Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Aku yang bergelar
'LELAKI'

Stereotaip Genda oleh masyarakat

Lelaki
*agresif
*bebas
*tidak beremosi
*menyembunyikan emosi
*tidak mudah melenteng
*aktif
*perasaan tidak mudah terguris
*tidak sedar perasaan orang lain
*tidak mudah menangis
*boleh membezakan perasaan dari idea membezakan perasaan
Wanita
*tidak agresif
*bergantung
*amat beremosi
*mendedahkan emosi
*mudah melenting
*pasif
*perasaan mudah terguris
*sedar dan peka kepada perasaan orang lain
*mudah menangis
*tidak mampu dari idea membezakan perasaan

 
 
Lahirnya anda dalam keluarga
Ahli psikologi telah merangka beberapa panduan bagi menilai diri anda berdasarkan kedudukan anda dalam keluarga. Mungkin anda anak tunggal, ini akan membawa kesan yang berbeza-beza kepada sikap anda. Personaliti insan terbentuk sejak dari zaman kanak-kanaknya, paling banyak dari personaliti ini terbentuk ketika belum bersekolah. Catatan ini hanyalah berkaitan dengan keadaan jika anda hanya memiliki dua beradik:

Lelaki yang mempunyai abang.
Dia cuba meniru tingkahlaku abangnya. Dia akan bersifat kelakian dan amat sedikit sifat kewanitaanya pada dirinya, tidak mudah takut, nakal, suka bersukan dan mungkin melibatkan diri dalam sukan yang berisiko tinggi, serta memilih kerja keushawanan di bidang jualan, pengeluran atau bank.

Lelaki sulung yang mempunyai adik lelaki
Dia mempunyai sifat kelakian yang tinggi,tapi agak penakut, setia dan suka mendominasi.meraka ini cenderung untuk bersetuju kepada keputusan yang salah sekiranya keputusan itu di berikan oleh yang sama status dengannya.

Lelaki yang mempunyai kakak
Ada yang berpendapat bahawa lelaki ini banyak mempunyai sifat kewanitaan dan banyak bergantung kepada orang lain .Tatapi kajian yang lain mendapati walaupun mereka ini sedemikian sikapnya ,ianya hanya ketika kecil,apabila umur lelaki ini menjangkau 18tahun ,dia mula membentuk sifat kelakian yang lebih jelas.

Lelaki yang mempunyai adik perempuan
Sifat kelakianya tinggi .Sifat kelakian ini teguh dalam diri mereka dan ini membuatkan mereka merasa selamat menjalankan rol sebagai lelaki.
 
 

Lelaki atau laki-laki.

Mengenal lelaki secara umum.
Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita.Lalaki juga tidak akan menjadi wanita dan begitulah sebaliknya.ramai wanita menganggap bahawa lelaki sukar di fahami ,begitu jugaklah pendapat lelaki .berikut di catatkan apakah sifat –sifat secara umum di mana banyak antaranya di catat dlam buku tulisan Bob berkowitz

Hidup Lelaki Lebih Mudah
Lelaki lebih mudah hidupnya berbanding wanita .Kerana itu lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu di sampaikan dalam bentuk kiasan .Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham,tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas,secara berterus terang.Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara,tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

Bahasa lelaki adalah berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan .Ini menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain .apa yang lahir dari kata-katanya ,jika dia bercakap dengan wanita ,adalah berbeza dari apa yang di lakukannya berbanding dari apa yang di katakanya .Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata.

Lelaki suka membisu
Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

Lelaki tidak kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya,mengemas rumah,menyediakan makanan untuknya dan melakukan jima’ secara kerap dengannya,wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu.Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif,tetapi lelaki memang sedemikian .wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks ,tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

Jangan paksa lelaki
Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaanya ,mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya .Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi .lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki ,matanya,atau perubahan corak perlakuanya .Jika dia pada kebiasaanya suka membaca tidak melakukannya,mungkin pada ketika itu fikiranya sedang kacau

Lelaki berahsia dengan lelaki lain
Tidak sebagai mana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita lain mengenai maslah ,harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi,adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa.untuk melakukannya ,lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.

Lelaki pentingkan kejujuran
Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang dirinya ,besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya.kejujuran adalah penting bagi lelaki .Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia –rahsia rumahtangga.

Lelaki tidak suka di kritik
Jangan mengkritik lelaki ,melainkan jika anda bersedia untuk bertikam lidah dengannya.lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan .mengkritik di belakangnya , contohnya saudara atau kawanya ,mungkin dapat mengelakan kofrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut di sampaikan kepadanya .cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut .cara lelaki merngkritik adalah berlainan ,dan ia jarang di lakukan olah lelaki .Bila lelaki mahu mengkritik lelaki ,elok jika kritikan itu di gabungkan dengan sedikit pijian .

Lelaki juga mahukan sokongan
Bila lelaki menghadpai masalah dan mengadu pada wanita ,wanita harus memberitahu lelaki itu bahwa dia masih di perlukan .Lelaki mahukan keselesaan perasaan ,sokongan seerta kata-kata "saya cintakan abang.." dan ‘Tidak kira apa yang terjadi ,saya tetap bersama abang..’

Lelaki dan ego
Ramai lelaki menunjukan egonya di dua dua masa pertama di dalam kerja ,dan kedua di atas ranjang.ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan .tetapi sebaik baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suaminya.Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu.lelaki mahu wanita memberitahu bahwa sumbangnya diiktiraf dan di nilai .Jika anda tidak menyatakan kepadanya ,siapa lagi .Jika anda mempertinhkatkan ego lelaki ,ia membuatkan lelaki merasa sennag dan setiap orang di sekalilingnya akan mendapat feadah ,terutamanya yang di cintainya.
 
 

Mengenal lelaki melalui empat unsur kejadian

Angin
Sifat angin di kaitkan dengan jenis pemikir .ia di golongkan sebagai sifat kelakian (masculine).Lelaki berpegang kepada teori ,tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain,objektif ,rasional,menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi,menghargai kebolehan intelektual mahukan kebebasan ,mempunya mentaliti ambil mudah ,sukakan fakta dan figura.

Api
Sifat api di kaitkan sebagai jenis ituisi ( kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu ).Ia di golongkan sebagai sifat kelakian .pentingkan diri ,megah ,bersemangat tinggi ,kompetitif,perlukan ruang,kebudakan atau kurang matang ,keras hati,kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu ,sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisikio mampu melihat kemungkinan masa depan

Tanah
Sifat tanah di kaitkan sebagai jenis deria.i atergolong sebagai sifat kewanitaan Orang yang menyedari keujudanya di sini dan kini ,menghargai kebendaan keras hati ,sabar ,displin diri,berhati –hati ,boleh di harap ,ia tidak tegas ,cekap percaya hanya perkara yang boleh di capai oleh deria.

Air
Sifat air dikaitkan dengan jenis perasa .Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan lemah lembut ,dalam perasaanya, mengasihii,memaksa, penakut, kepala angin , imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak aristik.

Mengenal Cinta lelaki menerusi astrologi

21 Mac - 20 April 
21April - 21 Mei 
22 Mei - 21 Jun 
22 Jun – 23 Julai 
24 Julai – 23 Ogos 
24 Ogos - 23 September 
24 September - 22 November 
23 November – 22 Disember 
23 Disember - 20 Januari 
21 Januari - 19 Febuari 
20 Febuari - 20 –Mac
Aries (Bebiri Jantan)
Taurus (Lembu jantan)
Gemini (kembar)
Canser (Ketam)
Leo (Singa)
Virgo(Perawan)
Scorpio (kala)
Sagittarius (sentuar)
Capricorn (kambing)
Aquarius (penuang Air)
 pisces (ikan)

 
 

undur ke Biodata

kembali ke manu galaksi

maju ke Firasatku 2