Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Masukkan Topik Baru  Jawab Mesej Ini
  Melayu.com: Sembang2
  Sembang-Karya
  Cuba-cuba Berpuisi/Pantun PULA 4!!

profail | daftar | opsyen | sol | carian
Nama Mesej
sue_marie dimasukkan pada: 09-11-99 18:33 MST   Klik
 di sini untuk profail sue_marie   Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie   Edit Mesej Anda
Salam Sayangg semuanya....

Kita telah melangkah masuk ke episod 4 dan syabas serta terima kasih kepada semuanya...
izinkan sue mulakan mesej pendahuluannya...
Salam puisi...

Hanya sebidang laman
buatku hamparkan
buat kita menerjang
berkongsi bicara..

hanya sebumbung persada
dapat kita kongsi milik warisan
bakal kita dendangkan
dan kita hayati bersama
ruang hatinya...

kita telah dilangakaui masa
berkongsi daerah persinggahan
ingin rasa mengecapi
pun tumpang menabur harapan
di bawah teduh bayang kedewasaan
agar hidup ini kita sedari
sebenarnya berintangan ke depan

ternyata kita tidak sukar
menghulur tangan diantara kita
dengan ketulusan membalut harapan
walau aku sendiri
tidak mampu menggapai
lebih dari upaya ku
pastikan kita tidak tumpas
kerana kita sedia berusaha...!

..sue..

dan buat invisible...
sue balas pantun dari tuan..

Kalau redup tegal di hulu,
Berbelah tubir celah pancaran,
Kalau hidup gagal selalu,
Janganlah takdir dipersalahkan.

Daun dipetik sireh dijampi,
Kuntum merendah menjirus sukma,
Biar pun detik menyisih hari,
Pantun bermadah terus bergema.

Salam pantun...

invisible dimasukkan pada: 09-11-99 19:00 MST     Klik di sini untuk profail invisible  Klik di sini untuk menghantar email kepada invisible     Edit Mesej Anda
hai ketemu lagi Sue
apa kabaran Sue ?

puteri berempat puteri beradab
turun ke bumi singgah di hulu
bukan taqdir punca bersebab
nasib malang dirundung selalu

waktu petang menampi padi
padi ditampi berhati hati
pantun bertandang bagaikan mimpi
senyum pemanis murahkan rezeki

senyum ..........

sue_marie dimasukkan pada: 09-11-99 21:23 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam Invisible....
kabar biasa aje ..hmmm..makasih!
Dengarkan dari sue..

Tidakkah sesal helang bertandang,
Menari-nari meniti dahan,
Apa dikesal malang mendatang,
Pasrahkan diri hadapi dugaan.

Hujan gerimis mengundang pelangi,
Sama sehati memendam pilu,
Senyum pemanis murahkan rezeki,
Sedih di hati pendamlah dulu.

hmmmm...

Helang_Merah dimasukkan pada: 09-11-99 23:12 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
Maaf menganggu kalian
bole kan tumpang lalu ....

di genta genta hati serakah
memaut kepiluan tak bertepi
ada lah lumrah
di pinggir keharuan
yang mencengkam
dan tertimbus

di genta genta hati meredah
untuk sebuah keyakinan
yang pergi tanpa pamit
dan berlalu tanpa rela
dan kepastian yang hancur
ada lah kehendak...
dan tiada di mungkiri

di genta genta hati berkalut
ada lah kepahitan
yang mesti ditelan
dan dalam kesamaran
senyum membunuh rindu

ranum sekali buah kepayang
dipetik orang bawa ke biduk
tiada dikesal cinta kecundang
sudah nasib suratan hidup

jangan kesal jika terluka
cari penawar didalam mimpi
senyum terpahat menutup duka
rindu berlalu dikamar sepi

bole kan ?

JinAir dimasukkan pada: 10-11-99 09:17 MST     Klik di sini untuk profail JinAir  Klik di sini untuk menghantar email kepada JinAir     Edit Mesej Anda
kekekekekeke eellooooooooooo kengkawan

eerrr JinAir pergi JinAir kembali
minggu nie JinAir tidak mempergikan diri
baik hati sue_marie menyediakan laman nie
jadi persinggahan dikala JinAir sepi

happy JinAir dikala buka pc
boleh JinAir cuba try test pantun puisi
of course JinAir lebih pantun dari puisi
eerrr puisi nie JinAir tak brapa reti

maaf yek JinAir yang tak brapa reti
especially kalau nak berbahasa bahasi
lazim JinAir direct aje kat sini
pokok ker bunga tak tumbuh ngan JinAir nie

kengkawan faham, JinAir happy
harap kengkawan pun turut happy
sue_marie sure happy
usahanya membuat semua happy

JinAir dimasukkan pada: 10-11-99 09:45 MST     Klik di sini untuk profail JinAir  Klik di sini untuk menghantar email kepada JinAir     Edit Mesej Anda
eerrr eloooooo invi how do you do
eerrr JinAir sedih invi rundung malang gitu
malang si malang tak pernah selalu
banyak sabau (errr sabar) just dugaan gitu

betui tu kata sue_marie
tiada gerimis masakan ada pelangi
atur yang baik bila langkah kaki
tak disepak akar dan batu dek kaki

elooooo juga kat Helang Merah
lalu sahaja tak siapa marah
bawa plaster untuk hati luka parah
bawa dettol nak cuci darah

betui kata kesal jangan jika terluka
dalam first aid kit penawar ada
pedih luka hanya seketika
parut ada lelama hilang jua

kekekekekekekee maaf yek mencelah...
maaf lagik kalau salah...
maaf lagik kalau menyusah...
maaf lagik tak tersasar

sue_marie dimasukkan pada: 10-11-99 15:12 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
JinAir...
Haii..haiii..haiii..
ni..temann sue yang paling ceriaaa...

Salam JinAir selamat kemari
sue marie di sini dah lama menanti
bukannya apa gelak tawa dicari
buat penghibur hati yang sedih

Happy JinAir, sue marie lagi happy
teman setia dimana nak cari ganti
walaupun bertemu di alam siber ini
tapi di hati sue marie segala2 bersemi

Hari ni sue marie pula yang MC
pepagi hari dah pegi minta ubati
bila buka PC, nampak JinAir kembali
sakit sue marie berkuranglah lagi

Kata happy memang enak sekali
tapi untuk happy bagi sue marie cuba cari
moga2 hidup kengkawan sentiasa diberkati
salam manis & sayangg sue marie akhiri..

hehehheheheheeehe..haiiiii...

sue_marie dimasukkan pada: 10-11-99 17:31 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Helang_Merah....
Hai...nak tumpang lalu aje..?
Hmmmm.....

Pada sebuah malam..
ada sang purnama bertandang
sinar sungguh memberahikan
lali bintang-bintang berkerlipan mendekati
memagar sang purnama...

purnama tetap menyeri
senyum kepada bintang-bintang
kerana kesetiaan bintang-bintang
purnama tunduk malu...

sesekali di pesisir pantai
ada rindu sedang bertaut
bersiram dengan cahaya purnama
tapi akan berarak mega kelabu..
menyelimuti lelangit

dan tersungkurlah cahaya purnama
kerana tidak dapat meneluskan serinya
untuk seketika waktu
sehingga mega kelabu beredar...

salam puisi..

nak pantun jap...

Antahnya padi lukut di tepi,
Cerun mendalam retak di tubir,
Berkocah hati di balut sepi,
Senyum semalam kian terpinggir!

Salam pantun..

Muhammad74 dimasukkan pada: 10-11-99 19:08 MST     Klik di sini untuk profail Muhammad74  Klik di sini untuk menghantar email kepada Muhammad74     Edit Mesej Anda
salam

bunga layu dipetik orang
gugur kelopak jatuh ke bumi
hati manusia bukanlah barang
datang rindu mengusik hati

bukan datang membawa hajat
datang dengan niat bersih
bukan maksud inginkan darjat
datang hanya menumpang kasih

Helang_Merah dimasukkan pada: 10-11-99 20:18 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
terima kasih sue...kerana bagi izin bertenggek dan buat En.Muhamad ...salam puisi yer ....

hebat sekali sue ni bersajak ...
nak tumpang lagi ni .... bole?

pada kalimat kalimat suara
di perdu kasih
adalah nostalgia
meminta dan mengharap
pada serumpum senyum
dibalik awan
dan ukiran madah
terseliuh dicelah hati
dan naluri yang mengebu
dan rindu kian menjalar
pada bayu bayu
dan sinar yang cerah .... )

cukup deh .......

sendu sendu mengulit lamunan
anggun meminggir lumpuh dikaki
rindu rindu melirik kenangan
senyum terukir menyentuh hati

bole ke tu ........

****************************************

En.Muhamad .... apa kabar?

mendung berarak dalam bayangan
bayu berhembus arah ke Bentan
hati yang kasih bukan dagangan
tiada ternilai segunung intan

alah kunang kerana pepijat
pepijat bergantung ditepi anjung
apa lah ada pada darjat
budi sedikit rasa nak junjung

salam yer ..........

sue_marie dimasukkan pada: 11-11-99 10:50 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Muhammad74...
Salam buat anda..
Pantun tuan sue balas ya..

Mengapa tersengih di pagi dini,
Lena sidara diulit sendu,
Bila kasih berputik kini,
Jiwa gelora digamit rindu.

Selasih mayang padi kampungan,
Banyak terdapat berbatang tinggi,
Kasih sayang jadi tumpangan,
Kerana hajat terhalang kini.

Terima kasih..

JinAir dimasukkan pada: 11-11-99 11:12 MST     Klik di sini untuk profail JinAir  Klik di sini untuk menghantar email kepada JinAir     Edit Mesej Anda
eerrrr eloooooo sue_marie

eerrrr kepala pening ditampal koyok
jumpa doktor dia bagi lak mc
tak kala isnin mari JinAir seronok
nak nulis punyalah atur,tup tup isnin cuti

jumpa doktor dia bagi lak mc
dah bagi mc, dia bagi pil lagi
dahlah isnin tak dapat guna pc
sabar aje larr JinAir tunggu sehari lagi

dah bagi mc, dia bagi pil lagi
dah dapat guna pc, kena lak JinAir mempergikan diri
sehari lagi, JinAir sabar diri
dapat masuk ruangan sue_marie, hari rabu aje nie

dah dapat guna pc, kena lak JinAir mempergikan diri
carik kengkawan, senyap sepi
JinAir happy sue_marie dapat rehatkan diri
eerrr harap, sue_marie sihat ceria lagi

eerrr two three cat run
where same with stripe one
two three can find
where same with sue_marie one

kekekekekekekeeee

jack fruit out of fence one
take pole help me to poke one
me boy just learn one
if make mistake do show one

kekekekekekee one

muhammad74, helang merah and anyone
all friends to me and everyone
see me say hi one
not nice not say hi one

kekekekekekeee

aha_za dimasukkan pada: 11-11-99 11:12 MST     Klik di sini untuk profail aha_za  Klik di sini untuk menghantar email kepada aha_za     Edit Mesej Anda
Hai..hai..

Senandung pungguk membelah malam,
Sunyi menyepi dingin menyapa,
Baru nak menjenguk ku kirim salam,
Ingin berpuisi bersama-sama.

Menyemat atap tepi perigi,
Jernihnya air terbayang senyuman,
Puisi tak sedap jangan dikeji,
Kerana saya budak hingusan.

aha_za baru nak belajor berpantun...jadi pembayang dan penyudahnyer tak berapa mengancam lah...maaf

sue_marie dimasukkan pada: 11-11-99 11:20 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Aduhai Helang_Merah..
Bertenggeklah di laman yang tak seberapa ini..ok..

Maaflaf HM, sebenarnya sue bukannya pandai bersajak..baru je mencuba sekadar berbahasa..

Hmmmm....
Tiada yang lebih indah
apakala berada
pada sebuah kenyataan
yang tiada keraguan

dilingkari dengan bunga-bunga kejujuran
bertenggek atas ranting keikhlasan
walaupun sepahit hempedu
tetap ditelan jua..
walau sepedih sembilu menyayat
akan ditempohi jua

hati ini milik diri sendiri
dan harus dijaga
kerana esok..lusa dan seterusnya..
masih dalam pertanyaan..???

ni nak pantun lagi..

Belum berakhir jenuh mencari,
Apakah ihsan kata dibendung,
Senyum terukir penuh misteri,
Tidakkah bosan mata merenung..?

salam puisi / pantun..

[Mesej ini telah diubah suai oleh sue_marie (pada 11-11-99).]

Helang_Merah dimasukkan pada: 11-11-99 12:08 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
bole gak ni ...cam ada aircond lak kat sini
hehehhe .... kena sewa ke ni ?

dalam belaian
dan rasa kerinduan
memalit sebuah perjalanan
ditepi alunan ....
dan naluri memagari
pada sebuah ilusi
direntak yang berliku
di deretan kemesraan
dan kepahitan mencabar

pada lelagu semalam
yang mengiringi
dimuara muara sepi
penuh cerita
digetaran hati dan jiwa
yang pernah terluka
dan dilukai .....

cuba cuba berpantun :

jalan jalan ke Pekan Sari
waktu senja pulang nya pasti
senyum menggamit ditepian hati
rindu terlerai dilamunan sepi

heheheh .... bole ke tu ??

sue_marie dimasukkan pada: 11-11-99 15:55 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
JinAir,...
Helloooo ..teman nan ceriaaaa..

eerrr JinAir mampiri lagi,
membawa kabar berita terkini,
ishk..ishk..macamlah sue marie dah ternanti2 lak ni..
berita sedih-pilu, ceria-tawa mau dikongsi..

dua hari sue marie mc pulak
tapi terasa semacam dok rumah saje
boring tidak cuma ngantuk ade
nasib baik PC ade boleh ke sembang bersama

musim tengkujuh bermula hujan pun asyik turun
malam terasa dingin kerana cuaca sejuk meruntun
siang hari banjir habis sapu semak samun
tapi sue marie masih sempat kemari berpantun

sakit dirasa sudah pun pergi
entah ke mana sue marie tak nak cari
kerana sue marie tau JinAir ade sini
lagi ketawa senyum juga baca pantun/puisi..

hehehhehh..hmmmmmm... tul tak ?

most of us walk and hide
that's what the game use to be
most of us talk and smile
that's what friends use to be..

Sayonara....

[Mesej ini telah diubah suai oleh sue_marie (pada 11-11-99).]

sue_marie dimasukkan pada: 11-11-99 16:12 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
aha_za...
hai..hai..hai..
salam dan selamat bersama..

Jeram dialur berbalam kabut,
Cerah purnama beraksi anggun,
Salam dihulur salam menyambut,
Jemputlah sama berpuisi pantun.

Bila dibelai cahaya mentari,
Cinta bersemi dijiwa sukma,
Apa dinilai rendahnya diri,
Kita di sini semuanya sama.

Dalam menimba ilmu, kita semua adalah sama ...
tiada murid tiada guru... salah dan silap, tegur membina..sesamalah kia bermaafan..

tiong_mas dimasukkan pada: 11-11-99 17:57 MST     Klik di sini untuk profail tiong_mas  Klik di sini untuk menghantar email kepada tiong_mas     Edit Mesej Anda
alahai sedihnya massage ni ..
dah nak berpisah ke ni ?
..... jika ada hutang piutang tu ... elok lah dijelaskan yer

numpang sedih gak ni

sue_marie dimasukkan pada: 11-11-99 21:07 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Helang_Merah...
Alahai HM..kat sini mana lah ada aircond.
heheh..tau deh!

Apalah ada pada diri ini..
ibarat sehelai daun
bertenggek pada reranting sebuah pohon
sesekali bayu berhembus..
bergeseran reranting dan dedaun lain
lalu kulit pun tercalar..

aluan irama geseran itu
mengalun nada sendu dan pilu
namun ketabahan dedaun
berpaut pada reranting

tapi dia sanggup menggugurkan dirinya
bila ada daun lain
ingin bercambah pada reranting itu
pengorbanan itu terlalu penting
buat kita bersatu
dari darah yang sama...
mengalir merah..!

ok..nak pantun skit...

Asyik kembara mencari hulu,
Degup di hati insan merenung,
Risik bicara hari berlalu,
Hidup sepi badan terkurung!

Salam puisi...


Helang_Merah dimasukkan pada: 11-11-99 23:16 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
Sue .... hinggap sat
ooo takde aircond...sorry bahhhh

dedaun berguguran
persis air yang mengalir deras
mencari muara
untuk tiba ke lautan

dan digemersik kicau beburung
keriangan ....
buat malam yang syahdu
tapi sendu

tetiba ada suara
menyapa .. apa kabar ?
dan senyum melirik
udah makan yer ?

maggi aje dong

bisa aje deh ....

lebur bersauh undang melata
tangkal hikmat bawa bahagia
hancur luluh badan terseksa
disangkar emas napa menderita?

sue_marie dimasukkan pada: 12-11-99 17:35 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Helang_Merah...
Salam Puisi/pantun...

Ku sandarkan diri ini
pada malam yang jauh
redhakan membelai daku
terlena dalam dakapan mimpi

tetiba ku dengar desus suara perindu
di celah malam yang larut
memujuk rayu mesra bebunga malam
persis sang pungguk memuja sang purnama...

aku khayal sebentar..
lupa akan diri
tenggelam dalam impian yang membeku

ku pejam erat mata ini
buat mengejar senandung malam yang panjang
tidak rela ku terjaga dari lena
apakala bayu dini menghembus wajah ku
tersentak aku dari peraduan pagi...

nak pantun lagi...

Samun terbakar rerumput cemas,
Binatang buas berdendang marah,
Walaupun sangkar bersalut emas,
Ku pandang luas jiwa yang parah!

Terima kasih...

Helang_Merah dimasukkan pada: 12-11-99 19:21 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
Juga salam buat sue...

ditepi muara ini
aku menyusur jejak jejak
yang kian samar
dilitup mendung kelabu
dalam suraman cahaya
kelam ....

mengimbau sebuah kenangan
sebuah lamunan
didermaga bisu yang kaku
dan air mata mula berlinang

untuk apa sebuah cerita
jika hanya menderita
untuk apa sebuah lamunan
jika masih ada bayangan
untuk apa sebuah kisah
yang menyesakkan
dan senyum kian berlalu

pantun bole gak ke ?

tanam kapas bersama terung
hajat nak jual bersama sagu
mata terlepas badan terkurung
jiwa yang resah nangis tersedu

salam yer ...

sue_marie dimasukkan pada: 13-11-99 08:39 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Helang_Merah...
Aduhai si Helang Merah..kenapa dirimu berwarna merah??

Ada seorang budak...
bermain bersama rakan-rakan
berkejaran di laman rumah
menjerit penuh keriangan

ada seorang gadis..
menyapu laman rumah
menyusun dan menyiram pepohon bunga
rambut panjang disanggul rapi
kain lepas dilipat kemas

ada seorang ibu...
sedang duduk di anjung rumah
jala bergantung di depannya
masih kemas dan elok

matanya merenung ke hujung pantai
mega kelabu menyayat hatinya
ombak ganas merampas kasihnya
laut membiru bersemadi cintanya

garis-garis kerut di wajah ibu
mempamirkan keperitan hidupnya
air mata bukan lagi temannya..
sudah jemu menghimpun air yang tumpah

12 tahun lalu...
kasihnya ranap...
berkubur ditelan ombak laut

pun di hatinya tetap bergema
akan ku nanti dikau
kepulangan cintaku nan satu...
tiada secuci cinta abadi..!

begini pantun hamba...

Indah budaya seni berharta,
Bahasa terserlah mulia pekerti,
Tiadalah daya kini berkata,
Serba salah empunya diri.

Helang_Merah dimasukkan pada: 13-11-99 11:54 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
Sue..
merah tanda berani/tegas/teguh...macam warna biji saga ...kan merah
tapi kalau mata yang merah .. mungkin baru lepas menangis atau mungkin kerana debu atau sampah yang masuk kat mata ..


emmmmmm
sendu sekali cerita mu
saperti panglima yang tewas...
dimedam perang...
pulang dengan langkah langkah
longlai ....
ramai teman teman yang gugur
menyembah bumi
ramai teman teman yang luka
terhiris pedang.....

namun semangat juang..
tiada pernah akan luntur
meski tangan dan bahu ... terpancung

esok dan lusa ....
bila udah hilang rasa penat
bila...
luka yang dilukai..kian sembuh
pasti esok nya...
mereka akan kembali
untuk menenruskan perjuangan
dengan semangat yang lebeh kental
dan bertenaga ..... ayuh

pantun menyusul nih ...

kepuk lara didanau purba
melata sepi ditepi kali
tepuk dada tanya lah selera
kata hati pasti menanti

salam yer .......

sue_marie dimasukkan pada: 14-11-99 01:10 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Helang_Merah...
Izinkan hamba berbicara seketika..
bicara ini...sekadar berbicara sahaja...!!!

Malam ini....
wajah sebak retak bergoresan..
turunlah belati yang tajam
dari lelangit resah..
hujungnya di tancapkan..
menikam tepat ke dada

segugus hujan darah
menerjah lembut
bersimbahlah mimpi dan bumi
dengan air merah di mana-mana...

perpisahan itu adalah...
kebahagia bagi sebuah mimpi lain
dengan malam yang panjang
merahsiakan kehidupan dari kenyetaan
seperti juga...
kubur dan nisan tetap bersemadi
walau di tanah gersang...!

hamba ingin sekali berpantun ...izinkan..

Teluk menadah resah senada,
Jiwa gelora menanti punah,
Ku tepuk dada, sakitlah dada,
Ditanya selera, hati merana.

maafkan nada bicara hamba malam ini...

Helang_Merah dimasukkan pada: 14-11-99 17:58 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
Dengarkan Sue ...

rentak hati berkecamuk
antara sedu dan tangis
melambai sebuah perpisahan
tanpa rela ....
persis ombak memukul pantai
memusnahkan dan pergi

dan yang tinggal
sebuah hati terluka
dan linangan air mata
tanpa ada hujungnya

meingkari sebuah hati ..
yang beku dan kaku
pada suara suara kemesraan
dan memahat..
rindu dalam sendu

teruskan

terselak melata tetera mimpi
sinis membiru dijati lata
bergolak duka dimuara hati
menangis sendu hati terluka

salam yer .........

sue_marie dimasukkan pada: 15-11-99 13:07 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Helang_Merah...
maaf kerana kelewatan ini..
Izinkan hamba meneruskan bicara
hamba seterusnya..

BERKECAMUK...

Hati ini berkecamuk lagi..???
hmmm!..kenapa >>>??
antara lerai dan deraian madah
antara sepi dan kelu..
bicara membisu...
aku terkedu..!!!

berkecamuk lagi..
jiwa mengeluh..
sukma merintih...
di celah kabus malam
tersepit dalam mimpi berlalu
yang tidak bisa diraih

oohh tidakkk!
jangan berkecamuk lagi
sudah jemu jiwa diamuk badai
sudah remuk sukma tersadai
di manakan ku sandar diri
pabila malam semakin menjauhh..
hmmmmmm....

-->sekadar berbahasa..

begini pantun dari hamba...

Tanah pusara di anjung persada,
Siair mata bergenang sepi,
Pabila bicara berkunjung tiada,
Meronta-ronta jiwa yang sepi.

terima kasih ..

Helang_Merah dimasukkan pada: 15-11-99 13:30 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
Sue...
selagi nadi bergerak dan hidung menyedut udara

ngak apa apa sih dan pena menari lagi ...

dititian senja
mengharungi lautan rindu
tiada bertepi
persis musafir
berjalan tanpa henti
di kekabus senja nan merah

dan pada ranjau serta onak
yang bisa dan tajam
memalit kisah kisah duka
menutup ceria
dan sendu berlari tanpa henti
laksana ombak
yang datang dan pergi
ada lah lumrah
mengukir rindu
pada bebayang sepi

emmm

halwa herba cerna berlagu
tepian rona kelam lamuan
jiwa meronta berbunga rindu
kesepian melanda dalam menungan

dah makan Sue ?

sue_marie dimasukkan pada: 16-11-99 09:18 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Helang_Merah...
Bicara dari hamba lagi....

Seorang gadis...
masih berdiri di sana..
di anjung sukma pantai hati
angin meniup gelora rindu
tapi...
hembusan itu
terhalang dek bebatu pantai
keluh rintih
bergeser antara dedaun pantai
menyusur sendiri bersama sepi

seketika kaki tersadung
lalu jatuh tersungkur
bangun lagi menyusur pantai
mencari sebutir kata yang terkubur...
biar luka di badan dan tangan
pasir dan bebatu dikais lagi..
kerana rindunya telah tertanam sepi
walau pun tidak pasti
di manakah kubur yang tak bernisan itu..?
bagi sebuah lagu
yang telah terhenti iramanya
sendu lara kian menghambat diri

seketika dulu..
ada pertemuan dipantai hati..
mengutip rindu untuk bicara-bicara bisu
mengail dua jiwa untuk satu perasaan

waktu itu sama-sama mengerti
bermain di pantai rindu
mengocak pepasir harapan
berteduh diredup penantian

di pelabuhan itu
pertemuan dulu menghiris dua jiwa kini
menunggu pelayaran kapal impian
meninggalkan sendu ...
bersama seribu satu kepiluan..!

sekadar berbahasa...

Nak pantun jap...

Badai berlagu gerimis di gunung,
Muara sayu dilanda petaka,
Di pantai rindu gadis merenung,
Bicara mendayu tiada terkata.

hmmmm....


[Mesej ini telah diubah suai oleh sue_marie (pada 16-11-99).]

Helang_Merah dimasukkan pada: 16-11-99 10:28 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
Salam puisi ketemu lagi ....Sue
ceria selalu .........

dipersisir pantai ini
ada gadis terluka
sayu dan sendu
jatuh terseliuh
antara hati dan naluri
meminggir rasa duka
pada belaian dan irama
dan rindu masih mengebu

pantun ni ...

lebat sekali buah nya ara
dipetik orang simpan dipeti
hati sepi mengubat derita
mata nya merah diam menyepi

salam yer ...adiossssss

sue_marie dimasukkan pada: 16-11-99 21:14 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Helang_Merah....
Teman berkarya yang paling setia...
Salam buat mu....

Asyik sungguh desiran ombak...
datang dan pergi
tak jemu menyapa pantai
diri terleka dipersendakan
oleh naluri dan perasaan..

di hujung perjalanan ini...
melayan perasaan, jiwa gementar
yang jauh di sana...
dekat di hati
sama-sama punyai jiwa
untuk jadikan impian dalam diri

suatu ketika dulu...
seri purnama dan bahang mentari
kedua-duanya dihulurkan padaku...
cukup cerahkah itu...
untuk menerangi sekeping hati ini..???

Pantun dari sue...

Burung tiung tinggi melayang,
Gundah merayu kasih diganggu,
Asyik termenung lagi terbayang,
Bertambah sayu puisi berlagu.

hmmmm...

Helang_Merah dimasukkan pada: 17-11-99 22:04 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
Sue ....
iya teman berpantun/berpuisi
makasih yer ....

andai nya hari ini
masih ada puisi puisi syahdu
datang lah ...
kerana esok
belum tentu hadhirnya
mengisi waktu waktu terluang
di persada

kerana esok ...
ada lah suatu harapan
yang belum tentu
ujud atau tiada

dan esok
hanya sebuah lamunan
ilusi dan imaginasi manusia
tapi bukan realiti

salam .....sue

mendung datang awan membiru
hujan tak jadi cuma meminggir
mesra berlagu menutup sendu
hanya senyum mesra terukir

byee.......

sue_marie dimasukkan pada: 18-11-99 09:56 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Helang_Merah...
Salam puisi.....

SE BUAH MALAM...

Pabila...
gelap mengiringi malam
ranjang mengiringi lena
sunyi mengiringi sepi
rindu mengiringi sendu
lenyap ilai tenggelam tawa

lalu...
siapakah..apakah..???
yang akan mengakhiri malam
dengan membuka subuh
dan siapa pula..???
yang akan mencerahkan subuh
untuk menghidang siang

segalanya akan berakhir
lalu tercipta satu malam..!

Begini pantun sue...

Dingin di pantai meremang kulit,
Ombak tersadai cinta menggunung,
Ingin menggapai bintang di langit,
Tangan tak sampai mata merenung.

Salam kembali yer..

[Mesej ini telah diubah suai oleh sue_marie (pada 18-11-99).]

Helang_Merah dimasukkan pada: 18-11-99 13:15 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
Sue ...juga buat sue
salam puisi berkumandang lagi

malam ...
sepi sesepi embun bersendirian
dan madah terus bergema
meniti hari hari berlalu
bersama lena yang panjang
dan lamunan terhenti

malam ...
sepi tanpa bintang
dan bulan
hanya sebuah ilusi
yang datang dan pergi
membawa segumpal cerita
tentang malam

dan malam ...
pasti sendiri

pantun gak ni ...

gunung tualang hambur berkarya
tenung kediri cerna di tampi
merenung ke bulan memantul cahaya
senyum sendiri di kamar sepi

salam yer ..........

sue_marie dimasukkan pada: 18-11-99 17:57 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Helang_Merah..
Salam puisi ..ape khabar ya..?

MANA MUNGKIN...??

Selangit puisi yang ku idamkan...
selaut pantun yang ku dambakan..
mana mungkin ...
ku dapat semua itu...???
rindulah hati ini
penuh emosi..

lalu ..
endapkan hasrat di dada
biar senyum tumbuh di wajah
berseri kembang selaras madah
ku genggam kembali
hati ini bukan dagangan..
mana mungkin..???

Pantun dari sue...

Turun jentayu melayari hulu,
Perahu pilu bersama bahtera,
Pantun mendayu sedari dulu,
Berlagu sendu bicara kata.

ok..Terima kasih...

Helang_Merah dimasukkan pada: 18-11-99 18:14 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
Sue ....
malam akan terus sepi
sedingin salju
baik baik aje nih ......

dingin ....
pada bayu yang berhembus
membawa segumpal cerita
dalam lamunan ...
yang tiada pernah berhujung
membangkitkan nostalgia
antara sendu dan tangis
di kejauhan....
dan rindu terukir lagi
namun ....
malam yang sepi
akan terus sepi
dikamar hati
dan resah yang terhambur

emmmm

sejuk dingin dihembus bayu
malam sepi dihampiri cerna
dalam sendu tergapai rindu
dalam cerita hampir terlena

salam yer .....

sue_marie dimasukkan pada: 18-11-99 22:52 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
H_M...
Salam kembali...
Dah makan..?

Di pesisir pantai ini..
merenung jauh lautan luas
hembusan bayu yang tinggal
membelai wajah pilu..
dedaun bergeseran di celah ranting
merdu tetapi sendu

membisik kata hati nan rindu..
faham akan isi hati..
getaran rindu
telah dijarakkan oleh keadaan
rindu tidak tertanggung lagi...
berlarilah menyusur pantai

jalur pelangi di ufuk senja
meniti indah..
tapi bicara kata
tidak tertinta..
di mana.?

si air mata..
mula menitis
menjadi teman
pengulit rindu..

Pantun sue...

Cerah pagi di Tasik Cini,
Belum berakhir gerimis menanti,
Tiadalah lagi daya ku ini,
Senyum terukir tangis di hati.

Salam puisi deh!

Helang_Merah dimasukkan pada: 18-11-99 23:45 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
kembali mendengar bicara ... Sue
salam ceria selalu

pada tinta dan bicara
dilaluan sendu dan terharu
cuma titisan titisan
air mata..
pada sebuah lagu sendu
dihujung sebuah derita
dan mata yang merah

ukiran senyum
menyapu wajah wajah duka
antara kalimat dan tinta
dan rindu sudah tiada

pada nostalgia
dalam harapan menggunung
sepi dan terpinggir
pada seraut madah
dan puisi yang indah
adalah ukiran
dan pahatan
dilipatan hati yang sepi

dan rindu bergema lagi

iya pantun juga ni ....

bunyi kecapi indah sekali
deru persisir bayu berlari
waktu sepi menghitung hari
rindu terpinggir hanyut sendiri

sue_marie dimasukkan pada: 19-11-99 17:40 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Aduhai Helang_Merah...
Sue mohon bicara lagi..

Hari semakin jauh berlalu
penantian di hujung kerinduan
menjamah hati seorang hamba
bertepian tidak..
meminggir sepi..

jiwa terusik ..
sebak mendada
deraan rindu terlalu pedih
perit ditelan..
sayang diluah..

hari berlalu
terlalu perlahan..?
rindu yang satu
tidak tertahan..?

wahai bayu-bayu berhembus..
kau bisikkan getaran jiwa ini
agar gemanya ...
berligar di lorong sepi

wahai mega berarak..
kau titiskan air hujan
biar basah rumput-rumput
yang gersang merindu..
agar dia tahu
ada sebuah kerinduan menanti

wahai pelangi...
mana jalur-jalur mu..?
tunjukkan padaku..
biarku cari madah bicara terselit..

kalau kau lihat..
pada mendungnya awan
kau tahu
seorang hamba sedang terseksa..??

Dan pantun bergema lagi..

Sayup-sayup bayu di tasik,
Terganggu suara meyisih gundah,
Sayup-sayup hatiku merisik,
Menunggu bicara puisi bermadah.

Salam puisi yer...


Helang_Merah dimasukkan pada: 19-11-99 20:20 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
salam puisi dari kejauhan
merenung pada gadis yang teresak
sue ... dengarkan

jangan di gantungkan harapan
didahan nan rapuh...
jangan kau bersandar
pada dinding yang
kian tumbang....
dan jangan bergantung
pada reranting kering
dan dahan dahan yang lapuk
kerana .....
hati hati yang terguris
memburu senyum
pasti terseliuh
dalam rindu
yang tiada bertepi

senyum lah...
dan sapu lah air mata
yang mengalir di pipi
kerana..
perjalanan ini masih jauh
ke hujung dunia
yang tiada tau
bila akan sampai ke penghujung

buangkan onak dan duri
yang mencucuk di kaki
keringkan air mata
yang mengalir dipipi

pandang lah dunia mu
ukir lah senyum dibibir
biar derita....
akan terus menghilang
dalam gerimis
yang tiada kau undang
dan ......

sue ...dengarkan ...

putik pauh di bawa ke hulu
muatan sampan bersama mentimun
madah tak dapat merawat sendu
hanya sekadar mengukir senyum

salam buat sue ....
tabahkan hati mu .....


sue_marie dimasukkan pada: 19-11-99 21:37 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Duhai Helang_Merah...
sesungguhnya kau burung yang setia dan memahami....
Bicara ku teruskan lagi...

Ketika berlagu puisi mu..
aku termenung seketika
di lorong rindu yang perit
terhentinya sebuah lagu..

ku imbas kembali..
malangnya...
apa yang ku dambakan
kian jauh tersembunyi
aku juga mangsanya

sedar dari kerinduan..
yang tak terbatas ini
amukan jiwa semakin menebal..
namun aku pasrah..
ketentuan hidup..
halanya telah termaktub

aku hargai..
kasihan yang mnejelma kasih...
sayu menjadi sayang..
adalah khayalan di alam maya

aduhai helang...
aku ingin seperti mu
terbang jauh melayari angkasa
di mana bertenggek..
senyum ku pasti juga..!

Hmmmm.. pantun bergema lagi...

Gendang di palu seroja menari,
Lambaian suria sejuk di kali,
Biarlah pilu beraja sehari,
Intaian ceria ku pujuk kembali.

Salam kembali yer...
sekadar berbahasa..hehehe

Helang_Merah dimasukkan pada: 20-11-99 08:30 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
Sue....dengarkan
ketemu lagi yer

kabarkan pada dunia
bahawa .....
sedih,pilu dan air mata
cuma sementara
dilitupi kabus kesiangan
akan berlari mengejar waktu
disemak semak berduri
dan ombak yang ganas

katakan pada ombak
bahawa bukan dia yang tentukan
katakan pada taufan
bahawa bukan dia yang menumbangkan
katakan pada halalintar
bahawa bukan dia yang membakar
tetapi Tuhan yang tentukan

meski pun terasa pedihnya
dari bahang bahang
yang membakar
dan yang meruntuhkan
tapi kententuan nya
bukan disini.....
dan fajar nya terbit lagi

salam dari kejauhan

pucuk pucuk lah ubi
beli peria bawa ke kali
pujuk pujuk lah hati
kembali ceria meraba diri

senyum

sue_marie dimasukkan pada: 20-11-99 14:27 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Helang_Merah...
apa khabar..?

Di tika ini...
gundah menjadi tenang..
resah menjadi aman..
damailah jiwa yang gelisah..

jika tadi..
keresahan menanti di muka pintu
rindu berlari di ambang tingkap
wajah sugul..
tenang seketika

ketabahan ..
menjadikan ia pasrah..
pasrah terhadap realiti..
dan...dan..dan..???


nak pantun lagi...

Alangkah manis senyuman itu,
Bersemi malu ukiran diri,
Usah ditangis rindu nan satu,
Hari berlalu tinggal memori.

sekadar berbahasa...

Helang_Merah dimasukkan pada: 20-11-99 19:38 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
sue...ketemu lagi
kabar baik deh ...
dan puisi bergema lagi

buat rindu yang satu
buat rindu yang mengebu
adalah sebuah keceriaan
yang sempurna
membelai dan dibelai
dan sepi kian hilang
diburu rasa ceria
berterusan...
dan esok pasti senyum
terukir diwajah mugil

iya pantun gak ni ..

merdu sekali purnama merindu
suara penyanyi lunak sekali
memori sendu kian berlalu
terukir senyuman ditabir mimpi

salam yer ..........

sue_marie dimasukkan pada: 21-11-99 08:44 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Duhai Helang_Merah..
Bicara terus berlagu lagi..

Hatinya penuh tabah
berdiri di anjung menghadap laut..
renungan jauh menyusur pantai
sinar mata tajam terpancar

kerut-kerut didahi..
adalah kematangan dan pengalaman
puluh-puluh tahun lalu...
titis air mata terhimpun bersama
mengalir membasuh pepasir pantai

dia pernah muda dulu
menjalin kasih..
mengikat janji..
bersaksi pantai dan bayu laut
berteduh di bumbung lelangit senja

lalu gelora laut membuak ganas
meragut janji kasih setia
harapan tersadai di pantai sepi
masih berkubur dilaut dalam

tika ramadhan menjelma tiba
kenangan pasti mengusik jiwa
raya semalam baru berlalu
air mata di pusara kasih

lamunan si ibu terhenti di situ
menyambut kehadiran anak tersayang
demi tugasan rela bermusafir
hari raya pulang kembali....

Nak pantun lagi ni..

Pandang-pandang tasik kecewa,
Lubuk puaka telah terhidu,
Kenangan datang mengusik jiwa,
Berselit duka di celah rindu.

Salam...

Helang_Merah dimasukkan pada: 21-11-99 17:41 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
Salam puisi dari kejauhan buat Sue
dan salam ceria menyambutnya ...

dilipatan nostalgia
ada cerita dalam duka
menyapu wajah wajah lembut
dalam senyum yang terluka
dan sendu mendakap hati
pada aliran manik jernih
dan lelagu usang
yang tragis

pada laut...
banyak kisah terpalit
duka dan ceria
sileh berganti
dan lirikan senyum
dicelah sendu terharu
dan duka yang panjang

emmmmm

dengarkan sue ...

anjung ceria membalut kenangan
tinta diteratak redah membara
kenangan datang mencalit lamunan
duka terhimpit membelah ceria

salam dan senyum yer

sue_marie dimasukkan pada: 21-11-99 19:08 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Helang_Merah..
salam kembali ketemu..

Ada kabaran
dari angin yang silih berganti..
yang melewati waktu ..
pada usia mendatang

berdepan dengan senja rahim
menghitung lalu pasrah
pada kepastian yang tak pernah menoleh
mimpi yang pernah berlagu
tersenyum atau terkedu??

merenung genggaman yang hampa..
kerana masa telah memilih
untuk tidak mengerti...

Pantun sue begini..

Perlahan-lahan mendak di jeram,
Berbisik senada suara kembara,
Tertahan-tahan sebak di dalam,
Melirik pada seksa gelora!

Salam kembali..

Helang_Merah dimasukkan pada: 21-11-99 20:53 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
emmmm makasih sue...
ceria selalu yer

dan detik detik waktu
berlegar dalam sunyi
dan sepi hati
pasti terubat jua
pada kelukaan
dan kedukaan lalu
kian terpinggir
bersama nostalgia
dan sendu terlerai
dan hati...
digamit rindu
pada bayu bayu berlalu
dan senyum...
dikamar sepi

dengar yer sue ...

sendu berlagu suara perindu
asyik melamun ditepi kolam
seksa gelora membias rindu
luka terubat ditabir malam

senyum jer .....

sue_marie dimasukkan pada: 21-11-99 22:15 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Helang_Merah...
Salam puisi...

Dalam kebil mata
tersirat juga kata berahsia
yang terkunci di sudut atma

dalam sebak mendada
mendetak rimas kata
terpalu oleh desakan rasa

mencengkam dan menghadirkan
delima..
pancar senja masa
menambahkah gelabah
untuk suatu kejujuran..!
pastinya dicari penyelesaian itu..
dapatkah ditangani????

izinkan sue berpantun pula..

Ombak mengetar lautan biru,
Mengejar impian di balik tanjung,
Sesak benar hati nan rindu,
Debar debaran rasanya jantung.

Hehehe...

Helang_Merah dimasukkan pada: 22-11-99 11:23 MST     Klik di sini untuk profail Helang_Merah  Klik di sini untuk menghantar email kepada Helang_Merah     Edit Mesej Anda
Sue....
salam puisi dan puisi bergema lagi

dilema ?
di liku persimpangan
meredah dan diredah
dibayangan kelabu
tertusuk dan menusuk
dalam kata dan bicara
meregut rasa
dalam naluri tiada bertepi
dan melayang ke awan
dalam kesyahduan
ditabir mimpi
antara ilusi dan realiti

dan ....
pada camar yang terbang
meronta titik titik harapan
di puncak menara
dalam tiduran tanpa lena
dan senyum memaksa

dikamar sepi ini
dan suara suara sumbang
berbisik pada cengkerik
dan kokok kokok ayam
bergema membelah malam
dalam rindu entah kemana
dan esok ....
fajar masih kemari

sue dengarkan

rentung sejajar kepuncak gunung
menung terkikir berulit rawan
jantung berdebar menatap renung
senyum terukir di balik awan

dan salam puisi bergema lagi

sue_marie dimasukkan pada: 22-11-99 17:34 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Aduhai Helang_Merah...
Burung tersayang..
yang pandai berpuisi/pantun.,..

Gelora dan gerimis
akan bertandang lagi
membasahi rekahan-rekahan gersang
yang dihukum oleh angin kemarau

namun ....
jangan kita 'berpesta' menyambutnya
kerana....
kita tidak ingin mewarisi
balada Pak Kaduk...
impian tercedok realiti tersadai
'menang sorak, tapi kampung tergadai'

biar nyawa jadi taruhan
kami rela ..
Dari menyisih harga diri
kerana sekali tersisih
maruah tidak berbekas lagi..!!

HMmm.. nak berpantun lagi...

Angan dituruti tidak terpujuk,
Impian tercedok realiti tersadai,
Jangan ikuti balada Pak Kaduk,
Menang sorak kampung tergadai!

Terima kasih..

camar dimasukkan pada: 22-11-99 18:21 MST     Klik di sini untuk profail camar  Klik di sini untuk menghantar email kepada camar     Edit Mesej Anda
nak berpantun kejap bole?
maaf

titis ditepi delima seri
melanda dikali kubang simambang
sedih sekali empunya diri
kemana pergi terbang sihelang?

maaf yer .... pantun tak sedap

sue_marie dimasukkan pada: 22-11-99 21:32 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam Sayanggg semua...

Mesej ini telah mencapai tahap yang di benarkan..untuk itu sue terpaksa menutup setakat ini..apa kata kita teruskan lagi di episod seterusnya..

Terima kasih..
sue

mil4040 dimasukkan pada: 22-11-99 21:43 MST     Klik di sini untuk profail mil4040  Klik di sini untuk menghantar email kepada mil4040     Edit Mesej Anda
aslw.w.
aku tak tahu pantun..... terima kasih
jgn marah yer

Topik Ditutup Untuk menutup topik ini, klik di sini.

Masukkan Topik Baru   Jawab Mesej Ini
Masuk ke:

HangTuah | Melayu.com