Dimasukkan oleh |
Tajuk topik: Cuba BerKARYA Terus..!..7
|
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 17 Mac 2000 18:09
Salam sayangg teman-teman sekarya semua...
Hmmm... Sue terpaksa buka topik baru ini kerana topik yang lama tuh
susah sangat nak masuk..ambil masa yang lama untuk download.. Sebelum
itu suka sue ambil kesempatan di sini untuk mengucapkan berbanyak terima
kasih pada semuanya terutama sekali padaS_ana,invisible,
sdrzai, Muhammad74, Decinna19, Bob, Cik Mek
Molek, udika, Itayra, JinAir, 6tolak6,
polong dan semua yang nama-nama mereka tak sempat dinyatakan tapi
kekal setia berkarya bersama sue di persada ini...karya-karya kalian akan
sue kenang sebagai satu hasil yang indah dan amat bernilai ... akan sue
abadikan dalam tinta memori hidup sue... sebagai pembuka ruang izinkan
sue mulakan mesej pertama ... selamat berkarya...
~~~~~~~~~~~~~
quote:
*NOSTALGIA Di Hari Raya*
Saat raya menjelang yang lalu itu pasti mengusik
kembali merentap damainya jiwa berkumandang irama rindu
daun-daun memori telah lama ku gugurkan dari ranting
penantian kelopak-kelopak kenangan kering mengersang pun ikut
berkubur bersemadi di tanah seberang
belum ku sentuh tanah kekasih pada merah warna mu belum ku
jejak telapak kaki ini pada hijau rerumput mu
pesan hanya pada angin siramilah dengan air mata rindu agar
ingatan tetap membara taburlah dengan mekar bebunga kasih agar
kenangan kekal abadi tapi.... haruskah aku yang derita pabila
diusik Nostalgia kita kerana hanya aku yang masih di sini...
S_ana: Hai ana... rindu sue kat ana juga tak kunjung padam...
cayalah! raya Aidil Adha ana ke mana yek? ana tengah cuti belajar
yer..oklah ana... ketemu lagi dengan karya ana yang sering sue nantikan
itu.. teruskan..
IP:
202.188.14.172 |
S_ana
Ahli setia
|
dimasukkan pada 17 Mac 2000 23:10
hmm.. ingatkan sebab apa kena lock awal sangat.. kire ana jadi orang pertama la nih yer..
ana raya kat perak.. tak ke mana pon..cuti pon tak lama ..just 1
week..kuliah start 20 mac nih..kenala pulun balik..hehehhe..
bergema takbir di pagi raya memuji betapa tingginya dan
mulia bahasa yang mengagungkan tuhan Pencipta alam semesta
mengenang indahnya bersama keluarga masa sesingkat mana yang lama
kurasa sekejap cuma kemesraan yang kan kubawa pulang ke ibu
kota membuahkan memori bersama sanak saudara hilai tawa senyum
manja menjalinkan satu ikatan berpanjangan kekal persaudaraan yang
mesra antara kita
biar berjauhan hati berpandangan bukan lagi bersua dari hati ke
hati lahir ikatan murni dan sejati pengikat kasih sayang di hari
mulia
IP:
202.188.71.186 |
CikMekMolek Ahli setia
|
dimasukkan pada 18 Mac 2000 08:38
salam sue a/kum untuk semua ader mood hari raya lagi kan
nie... so CikMek nak berpantun hari raya sikit lagi
Longgok jerami merata-rata di bawah dahan rambutan
ranum ingatkan suami jauh di mata tidak tertelan air diminum.
Pohon jerami di batang pauh jemur kain hujung beranda wahai suami
kekasih yang jauh salam dikirim ampunlah dinda.
Luas berpaya tanah seberang bukit di hilir dirata-rata hari raya
tanpa orang disayang pilu mengalir siair mata
IP:
202.188.42.232 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 18 Mac 2000 09:57
Salam sayangg dan salam ceria buat semua ... nak jawab mesej
invisible dulu.. Selamat pagi...Pe khabar..? Begini yer..
Di tepi gaung antara bukit, Menurun lurah desa terpandang, Hendak
merenung purnama di langit, Tapi sayangnya sinar tak terang.
Memori indah asyik terbayang, Kenangan berganti di hujung
desa, Sudahlah purnama sinar tak terang, Bintang dinanti tak kunjung
tiba.
IP:
202.188.83.19 |
invisible Ahli
setia
|
dimasukkan pada 18 Mac 2000 12:02
Salam buat sue ….kabar baik Sue makasih sue atas ucapan
waktu petang tanam peria peria ditanah semak di redah purnama
dilangit tersenyum ria menyambut puteri mula bermadah
sampan kolek hanyut ke hulu belayar sendiri ilangkan
resah purnama membisik sambil berlagu bintang dikamar selalu gelisah
hai cikmekmolek ….pantun merindu yer
puteri berempat dari kayangan turun menjelma ke Pulau Bidur suami
dikenang dalam bayangan resah mendatang waktu nak tidur
kalau nak gugur gugur lah nangka jangan menimpa sibatang
pauh kalau nak tidur tidur lah mata jangan mengenang orang yang jauh
enak rasa nya buah berangan mari dimakan diwaktu pagi air mata
dibuang jangan hanya menambah sendu dihati
S_ana …selamat meneruskan pelajaran yer
suatu kenangan dihari raya datang menjelma bersama gelak dan
tawa buat bekalan ke ibu kota untuk langkah langkah yang
panjang bersama restu orangtua
bayangi lah .. tanpa mereka…siapa lah kita dan didenyut nadi
mereka segulung harapan yang dinanti kejari lah ia … bersama
ketekunan mengadap buku mengulangkaji… kerana …. Usaha dan
kegigehan Pencapai maksud Dan berbahagia lah
dan salam buat semuanya
IP:
202.188.13.7 |
S_ana
Ahli setia
|
dimasukkan pada 18 Mac 2000 13:47
salam puisi untuk semua
cek mek..
kapal dagang kian berlabuh turun di jeti memunggah barang rindu
bertaut si orang jauh menambah kasih merimbun sayang
bunga kemboja kembang di taman kelopak putih disiram basah pilu
di hati jangan ikutkan kelak merana hatimu resah
inv.. rasa tak sabar nak grade..
bondaku sayang ayahanda tercinta anakanda berangkat
pulang masih dalam perjalanan jauh mencari makna tersirat
kehidupan yang perlu setitik ilmu yang dahagakan keringat
kasihmu diam menjunjung budi gembira berhimpunlah hati
hati mengikat rindu yang jauh antara
kita bonda ayahanda berkat tangan yang ditadah sepanjang dalam
penemuan dengan tuhan doa yang dihajat setiap waktu sujud getar
dalam menghadapMu aku pohon kesejahteraan
bonda,ayahanda kejayaan anakanda
IP:
202.188.37.200 |
CikMekMolek Ahli setia
|
dimasukkan pada 18 Mac 2000 14:16
invisible
mencari ketam di Pulau Pinang bawa pelita turun ke kapal tengah
malam bangkit terkenang air mata turun ke bantal.
Pokok bidur tinggi berbatang tumbuh pandan dua serupa di dalam
tidur mimpi pun datang semangat di badan datang berjumpa.
tiga petak tiga penjuru dua ekor kambing di dalam sama sesak sama
rindu sama tak tidur siang malam!!
s_ana
daku tak hendak berlesung pauh lesung pauh menumbuk padi daku tak
hendak berkasih jauh berkasih jauh merisau hati.
selasih sedikit di pucuk pauh hinggap kedidi pecah belah alangkah
sakit berkasih jauh daku menjadi serba salah.
Bunga senduduk bunga di hutan putih susu tambah kelihatan di mana
duduk kenangkan tuan letih lesu rasanya badan.
IP:
202.188.13.10 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 18 Mac 2000 19:21
CikMekMolek: Salam CMM dan selamat hari raya.. heheh masih suasana
raya nih kan.. Pe khabar ..? Dengar yer pantun sue CMM...
Tuai dibendang padinya sawah, Daun sireh tersusun rapi, Bercerai
pandang hanya di mata, Terpisah kasih tercabar diri.
Usah dirisik cinta kembara, Kasih bersemi di dalam
sayang, Terpisah kasih hanya sementara, Rindu suami bukan sembarang.
Renung-renung lautan biru, Seri purnama nampak terbias, Asyik
termenung menahan rindu, Terlalu lama masa berlepas.
sabarlah yer ...
IP:
202.188.14.191 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 18 Mac 2000 19:26
Salam ceria buat semua..
invisible: dengar yer pantun sue...
Bunga tanjung bunga kemboja, Kembang siantan terlayu-layu, Hendak
merenung sinar purnama, Menangis awan menjerit sayu.
Datang gadis membawa delima, Memberi salam di senja hari, Awan
menangis menutup purnama, Cahaya malam hilanglah seri.
Salam puisi...
IP:
202.188.14.191 |
CikMekMolek Ahli setia
|
dimasukkan pada 18 Mac 2000 20:44
salam sue CikMek sihat cuma demam rindu aje
Anak yu disangka tamban kalau tamban mana loncatnya hati rindu
disangka demam kalau demam mana pucatnya?
Limau madu di Pulau Temu Laksamana Dolah berjual lada rindu
dendam tidak bertemu rasa belah di dalam dada.
Tangkul dijemur pukat disirat tali jala hendak diramu seorang di
timur seorang di barat entah bila dapat bertemu.
Bunga angsana bunga andani kembang serong di dalam hutan suami di
sana isteri di sini bagailah burung bersahut-sahutan.
Waktu petang menyuluh semut jatuh batu lintang pukang tidur
terlentang tarik selimut baru tahu diri seorang.
IP:
202.188.102.226 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 18 Mac 2000 21:20
Salam buat S_ana... Hmmm... ana dah balik kuliah yer...heheh
seronok ketemu rerakan semula tapi sedih juga berpisah lagi dengan
keluarga.. apakan daya..memang dah adat berkuliah kan ana kan... tapi
kadang tuh seronok juga bila berpisah sementara nih.. sebab bila ketemu
semuanya teramat rinduu...heheh yer ker tuh...
quote:
*Setitis Kasih Ibu*
Setiap saat ku perlukan mu menyinari kasih yang luhur menyirami
bebunga di ranting bahagia mengulit kepayahan pada kehidupan
keluarga itulah pengorbanan yang ibu hulurkan
aku hanya seorang anak yang jiwanya... dicorakkan oleh seorang
ibu dengan curahan setiap titis kasih ibu cipta watak seorang
insan agar berguna di mata dunia
tiada penyesalan di hati derita dan darjat bukan pinta mu cuma
detik waktu itu cukup untuk dimengerti oleh anak-anak
dunia sebagai titisan kasih ibu...
Salam puisi untuk semua...
IP:
202.188.65.173 |
invisible Ahli
setia
|
dimasukkan pada 19 Mac 2000 11:23
Salam buat semua nya... sebuk sikit, sedang belajar nak siapkan HP
Cikmekmolek dengar kan:
bawa pelita turun ke kapal hujan turun lebat nya masih air mata
turun ke bantal. usapkan dengan selendang kasih
tumbuh pandan dua serupa ditengah tengah pohon celagi semangat di
badan datang berjumpa. eratkan dia sampai ke pagi
dua ekor kambing di dalam sayang saekor udah tersiseh sama tak
tidur siang malam!! asyik terkenang rindu berkasih
tak korban ke tahun ni cmm?
sue ... yup teruskan
kembang siantan terlayu-layu, membuat hati gundah tak
sudah Menangis awan menjerit sayu gerimis mendung membawa padah.
Memberi salam di senja hari, agar luput hati yang resah Cahaya
malam hilanglah seri apabila mendung menutup wajah.
maaf terlewat yer
IP:
161.142.2.10 |
Decinna19 Ahli
setia
|
dimasukkan pada 20 Mac 2000 09:32
Assalamualaikum..
emm..
pada Sue_marie apa khabar. Maaf sekarang berkurang menghantar berita.
untuk pengetahuan sue, Decinna@Muhammad74 adalah orang yang sama. Sekarang
nih saya banyak perhati. Belum bersedia nak bukan
umah.
memandang bintang di laut salju berteman angin sepoi
bahasa usah difikir kenangan lalu bimbang hati terkubur lara
kumbang terbang menghisap madu sudah fitrah nasib si bunga dalam
hati sering merindu teringat kasih jauh berkelana
joget pahang berlengang dayang hibur hati puteri rupawan kalau
hati sudah sayang jangan hanya membawa harapan
IP:
161.142.78.82 |
sdrzai Ahli
|
dimasukkan pada 20 Mac 2000 09:36
Apa kabe tuan rumah, ana, inv,m74,CMM dll..
Salam ceria salam muhibbah Salam rindu teman berkarya Aidil Adha
berlalu sudah Bahagialah teman berhari-raya
Bila lama tidak kemari Rindu rasa membara dihati Hidup mula
terasa sepi Ingin segera kunjungi kembali
Tujuh sudah halaman ini Pantun selokah madah puisi Kerna minat
membara dihati Ruang ini terus dikunjungi
Pada semua teman bercanda Semoga ceria sepanjang masa Terimalah
ini sajian hamba Hingga bertemu di lain ketika
quote:
***Berkorban – Relakah, Sanggupkah***
Aidil Adha…..Hari Raya Korban Apa yang
dikorbankan Sanggupkah….relakah…. Bukan pada seekor
haiwan Diri, harta, jiwa dan raga
Haiwan yang tumbang sebagai petanda Agama bukan setakat
kekata Pelaksanaan itu yang utama
Tumpahan darah membasahi bumi Warisan pusaka kenangan
abadi Tunduk patuh perintah Ilahi Penuh kesyukuran penuh kerelaan
Kesanggupan berkorban menjadi
ujian Sanggupkan…..relakah Berkorban harta, wang dan
kedudukan Berkorban cinta, kasih dan sayang Sebagai petanda
ketulusan, keikhlasan Sebagai bukti kebenaran, kejujuran
Demi kasih pada yang dikasihi Demi anak, isteri tercinta Demi
ayah ibu yang membelai kita Demi agama, bangsa dan negara Demi
segalanya….. bukan diri kita
Kerna hidup perlu pengorbanan Berkorbanlah biarpun
terkorban Asal jangan sampai dikorbankan
IP:
203.124.2.70 |
S_ana
Ahli setia
|
dimasukkan pada 20 Mac 2000 09:51
salam pagi
CMM dengarkan dari hamba
limau bali di pekan Tambun untuk bekalan ke pulau Jawa di sana
jauh rindu bertimbun kelak pulang terasa bahagia
mawar berduri di pulau Gaya mengalir darah tertusuk
selumbar sakitnya rindu sebentar cuma pujuklah hati merenung gambar
kapal belayar tinggalkan sauh ombak gelora berhenti belayar duduk
teringat kasih yang jauh takkan lari gunung di kejar
sdrzai..
pengorbanan satu erti yang tak cukup satu makna
ikut pandangan hati budi manusia dari melihat diri terseksa kita
korban apa jua
ikut pandangan hambaNya masa terbuang kita isi ke arahNya itu
turut dikata pengorbanan ikut manusia pandangan berbeza
IP:
161.142.2.10 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 20 Mac 2000 09:54
Salam sayangg.. Aiyaaaaaa... sejak dua hari lalu tak dapat masuk
sembang..tahlah naper agaknya.. masalah server agaknya ..lama nak tunggu
dah tuh dapat masuk pun sekerat jer...selalu dah camtu...ishkk...
~~~~~~~~~~~~~
CikMekMolek: Pe kabar ari nih...sabarlah yer.. Dengar nih
pantun sue...
Buah keranji bersama sireh, Sireh dipinta penghadir hajat, Jalur
pelangi janji kekasih, Termeteri cinta keakhir hayat.
Alangkah indah syair ibunda, Anakanda terlena ditatap
puteri, Usahlah gundah wahai kekanda, Suami tercinta tetap dihati.
Daun selasih dimakan kuda, Bunga seroja tidak ku mahu, Bercerai
kasih talak tiada, Esok lusa pasti bertemu.
...Salam yer...
IP:
202.188.113.97 |
S_ana
Ahli setia
|
dimasukkan pada 20 Mac 2000 09:56
sue.. betul kata sue .. bila dah lama berjauhan..pas tuh pulang semula
ke kampung..baru terasa kemeriahan hidup bersama keluarga..macam sekarang
sue..ilmu tu penting..cari ilmu walau terpaksa berjauhan.. itu yang
dikatakan pengorbanan..
dalam sepi menanggung hiba sekelip mata aku jauh dari
hatimu aku terlupa mana akan ku letakkan wajah sayumu melihat ku
pergi jauh dari sisi
bukan niat melihat linangan air mata jauh sekali meruntun hiba dari
wajahmu ku pergi akan kembali cuma masa itu tak tentu lagi akan
kupastikan ibu kupulang sebelum engkau pulang menemui tuhanmu
IP:
161.142.78.82 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 20 Mac 2000 10:05
Salam buat invisible... apa kabar yer... kat sini hujan aje
deh...
Sang puteri datang berkunjung, Teruna menjeling berdendang
pilu, Senja hari gadis termenung, Irama seruling berkumandang sayu.
Aasal bambu dari rebungnya, Rebung muda di celah perdu, Kasih ibu
sayangnya ayah, Anakanda gelisah menagih rindu.
IP:
202.188.113.97 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 20 Mac 2000 10:31
Salam buat Decinna19 / M74..... Hmmmmmm... sue dah agak dah nick
tuh.. tapi sajer nak pastikan... oh
ya, orang jauh nih..baik2 aje..orang sana pula bagaimana
gerangannya..? Dengar yer pantun sue...
Hendak gugur sihujan pilu, Hari petang tak turun lagi, Sudah
digugur kenangan lalu, Sayangnya datang mengusik kembali.
Laut membiru diseri purnama, Pungguk menanti asyik
menjeling, Tidak ku rindu memori lama, Sayangnya hati disentuh
seruling.
dan yang ini lagi yer...
Titipkan bicara beriring tangis, Angin ku sapa
hembus-hembuslah, Wahai sedara bertanyalah gadis, Mengapa nama
bertukar nicknya?
Hmmmmm...
IP:
202.188.113.97 |
CikMekMolek Ahli setia
|
dimasukkan pada 20 Mac 2000 17:11
salam untuk sue a/kum untuk semua
terimakasih sue kerana memahami CikMek
Berenang sekawan anak berudu sambil retus serangkai madu rindu
yang rawan bertambah sendu bagaikan putus tangkai hempedu
Sayup-sayup suara merdu petik kecapi berjalan pulang angin
bertiup membawa rindu hancur hati jarak terhalang
untuk invisible
Sungai Bidur di Pulau Pinang dicelah rumpai anak seluang tengah
tidur rasa terkenang bagai dilambai rasa nak pulang.
Nampak berbalam di alur-alur pokok lilang serta pinang rindu
malam dibawa tidur rindu siang terkenang kenang.
Dari Juddah ke Gunung Juasih singgah di Rembau membeli
udang bukan mudah berpisah kasih umpama kerbau sesat bertandang.
begini s_ana
Pergi ke Judah singgah di Aden Panglima Jawa mengiring
Ratu bermusim sudah berpisah badan namun di jiwa tetap bersatu.
Kalau roboh istana Melewar rela merangkak dari melata sakit
sungguh merenung gambar gambar tidak pandai berkata.
Habis hampas isi tempurung dimakan helang warna perang mata
terlepas hati terkurung menunggu pulang abang tersayang.
salam sayang untuk semua
IP:
202.188.82.22 |
invisible Ahli
setia
|
dimasukkan pada 21 Mac 2000 09:02
Salam {b]Sue[/b] apa kabar pagi nih ?
Teruna menjeling berdendang pilu, melihat gadis duduk di
taman Irama seruling berkumandang sayu. memecah kembali nostalgia
semalam
Rebung muda di celah perdu, banyak sekali di tepi huma Anakanda
gelisah menagih rindu makan tak lalu tidur tak lena
[b/Cikmekmolek[/b]
dicelah rumpai anak seluang ditepi bukit si Gunung ganang bagai
dilambai rasa nak pulang rindu terhati terkenang kenang
pokok lalang serta pinang mari ditebang diwaktu pagi rindu siang
terkenang kenang air diminum terasa duri
singgah di Rembau membeli udang hajat nak buat si nasi
kerabu umpama kerbau sesat bertandang dimana baruh disitu mengadu
S_ana
jika tuan berjalan ke Linggi jangan lupa makan cepati kenapa
menyepi sisehkan diri ayuh berpantun selepas cuti
ketemu lagi
IP:
161.142.2.10 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 21 Mac 2000 10:24
Salam Sayang bersua kembali... Hmmmmm..pekabar ..
sdrzai: Sue kat sini seperti biasanya... anda pula
bagaimana..? ceria yer dengan senyuman..lapangkan minda seketika
berkarya...
quote:
Sajian karya tuan hidangkan, Hamba gembira tiada terperi, Agar
ceria teman dan rakan, Sama bercanda berhibur diri.
Minat terpendam kian terserlah, Gemilang seni warisan
bangsa, Puisi gurindam semakin membara, Berkat penglibatan rakan
semua.
Episod ini semakin bertambah, Belum berhujung sejak
dimulakan, Tuan menyepi hamba gelisah, Menanti kunjung dalam
debaran.
Salam sayang dan salam mesra, Terima kasih sempat bersama, Kami
di sini tuan di sana, Bertemu hanya di alam karya.
~~~~ Salam Puisi ~~~~~
[This message has been edited by sue_marie (edited 21 Mac
2000).]
IP:
202.188.113.97 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 21 Mac 2000 10:34
Salam siang untuk semua..
S_ana: Hmmmm... ana pekabar ari nih pula..? semoga ceria dan
salam rindu di alam cyber...
quote:
*Pesona SUBUH*
Wahai subuh.... ku tahu kau pasti melewati aku tapi ku resah
dalam penantian alam mu walau syugul ku kerana penantian rindu
yang tiada berhujung ku sambut dikau dengan senyuman rindu penuh
ketakjuban...
oh subuh.... kau cuba ubati rinduku seperti mana kau uliti
mimpi ku kau renung mata ku terpancar sinar rindu yang
bertaut pabila rindu bertaut kasih airmata kita
berlinangan lalu saat indah itu kau telah bersiap untuk melangkah
pergi
aduhai subuh.... sudikah lewati rinduku di hari esok tapi kau
merenung lesu ku titi deras langkah mu pergi akhirnya subuh
disergah mentari aku kembali meniti siang setelah dilewati pesona
subuh....
[This message has been edited by sue_marie (edited 21 Mac
2000).]
IP:
202.188.113.97 |
S_ana
Ahli setia
|
dimasukkan pada 21 Mac 2000 11:31
inv.. dengarkan dari ana
di rumah lina panaskan kari selepas makan enak berbaring bukan
menyepi bukan menyendiri mencari ide yang makin kering
CMM.. sudikanlah dengan pantun ana nih
membuat baju si kain kasa lembutnya halus baru dibeli pulangnya
nanti di sambut gembira terubat sudah rindu di hati
isk.. apsal tak ada idea nih?
IP:
161.142.2.10 |
S_ana
Ahli setia
|
dimasukkan pada 21 Mac 2000 11:35
sue.. hari nih rasa macam ada tak kenalah..
ku cari dalam diri yang makin hilang di mana titik pertemuan
kata kata yang bermain di fikiran kanku akhirkan bait bait indah dalam
bahasa tenggelam bersama harapan yang tinggi melangit
kusudah hilang bermain main dengan kata akhirnya memakan diriku
sendiri puas sudah ku cari yang berazimat puisi untuk hidupkan
diriku kembali
IP:
161.142.2.10 |
polong Ahli
setia
|
dimasukkan pada 21 Mac 2000 21:49
assalamualaikum... hmmm...lama benar polong tak hantar msg kat sembang2
nih...hmmm...bukan tak nak antar...tahlah takde idealah tuh.. hmmm...
quote:
Sepi Purnama menghilang, Sunyi Berselindung dibalik
awan, Sayu Terbungkam rasa hati nan gersang, Pilu Menitis
tangis rindu rinduan,
Percikkan cahaya kasihmu, Padadada laut malam, Serakkan cahaya
rindumu, Pada seluruh buana yang kesunyian,
Purnama, Setiaku merindumu,
hmmmm..
IP:
202.188.65.211 |
CikMekMolek Ahli setia
|
dimasukkan pada 21 Mac 2000 23:08
a/kum s_ana
Sudah berhuma mandi perigi habis tanggal hama berduri berapa lama
tuan pergi daku yang tinggal membilang hari.
Terbang tinggi burung diawan bulu tertanggal di pohon kundur yang
pergi tak kenyang makan yang tinggal tak lelap tidur.
Buah berangan dimakan tupai kutip temu ketika berhuma bila
gerangan niatku sampai hendak bertemu duduk bersama.
Beli lengkuas berkati-kati di suatu tempat di tengah kota baru
puas rasanya hati jika dapat bertentang mata.
salam
IP:
202.188.102.136 |
sdrzai Ahli
|
dimasukkan pada 22 Mac 2000 12:36
Salam buat semua... Hari ini tumpang baca ajalah..kalo ana dah
kering...aku dah kemarau...fikiran sedang buntu..jadi numpang lihat-lihat
saja dulu ya..hingga jumpa lagi...teruskan persada seni ini dalam
memperkayakan budaya bangsa...
IP:
203.124.2.85 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 22 Mac 2000 08:22
Salam sayang di hari Rabu... Hmmmm... pe kabar teman-teman berkarya
semua... jumpa kita kembali..
CikMekMolek: Yerlah CMM.. tabahkan hati selalu.. bawalah
berkarya supaya lega skit perasaan tuh.. Begini pantun sue yer..
Lemah gemelai irama bergema, Dari jauh beralun resah, Bersabarlah
wahai tuan hamba di sana, Kekanda di rantau turut gelisah.
Kain kasa kain sutera, Kain tenun di sanggul puteri, Walau jasad
terpisah benua, Di hati namun tersimpul mati.
~~~~~Salam ceria ~~~~~
polong: Hmmmm...lama benar karya temannn menyepi... teman-teman
kat sini semua dah rindu tuh.. Alahai
..polong nih rindu purnama yer...yerlah tuh..
Terima kasih ....
IP:
202.188.113.97 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 22 Mac 2000 08:28
Salam sayang... Hehehe... nape semua nih dah kering idea.. takperlah... aper2 karya pun bisa juga...
invisible: dengar pantun nih yer...
Jangan di kelok sampan ke hulu, Hujan gerimis di desa
Tanjung, Simpang ku belok penuh sembilu, Badan terhiris rela di
tanggung.
Menjeling manja senyuman manis, Jiwa mendetak rindu di
hati, Seruling senja intaian gadis, Senja berarak tetap dinanti.
~~~~~Terima Kasih~~~~~~
sdrzai: Hai ... sama dengan ana yer.. dah kering idea...
takper..kumpulkan dulu idea tuh..pastu datang nanti dengan idea yang lebih
hebat... asalkan jangan lupa tinjau
kat sini yer.. jumpa lagi..
IP:
202.188.113.97 |
S_ana
Ahli setia
|
dimasukkan pada 22 Mac 2000 10:36
berpautlah pada dahan yang tegap dan kukuh walau diam masih kabur akan
kekuatan zahirnya siramlah dengan kata kata semangat jiwa agar tegap
merimbun cahaya untuk mereka yang perlukan setitis sinarmu kibarkan
kerendangan pepohonmu agar tertutup kebinasaan yang bakal
diwarisi anak didikmu
jangan kira ranting tak memberi erti padamu ku fikir tanpa jemarimu
yang halus itu boleh bikin satu dahan yang besar lagi
gagah menampung kehendak kehendak yang menadah tangan memohon
sedikit pertolongan bukannya simpati yang menjadi bahan julungan
dedaun yang menghijau kelak akan berguna juga jangan fikir kecilnya
dunia mereka itu tidak besar bagi kita kadang kala yang kecil itu
nampak sahaja begitu tapi itu kuasa yang paling berkuasa kita tidak
tahu apa yang terlindung dari zahir bukan kita nampak apa bakal
terjadi sekurang kurangnya kita usaha walau itu sekecil kecil usaha
diam dalam tanah akar yang kukuh besar itulah yang patut kita
pandang walau di bawah letaknya di situ kukuhnya pepohon yang
merendang tidak gusar walau ribut yang datang tetap menahan agar
nampak pohon itu tetap mekar tetap gagah tapi yang dipuja mengapa
tidak akar itu? bersusah dia untuk pepohon yang dapat untungnya
dedaun hijau,kehalusan ranting dan kemegahan dahan
sekadar berbahasa
IP:
161.142.78.82 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 23 Mac 2000 12:11
Hmmmm.....
quote:
Bisikan Hati Dilarut Malam...
Kesyaduan malam kian terasa... meninggalkan gadis dalam
menungan melayari rindunya sendiri bagai kapal yang patah haluan..
penantian masa yang berdetik menguris sebak di dada malam irama
hening beralun sendu nafas malam kian teresak debar dan
resah.. kejar mengejar beriring deru angin
seketika bicara mati membara gelora kasih menghempas pantai
rindu retak pepasir rindu bertaburan di hembus bayu
gerimis malam pun turun mengalir tanda langit sedang bermenung
duka memendam rindu yang liar berkelana akibat sentuhan mega
gelita... bulan pun malu di balik tabir malam sendu gadis tiada
pemujuk lenanya tiada pengalas adakah bintang akan berkerdip
menemani.. setelah gerimis diam membeku..
S_ana: sajak puisi yang best... kadang tuh idea datang tanpa
diundang...
IP:
202.188.83.31 |
invisible Ahli
setia
|
dimasukkan pada 23 Mac 2000 01:57
Salam puisi buat sue dan S_ana apa kabar?
Dalam keresahan itu Dalam titik titik air mata Pada luka
terhiris Tanpa darah mengalir Membeku … Tetapi pedih di mana
mana Satu gema Dalam meniti dan mengejar arus Pada bait bait
puisi dilarut malam
Dalam hempasan rasa Menjenguk tanpa tabir Dan arus yang
tenang Tetapi bisa …..
Dalam sendu hati Dalam resah rasa Bergolak memukul
pantai Terhempas dan dihempas Dalam sendu meniti waktu Dan bayu
yang mula berhembus
Dalam tinta kesejukan ini Aku mula terasa Bahawa kedinginan
malam Membakar benak benak kerdil Menghancur sebuah
perjalanan Tanpa arah yang pasti
Pada lelagu tanpa irama Pada irama tanpa kata kata Hati ku
berbisik Cahaya semakin kelam Dalam arus yang panjang
Sekadar berbahasa
IP:
202.188.42.91 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 23 Mac 2000 22:27
Salam sayangg... Hmmmmm....
quote:
*Kekasih Malam...*
Dalam penantian yang bersulam debar ku seru hadir nama mu
wahai kekasih malam akan ku tunggu dikau... di ambang seri
purnama datang menjemput aku... menyusuri senja merah
bayu senja beriring angin dingin hembuskanlah senyuman rinduku
ini menghalang lara yang tumpang bermanja
mekar bebunga kasih di tangkai sayang berhujankan titis-titis
rindu mencurah sesekali di genangi rintik-rintik air
mata menghapuskan duka kenangan lalu..
IP:
202.188.106.47 |
polong Ahli
setia
|
dimasukkan pada 24 Mac 2000 15:28
assalamualaikum...
quote:
catatan sebuah pertemuan
pertemuan satu... pantun-pantun sayu. pantun-pantun
rindu, di onchat kita menapak, bicara mula serentak, atma pun
mula berdetak
pertemuan dua... salam disembang karya, kenalkah
teman, teman seperbicara, pantun puisi mula bergema, bicara
mula memendam rasa, dibalik puisi sayu, dibalik bicara
sendu, ada rindu yang mula berlagu,
perpisan satu... disaat rindu mula mekar, disaat kasih mula
bersinar, bak mentari yg memancar, mendung pula berarak, dan
rindu makin semarak,
pertemuan tiga... kata-kata tiada terukir lagi, pantai rindu,
kuala damai, titisan rindu, lukisan hati, laksana bait-bait
puisi, mengalun bisik bicara hati,
pertemuan empat... icq medan pertemuan, saban malam membawa
kedinihari, bicara bersenandung bisik suara hati, alunan
kasih, alunan sayang, berputik kembang berbunga, bunga
berkembang, mewangi ditaman atma
sendu bersama, senyum ketawa, cubitan mesra, pasti
bersemi, disetiap debar hati
sekadar catatan
IP:
202.188.106.162 |
polong Ahli
setia
|
dimasukkan pada 25 Mac 2000 01:03
assalamualaikum..
quote:
temann..
pada titis sendu bicara sayu, pada rembesan airmata yang
berjatuhan, maaf jua yang kupohonkan,
disaat-saat sebegini, keluhan hati jua yang mewarnai, merah
darah hati yang pasrah, dalam bicara sepi nan resah,
pada bayu didinipagi, pada biasan cahaya rembulan, sepuluh
jemari kususunkan, kutitip salam kemaafan,
dalam menungan, mencari sekelumit damai, dalam
kerinduan, berkuntum mekar sebenih sayang, dan dalam bicara
semalam, hati terbungkam, rajuk memendam perasaan,
IP:
202.188.86.109 |
S_ana
Ahli setia
|
dimasukkan pada 25 Mac 2000 10:37
apa khabar teman teman di sini.. sue..inv..CMM..sdrzai..polong.. dan
lain lain? rindu rasanya nak berkarya..
sue..
kekasih yang datang lewat malam masih belum menjengukku di teratak
usang ini untuk menghilangkan rasa kerinduan yang teramat
dahagakan setitik kasih dalam kemarau cinta yang kita ciptakan
bersama sayu ketika saat berpisah engkau ke benua terpisah oleh
lautan yang dalam dan bergelora
kekasihku berpegang kata mahu pulang esok hari ketika mendung
telah berlalu saat mentari garang dengan cahaya ketika itu aku sudah
lupa akan kerinduannya akan dahagakan kenikmatan bercinta dia
sudah di sisiku berpegang pada kata
IP:
202.188.87.122 |
S_ana
Ahli setia
|
dimasukkan pada 25 Mac 2000 10:44
polong...
teman yang mahu bicara tentang berani terus gagah di hadapan barisan
yang berjuang gentar bukan kata dalam kamus hidup mereka takut bukan
satu kata yang boleh merosak jiwa
teman yang mahu bicara tentang gusar hidup yang tak berbekal ilmu di
dada hilang arah perlu panduan cahaya dari kita yang punya akal budi
bicara
teman yang mahu bicara soal sedih nestapa punca lari dari masalah
jiwa dan perasaan tak menentu dalam pencarian jiwa gembira masih
keliru dengan perbahasa jiwa
teman yang mahu berkata tentang rindu kehalusan makna dalam diam itu
kita mahu lahirkan dari hati kecilmu bukan dipandu nafsu yang
bermaharajalela bebas melaku apa saja
inv..
sendu di hatimu telah padamkan ia? dengan azimat kata kata malam
yang penuh berpuisi belaka melenyapkan rasa sedih dan hiba di
kala merindu apa itu kata kata bahagia
keliru di jiwamu telah hilangkah ia? menyambut malam ketika masih
muda tatkala ia berakar di jiwamu anak muda
sekadar berbicara
IP:
202.188.87.122 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 25 Mac 2000 17:59
Salam sayangg...
Apa kabar buat ana dan temann.. Hmmmmmmm...
quote:
*Keluhan Rasa..*
Duduklah gadis bernaung malam.. mengimbau catatan dalam
kenangan bagaimana lahir perasaan sayang penyambung kasih dua hati
yang jauh
bicara kita bicara hati bahasa kita bahasa jiwa persoalan yang
diutarakan.. memadailah dengan senyuman dan menungan
gadis ditinggalkan sepi dalam cahaya rembulan sedang unggun
rindunya menyala menari-nari di pantai rindu yang telah kau
hamparkan dengan taburan putih suci pepasir kasih bermuarakan
kedamaian berembunkan titisan rindu bersemarakkan lukisan hati
terkesima gadis hilang bicara keresahannya berselimut
rindu alunan seruling senja sayup membisik puas dipujuk lena di
malam ternyata diri mu jua yang hadir gadis bertanya gerangan
dirimu ingin di bawa hadir dalam mimpinya kerana batinnya sering
dijerit hanya dikau dengarlah nyanyian irama hatinya yang membisik
rindu pada mu...
IP:
202.188.83.207 |
invisible Ahli
setia
|
dimasukkan pada 25 Mac 2000 23:41
sue dan teman2 yang lain...nak pantun bole sue?
bukan gantang sebarang gantang, gantang berumbut dari
persisir, bukan datang sebarang datang, datang disambut senyum
diukir.
bukan lebah sebarang lebah lebah bersarang di pohon buluh bukan
sembah sebarang sembah sembah menyusun jari sepuloh
ramai orang ke Teluk Kemang asyik sekali bermain mercun rasa
sunyi tiada berteman lantas kemari ingin berpantun
salam buat kalian
IP:
202.188.42.32 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 26 Mac 2000 21:14
Salam buat invisible... Nak pantun yer.. silakan berpantun
sama... dengar yer..
Luas terbentang padi di bendang, Helang kenari sama bersapa, Jika
datang bukan sebarang, Datang kemari gerangan apa?
Mekar menawan di laman sari, Malam berkembang sibunga
raja, Sembah tuan menyusun jari, Salam sayang sudi-sudikanlah.
Kalau bukan kerana anggun, Tidaklah puan nampak berseri, Kalau
bukan kerana pantun, Tidakkah tuan mahu kemari?
IP:
202.188.0.14 |
S_ana
Ahli setia
|
dimasukkan pada 27 Mac 2000 10:24
sue.. ide macam mencurah curah sekarang nih..
merenung dalam tenangnya yang mengalir dari keayuan mata yang
pernah mencuri lenaku dibiar terus mengalir sayu tanpa dihalang
kehadirannya di sisi aku waktu itu memberi peluang untuk menyatakan
bahasa rindu yang turut menjadi agenda lewat hari itu bersama
keluhuran bicara yang dilontar satu persatu aku makin keliru
melihat dari jauh kelembutan rambut ikalmu berayun ayun mengingatkan
aku pada memori itu ku belai manja rambutmu ku sisir lembut
mahkotamu kau tersenyum memandangku hilang kegusaran dalam hatiku
ku makin keliru jika itu yang kau mahu setelah bunga kita pintal
menjadi kalungan setelah emas kita sadur menjadi cincin setelah
bintang kita kait menjadi hiasan kau membuangnya jauh ke dasar
lautan sepi yang tak pernah berbicara pada aku di mana letaknya
kesetiaan? yang pernah kau lafazkan
IP:
161.142.78.82 |
invisible Ahli
setia
|
dimasukkan pada 27 Mac 2000 10:29
Sue…apa kabar? dah b'fast ke nih ?
Helang kenari sama bertandang, singgah bertenggek dipohon
sena Datang bukan sebarang datang, Melepas rindu sebak
didada
Malam berkembang sibunga raja, teratai mekar di tepi
lembah Salam sayang sudi-sudikanlah. Agar suasana bertambah
meriah.
Mekar bunga cantik melecun bunga dijaga secara
beradat bukan hanya kerana pantun, Datang kemari membawa
hajat.
S_ana: apa kabar? jangan lupa senyum ana
IP:
161.142.2.10 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 27 Mac 2000 21:46
Salam sayangg bertemu lagi... buat S_ana dan
invisible... apa kabar kalian...
ana.. idea ana tuh best pe... tak sangka yer.. lepas kering tetiba
datang mencurah2..selagi banyak idea tuh rerajinlah berkarya yer ana..
inv.. salam juga buat teman nih.. dah semakin bertambah karya inv yer..
hmm... moleklah tuh... selagi masih sempat..teruskan saja..
quote:
Purnama..
Purnama... kau datang dengan persona indah mu menerangi malam
ku yang hening saban malam .. akan ku nanti kunjungan mu aku
tidak mengerti mengapakah aku jadi perindu setia
purnama... kau bawa ku jauh menyelami pancar seri mu seri
mu meruntun debar atmaku lalu kita menyemai kerinduan
namun... rasa yang terpendam ini tentang rindu.. tentang
kemesraan.. umpama bara kasih yang menyala
purnama... resaplah serimu ke hatiku hulurkan sinar kasih
sayang hanya kau yang ku nanti saat senja disingkir malam..
~~~~Salam puisi~~~~~
IP:
202.188.86.230 |
S_ana
Ahli setia
|
dimasukkan pada 28 Mac 2000 10:52
sue.. ide nih tak tahu la sampai
mane nak mencurah curah..takut tak cukup tempat nak dicurahkan jer..
bola bulat ditendang tendang berguling rapat oleh kaki kaki
yang otak berat dalam fikiran kotor khianat sesuka hati membaling ke
barat sesudah ke timur memasang jerat
bola bulat diselaputi lumpur berkarat oleh tangan tangan yang
bertanah liat dalam jiwa bersifat lintah darat kotor bagai kaki si
lalat hinggap merata tak mahu ingat diri sendiri yang simpan kulat
bola bulat bagai kini maruahku dilelong murah sakit hatiku bagai
merebak si barah jiwa terseksa mendidih darah harga diriku tak
bernama lagi maruah dipermain orang dibaling nanah
semacam aku bola bulat
inv.. ana kan sentiasa senyum hmmm.. inv pon jangan lupa
senyum senaman setiap hari
langkah berat menuju taman terantuk dahi di pohon jati besarkah
hajat ditadah tangan takut tak sampai niat di hati
IP:
161.142.78.82 |
invisible Ahli
setia
|
dimasukkan pada 29 Mac 2000 09:52
Sue kabar baik tak sebuk ke hari nih
duduk termenung sampai ke malam ditepi jendela sambil
berlagu senyum ceria ku utuskan salam bertanya kabar bagaimana diri
mu?
S_ana teruskan usaha tuh ok
terantuk dahi di pohon jati bengkak didaho masih terasa pasti
sampai hajat dihati lebehkan usaha sentiasa waspada
IP:
161.142.2.10 |
sue_marie Ahli
setia
|
dimasukkan pada 29 Mac 2000 19:36
Salam sayang dari sue...
Hmmm... sepatah bicara yang memperkatakan tentang HORMAT dalam
mengeratkan hubungan...
quote:
Anda tidak boleh menyayangi seseorang atau apa sahaja melainkan
wujudnya perasaan hormat dalam diri anda terlebih dahulu. Orang pertama
yang anda harus hormat ialah diri sendiri. Walaupun orang lain yang anda
tidak sukai tetapi fikirkan perkara lain yang membolehkan anda
menghormatinya kerana setiap orang berhak untuk dihormati. Jika anda
tidak mempunyai perasaan menghormati orang lain, diri anda juga tidak
akan dihormati.
S_ana : Minggu nih sue agak sibuk skit, tak sempat nak jenguk
kat sembang selalu ..kalau ana.. banyak idea tuh... curahkan jer kat sini
..boleh juga sue numpang koleksi.. kat sana ujan tak? kat sini nih
asyik benar ujan ..
invisible: inv... minggu nih..sue tak sempat nak jenguk selau
kat sembang... sibuk kat luar....lewat petang baru balik... ada masa tuh,
kalian teruskan jer yer...
Melihat arah angin berpusing, Angkat sauh belayar balik, Senyum
ceria salam beriring, Orang yang jauh kabarnya baik,
Waktu senja duduk selamba, Menghalang jatuh siair mata, Sudah
ditanya gerangan hamba, Orang disitu bagaimana cerita?
IP:
202.188.106.89 |
CikMekMolek Ahli setia
|
dimasukkan pada 29 Mac 2000 21:41
salam sue a/kum untuk semua dah lama tak jenguk rumah sue nie..
Bintang tujuh tertinggal enam jatuh satu ke Majapahit peluk
tubuh rasa tak nyaman baru tahu badan tak baik.
Terperilah bayam terbang melayang kesana kemari badan
bergoyang habislah malam berganti siang wajahnya suami jua
terbayang.
Main dam di pintu kota duduk berselerakkan dimerata-rata remuklah
redam rasanya anggota tidur nan berendamkan airmata.
Apalah jadi padiku ini kuketam tiada terketam apalah jadi rinduku
ini kutahan tiada tertahan!
IP:
203.106.111.163 |
invisible Ahli
setia
|
dimasukkan pada 30 Mac 2000 15:18
Salam Puisi buat sue,S_ana dan Cikmekmolek
Enak sekali si bubur lambak Hidangan segera waktu berbuka Meski
pun tugas datang melambak Cekalkan hati sempurna kan
segera
Waktu senja duduk selamba, Menghalang jatuh siair
mata, Sudah ditanya gerangan hamba, Orang disitu bagaimana cerita?
Waktu petang duduk membaja Ditepi perigi menanam pulasan Hamba
disini bebaik saja Cuma sebuk dihari Keputeraan
Cikmekmolek – salam pantun
Bukan kuman sebarang kuman Kuman ‘gedek’ di Pohon pauh Bukan
deman sebarang deman Deman teringat orang yang jauh
Ramai orang ke Teluk Kemang Waktu senja sempurna kan
hajat Tabahkan hati cekalkan iman Berdoa selalu selepas solat
Enak sekali makan berangan Berangan dimakan bersama
laksan Airmata dibuang jangan Simpan sedikit buat hiasan
Jika tuan mudik ke hulu Jangan lupa bawa makanan Seru lah nama
melerai rindu Pasti terbayang dalam lamunan
S_ana …apa kabar?
jika ke hulu bawa lah pedang menjaga diri untuk bertahan jika
rindu datang bertandang apa kah obat paling berkesan?
salam puisi
IP:
202.188.82.166 |
S_ana
Ahli setia
|
dimasukkan pada 01 Apr 2000 10:28
salam ceria semua..
sue.. kan sini pagi cuaca begitu indah..terang..sesuai untuk
dijadikan hari mendobi..tapi bila sampai petang,isk..ujan sesaja..
kaitkan bahasa bahasa syurga buatku dalam kemarau kasih yang kering
ini telah lama kuidamkan hujan di tengah hari kelak yang beruntung
tanah yang dikandung akan subur dengan nikmatnya kelak kita beruntung
rezeki melimpah ruah hasil penantian yang menyeksakan kelak langit
mendung berarak lekas untuk pergi diganti cerahnya alam setelah hujan
membasahi bumi memberitahu betapa aku mensyukuri kejadian yang benar
benar mengasyikkan
jalinkan ikatan ikatan madu dari tempayan istana permai biar
manisnya tumpah ke daratan tanah rakyat biasa yang menjunjung
dulimu biar lekitnya terasa di tekak anak anak sungai yang mengalir di
sisi teratak buruk sama sama merasa nikmat alam saujana yang
terbentang itu hak kita dan hak mereka juga
IP:
192.228.143.252 |