuhan, masing masing ada kepentingan dan watikah Tunduk padi adalah resmi, digetas orang satu kewajipan, kebaikannya resmi padi ini, supaya perutmu tak lapar tuan..... Bukan bunga ibarat perempuan, bukan kumbang ibarat lelaki, puas sudah kucari alasan, namun jawapannya belum ku temui... Memang darah merah serupa, namun darjat dan pangkat di pandang orang, itu semuanya mainan dunia, diakhirat nanti semuanya tinggal untuk dikenang....... sekadar pantun....he he he IP: 161.142.1.6 |
sue_marie
Ahli setia
|
dimasukkan pada 02 Feb 2000 10:11
S_ana: hai ana..pekhabar? rindu lah kat ana nih..rindu nak berpuisi ngan ana... buat pe sekarang nih ana..? ada pegi gath. ari tuh? begini ana..Menampi padi di malam minggu, Pagar berduri di sini sana, Hati-hati menanam rindu, Agar diri tidak merana. ~~~~~~~~~ Untuk bob : hai ..ape citer kat situ.. nape tak gi gath.? dengar yer pantun sue.. Pasang pelita di malam hari, Menyambut lebaran hari mulia, Biar derita ditanggung sendiri, Asalkan teman bahagia hendaknya. kan bob kannn... Layulah kudup ditimpa pauh, Kuntum melati hilanglah seri, Cabaran hidup terpaksa ditempuh, Cekalkan hati matanglah diri. hmm..bob yang janji nak bagi tuh..bila?
IP: 202.188.86.92 |
sue_marie
Ahli setia
|
dimasukkan pada 02 Feb 2000 10:24
ilegall: tek sempat sue nak balas pantun tuan dalam masa yang terdekat nih.. maafkan yer.. dengar yer balasan pantun dari sue..Terbang rendah siburung pipit, Arah mengalir terang suria, Sedangkan lidah lagi tergigit, Ibarat air ada pasang surutnya. gitu2 kot... Bagai melukut di tepi gantang, Sudah gerharu cendana lagi, Apalah takut digetas orang, Asal tahu membawa diri. hmmm.. Sireh puan sudah sedia, Makan tak larat hati merana, Kalau perempuan wanitalah ia, Tiada ibarat seperti benda. yerlah kot.. Dapat umbut mayang kelapa, Dimasak mari kelapa santan, Walau rambut hitam warnanya, Tetapi hati rasa berlainan. sekadar berpantun... [This message has been edited by sue_marie (edited 02 Feb 2000).] IP: 202.188.86.92 |
S_ana
Ahli setia
|
dimasukkan pada 02 Feb 2000 10:39
salam sue dan kawan kawan suma..sue..ana gi geth hari tu.. ingatkan sue datang.. hmm.. tak de rezeki nak jumpa sue nampaknya.. sekarang ana sibuk nak final..maaflah kalau lama tak nampak ana kat sini.. dingin bayu enak bersantai menguis pasir jari menari hati merana rindu tak sampai biar diriku yang tanggung sendiri
jendela cinta jelas tergambar di dalam hati berbunga ceria dalam sepi kutanya khabar bila boleh kita bersua bob.. boleh berkenalan? malam indah bulan gerhana kaitkan bintang buat kalungan kusembah salam pembuka bicara adat melayu tak hilang zaman IP: 161.142.78.82 |
ilegall
Ahli setia
|
dimasukkan pada 02 Feb 2000 20:57
salam untuk semua terimakasih sue dan Bob hamba singgah sekejap untuk berpantun lagiAnak yu disangka tamban kalau tamban mana loncatnya hati rindu disangka demam kalau demam mana pucatnya. Tetak bemban tetaklah dahan didalam lubuk banyak bunganya rindu dendam boleh ditahan deman sejuk apa ubatnya? Banyak nyamuk di Pulau Tikus orang Acheh bakar perasap badanku gemuk menjadi kurus sebab kasih rindu meredap. IP: 202.188.82.155 |
sue_marie
Ahli setia
|
dimasukkan pada 03 Feb 2000 14:17
salam sayangg ..buat mamamiaa.. terima kasih atas pantun itu dan datanglah lagi berkarya ke mari.. Burung helang terbang di awan, Pipit tertarik ajak menari, Tuan seorang kita nantikan, Janganlah serik kunjung ke mari, ~~~~~~~~ S__ana: sue mohon maaflah ana..mula tuh hajat nak pegi gath. tapi last minit masalah plak...tak jadilah kot... macamna pun sue dengar perjumpaan tsb. menarik sekali... tahniah!dapat hadiah tak? Kalau masa mengenal jemu, Tidaklah hati bertemu hajat, Ada masa pasti bertemu, Rindu di hati pasti terubat. Memagar tasik pohon kelapa, Cahaya hadir rimbun melimpah, Khabar dirisik sua disapa, Hanya takdir kitakan pasrah. terima kasih... IP: 202.188.14.86 |
ilegall
Ahli setia
|
dimasukkan pada 03 Feb 2000 21:35
salam semua hamba datang lagi untuk tumpang berpantunBuah bidara darinya Sibu Mari dihidu puteri jelita Ombak gelora gelombang di kalbu Mengaram rindu dalam bercinta. Buah memuyu timbang berkati Makan di taman Inderawasih Mata nan kuyu penambat hati Manis senyuman penawar kasih. Mari dihidu bunga idaman Udara bersih taman di kota Suara merdu bertingkah senyuman Membina kasih meresap cinta. Menganyam keranjang jaraknya rapi Hendak menyangkut buah kepayang Rambut panjang didandan rapi Di situ tersangkut ikatan sayang. ..... sekadar berpantun.... IP: 202.188.82.5 |
sue_marie
Ahli setia
|
dimasukkan pada 03 Feb 2000 21:39
Salam untuk ilegall.. degar yer pantun sue..Jalan pak Leman hendak ke mana, Menumpang lalu di pohon sena, Bukan demam pucat tandanya, Makan tak lalu tidur tak lena. Pohon berangan patah di pucuk, Angin menderu hujan menepis, Demam di badan terasa sejuk, Pakailah baju berlapis-lapis. Derasnya arus sampai ke ulu, Hujan berlari tiba di muara, Badan mengurus akibat rindu, Terbelenggu diri gelora asmara. sekadar berbahasa... IP: 202.188.43.222 |
sue_marie
Ahli setia
|
dimasukkan pada 03 Feb 2000 21:55
Salam sayang semua... lama kiranya tak berpuisi...~~~~~~~~~~ **Pantai Berpayung Senja** (buat seorang Temannn yang mengerti..) Aku bagaikan gadis senja.. datang dengan rindu di hati berlari mengenggam mimpi bayu laut menampar wajah risik senja yang membenam seakan gelisah melepaskan angin malam menderu antara bayang dan sepi... dalam lingkaran kasih senja gadis masih tersenyum malu engkau kucup dahi langit sambil membisik sepi salam rindu tagihan hati mengapa tetiba hadirmu saat gadis sedang bersepi kau corakkan pantai berpayung senja alunan suara ombak laut memecah sepi Pantai Rinduku kau bicara tentang ilusi rinduku yang terpendam antara kita memendam rasa berbicara tanpa suara menyendiri kerana kita berjauhan meninggalkan aku sendiri lagi di dada malam digenggam sepi.. dengan bara berpeluk rindu... salam puisi... IP: 202.188.43.222 |
raymee
Ahli setia
|
dimasukkan pada 04 Feb 2000 10:14
sue ..kembara rindu dari tepian hati berkelopak dan mekar bak kuntum diembun pagi mekar dan senyum dari kamar ke kamar dan rindu yang terpaut senyum lah .. esok pasti nya masih ada mentari buat hati yang lesu agar tercapai jua hasrat yang tersirat dan esok ... pasti ada senyum lah doa restu buat anda demi untuk cita2 dan cinta IP: 202.188.81.246 |
Muhammad74
Ahli setia
|
dimasukkan pada 04 Feb 2000 12:16
**Pantai Berpayung Senja** (...!!..)dan aku terus memerhati terus melihat luka di wajahmu terus merenung pucat kulitmu terus memerhati menologmu kian berbisik mengelus dari nafas tersekat di balik tabir senja yang kian kusam kian mempamer runcing senja mungkin inilah fitrah kehidupan penuh rona ketindihan di wajah mu melakarkan rintih yang berkunjung bila dersik aroma mengintai aku hanya sekadar bermenung tanpa mampu ku raih sekelumit atma mu.. mengapa? senja datang lagi kau tetap di situ aku hanya mengawal langkahmu dari jauh, cuma daya ini sukar untuk keperjelaskan keterpaksaan menolak situasi ini gadis.. (masih belum tersua makna mu) andai bisa tubuh ini'hilang akulah payung senja akulah pantai matahati akulah camar yang terbang akulah pantai yang sepi akulah semua itu andai mampu kukorban andai tidk kutahu garisan kecil yang melintang antara kau dan aku, pulanglah.. sebelum pedih mu menjalar kerana aku bimbang rebah di senja ini adakala aku terjerat... senja tanpa seruling namun masih memayung senja. #####***########(*****@@@@@@@@ jarum emas ayam laga benang perak dengan peniti sesekali berpuisi sesekali berbicara sesekali berkata mengunci hati sue_marie apa khabar.. banyak teman yang hilng yer,
IP: 161.142.78.82 |
sue_marie
Ahli setia
|
dimasukkan pada 04 Feb 2000 20:46
salam buat raymee...Purnama.... indah seri mu jadi tontonan mata memandang ... pada seri mu yang jauh sedang yang dekat tidak dikenali.. diri pun tertanya mengapa purnama tak tidur malam..? lalu menitis air mata sebelum dapat kau sentuh hatinya.. >>>>>>Salam Puisi<<<<<<
IP: 202.188.86.12 |
raymee
Ahli setia
|
dimasukkan pada 04 Feb 2000 22:21
sue dan dari kejauhan menitis rindu puisi yang menjelma tanpa waktu datang dan pergi membawa biasan dijalan jalan sepi dan terlindung dan terseliuh antara masa masa menyendiri... makasih yer IP: 202.188.81.36 |
raymee
Ahli setia
|
dimasukkan pada 04 Feb 2000 22:24
sue dan dari kejauhan menitis rindu puisi yang menjelma tanpa waktu datang dan pergi membawa biasan dijalan jalan sepi dan terlindung dan terseliuh antara masa masa menyendiri... makasih yer IP: 202.188.42.162 |
Bob
Ahli
|
dimasukkan pada 05 Feb 2000 02:35
hai semua,, hai sue, hai s_ana,salam pembuka bicara ku jawab sudah, untuk satu perkenalan yang murni, tak cukup nyiru untuk ku tadah, ikatan persahabatan ku terima kini... dah habis idea dahhhhhhhhhhhh IP: 161.142.78.82 |
Bob
Ahli
|
dimasukkan pada 05 Feb 2000 02:36
hai semua,, hai sue, hai s_ana,salam pembuka bicara ku jawab sudah, untuk satu perkenalan yang murni, tak cukup nyiru untuk ku tadah, ikatan persahabatan ku terima kini... dah habis idea dahhhhhhhhhhhh IP: 161.142.78.82 |
ilegall
Ahli setia
|
dimasukkan pada 05 Feb 2000 10:05
salam semua singgah kejap, tumpang berpantun hamba nak berperihal tentang budi sikitTerbang subuh burung kedidi Terbangnya rendah menyusur lalu Susah sungguh menabur budi Tidak diendah dilupa selalu. Masak sedikit gandar kasturi Kuih beralas daun selasih Budi yang baik payah dicari Hati yang ikhlas jiwa yang bersih. Bulan terang orang menuba Duduk menunggu di rumpun buluh Budi kurang teraba-raba Tiada ilmu untuk menyuluh. ...sekadar berbahasa...
[This message has been edited by ilegall (edited 05 Feb 2000).] IP: 202.188.82.111 |
Bob
Ahli
|
dimasukkan pada 05 Feb 2000 13:20
aik illegal,, budi......pisang emas di bawa belayar, masak sebiji di atas peti, hutang emas boleh di bayar, hutang budi di bawa mati.... pantun lama tuuu... Budiku tabur tanpa balasan, satu keikhlasan satu kewajipan, walaupun dilupa tidak diendah, biarlah ia jadi kenangan... pergi kekedai cari belati, singgah sebentar minum kopi, janganlah selalu termakan budi, takut-takut nanti tergadai diri... sekadar pantunnnnnn IP: 161.142.78.82 |
sue_marie
Ahli setia
|
dimasukkan pada 05 Feb 2000 21:41
Muhammad74.....Andai berdayung arah ke mana, Berarak mega keliling jingga, Pantai Berpayung Senja Merah, Beralun irama seruling senja... Hmmmm yer M74.. Sue khabar baik deh.. Agaknya kemana teman yang lain menghilang? memasing sibuklah tuh... ntahlah.. tak lama lagi sue pula yang hilang sama...????? ~~~~~~~~~~ Salam buat bob: hai ... ape khabar... Walau jauh kaki berjalan, Jangan digenang air matanya, Baik sungguh hati mu tuan, Budi dikenang segar selamanya. IP: 202.188.43.136 |
sue_marie
Ahli setia
|
dimasukkan pada 05 Feb 2000 21:52
raymee: salam puisi...Purnama... mengapa selindung jauh di balik awan? teluskan cahaya serimu.. tidak akan pungguk mendayu kerana mu.. walau ia tahu.... ada seri yang terpancar yang sering dinantinya kerana... purnama hanyalah tak ubah seperti mimpi yang bisa direnung tapi tidak bisa untuk disentuh ... dia terlalu jauh... jauh di alam maya... sendunya tiada siapa yang ingin tahu... relakan ia sendiri... IP: 202.188.43.136 |
raymee
Ahli setia
|
dimasukkan pada 05 Feb 2000 23:23
sue... makasih dan rindu yang bergolak antara belahan hati terpaut dan termetri disudut kamar yang dingin dan damai terpancar... rasa syahdu dari bayu berpupuk dan pepasir puteh mengukir senyum pada gerak langkah sebuah tari asyik dan merdu dan desir ombak membias cahaya di purnama merindu IP: 202.188.81.5 |
sue_marie
Ahli setia
|
dimasukkan pada 06 Feb 2000 12:42
ilegall: salam pantun dari sue... hmmm... hamba tak petah berpantun budi nih... saje nak cuba yer..Disemai padi pulut dirasa, Riang semalam diintai curang, Menyemai budi bersalut jasa, Sayang maknikam dinilai orang. gitu2 lah kot.... Seekor itik di sawah padi, Memohon belas untuk berenang, Walau setitik namanya budi, Asalkan ikhlas hatikan tenang. ada lagi nih.. Nuri merpati bijak berakal, Padi bukit jauh berlapis, Iri hati jangan diamal, budi sedikit kan runtuh habis. sekadar berpantun...
IP: 202.188.43.136 |
Muhammad74
Ahli setia
|
dimasukkan pada 06 Feb 2000 03:01
ke mana mahu menghilang senja ini aku berdiri di tepi jendela yang dapat kuraih wajah gadis.. bersama alunan seruling bergema dengan tiupan bayu menggetarkan setiap hati mengusik setiap bisikan yang merayu...################### ke mana pulak sue_marie nak ilang kan diri..
IP: 161.142.78.82 |
jebat2000
Ahli setia
|
dimasukkan pada 06 Feb 2000 10:58
sue ...kalau padi kata kan padi jangan nanti tertampi tampi nilai budi sambut lah budi buat bekalan kenangan abadi ) IP: 202.188.13.80 |