Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Masukkan Topik Baru  Jawab Mesej Ini
  Melayu.com: Sembang2
  Sembang-Karya
  Cuba-cuba Berpuisi/Pantun PULA 5.!!

profail | daftar | opsyen | sol | carian
Nama Mesej
sue_marie dimasukkan pada: 22-11-99 22:00 MST   Klik
 di sini untuk profail sue_marie   Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie   Edit Mesej Anda
Salam Sayanggg , sayang semuanya...

Kita teruskan lagi di episod 5 ini ...
Terima kasih kepada semua..
seperti biasanya sue mulakan mesej pendahuluan.. Terima kasih buat 'camar' yang telah menghantar pantun di episod yang lalu..
Salam Puisi...

Entah dari mana..
luapan rasa semakin hangat dirasakan
meresap ke setiap rongga
jiwa dan jasad

tidur ku ...
adalah lena dalam jaga
sukar mengusir...
baris-baris puisi
yang menari2 di pentas memori

makin kuat dilupakan
semakin kuat pula asakan ingatan ini
jiwa terhimpit

oh Tuhan!...
kehadirannya ..
mengelus lembut nurani ini
berbekalkan niat suci
yang landasnya keimanan serta ketabahan
bermulalah segalanya
menghulur salam nurani seikhlas hati...

Hmmm... Nak berpantun pula..

Alangkah indah perhentian salju,
Secerah malam terpancar seri,
Alangkah gundah menanti waktu,
Di celah diam berdebar hati..

hmmmm..dan lagi..

Kail dibuang batu diganyang,
Tepi pantai dijerit bayu,
Kasih dijuang rindu terlayang,
Sepi tersadai perit mendayu..

Terima kasih..

[Mesej ini telah diubah suai oleh sue_marie (pada 22-11-99).]

camar dimasukkan pada: 22-11-99 23:20 MST     Klik di sini untuk profail camar  Klik di sini untuk menghantar email kepada camar     Edit Mesej Anda
salam Cik Sue ... apa kabar?

pedih menanti tadah diperahu
kembang melati tumbuh melata
sedihnya hati madah mendayu
hilang lah seri diwajah duka

bole ke ni?

ABG NGAH dimasukkan pada: 23-11-99 07:23 MST     Klik di sini untuk profail ABG NGAH  Klik di sini untuk menghantar email kepada ABG NGAH     Edit Mesej Anda
ASSALAMUALAIKUM...
BILA TERBACA PANTUN U ALL TU TERBAYANG PLAK WAJAH IBU YG LAMA DAH PERGI...
*************************************
TERASA GUNDAH DITIUP BAYU..
TERSENTUH HATI JIWA TERSEKSA..
BERLEGAR KENANGAN WAJAH IBU...
KENAPA BERMADAH IRAMA MENDAYU..
PASRAH DIRI PADA YG ESA..
AGAR KEDUKAAN SEMBUH DIKALBU..
*************************************

pompuanetuc dimasukkan pada: 23-11-99 08:33 MST     Klik di sini untuk profail pompuanetuc  Klik di sini untuk menghantar email kepada pompuanetuc     Edit Mesej Anda
mmm..

andai kail panjang sejengkal..
lautan dalam jangan diduga...
andai ada hati dan akal..
kesyukuran pada yang Esa jangan dilupa.

sue_marie dimasukkan pada: 23-11-99 11:36 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam sayang buat semua...

Buat camar...
Sue balas pantun camar yea..

Alangkah ayu gadis Melayu,
Bertudung litup berkurung labuh,
Madah mendayu bukan merayu,
Senyum menutup murung berlabuh.

Terima kasih..

~~~~~~~~~~~~~~~~

ABG NGAH...
Salam buat Abg...
Terima kasih kerana sudi berpantun..
Begini pantun sue...

Purnama merayu di tabir merah,
Sinar suria retak di rimba,
Retak kerana luka terjatuh,
Irama mendayu mengiring madah,
Mencuri ria tika berhiba,
Tidak dipinta duka menyentuh.

sue_marie dimasukkan pada: 23-11-99 11:42 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
pompuanetuc....
Salam buat anda dan dengar pantun sue yer..

Tiap laguan ada iramanya,
Dendangan nada susana seri,
Tiap dugaan ada hikmahnya,
Syukur dan tabah bijaksana diri!

Terima kasih...

sue_marie dimasukkan pada: 23-11-99 11:42 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
... ..

[Mesej ini telah diubah suai oleh sue_marie (pada 23-11-99).]

camar dimasukkan pada: 23-11-99 12:00 MST     Klik di sini untuk profail camar  Klik di sini untuk menghantar email kepada camar     Edit Mesej Anda
makasih cik sue kerana jawab pantun
dan pantun bergema lagi nih

terung diPaguh tumbuh melata
lurah dihilir rentang berseri
murung berlabuh menutup luka
darah mengalir tertikam duri

gantung diperdu liat berduri
tenunan hati diTaman terluang
mendung kelabu mengoyak hati
lamunan mencari teman yang hilang

maaf - baru belajar berpantun
heheheheh

polong dimasukkan pada: 23-11-99 14:56 MST     Klik di sini untuk profail polong  Klik di sini untuk menghantar email kepada polong     Edit Mesej Anda
Assalamualaikum...

Semoga ceria selalu..

mutiara mengurai jadi rebutan,
gading bertuah idaman semua,
menyapa melerai sepinya teman,
salam sembah sapaan mesra,

hmmm....
iskk...pc polong tak leh nak log aaa sekarang ni...line telefon meragam..mungkin sebab hujan tiga empat hari ni kot....
pertandingan pantun tu pun tak sempat...bila tamat ye...esok sempat ke?
hmmmm.....

bye.

[Mesej ini telah diubah suai oleh polong (pada 23-11-99).]

sue_marie dimasukkan pada: 23-11-99 15:38 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam buat camar..
Begini pantun dari sue..

Pantai terhampar redup menanti,
Cerahnya bukit di celah perdu,
Andai terdengar degup di hati,
Tahulah perit jiwa merindu.

Indah bersemi bulan purnama,
Deraian gelora mendesah dada,
Madah berseni runtunan pesona,
Belaian bicara bisa menggoda.

Hmmm... sesamalah kita belajar berpantun yerr..

sue_marie dimasukkan pada: 23-11-99 15:47 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam buat temann, polong..
Hmmm..ceria hendaknya temannn kat situ..

Bungaan laman dijaga rapi,
kumbang pasrah menyemai kisah,
Sapaan teman menyapa sepi,
Salam mesra melerai resah.

hmmm.. masalah ker temannn??
line meragam? camana pun cuba yer...esok, hari terakhir untuk cabaran tuh..
harap2 temann sempat lah..ok!

camar dimasukkan pada: 24-11-99 11:04 MST     Klik di sini untuk profail camar  Klik di sini untuk menghantar email kepada camar     Edit Mesej Anda
apa kabar cik sue?

santap diraja enak sekali
tamu diundang keserata negeri
rindu merindu desakan hati
bisikan kalbu kala sendiri

waktu senja mengail gelama
gelama dikail tika purnama
naluri terdesak gundah gulana
makan tak lalu tidur tak lena

hehehe...ketemu lagi yer
byee

sue_marie dimasukkan pada: 24-11-99 13:20 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam buat camar...
sue, kabarnya baik deh..terima kasih..
sue teruskan lagi..

Kalau tasik digigit sendu,
Mekar di kali sunyi suasana,
Kalbu berbisik digamit rindu,
Sukar sekali sembunyi rasa.

betulker ...

Pancaran mentari cerah di bukit,
Indah suasana ombak terlena,
Desakan hati rasa terhimpit,
Gundah gulana semua tak kena.

ok...ketemu lagi ya camar...


camar dimasukkan pada: 24-11-99 22:51 MST     Klik di sini untuk profail camar  Klik di sini untuk menghantar email kepada camar     Edit Mesej Anda
ketemu lagi cik Sue
pa kabar ?

gunung daik arah ke hulu
terbentang megah kehujung desa
meraba rindu kepuncak syahdu
senyum terukir memendam rasa

dengarkan sue..

tenun menganyam sambil berlagu
kenangan mendatang ditepi kali
renungkan ke bulan melepas rindu
lamunan menjelang meraba sepi

adioooossss....byeee

sue_marie dimasukkan pada: 25-11-99 10:19 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam buat camar...
Kabaran baik saja dari kita ni..
Begini pantun sue seterusnya..
Dengar ya..

Cerah selasih si rama mayang,
Seri luahan gerhana mentari,
Keluarga dan kekasih sama di sayang,
Diberi pilihan yang mana diruruti?

Hmmm...dan seterusnya..

Purnama merindu mekar di awan,
Muara kasih terkedu suara,
Kenapa rindu sukar ditahan,
Membara kasih bisu bicara..


camar dimasukkan pada: 25-11-99 12:02 MST     Klik di sini untuk profail camar  Klik di sini untuk menghantar email kepada camar     Edit Mesej Anda
salam ketemu sue
seceria pagi nan dingin

dermaga tua ria bercanda
selasih puri telat ke tepi
keluara gembira masa berada
kekasih hati tetap dihati

dengar kan sue ..

rokan kemeyam bara tersiseh
alpa mempelai masa disayang
bukan diam melupai kasih
hanya mengintai masa terluang

ketemu lagi yer


sue_marie dimasukkan pada: 25-11-99 16:03 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Buat camar...
salam teruskan lagi..

Bebas bergema rajuknya senada
Angin beredar menghala buana,
Melepas dahaga teguknya apa?
Ingin bersandar tiangnya mana?

camar dimasukkan pada: 25-11-99 18:02 MST     Klik di sini untuk profail camar  Klik di sini untuk menghantar email kepada camar     Edit Mesej Anda
Sue ...
nak bersandar ke?
kena cari dinding umah ler
tapi awas baju warna puteh ...bahaya nanti lekat cat

kikir angin membias cahaya
kolam berbunga rapat sejajar
air yang dingin pelepas dahaga
Taman nirwana tempat bersandar

salam yer

sue_marie dimasukkan pada: 25-11-99 22:46 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam buat camar..

Deruan angin hujannya lebat,
Terpaku uda membayang si dara,
Air yang dingin terasa hangat,
Sandarku jua tiang yang goyah.

... baju putih tak perr..sbb catnya pun putih juga...ishkkk..

sue_marie dimasukkan pada: 26-11-99 06:45 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam Puisi ...

Hati perempuan ini...
bagaikan dikabus bayu di senja hari
terpesona dengan kajaiban
yang melanda bumi hati ..
terikat hati dan perasaan
di bawa menuju ke satu titik matlamat

dia tahu...
letak dirinya
di sisi seorang lelaki
kerana dia tidak mampu
mengusir kasih yang datang
bersila di depan diri
menghulurkan bebunga asyik penuh rindu
memimpin tangan ..
mengharungi danau biru

dan bila malam..
mata enggan terpejam
berbicara tentang seri bulan
atau tengah bermimpi
melihat lelangit kamar
dipenuhi dengan gambar wajah
yang segar ...

sejenak aku berpijak
pada sekeping mimpi
yang diletakkan di depan mata
senyum yang dilemparkan
bagaikan mengejar
dahaga dengan seteguk madu

tiba di penghujung malam
aku bangkit dari deraan rindu
tersedar bahawa
senyuman itu
bukan dengan seteguk madu
dan bukan pula berdiri
atas sekeping mimpi
yang tak layak
ku pijak lagi...

inilah aturan hidup
yang telah diaturkan
untuk insan seperti aku!

hmmmm...

camar dimasukkan pada: 26-11-99 10:01 MST     Klik di sini untuk profail camar  Klik di sini untuk menghantar email kepada camar     Edit Mesej Anda
salam puisi dan ketemu lagi sue
heran gak tu...
napa terjadi camtu ?

cerna beduk dimalam bayangan
kala melata resah tercedera
dilema hidup dalam persimpangan
luka derita sentiasa menyapa

cuba bersajak lak
kalau tak sedap jangan mare bahhhh

dilema hati
dipersimpangan
menguris hati yang sendu
mengoyak luka luka semalam
dan hati yang cerna
dibara lamunan
yang tiada akhirnya

memehat senyum beracun
pada wajah murung
dan rindu yang kian samar
pada mendung dan gerimis
tercucuk deduri bisa
dan luka dimana mana
antara sendu dan rindu
memerah hati...
dan linangan semakin deras
persis air mengalir
yang hilang jalan pulang nya
tanpa arah .....

byeee

sue_marie dimasukkan pada: 26-11-99 17:17 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam buat camar...
hmmm..hamba sekadar berbahasa jer..

salam pantun..

Seruling bambu beralun damai,
Sayup ditelan heningnya rimba,
Menjeling rindu dihayun badai,
Kuyup dek hujan resah mendamba.

Salam puisi..

Setitik dakwat menitis segar..
sesegar darah merah mengalir
menderai nafas minda tersusun
mengungkap suka..duka ..dan rahsia..

pada warkah putih berlembar
tapi sayang pena matanya patah
coretannya pecah ..tidak bersatu!
ilhamnya juga kontang
walau sekelumit jua

baru setitis sudah ternoktah
sebab kehampaan selalu mendamba
lalu memaksa minda berehat
tapi bila..????
pagi..senja atau malam...?
yang pasti..
esok tidak akan menjanjikan apa-apa
kerana hanya masa
yang bakal mewarnainya kelak!!

camar dimasukkan pada: 26-11-99 17:59 MST     Klik di sini untuk profail camar  Klik di sini untuk menghantar email kepada camar     Edit Mesej Anda
salam puisi sue...ketemu lagi disini

pada jejak jejak
yang kian hilang
di litup badai bahangan
meratah kedinginan malam
lenyap bersama taufan
dan kesegaran yang lesu
berjalan tanpa pedoman
lemas dan dihanyutkan
ada lah serakah sejagat
yang tak kenal
erti perasaan ....

sue ...

andai taulan berteduh dihuma
menanti hujan lepak diangan
badai semalam geruh gema nya
meniti harapan kepuncak awan

salam yer

sue_marie dimasukkan pada: 27-11-99 14:43 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam camar...
ketemu kembali..

Jalan-jalan ke tamu Tuaran,
Mencari pegaga ulam aneka,
Teman dan rakan ku buat sandaran,
Kasih keluarga bekalan seada.

Salam puisi...

Terkadang...
minda ini dijerut dan bercelaru..
sehingga tercalar fikiran
memunggah erti kehidupan mencari makna

kepastian
yang kekadang realiti..
yang kekadang fantasi...
segalanya berakhir
antara jasad dan roh
memanggil teduh di penghujung maya

ke pelabuhan nan sunyi,..sepi
hanya sekendong harapan
yang amat bernilai
namun perpisahan itu
bukan satu perpisahan nutlak
tetapi satu perhentian sementara
di wajaran usia
melangkahai reranting hari..

Terima kasih..

camar dimasukkan pada: 27-11-99 21:31 MST     Klik di sini untuk profail camar  Klik di sini untuk menghantar email kepada camar     Edit Mesej Anda
masih bisa ketemu lagi yer
sue dengarkan .........

mendung berarak awan pun redup
sebentar lagi kan turun hujan
kasih keluarga penyuluh hidup
teman dan rakan seiring jalan

sue ...

perpisahan dan pertemuan
ada lah arus yang bergerak
menuju perhentian
berkecamuk dari desa kedesa
dan kota ke kota
namun ......
aliran yang deras
bisa merobah tubir tubir
dan gigi air
sealiran dengan nya
dan hujan yang tiada henti
ada lah satu rahmat
diperjalanan yang sepi

dan bayu bayu berpupuk
ada lah ceria
yang melambai
dari ranting ke ranting
dan dahan ke dahan
tapi ....
kemana arah nya ?

)
senyum bertemu

sue_marie dimasukkan pada: 28-11-99 12:23 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam bertemu kembali..camar,
dengarkan pantun seterusnya..

Tanam padi berbuah lebat,
Air surut ikan pun lesap,
Rasa hati ingin bersahabat,
Tapi takut tersilap anggap.

Hang Jebat laksemana setia,
Disangka derhaka zaman hang Tuah,
Ku sangka sahabat tetap setia,
Mengapa pula sering berubah.

Sia-sia mencarik kuntuman,
Menjelang gerimis habislah rabak,
apa rahsia disebalik senyuman,
Dibilang manis bergula tidak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Salam puisi,

Temannnnn...
Sepurnama pun belum mendatang..
tapi tetap terlukis di sepi ini
suara bicara semalam
lenyapnya bersama mimpi-mimpi
di gores pelangi..

ku cuba susur sisa
setiap kata yang pernah diucapkan ..
ku cuba himpun..
satu persatu pujuk yang pernah dirayu
waktu mata ini lena

bicara yang pernah
tercicir dari kantung hati
ku cuba kumpul kembali
pada setiap dinding mata
agar dapat menghayati
pada setiap kali
rindu mendera hebat bergelora..

kau pergi jua
tinggallah aku hamba melara
mengenggam sepi dipeluk duka
sehinggalah hujan turun membasahi
kekal setia di pantai rindu...

sekadar berbahasa...

camar dimasukkan pada: 28-11-99 15:07 MST     Klik di sini untuk profail camar  Klik di sini untuk menghantar email kepada camar     Edit Mesej Anda
Sue dengarkan

Taman Pura indah sekali
nampak dari Pulau Biasan
Teman ketawa senang dicari
Teman menangis sukar dikesan

gendang gendut tali kecapi
ramai menati ditepi kuala
sesuatu menganggu mencuit naluri
mungkin berubah sebentar cuma

perahu kolek mudik ke kota
sarat muatan peria petola
senyuman manis bukan dek gula
hanya penyeri waktu bercanda

sue .....

semalam ada mimpi menyapa
tatkala mata ku pejam
mencari sesuatu yang hilang
bersama gelap pekat
dan seram

suara yang dulu nya bergema
kian ilang dimamah waktu
suatu perpisahan
suatu kelukaan
suatu jeritan
tanpa pertemuan
tanpa penawar
dan tenggelam dalam
kecurigaan yang memamah

semalam ....
ada gema petir
pada suara suara
yang dulu nya lembut
tetapi .......

dan senyum udah tiada
hanya yang tinggal
sebuah memori
ditepi muara yang hampa

pada lelagu usang
yang pernah ku dendang
udah berhenti berlagu
dan berlalu tanpa pamit
dan duka.....
kembara lagi

senyum yang sepi

sue_marie dimasukkan pada: 28-11-99 19:16 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam buat camar...
Begini..

Bunga disiram lepas dibaja,
Pasti tumguhnya segar teratur,
Kenapa muram terukir di wajah?
Silap manakah bicara tertutur.

~~~~~~

Salam puisi...

Bila hati ingin berbahasa
tidak lain dari kehalusan rasa
yang mungkin akan menyentuh
bumi hati yang lain

maaf....
hati ingin sekali berpuisi...
walau ilham sering lapuk
bunga kata tiada indahnya
dikuak juga jendela seni

merenung puisi usang semalam
angin senja menangis
mengeluhlah jiwa merintih

serumpun cinta serumpun kasih
pada hakikat seni
akan terbenam bersama
bila mentari tenggelam di ufuk merah
air mata anugerah goresan rindu..!!

sekadar berbahasa yerr..

camar dimasukkan pada: 28-11-99 21:45 MST     Klik di sini untuk profail camar  Klik di sini untuk menghantar email kepada camar     Edit Mesej Anda
hehehhehe
sekadar berbahasa ...menurut minda
jangan mare aaaaa'

lembayung senja
menyapu wajah wajah usang
dilipatan nostalgia
pada semusim lalu
yang menguris
sebuah naluri
dalam mimpi antara realiti
dan lamunan berkecai
untuk sebuah harapan
tak sampai ke puncak
dan tersadai di tepi puara
terseliuh kaki
tercucuk deduri berbisa
dalam meraba..
mencari jalan pulang
dan terkandas
dilautan yang tiada bertepi
dan kerinduan tiada berhujung
membara dan terus berbara
pada hati hati..
yang retak
dan bisu dalam bicara

sue ...

enak sekali rasa bidara
masak gulai si cili api
bukan silap dalam bicara
sekadar meraba lamunan sepi

senyum deh

sue_marie dimasukkan pada: 29-11-99 12:47 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam semua...
buat camar...jom kita pantun tentang negeri kita pula..ok!
ini pantun mengenai bumi yang sue pijak..
SABAH..Negeri Di bawah Bayu..
Dengarkan..

Pelbagai dialek pelbagai bangsa,
Murut, Dusun, Bajau..Kadazan,
Itulah simbolik budayanya bangsa,
Duduk serumpun sejahtera aman.

hmmmm...

Budi bahasa pakaian hidup,
Amalan mulia pasti disanjung,
Senyum dan tawa tidaklah redup,
mengiring pulangnya para pengunjung.

hmmm..

Diselubungi kabus puncak mengawan,
Bertolak ke Ranau tersergam sayu,
Pendakian tak pupus puncak ditawan,
Kenangan mengimbau Gunung Kinabalu!

Akhirnya...

Menyingkap rahsia alam misteri,
Alkisah cerita Bumi Kinabalu,
Borneo Paradise jolokan diberi,
Segugus cinta Negeri Di bawah Bayu!

Terima kasih..

sue_marie dimasukkan pada: 30-11-99 16:31 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam sayang..

Di alam maya ini...
aku terus mencari jejak buruan
fikirku ...
melayari selaut mimpi
mengapai sejuta fantasi
antara kenyataan dan igauan

sulit untuk ku mengenali pasti
menghanyutkan aku dalam keresahan
untuk sebuah kepastian

resahkah aku ...
dalam igauan sendiri
realiti hari-hari berlalu
seakan aku tidak bisa mengerti

baru hendak ku bina
satu kehidupan yang ceria
kenapa aku harus resah..?

ada suara berbisik..
hilangkan resahmu
tenangkan mindamu
harus kau yakin usahamu
ada sinar mengiring mu
ada bahagia di depan menantimu...?


camar dimasukkan pada: 30-11-99 17:27 MST     Klik di sini untuk profail camar  Klik di sini untuk menghantar email kepada camar     Edit Mesej Anda
sue....pa kabar

enak rasa nya si buah pala
mari dimakan bersama cuka
cantek nian negeri tercinta
indah namanya serata dunia

banyak nya kuih dijual dipekan
ramai nya orang disana sini
tarian sumazau serta kadazan
lengang lenguk menarik sekali

salam puisi sue

sue_marie dimasukkan pada: 01-12-99 09:26 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Terima kasih buat 'camar'...
Salam pantun kembali bergema..
Begini...

Pucuk dicita di luar laman,
Orang menuba di muara kasih,
Hidup kita biar berteman,
Suka duka sama dikongsi.

kannnn...

Pakai topi berambut tidak,
Jadi usikan anak saudara,
Hati sepi terasa tidak,
Rakan taulan diajak bicara.

hmmmm...

Belayar ke pulau badai diharungi,
Badai berlalu cerah di teluk,
Tarian Sumazau budaya kami,
Gong di palu berlenggang lengguk.

Selamat pagi..

camar dimasukkan pada: 01-12-99 18:39 MST     Klik di sini untuk profail camar  Klik di sini untuk menghantar email kepada camar     Edit Mesej Anda
Ketemu lagi sue
apa kabar?

gunung palas tinggi sekali
batu berlongok merata rata
teman ikhlas sukar dicari
banyak berliku masa bercanda

enak sekali memakan ligo
ligo dibeli di pasarraya
tidak ku cari teman yang ego
banyak kerenah berpura pura

kemeyam bubuk diistana puri
harum bau nya sampai ke Padang
tarian lembut menarik hati
tidak jemu mata memandang

senyum ..... bye


sue_marie dimasukkan pada: 01-12-99 21:34 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam ketemu kembali ..camar,
kita nih..kabar baik deh..
dengar ya..

Berseri bulan jadi igauan,
Pungguk pun resah pandang tak sudah,
Berperi tuan irama keluhan,
Gelisah apakah datang melanda?

begini...

Silir-semilir tandang beratur,
Mengharap cinta badai menjelma,
Terkadang bibir tercicir tutur,
Maaf dipinta andai ku alpa.

hmmmm..

camar dimasukkan pada: 01-12-99 22:00 MST     Klik di sini untuk profail camar  Klik di sini untuk menghantar email kepada camar     Edit Mesej Anda
Sue...salam puisi bergema lagi

kembang ditaman harum mewangi
petik sekuntum untuk jualan
tiada ku pinta jadi begini
sudah nasib suratan badan

sue ...

pulau seligi bercabang dua
hanyut kolek sampai ke senja
jangan bimbang terus bicara
hanya sekadar luahan rasa

jangan mare sue ..
heheheh


sue_marie dimasukkan pada: 01-12-99 23:12 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Camar....
salam pantun diteruskan lagi..

Burung helang datang bercanda,
Di dalam bangsal banyak kecipir,
Bila malang datang melanda,
Jangan dikesal kepada takdir!

begini...

Kata rahsia bukan igauan,
Sayang diseru bertandang sedih,
Hidup manusia penuh dugaan,
Buang yang keruh ambil yang jernih!

takkk... sue tak marah pun...

polong dimasukkan pada: 02-12-99 10:20 MST     Klik di sini untuk profail polong  Klik di sini untuk menghantar email kepada polong     Edit Mesej Anda
Assalamualaikum...

bicara pada ketinggian 17,000 kaki

Terbang,
Meniti awan,
17,000 kaki 31’c,
menggamit rindu,
salam terakhir kutitipkan,
pada sang awan,
moga guguran titisan hujan,
sampaikan pesan,
pada yang kejauhan,
berada dilangit biru,
didaerah peraduanmu,
detak atma terusik,
membisik seru namamu,
melihat pulau, pantai sayup dibawah sana,
menggamit nostalgia saat bersama,
dan rindu bergema,
bagaimana adanya yang disana,
lamun sedarku,
ku musafir Cuma,
dialam maya berkelana,
menagih seteguk rasa,
setitis bicara,

17Nov.99

...................................

dan memori indah
sentiasa kubawa bersama
mengharung lautan
pelayaran penghidupanku

salam rindu

camar dimasukkan pada: 02-12-99 17:48 MST     Klik di sini untuk profail camar  Klik di sini untuk menghantar email kepada camar     Edit Mesej Anda
Salam ketemu Sue dan Polong
selamat datang Polong ....

Sue ..........

kembang bunga ditaman larangan
harum sekali segarkan lamunan
bukan taqdir bukan dugaan
hanya sekadar salah igauan

tiada duka tiada yang sedih
cuma sekadar menduga sepi
tiada yang keruh tiada yang jernih
mineral water pilihan hati

*****************************************

Polong ....ko merindu yer

datang bersama titik senja
meraba jiwa nan lara
pada biasan sepi
menguris hati
pada naluri
hanyut tak bertepi
dan rindu mengoda lagi

Polong ....baiki kesilapan tu yer
jangan putus harap
putus duit ....jangan

salam rindu ....

sue_marie dimasukkan pada: 02-12-99 19:15 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam puisi....

Bicara Angin Peninggalan....

Semalam...
salam terakhir yang tersimpul
pada bicara bisu
menyayat peraduan sepi

degup jantung..
seiring detik masa beredar
debaran jiwa hangat bergelora
menanti saat suatu pemergian

kau tahu....
saat ku dongak ke langit biru
deru angin yang meniup jasad mu
terbang membelah awan
menghanyutkan mimpi dalam keluhan

sedar ku jua...
musafir mu cuma berkelana
sedang aku pula
hanya sebuah daerah persinggahan
yang menyambut tagihan seteguk rasa
akhirnya tenggelam bersama titis bicara

gema rindu bergetar
mengusik detakan atma
bila titisan rindu menggeledak
melimpahlah ke bumi
masih sayu di pantai rindu...

Nov.17/99( salam rindu buat suatu pemergian..)

sue_marie dimasukkan pada: 02-12-99 19:22 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
salam camar...
ketemu di dalam pantun...

Jangan berangan terlalu tinggi,
Jangan diigau perkara mustahil,
Baik senangkan sedihnya hati,
Kelak risau tidak terpanggil!

kannnnn...

Risau begini duka meniti,
Terputus ceria tiada ketawa,
Walau sembunyi luka di hati,
Tercetus juga nada kecewa.

Terima kasih...

camar dimasukkan pada: 03-12-99 12:37 MST     Klik di sini untuk profail camar  Klik di sini untuk menghantar email kepada camar     Edit Mesej Anda
salam sue...ketemum lagi yer

alah beralih dipagi hari
huni deria tamu terkini
telah pulih sedari tadi
kini ceria bertemu disini

sue ...

sendat melurut kata yang pasti
senyum tawa hati yang lara
tidak ku turut kata dihati
kini gembira kembali ceria

puisi bergema lagi sue
esok yer?

sue_marie dimasukkan pada: 03-12-99 10:46 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Buat camar...
Salam ketemu di dalam pantun/puisi..
Begini...

Cerah suria redup gemawan,
Pulang pelangi bawa berita,
Alangkah ceria hidup kalian,
Hamba di sini tak tentu cerita.

dan lagi...

Andai jarum patah di tangan,
Tak guna lagi benang seurat,
Andai belum bertadah angan,
Biarlah mimpi pulang beredar.

sekadar berpantun... TQ..

camar dimasukkan pada: 03-12-99 14:05 MST     Klik di sini untuk profail camar  Klik di sini untuk menghantar email kepada camar     Edit Mesej Anda
Salam bertemu lagi sue ..

indah sekali waktu kembara
titian hidup sekuntum mawar
masa beredar mengumpul cerita
terseliuh seketika cari penawar

ok sue ....

pergi mengail di Lubuk Bidur
dapat gelama digulai kari
mimpi sekadar mainan tidur
buat menungan diesok hari

salam puisi buat sue ....

sue_marie dimasukkan pada: 03-12-99 17:35 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam buat camar...
Begini pantun sue...

Mengail ikan joran bertali,
Ikan terlepas kempunan umpan,
Memilih teman jangan sekali,
Asalkan ikhlas hidupkan aman.

sekadar-kadar saja..

Lamunan jauh diri berangan,
Suria tersenyum mencelah pagi,
Perlahan sungguh hari berjalan,
Sepurnama belum mencecah lagi...
(lambatnya nak masuk Alaf Baru ni....)

hmmmmm.....

camar dimasukkan pada: 03-12-99 17:46 MST     Klik di sini untuk profail camar  Klik di sini untuk menghantar email kepada camar     Edit Mesej Anda
salam ketemu.......

kenang mentera leburkan minda
kenang secebis cerna menyepi
teman seperbicara hiburkan duka
teman menangis cuma dihati

sue ....

terkebil berangan rentung pedati
gebu berarah jangan hiraukan
sambil berjalan menghitung hari
rindu yang resah jangan biarkan

masih ada ni ? ......

sue_marie dimasukkan pada: 03-12-99 19:08 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
hmmm.. camar..
selagi masih sempat berpantun nih..sue teruskah yer..

Pucuk pauh letak di talam,
Air tertumpah tidaklah basah,
Jauh-jauh berkirim salam,
Dalam bicara berulit resah!

hmmm..dengar yer..

Mainan teruna buluh perindu,
Sedihlah dara bukan kepalang,
Bukan dipinta resah merindu,
Datangnya jua bukan diundang!

sekadar berpantun...

camar dimasukkan pada: 03-12-99 19:48 MST     Klik di sini untuk profail camar  Klik di sini untuk menghantar email kepada camar     Edit Mesej Anda
iya teruskan sue selagi sempat

talam bersambut buat pemisah
tenung berduri ditaman puteri
salam disambut mengubat resah
senyum diberi meneman mimpi

sue ....

biru bertepi sendu ke Sabah
rusak terseksa tamu miyagi
rindu dihati waktu berpisah
esok lusa ketemu lagi

sue miyaga ...tu nama guru karate tau
hehheeheh

sue_marie dimasukkan pada: 03-12-99 23:02 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
salam buat camar...
teman berkarya yang rajin sekali..

Pulang kembara hendak beraya,
Tidak kecewa bonda menanti,
Teman seperbicara teman setia,
Rela sejiwa sama sehati.

Andai madah menyisih masa,
Menari-nari dalam nyanyian,
Hati resah jiwa gelisah,
Esok hari dalam penantian.

begitulah seadanya..heheh..

camar dimasukkan pada: 03-12-99 23:50 MST     Klik di sini untuk profail camar  Klik di sini untuk menghantar email kepada camar     Edit Mesej Anda
salam puisi bergema lagi
emmmm

seligi tedung serabut dimuara
ragi membiru lekat meraba
selagi hidung menyedut udara
selagi itu tetap kembara

baulu kedah enak rasakan
gampang dimakan bersama cabai
tentu resah dalam penantian
harapan rangtua jangan diabai

selamat pergi dan kembali
jaga diri yer ...bye

sue_marie dimasukkan pada: 04-12-99 08:37 MST     Klik di sini untuk profail sue_marie  Klik di sini untuk menghantar email kepada sue_marie     Edit Mesej Anda
Salam buat camar...
salam pantun yang terakhir untuk episod ini..

Halia ini tanaman melata,
Jadikan perencah dalam masakan,
Dunia ini pinjaman semata,
Amalan mulia jadikan bekalan.

hmmm..

Tidak ku pinta tidak ku harap,
Ketemu derita dalam bahagia,
Episod ini dah sampai ke tahap,
Ketemu kita di episod seterusnya.

ok ...terima kasih...
sayonara...byee

Topik Ditutup Untuk menutup topik ini, klik di sini.

Masukkan Topik Baru   Jawab Mesej Ini
Masuk ke:

HangTuah | Melayu.com